Pages

Friday, July 31, 2009

Multihunter TRAVIAN bodoh cam taik~

Baru2 nie, aku baru start main game online Travian. Cakap si Ipin ada server baru. Speed server. maka aku ngan Zai pon layan la main game 2. mula2 rasa bosan je main game cam sial. tapi lama2 aku mula dh rasa syok nak main. asyik main dan main je~
sampai x tido. tapi...... baru 2,3 hari main aku dh kena banned. memang la salah aku gak sebab create banyak acc. aku pon mengaku la kt si multihunter. aku sebenarnye tak tau x leh create banyak acc, biasalakan baru2 main ni... leceh la nak baca peraturan yang berjela punya panjang cam rel keretapi. tapi selepas menyedari kesalahan 2, aku pon cuba la bertobat. aku pilih la untuk guna satu acc jer.. acc lain semua kena delete. tapi lagi skali.... yang aku hangin ialah acc si Zai pon di delete sekali. untuk makluman, aku ngan Zai sama2 pakai ''berukband' jadi IP kami tentulah sama sedangkan kami menggunakan PC masing2 yakni yang berbeza. sambungan crite lagi, aku pon mesej la ngan multihunter. aku nyatakan lah acc 2 bukan kepunyaan aku dan kami menggunakan PC yang berbeza. dan kami x pernah melakukan hubungan dagang SAMA SENDIRI. maka bertambah hangin lagi aku dan dah masuk hangin tahap power ranger time force, apabila si multihunter tetap ngan jawapan bodoh dia,"aku guna banyak acc". Aku bagitau lagi ngan elok2 tapi dia jawab pula aku menipu. Aku suruh dia mari sendiri tengok kt tempat aku.dah 2,3 kali aku tanya elok2 dia cakap aku kurang ajar lak... aku nak cakap skali lagi.....yang kurang ajar 2 kau, multihunter yang sial cam taik kambing hilang dara. orang baru nak seronok2 main, dh kena delete acc. bodoh punya multihunter. sial, gila kuasa, gila pangkat darjat dan wanita tua.
multihunter gila kuasa...gila kuasa..gila kuasa...
kepada multihunter, aku nk cakap ko simpan la game 2. x yah buat game online. nanti ko main la game 2 ngan atuk kau.

arghhh.....tension, aku gini. malas dah nak main TRAVIAN yang ada multihunter cam pukimak.

Sunday, July 26, 2009

KITA PERLU PEDULI


semenjak kematian Datin Seri Endon, isteri bekas perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Badawi, industri batik malaysia kelihatan semakin suram. banyak kilang batik yang kecil terpaksa gulung tikar akibat daripada kekurangan permintaan pasaran dan ditambah lagi dengan kenaikan harga barangan mentah untuk penghasilan batik. Hal ini amat membimbangkan namun kita masih belum sedar akan hakikat yang hanya dirasai oleh pengusaha-pengusaha batik kini. sedarkah kita, sekiranya fenomena dalam pengabaian penggunaan batik ini bakal memadamkan salah satu khazanah seni milik nenek moyang kita. jika hal ini berterusan, batik melayu akan pupus kerana sikap tidak endah masyarakat melayu sendiri. semasa hayat Datin seri Endon, beliau banyak memperjuangkan kemandirian batik malaysia. beliau menggalakkan kakitangan awam menggunakan batik ketika bekerja dan hal ini telah menggalakkan penggunaan batik dikalangan rakyat malaysia khususnya kakitangan awam. setelah kematian beliau, penggunaan batik terus sepi ibarat pergi bersama perjuangan allahyarhamah. oleh itu, bagi mengelakkan kepupusan batik tradisional melayu ini, marilah kita sama2 berusaha menggalakkan pemakaiannya dan mencari alternatif bagi terus menyubur batik di malaysia. jadi, bagi sesiapa yang nak tempah batik 2 sila hubungi aku. tempahan yang banyak amat digalakkan terutamanya oleh syarikat atau badan2 organisasi. harga dijamin berpatutan dan murah.

p/s : sesiapa yang berminat sila maklumkan kt aku di e-mail : shatooman_28@yahoo.com.my.

