Pages

Tuesday, November 30, 2010

Justin Bieber nyanyi lagu melayu?

Tengah dok usha pesbuk yang dah jarang dibuka sekarang ni, aku tertengok la ngan group Oh! Media.. lepak-lepak kat situ jap. satu benda yang menarik perhatian aku.. lagu justin bibir bieber dalam versi bahasa melayu. si budak Justin Bibir Bieber yang femes ngan lagu baby..baby..oh.. telah berjaya menawan hati para remaja pompuan.berbekalkan kehenseman dan suara cam pompuan tu, penyanyi baru aqil baligh tu ternyata diminati.

yang menariknya lagu versi melayu ni bukan ditujukan kepada para chikaro atau dalam bahasa sainstifiknya wanita, tetapi ditujukan kepada kaum ibu.. kepada para ibu, mari pakat dengar lagu ni~

video




Monday, November 29, 2010

7 up

korang pernah minum 7up?? sebut betol2.. seven ap.. sebab ada budak kampung aku tu dia sebut tujuh yu pi... wahahaha..pecah perot aku ketawa.. mula2 bingung ckit.. dia minta pesan beli air tujuh yu pi.. aku dengan penuh perasaan was-was dan kebingungan tak tahu air menatang apa.. ingatkan air jenama baru.. pastu baru dia kata yang ada nombor tujuh kat depan tu..loh~ mau je aku hentak beliau dengan batang penyapu..

tapi kisah tu dah berlalu beberapa tahun yang lepas.. tetiba aku sebut pasal air tujuh yu pi ni...eh..eh.. seven ap ni pasal apa?? pasal aku baru beli la ni..dah lama tak minum 7up. bila sebut 7up,mesti terbayang muka kartun dengan rambut megi kan? aku rasa budak-budak zaman sekarang tak tahu kot siapa nama kartun rambut megi tu.. masa kecik-kecik dulu slalu je kartun megi tu dok siar dalam iklan tv. nama dia Fido Dido..

seingat aku, masa kecik dulu slalu je dok lukis muka Fido Dido ni. bukan apa, ringkas dan senang. walaupon orang lidi lagi ringkas, tapi orang lidi takde rupa..Femes gila Fido Dido sewaktu dulu.. sekarang hanya muka beliau yang terpampang kat botol 7up..tanpa identiti..kesian encik Fido Dido. Papepon, aku masih merupakan peminat setia Fido Dido biarpun kini beliau dah tak femes~




*Fido Dido,kini hanyalah rupa tanpa nama....

Sunday, November 28, 2010

Leonardo

Tentu semua orang tahukan pasal lukisan monalisa.. lukisan agung yang dihasilkan oleh Leonardo da vinci mencecah harga berjuta-juta. Nak tahu lagi pasal Leonardo ni, meh aku bagitau...

1.     Lukisan Monalisa dihasilkan selama 10tahun. 10 tahun itu hanya untuk bahagian bibirnya sahaja. Lukisan tu jadi agung pasal ramai orang termasuk pakar lukisan tak tahu apa reaksi monalisa pada gambar tu. adakah dia senyum, adakah dia masam, adakah dia bersedih, atau biasa2.. sampai sekarang jawapan kepada gambaran perasaan monalisa masih misteri..

2.    Selain melukis, Leonardo juga mencipta gunting.

3.   Leonardo berperanan dalam mengembangkan beberapa ilmu seperti anatomi, astronomi dan kejuruteraan awam. beliau banyak menghabiskan masa dengan membedah beberapa mayat manusia untuk melukis bahagian anggota dan organ dalam badan manusia.

4.    Ada yang beranggapan Leonardo seorang gay. maka perhubungan sulitnya bersama monalisa hanyalah khabar angin. tetapi tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran cerita tersebut.

5. Leonardo da vinci bermaksud Leonardo dari vinci, Itali. beliau tak menggunakan nama bapa pada namanya mungkin kerana pada zaman tersebut, penggunaan nama keluarga belum digunakan di Eropah. Ada juga yang mengatakan nama keluarga tidak digunakan kerana Leonardo itu anak luar nikah.