Saturday, July 18, 2009

SIAPA PALING HEBAT??

maka tersebutlah kisah akan tiga ekor pontianak. untuk membuktikan siapa diantara mereka yang paling hebat, mereka telah mengadakan pertandingan untuk menunjukkan kehebatan masing2. pertandingan dimulakan oleh pontianak yang paling muda dan dia terus terbang dengan sepantas kilat. tak sampai 3 minit, pontianak tu balik dengan muka bercucuran darah dan amat menyeramkan.

terus disoalnya pontianak 2 ekor lagi, "korang nampak tak kampung kat seberang bukit sana?".
dua pontianak tu pon menganguk, "ya, nampak". "habis satu kampung tu aku kerjakan"

maka hangin tahap gaban la dua ekor pontianak lagi mendengar keangkuhan pontianak muda. terus, pontianak kedua yang sudah setengah abad pula menunjukkan kehebatannya dengan terbang sepecut-pecutnya. tak sampai 2 minit, dia kembali semula dengan muka bercucuran darah.

"korang nampak tak bandar disana?", soalnya lagi. Dua ekor pontianak hanya menganguk. "habis satu bandar tu aku kerjakan..ha..ha..ha..." terus dia ketawa dengan nada yang sungguh menyeramkan.

tiba giliran si pontianak ketiga yang berusia hampir seabad pula menunjukkan kehebatan. kerana tak mahu kalah kepada kedua-dua pontianak tadi, dia terus terbang dengan lajunya. tak sampai setengah minit dia kembali dengan muka yang penuh bercucuran darah. "huih..laju gila ko.aku tak sempat nak duduk lagi.memang ko la yang paling hebat" jawab dua ekor pontianak tadi.

"korang nampak tembok batu kat depan tu?", soal pontianak yang ketiga.
"ya..ya.. nampak2..", jawab pontianak 2 ekor lagi.
sambil menggosok-gosok hidungnya, pontianak ketiga berkata, "err...tadi aku tak nampak".

Thursday, July 16, 2009

Pelajar boleh telefon pakar ketika ambil peperiksaan


Pelajar-pelajar di sebuah sekolah di Austria telah diberi kebenaran untuk menghubungi sesiapa sahaja dengan menggunakan telefon semasa menjalani peperiksaan bagi membantu mereka menjawab soalan dan sekali gus meningkatkan markah dalam peperiksaan.

Guru, Reinhard Peter memberitahu, tindakan ini dilakukan hasil ilham daripada rancangan realiti televisyen Who Wants to be a Millionaire. Sehubungan itu, pelajar di sekolah tinggi di Bregenz boleh menghubungi pakar sekiranya mereka tidak dapat menjawab soalan.

Beliau berkata, pelajar boleh menelefon doktor, guru dan sesiapa sahaja yang boleh membantu.

Namun begitu, selalunya pakar-pakar ini sering berdebar-debar dalam memberikan jawapan yang betul berbanding dengan pelajar.

"Ramai daripada mereka tiba-tiba mempunyai kebimbangan peperiksaan seolah-olah mereka yang mengambil peperiksaan di dalam kelas.

"Mereka berdebar-debar di talian dan merasakan sekiranya mereka memberi jawapan yang salah, mereka bukan sahaja mengecewakan pelajar yang menelefon tetapi diri mereka juga telah gagal," katanya.

Bagaimanapun dengan menggunakan talian hayat phone-a-friend, ramai pelajar kini yang telah lulus dan mereka yang mendapat markah paling teruk pun masih memuaskan.


*dipetik dari utusan malaysia

p/s : kalau la aku boleh ambik exam macam ni.....tapi, macam mana nak tau keupayaan diri sendiri ek? kira meniru jugak ni...

Teknik menangkap ikan orang eskimo

video

Tuesday, July 14, 2009

KITA BANGGA ATAU MALU?

Patut dibanggakan atau merasa malu daripada cerita superhero terbitan anak watan kita? antara keluang man dengan cicak man, rasa-rasanye yang mana lebih hebat? walaupun kita berjaya mencipta watak superhero sendiri,namun ia tetap tiada keperibadian tersendiri. masing2 masih kelihatan bayangan superhero dari barat lebih2 lagi batman.



walaupun keluang man best dan ada jalan criter tersendiri, namun imejnya lebih menyerupai batman.ditambah lagi dengan kehadiran pembantunya, tiungman yang hampir menyamai robin. kelawar ngan keluang, robin ngan tiung. jelas kelihatan adaptasi criter batman. tetapi dari segi jalan criter mmg best. dua orang lelaki yang tak siuman boleh jadi adiwira dan dapat berlawan dengan selamba je. yang aku tak paham, kenapa la inspektor shahab tu tak puas hati ngan keluangman. ada je hasad dengki. bukan nak trima kasih sebab tolong tangkap penjenayah....hurm, agak2nya bila la keluangman nak di filemkan.