6.   setiap karyanya akan di tandatangani dengan nama 'Leonardo' ataupun 'Lo, Leonardo' yang bermaksud saya, Leonardo. Oleh kerana itu, kebanyakan pakar menggunakan istilah Leonardos kepada hasil beliau dan bukannya da vincis.

7.   Leonardo seorang vegetarian di sepanjang usia hidupnya..



Monalisa.. ko senyum ke, ko tengah masam ni? nampak cam sedih pon ada...
(gambar ni bukan gambar asli monalisa)



aku bagi yang ringkas2 cukup la.. kalu korang berminat nak tahu banyak lagi pasal datuk ni, korang usaha sendiri la cari kat mana-mana.. pakcik google pon ada..

Kurap...

garu-garu....garu-garu... menggaru seringkali terjadi bila seseorang tu dijangkiti kurap. apa itu kurap? kurap ataupun orang kampung aku panggil ringworm, adalah satu penyakit kulit yang disebabkan oleh fungi. penyakit kurap berlaku di beberapa bahagian kulit dan dilihat macam lingkaran yang berwarna merah muda.. walaupon orang kampung aku panggil ringworm, namun penyakit kurap adalah tidak berkaitan pon dengan cacing apatah lagi dengan cincin belah rotan..ia dipanggil sebegitu kerana tambalan kulit yang berbentuk gelang tu je.. 

antara vektor dalam penyebaran kurap adalah anjing dan kucing.. tak tahu la aku betol ke tak.. yang aku tahu kalu orang nak marah, mereka akan sebut "Anjing Kurap!!!" tak pon "celaka punya kucing kurap!!" tak pasal2 anjing ngan kucing yang kena sumpah. padahal korang yang naik kurap, mau salahkan kucing lagi~ yang aku tahu, kurap biasanya terjadi apabila terdapat suhu yang lembab dan panas.. macam memaki pakaian yang lembab atau pakaian yang tebal dalam waktu yang lama. kurap ni juga akan semakin merebak sekiranya tidak dicegah.bahaya tu~ nanti habis satu badan berkurap..(-_-;)

cara untuk mengelakkan kurap ialah, amalkan membasuh tangan dengan bersih. korang mesti tahu la cara nak basuh tangan. tak perlu la aku ajar. dalam TV slalu tunjuk. ada orang kata, daun lada boleh menghilangkan kurap. tak nak percaya pon, aku sendiri pon tak cuba lagi. tapi bagi aku, baik pergi beli ubat kat farmasi je. tak pon ubat gatal kat kaki lima jalan pon ada jual. 3,4 hengget je satu..

Malu bila berkurap?? hmm.. biasanya orang akan malu bila di jangkiti kurap. tapi bagi aku kurap itu perlu. sebab cikgu aku masa skolah dulu pernah kata, kurap itu satu nikmat.. kalu korang tak pernah di jangkiti kurap, maka dah hilanglah satu nikmat di dunia ni, iaitu nikmat menggaru.hahahaha~ ada yang kata, cinta pon ibarat kurap, makin digaru makin sedap... mungkin mereka yang dilamun cinta tahu makna kurap tu.kepada mereka yang tak pernah di jangkiti kurap tu, better korang g main ngan kucing kurap. dah dapat kurap nanti baru lengkap nikmat hidup didunia...

lelaki cemburu~

Tadi aku ada terbaca dalam harian metro, pasal suami yang letak pisau kat leher isteri dia pasal cemburu..kononnya si suami ternampak gambar isterinya dengan sorang rakan lelaki bergambar bersama, padahal menurut si isteri, mereka memang tak de pape hubungan selain kawan.. hurm~ 

pastu tadi jugak aku ada baca kat blog akak Lydia Miza pasal lelaki kuat cemburu.. kat last entry, kak LM ni ada tanya pasal kenapa lelaki kuat cemburu.. ok, kali ni aku pulak nak bagitau kenapa lelaki kuat cemburu. Tapi bukan aku nak kata semua lelaki kuat cemburu. cemburu itu ada pada sesiapa sahaja. tapi cemburu antara pasangan sepatutnya hanya perlu kepada lelaki.