idea penciptaan watak manusia cicak memang best. tapi nampak cam nak tiru criter spiderman gak. dapat power dari binatang.tapi masih boleh diketepikan soal 2.pas 2, mengenai latar belakang tempat tinggal cicakman pula iaitu negara metrofulus. latar blakang criter ni lebih kurang ngan bandar gothem dalam crite batman. kenapa tak dibuat terus je di malaysia dan dapat menjadi lambang kebanggaan negara. pape pon, crite cicakman memang best.kurang2 ada gak adiwira ciptaan anak malaysia.


p/s : semua tu pendapat aku semata-mata. walaupon ada persamaan antara superhero ciptaan kita ngan omputeh, namun aku tetap bangga sebab kita dapat cipta watak hero dan di filemkan sendiri. korang rasa camne? tepuk perut, tanyalah mulut..

WAJIB BACA~ MEMANG BEST...

baru-baru nie aku pegi rumah sorang member. masa aku masuk dalam bilik dia, ternampak la susunan novel kat rak buku dia.ntah bila la mamat ni start layan novel. susulan 2 aku tertengok la beberapa judul novel yang belum aku baca. terus aku pinjam. karya ramlee awang mursyid terbitan alaf 21 ni memang best. tahap wajib kena baca aku bagi... dan novel 2 pulak ada sambungan dia. mengisahkan tentang seorang lelaki bernama syaifudin yang turut digelar laksamana sunan. beliau sangat taat pada taat pada Allah dengan mempamerkan sikap bertakwa, istiqamah, sabar dan berani menentang pengikut2 syaitan.



judul pertama yang bertajuk bagaikan puteri mengisahkan tentang sorang perempuan bernama haryani dari abad 21 telah terperangkap pada zaman penghujung kurun ke-15. disana haryani telah bertemu dengan syaifudin yakni laksamana sunan. haryani telah mengikut laksamana sunan untuk menentang pengikut syaitan iaitu Nyi burga kelara. pada judul ini juga telah memaparkan peraduan kehebatan antara laksamana sunan dengan laksamana lagenda hang tuah. Sultan melaka yang termakan pujukan nyi burga kelara telah memerintahkan hang tuah agar membunuh laksamana sunan. Sultan bertambah murka apabila laksaman sunan telah menghantar haryani pulang ke abad 21 kerana telah memadamkan hajat baginda untuk memperisterikan haryani.









kesinambungan judul bagaikan puteri ialah cinta sang ratu. judul ni memaparkan kisah seorang ratu pengamal ilmu hitam iaitu ratu sulaman yang berniat menakluk tanah acheh yang di diami laksmana sunan. baginda ratu telah tertarik hati pada laksamana sunan kerana tidak membunuhnya walaupun berpeluang berbuat begitu. ratu sulaman cuba mendekati laksamana sunan yang cedera akibat penangan sihir baginda. rasa belas kasihan baginda pada mulanya telah melahirkan bibit2 cinta antara mereka. sang ratu telah memeluk islam dan menjadi isteri laksamana sunan. Hal demikian telah mencetuskan kemurkaan maharani iaitu bonda ratu sulaman. Baginda yang bersekongkol dengan taghut telah menculik sang ratu. maka bermulalah pengembaraan laksamana sunan untuk mencari isteri yang tercinta dan mula dikenali sebagai "lelaki yang berduka dari tanah rencong".







judul penamat bagaikan puteri, iaitu hijab sang pencinta. dalam judul ini, saifudin telah memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman iaitu di kampung punggor, johor. sepanjang perjalanan, beliau sering dihambat oleh anasir2 jahat yang cuba membunuhnya terutamanya manggala iaitu manusia serigala yang menjadi pengikut syaitan. setibanya laksamana sunan di kampung, beliau telah di buru oleh raja melaka yang masih menyimpan amarah terhadapnya.laksamana sunan telah pergi menyembunyikan diri di sebuah gua dan dia telah terhijab dan sampai ke abad 21. di abad 21, laksamana sunan bertemu kembali dengan haryani yang diburu oleh manggala. setelah menewaskan manggala, haryani telah memutuskan untuk berkahwin dengan laksamana sunan dan memaklumkan kepada orang tuanya. laksamana sunan telah bersetuju untuk memperisterikan haryani.







memang best...mati itu pasti, hidup insyaallah..

Sunday, July 12, 2009

Tahukah korang...

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ?

Don't worry, banyak lagi di my country

Semasa Abu balik dari Singapura menaiki keretapi, adalah tiga orang yang duduk bersama. Dua didepan Abu, dan sorang lagi kat sebelah. Yang kat depan Abu, orang Amerika dan orang Cuba. Sebelah Abu pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu mereka pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si Amerika pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang,
si Cuba pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang cerut (cerut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Baru hisap beberapa sedut, terus dia membuangnya keluar tingkap...

"Why you do that for" kata si amerika tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".jawab si Cuba

Terkejutlah
Abu dibuatnya. Masa tu Abu tengok si Bangladesh tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir, Abu pun apa lagi... tangkap Bangla tu dan terus campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi Abu pun cakap lah...,

"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"



p/s : renungkan dan perhatikanlah sekitar kita

Wednesday, July 8, 2009

I LOVE YOU TOO

Seorang perompak baru keluar dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanan, dia menemui sebuah rumah dan masuk kedalamnya untuk mencari wang. Tetapi yang dilihatnya hanya sepasang pasangan suami isteri yang sedang tidur di atas ranjang. perompak itu mengarahkan si suami agar turun dari ranjang dan mengikatnya dikerusi.

Kemudian sambil mengikat yang perempuan ke ranjang, perompak itu mencium lehernya, lalu bergegas ke bilik mandi.

Sementara si perompak berada di bilik mandi, si suami berbisik ke isterinya: "Isteriku, org ini penjenayah yg keluar dr penjara. Lihat saja baju yg dipakai, dia mungkin sudah lama dipenjara dan belum pernah menyentuh wanita dalam waktu lama.

Aku lihat bagaimana tadi dia mencium lehermu. Jika dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini berbahaya, jika marah, dia akan membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. I Love You."

Balas sang isteri, "Dia tidak mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia bagitau dia homo dan menurutnya kamu seksi sekali dan dia menanyakan dimana body lotion? Aku jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. I LOVE YOU TOO.

Rahsia Khusyuk Dalam Solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat

2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. tinggalkan sifat berbangga

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Pelayan Tidak Pakai Bra

Pada suatu hari, aku tengah lepak kat sebuah kedai makan. Biasalah kedai makan kat kampung, mesti la ramai golongan2 veteran yang lepak. Kalau dh lepak ramai2 mesti la ada macam2 crite yang boleh didengar.Nak dijadikan crite, aku ada la terdengar satu kisah yang agak luar biasa sikit. crite nya tentang satu kedai makan yang ada pelayan tak pakai baju dalam. Aku dengar la dengan lebih lanjut tentang crite 2 sbb benda gini jarang berlaku kat tempat aku.Kat tempat lain tak tau la aku. Lokasi yang diterangkan aku dengar betul2.
Al-kisah, maka berangkatlah aku bersama-sama member aku ke kedai yang dinyatakan bagi mendapatkan kesahihan crite tersebut.Aku mahu lihat dengan mata kepala aku sendiri bagi meyakini kisah 2. sesampainya aku di kedai yang dinyatakan, maka duduklah aku bersama gerombolan member aku untuk memesan minuman.Apabila sorang pelayan datang nak ambil pesanan, alangkah terkejutnya aku beserta gerombolan memberku kerana pelayan 2 memang betul2 tak pakai baju dalam..memang boleh tengok dengan jelas sekali.maka crite yang aku dengar 2 memang betul dan amat sahih sekali.
Tapi, walaupun pelayan 2 tak pakai baju dalam, aku tak rasa luar biasa sangat dan agak selamba je tengok pelayan 2.Malas la nak tengok lama2 sebab pelayan 2 adalah LELAKI.

Cinta seorang perindu

cinta seorang perindu,
menagih kasih sepanjang waktu,
berbekal sabar sebagai penunggu,

ibarat mentari membelah angkasa,
ibarat langit mencengkam purnama.


cinta seorang perindu,
bagai hati menjadi batu,

butakan mata memandang mungkar,
butakan telinga mendengar nista,

*tatkala cinta berbisik, suaranya memuji tuhan,
pabila rindu terusik, rasulNya jadi pilihan,

sampai masa cinta jadi taruhan,
sang pencipta jadi pilihan


*di petik dari novel cinta sang ratu

Ular Paling Besar

video

video nie aku dapat dari sorang member yang ambik dari sorang askar yang merakamkan peristiwa ni.kejadian ni berlaku kat dlm hutan grik, perak.samada ular ni betul atau jelmaan, allahualam....