Mengikut kata sorang ustaz, cemburu itu adalah pakaian lelaki.. perlu pada seorang lelaki dan bukannya kepada seorang perempuan. sekiranya lelaki bercakap dan berSMS dengan wanita lain, si isteri tak sepatutnya cemburu sebab suami ada hak dan masih mempunyai kuota. apabila sebaliknya berlaku, sisuami memang patut cemburu kepada isteri kerana seorang isteri tiada hak untuk bercakap dengan lelaki lain tanpa izin suaminya.

cemburu itu pakaian lelaki.. perempuan tak boleh ada sifat cemburu..kalu tak, nanti jadi kucar-kacir..contohnya sama macam memakai baju. jika seorang lelaki memakai baju kurung dan perempuan memakai baju melayu, try jalan ke bandar. haru-biru la nanti keadaannya.. begitu juga la dengan cemburu. tak boleh ditukar milik dari lelaki kepada wanita. sekiranya si isteri seorang atlet contohnya, dan aktif dalam olahraga. si suami perlu memastikan si isteri ni menutup aurat. bukannya menyokong dan membiarkan isterinya memakai seluar dan baju kecik di depan orang ramai. tak logik si suami ni tak cemburu kalu orang lain dok tengok badan isterinya melainkan si suami tu bongok, bodo, dan bangang dan jatuh fasik ke atas dirinya.

so, jelaskan, kenapa lelaki perlu cemburu dan kenapa pompuan tak perlu cemburu.. tapi kalu cemburu sampai tikam dan mencederakan pompuan tu memang bodo la... bodo dari semut.. 







Antara otak lelaki dan wanita

Teringat masa belajar kelas fisiologi dulu.. lelaki dan perempuan banyak perbezaan dari segi fizikal ataupon pemikiran..otak lelaki dan perempuan tu sangat berbeza..sebab tu tindakan orang lelaki dengan orang perempuan tu berbeza.. maka ada yang akan kata, tak memahami la, tak reti bahasa la..  sebenarnya korang jangan harap la lelaki dan perempuan akan selalu bersependapat sebab cara pemikiran antara jantina ni lain. cuba tengok gambar otak ni~ aku dapat masa menggodek-godek encik google...











Saturday, November 27, 2010

Di sebalik mimpi

Ada dengar ustaz mengajar..katanya mimpi ni ada 3 jenis.. yang satunya mimpi yang baik atau mimpi yang mempunyai makna... mimpi baik ni macam mimpi di datangi Nabi ke, para sahabat ke, orang memberi hadiah2 yang elok ke.. mimpi ni biasanya memberi isyarat dan perkhabaran kepada kita akan hal yang akan berlaku pada hari mendatang..mimpi yang baik tak semestinya datang kepada orang yang baik sahaja. orang yang tak baik pon, kalu tuhan nak bagi petunjuk dan hidayah kepada mereka, boleh jadi mereka akan bermimpi berjumpa dengan nabi. mungkin dari mimpi, mereka yang tak baik ni akan kembali kepada kebenaran... Allahuallam...

yang keduanya, mimpi jenis yang tak elok.. umpamanya bermimpi dikejar hantu, mimpi di gigit anjing, mimpi kena pukul beramai-ramai.. mimpi yang tak elok ni biasanya didalangi oleh syaitan.tujuan syaitan mendatangkan mimpi yang tak elok ni adalah untuk menjadikan hati manusia itu gundah-gulana.. apabila bermimpi perkara yang tak elok, manusia biasanya akan ketakutan, memikir yang yang bukan-bukan sehingga meninggalkan perkara yang perlu dilakukan dalam kehidupan. Nabi ada mengajar supaya mengucap astagfirullahalhazim setelah tersedar dari mimpi buruk. dan disarankan meludah ke kiri sebanyak 3 kali.. tapi kalu ada bini disebelah tu, janganlah ludah atas muka bini. meludah tu cukup la sekadar dengan bunyian tuihh!! dan tak perlu la sampai keluar kahak hijau.. kan orang tua dah pesan, supaya membasuh kaki sebelum tido. korang tak dengar.. nabi pon suruh baca 3 Qul dan ayat qursi sebelum tido. tu sebab nak elak dari syaitan mengacau la..