Tuesday, July 7, 2009

Kerana cinta~

video

Stupid Question

Teacher : "What do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?"
Pupil : "A teacher".

Teacher : "Sam, you talk a lot !"
Sam : "It's a family tradition".
Teacher : "What do you mean?"
Sam : "Sir, my grandpa was a street hawker, my father is a teacher".
Teacher : "What about your mother?"
Sam : "She's a woman".

Teacher : "Now, Sam, tell me frankly do you say prayers before eating?"
Sam : "No sir, I don't have to, my mom is a good cook".

Teacher : " Can anybody give an example of COINCIDENCE?"
One Student : "Sir, my Mother and Father got married on the same day and at the same time."

Teacher : " George Washington not only chopped down his father's Cherry tree, but also admitted doing it.
Now do you know why his father didn't punish him ?"
One Student: " Because George still had the axe in his hand."


Patient : "What are the chances of my recovering doctor?"
Doctor : "One hundred percent. Medical records show that nine out of ten people die of the disease you have. Yours is the tenth case I've treated. The others all died".


MARY : John says I'm pretty. Andy says I'm ugly.What do u think,
Peter?
PETER : A bit of both. I think you're pretty ugly.


WIFE : You tell a man something, it goes in one ear and comes out of the other.
HUSBAND : You tell a woman something: It goes in both ears and comes out of the mouth.


MAN : You remind me of the sea.
WOMAN : Because I'm wild, romantic and exciting?
MAN : NO, because you make me sick.

PERBUALAN RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.

2. Imam dan pemimpin yang adil.

3. Orang kaya yang merendah diri.

4. Pedagang yang jujur dan amanah.

5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.

6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.

7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.

8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.

9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.

10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.

11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.

12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.

13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.

14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.

15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.

2. Orang kaya yang sombong.

3. Pedagang yang khianat.

4. Orang pemabuk/peminum arak.

5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.

6. Pemilik harta riba'.

7. Pemakan harta anak yatim.

8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.

9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.

10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.

MABUK DALAM CINTA

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

MENANGIS TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

ALLAH MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULLAH

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

KELEBIHAN 10 MUHARAM (HARI AASYURA)

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

KISAH PENCIPTAAN AKAL DAN NAFSU

Dalam sebuah kitab karangan seorang ulama,'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, , menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu'iaitu neraka yang paling lapar selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa kerana nafsu akan lemah apabila lapar.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

KISAH NERAKA JAHANNAM

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

YOU ARE MY FRIEND

When I walk in the darkness,
I was alone and the felt world so silent.
I have no idea where I must to go.
That time, you came as the light
And show me the right way
to reach my destiny path.
Now I know that you are my friend.
Thank for appearing in my life
And thank for accepting me in your life.

Makna Politik

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang berusia 9 tahun dan seorang berusia setahun. Segala urusan rumah dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia .

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?" Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu.
Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?"

Kelipok-kelipok mata si anak pejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay."

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'bermain' dengan si pembantu Indonesia itu.



Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?"

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik"

Silat semakin luntur di hati melayu

Silat sememangnya sinonim dengan bangsa Melayu. Masyarakat Melayu dari zaman dahulu-kala lagi menggunakan silat sebagai seni mempertahankan diri dan medium latihan bagi menyihatkan badan. Di imbau dari sejarah juga dapat dipastikan silat pernah digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dahulu seperti Hang Tuah lima bersaudara, Dato’ Bahaman, Maharajalela, Mat Kilau dan sebagainya untuk mempertahankan tanah air daripada penjajahan. Sejak berkurun lamanya silat bertapak di Tanah Melayu dan semakin berkembang dengan penubuhan pelbagai aliran seperti Gayong, Cekak, Lincah dan banyak lagi aliran lain menjadikannya seni mempertahankan diri yang diiktiraf dunia dan mendapat tarikan negara luar untuk turut mempelajari silat.

Di Malaysia kini, ribuan jenis aliran seni mempertahankan diri muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Seni beladiri dari negara luar menjadi tumpuan dan mendapat penglibatan pelbagai pihak. Semakin lama, silat yang menjadi satu seni kebanggaan orang Melayu semakin terpinggir. Pengamal-pengamal silat kian berkurangan saban tahun dan masyarakat Melayu sendiri semakin alpa memperjuangkan seni warisan bangsa. Hal yang membimbangkan ini masih tidak disedari dan menarik perhatian masyarakat Melayu.

Jika diperhatikan secara umumnya, silat semakin terpinggir kerana masyarakat melayu sekarang kurang diberikan pendedahan tentang kewibawaan silat yang diturunkan oleh nenek moyang kita dan kepentingannya lebih-lebih lagi masyarakat di bandar. Kawasan bandar yang kekurangan kawasan lapang lebih menyukarkan pembukaan gelanggang silat dan hanya terhad di sekolah-sekolah dan beberapa pusat pengajian tinggi sahaja. Hal ini sekaligus menyukarkan golongan yang tidak berkaitan dengan institusi pengajian untuk turut serta dalam pembelajaran seni beladiri ini seperti golongan dewasa dan pekerja. Latihan silat berbeza dengan seni beladiri yang lain dan kurang sesuai dijalankan di dalam gym atau dewan. Sesetengah aliran silat juga memerlukan pelatih melakukan upacara pembukaan gelanggang sebelum melakukan latihan dan upacara ini biasanya memerlukan kawasan yang lapang.

Silat juga sering kali dikaitkan dengan ilmu kebatinan. Hal ini amat membimbangkan banyak pihak terutamanya ibubapa yang tidak mahu anak-anak mereka terlibat dengan amalan yang diragui ini. Banyak kes dimana seseorang pesilat menjadi isim atau gila kerana mengamalkan ilmu kebatinan dan hal ini menyebabkan masyarakat takut untuk mendekatkan diri dengan seni beladiri ini. Padahal bukan semua silat yang mengamalkan ilmu kebatinan malah sesetengah aliran juga tidak memaksa atau menganjurkan pelatihnya mengamalkan ilmu tersebut. Hakikatnya, kebanyakan mahaguru silat tidak menggalakkan dan sesetengahnya mencegah pesilat-pesilat terlibat dengan ilmu kebatinan lebih-lebih lagi yang diragui keabsahannya malahan mendidik pesilat agar patuh dengan ajaran Islam seperti tidak meninggalkan sembahyang, adab dengan ibubapa dan sentiasa berzikir untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.

Dalam era yang serba moden ini. Pada pandangan mereka, silat tidak lebih dari seni tempur yang bersenjata seperti keris dan tongkat serta ditambah dengan bunga-bunga tarian. Hakikatnya mereka tidak sedar bahawa silat itu satu seni yang diamalkan untuk menyihatkan rohani dan jasmani bahkan bukan untuk bertempur semata-mata. Persepsi masyarakat yang sebegini perlu diubah agar hal ini tidak terus berlanjutan ke generasi seterusnya. Walaupun telah ditubuhkan PESAKA untuk menjaga dan memartabat seni warisan melayu ini, namun pertubuhan ini dilihat tidak dapat memainkan peranan yang lebih mapan. Tindakan yang sepatutnya perlu diambil bagi menyedarkan masyarakat tentang identiti sebenar sesebuah pertubuhan silat.

Sebagai masyarakat Melayu, kita perlu sama-sama bangkit membela seni silat yang menjadi lambang tunjang bangsa. Jangan cuma pandai berdalih untuk kita menguburkan seni warisan nenek moyang kita di tanah air sendiri sedangkan silat mula diterima oleh masyarakat luar. Hal ini menunjukkan silat perlu dilihat dengan pandangan yang lebih global dan bukan hanya tersempit dikalangan melayu sahaja. Oleh itu, untuk terus menghidupkan silat di persada dunia, masyarakat melayu sebagai pengasas seni beladiri ini perlu menjadi pancang bagi memastikan silat terus menjadi lambang estetik bangsa.

ANAK DESA

aku sorang diri
diteratak usang ini
ditemani kicau burung
yang bermain digigi kali

biarpun aku sendiri
namun ku tak sunyi meniti hari
dikelilingi hijau bumi
langit biru indah sekali

oh sinar mentari
hadirlah kemari
terangi hidupku
agar dapat lari
sesuka hati mengejar mimpi

aku anak desa
aku bahagia
biarpun mereka kata
aku tak punya apa-apa

aku bahagia
aku anak desa