dan mimpi ketiganya adalah mimpi saja-saja.. mimpi yang hanya menjadi mainan tido.. langsung tak membawa maksud apa-apa.. kalu mengikut kajian, mimpi ni terhasil melalui pemikiran yang diketepikan dalam otak kita.. misalnya korang ada kerja sekolah.. minggu depan cikgu nak check. tapi korang malas nak buat lagi. korang pikir lambat lagi kerja sekolah tu. jadi korang abaikan kerja sekolah tu dari pemikiran utama di otak korang. maknanya pemikiran tentang kerja sekolah tu diketepikan.. ada kemungkinan korang akan bermimpi cikgu mengecheck kerja sekolah dan korang belum siapkan lagi kerja tu... lebih kurang macam tu la.. korang biasanya tak kan pikir mimpi tu berkaitan dengan kehidupan sebenar sebab perkara tu korang dah ketepikan dari minda..



dan ada yang mengatakan bahawa mustahil korang akan ingat mimpi yang korang alami masa tido semalam melainkan korang tersedar dari tido secara mengejut.. maknanya kalu criter mimpi korang tu belum habis, korang dah tersedar atau dikejutkan dari tidor, maka korang masih boleh ingat lagi mimpi tersebut.kalu mimpi tu dah tamat, dan korang bangun tido dengan sendiri dan dengan selesa, korang memang takkan mampu ingat balik mimpi dari tido tadi.

tapi aku nak tahu, mimpi basah tu termasuk dalam kategori mana??? orang lelaki mimpi didatangi pompuan dan akan mengalami mimpi basah,ini menunjukkan lelaki ni dah aqil baligh.. pompuan pulak aqil baligh sekiranya didatangi haid. yang aku dok pikir2 kan, adakah pompuan jugak pernah mimpi basah? pompuan pon mimpi di datangi lelaki jugak ke? harap ada yang sudi jawab soalan aku..  xP


Tak tersangka

sungguh tak disangka-sangka, akhirnya aku jadi pemenang..ahaha.. baru-baru ni aku ada buat entry untuk support Nur Solehah bagi membolehkan beliau memenangi Lenovo Ideapad U460 ( Worth About RM3000 ). beliau dah janji untuk mengadakan cabutan bertuah kepada mereka yang telah memberi support kepada beliau.

tahniah juga diucapkan kepada Nur Solehah kerana berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tu. untuk melunaskan janji beliau, beliau dah pon membuat cabutan dan memilih  9 orang untuk memenangi hadiah misteri.. tak tersangka nama aku telah menjadi salah seorang yang bertuah tu~ walaupon sekadar hadiah saguhati, tapi aku tetap gembira kerana aku belum pernah pon mendapat hadiah dari cabutan bertuah. ntah la macam mana kali ni aku dapat tuah..ahahahaha.. terima kasih kepada Nur Solehah.. email sudah dihantar ye.sila check inbox anda ;p


p/s : tak sabar rasanya nak tahu hadiah dari Nur Solehah... misteri sungguh...

Friday, November 26, 2010

Kenapa mesti curang?

Kadang-kadang rasa gembira bila tengok orang dok kapel.. kadang-kadang cemburu pon ada kerana aku masih lagi membujang.. sesungguhnya dapat berkongsi kasih sayang adalah perkara yang paling membahagiakan. tapi dalam menempuh saat manis itu, bukannya semua kebahagiaan itu datang tanpa sebarang cabaran. dan ada juga kebahagiaan yang tak berkekalan... begitulah lumrah. jangan disangka panas sehingga petang kerana hujan boleh datang dengan tanpa diundang.

mengikut statistik yang aku dapat, di Malaysia, punca perceraian dikalangan suami isteri yang paling tinggi ialah kerana isteri tidak mendapat kepuasan dari suami... ini adalah fakta!!!(mungkin akan diulas lain kali) dan punca keretakan dalam perhubungan pasangan kekasih adalah kerana sikap curang... kecurangan ni biasalah terjadi, lebih-lebih lagi dikalangan pengamal cinta beruk. ye la, beruk mana la pandai ada suami isteri.. asal nampak je beruk mana yang berkenan, terus on...

teringat kata-kata ustaz kat skolah dulu..lelaki ni umpama kucing.perempuan pulak ibarat ikan.. kucing ni pantang nampak ikan.terus dia bedal~ tapi kalu perempuan tu ikan jerung, mampus la kucing2 dibahamnya.. kucing yang jahat memang suka mencuri ikan.. selagi ada, selagi tu dia bedal..tapi kucing yang alim dan baik pon ada.. hanya makan whiskers.. :)

berbalik kepada isu curang, aku masih tak paham kenapa harus curang? mengapa mesti ada niat nak pasang 2,3? kenapa tak boleh setia? kenapa aku asyik dok tanya korang? kenapa korang x jawab2 soalan aku? apa benda aku dok melalut ni? (*maaf, soalan tak berkaitan dengan entry, sila ludah skrin komputer  anda) sebenarnya, aku memang tak paham dengan sikap ingin curang ni. bagi aku cukup la ada satu.. tak payah nak bagi alasan sunnah..isteri nabi semuanya janda selain Aisyah.yang korang cari anak-anak dara bergetah tu kenapa? habis, yang pompuan plak nak bagi alasan apa??

tujuan sebenar aku tulis entry ni hanyalah pasal aku tertarik dengan satu ayat dari sorang member tadi.. dia kata "LELAKI YANG HEBAT BUKAN KERANA DAPAT MENCINTAI RAMAI WANITA, TETAPI LELAKI YANG HEBAT ADALAH LELAKI YANG MAMPU MENCINTAI SEORANG WANITA MELALUI BANYAK CARA... ". member aku kata ayat ni dah lama dan biasa digunakan.. tapi aku baru dengar je tadi...layan je la... huh, entry aku terhasil hanya dengan sepotong ayat?

Thursday, November 25, 2010

Potret pertama

Masa kecik2 dulu, aku langsung tak reti nak guna komputer... aku hanya reti memandang abang2 dan adik aku menggunakan komputer.. nak main game pon, sememangnya aku x minat game dalam komputer dulu.. yang aku tahu hanyalah game solitaire dan game2 daun terup yg ada dalam komputer tu.. selain main daun terup tu, bila buka komputer aku hanya reti buka paint.. time boring, slalu lukis komik pendek la, watak2 dalam dragon ball la dan semuanya hanyalah kartun..

dari dulu aku try nak lukis potret tapi tak pernah menjadi.lukis atas kertas pon susah, apatah lagi nak lukis dalam komputer.tapi baru2 ni, time aku tengah keboringan pasal internet tak dapat, aku pon try la lukis potret dengan menggunakan paint. nak lukis monalisa, seumur hidup pon aku rasa x mampu nak buat. nak lukis muka aku sendiri, nanti jadi terlalu hensem pulak.. bila aku terpandang muka hayley william (paramore) kat wallpaper aku, tetiba rasa minah ni lawa.. try je la lukis muka awek aku ni demi cinta beruk aku kepadanya.


dan hasilnya.... inilah potret pertama yang aku hasilkan dari paint...








p/s: teringat dengan sorang member di sabah, zai.. dia panggil aku raja paint pasal aku slalu guna paint..bengong~ 

p/p/s: sebelum aku reti guna adobe photoshop dulu, aku hanya mengedit gambar dengan menggunakan paint. setelah tengok member pakai photoshop, baru aku tahu betapa senangnya menggunakan software dari adobe ni..


Lelaki bermulut manis atau wanita yang mudah terhakis?

Seringkali kita dengar, lelaki ni mulut manis... ada juga yang kata, ayat lelaki lebih manis dari madu. maksudnya disini adalah lelaki pandai bermain kata-kata dan bijak mengambil hati orang kan? tapi bagi aku bukan semua lelaki pandai bermain kata dan bermanis mulut.. biasanya, lelaki yang bermulut manis tu kebanyakannya tergolong dalam ketegori buaya darat, ulat bulu dan penjual minyak..

Aku bercakap dari pengalaman aku sendiri dan juga manusia2 yang aku kenal di sekeliling aku. lelaki bukan semuanya pandai mengayat.. kalu lelaki jenis yang kurang bercakap macam aku ni biasanya tak pandai sangat bermain kata-kata.. lelaki yang kurang bercakap biasanya memang tak menaburkan kata-kata indah dan janji-janji diana kepada pompuan.dalam soal pasangan hidup, lelaki pendiam biasanya lebih berserah kepada jodoh dan takdir. bukan semua lelaki yang suka bercakap juga pandai bermain kata... ada jenis yang suka bercakap tak henti-henti kalu berkawan, tapi langsung tak berani nak mengayat pompuan yang dia minat. aku nak nasihatkan skit kepada kaum pompuan, kalu jumpa lelaki yang suka memuji tu hati-hati skit..

sebenarnya, aku dah lama perhatikan di sekeliling aku. ada juga lelaki yang tak pandai bermain kata.. cuma berani memberi pujian.. jika dilihat, pujian yang diberikan nampak tak berasas dan langsung tak bersesuaian, tapi orang pompuan tetap suka dengan pujian. hal yang memang tak dapat di pertikaikan. pompuan lah yang mudah cair hatinya bila dipuji kerana wanita sememangnya pantang dipuji.. walau hakikat berhidung kembang, tapi jika lelaki katakan pompuan tu hidung mancung, pompuan tu pasti akan gembira.. jika diberikan pujian melambung, maka mudahlah si lelaki menjerat pompuan tu. mintak la apa saja, pasti akan ditunaikan walaupon tergadai bodi.. sebabnya pompuan tu suka ngan lelaki tu yang selalu memuji dirinya.

lelaki tak perlu memberikan pujian yang terlalu melambung. asalkan kata-kata itu bersifat positif dan cantik, maka pompuan akan suka. itu lah yang biasa terjadi yang aku perhati dikalangan buaya dan mangsanya.. sesiapa saja suka dipuji tapi lelaki biasanya tak menerima pujian yang terlalu melambung dan tak berasas..jadi kata-kata lelaki bermulut manis sebenarnya tak berapa tepat kerana hakikatnya hati pompuan yang mudah termakan pujian lelaki.


lelaki hanya perlu memberikan beberapa pujian utk memikat pompuan. maka otomatik pompuan akan cair. (tgk dalam gambar, apa yg perempuan mahukan dan apa yang lelaki fikirkan)





Hadis palsu

Hadis merupakan perkara yang bersandar dengan sunnah Rasulullah s.a.w seperti perbuatan, perkataan, pengakuan,sifat akhlak dan sifat kejadian..seperti yang sedia maklum, hadis merupakan sumber rujukan kedua dalam menentukan hukum di dalam Islam selepas sumber Al-Quran.Hadis2 ni banyak dibukukan oleh ramai ulama periwayat tapi dalam fiq islam sekarang, hanya ada enam kitab yang sering diguna pakai yang dikarang oleh tujuh orang periwayat. 

Enam kitab hadis yang sering digunapakai ialah Kitab al-Jami' as-Sahih iaitu hasil karangan imam Bukhari dan Imam Muslim, Kitab Sunan an-Nasai oleh Imam Nasa'i, Kitab Sunan Abi Daud hasil Imam Abu Daud, Kitab Sunan at-Tirmizi oleh Imam Tirmizi, Kitab Sunan Ibnu Majah oleh Imam Ibnu Majah dan Kitab Musnad hasil karangan Imam Ahmad. Penghasilan kitab2 ni adalah bagi mengumpul himpunan hadis2 sahih dari sumber yang dipercayai..Hal ini di anggap penting kerana selepas kewafatan baginda rasulullah s.a.w, banyak hadis2 palsu muncul.. perkara ni telah mengelirukan banyak orang. Ulama2 periwayat ni lah yang berperanan mengumpul dan menapis setiap hadis agar umat Islam tidak terpesong dan terkeliru dengan hukum Islam.

Tugas ulama2 periwayat ni sememangnya berhasil dan masyarakat Islam mula dapat membezakan hukum dengan jelas walaupon masih ada sesetengah pendapat antara para ulama yang bercanggah.. selepas kewujudan Kitab2 himpunan hadis ini, masyarakat Islam menjadi mudah mendapatkan sumber selepas rujukan dari Al-Quran. Namun begitu, aku lihat pada zaman sekarang ni, telah banyak hadis2 palsu muncul kembali terutamanya dalam Internet atau disebut juga sebagai alam maya dalam bahasa yang lebih berintelek atau hilir~

Sepanjang aku berskodeng di alam maya ni, banyak pihak yang mengeluarkan hukum tak masuk akal berpandukan hadis yang tak pernah aku dengar... kebanyakan hadis yang ditulis tu takde pulak nama perawi..entah hadis dari kitab mana yang dia ambik.. dan ada yang lebih hot tu, tulis lagi hadis riwayat Muslim.. hadis riwayat Bukhari.. penggunaan ayat pon aku dah syak sesuatu yang pelik.. bila di check dalam kitab hadis, x de jumpa pon hadis2 yang ditulis.. haishh~ bahaya betul zaman sekarang. bukan sekali dua aku jumpa benda2 gini.. dah beribu-ribu lemon kot..

2,3 hari lepas aku ada layan blog sorang 'pakcik' yang hot semalaya... dalam blog beliau, banyak gila hadis2 yang ditulis..kebanyakan ayat dia tulis tu lebih kurang sama je. bila di check, memang x de pon hadis yang dikarang beliau tu termaktub dalam kitab... adoi la..pakcik..pakcik...nk mengarut pon biar berpada-pada..jangan berani mempermainkan hadis dan agama. dulu aku pernah tengok blog rasul melayu, abdul kahar.. rasul orang melayu kita ni lagi dahsyat. dia siap bagi tafsir Quran, tapi ikut kepala dia sendiri.. habis punah ayat Al-Quran setelah di tafsir beliau. siap kata surah yasinn tu Tuhan turunkan khas buat dia.. surah yassin tu adalah untuk melantik diri beliau sebagai rasul kepada orang Melayu. Apa nak jadi la ngan ko ni pakcik Kahar..

Jadi, aku nak bagi peringatan sikit kepada saudara ku sekalian, jangan mudah mempercayai hadis2 atau tafsir Al-Quran secara bulat2 di Internet ni. cuba check balik dalam kitab hadis yang ada dan kalu nak lebih meyakinkan cuba rujuk kepada para ulama..Umat kita sekarang mula diserang dengan hadis2 palsu dan hal ini amat membimbangkan sekiranya kita mudah menerima tanpa sebarang rujukan, nanti dikhuatiri terpesong akidah.. nauzubillah...

Tuesday, November 23, 2010

Menyepi

Sekarang ni dah masuk musim exam.. aduss, cepat sungguh masa berlalu.. pejam celik kejap je dah hujung sem.. maybe aku terpaksa menyepi dari berblog dalam masa seminggu ni.. nak tumpukan betol2 kat exam.. dah last year, x leh wat main2 macam dulu dah.. masa awal2 pengajina boleh la nak main2 ckit.. skarang nk kejar pointer ckit biar dapat konvo ngan result elok skit..

semenjak dua ni pon aku dah smakin slow berblog.. bukan takde idea, bukan x de masa.. tapi takde internet.. nak kata tak de langsung tu x jugak.. tengah malam buta baru dapat.. dalam 2-3 am baru internet blh guna.. dah la slow, pastu asyik putus2 pulak.. memang menyakitkan hati dan perasaan aku. oleh kerana kelembapan internet, aku dah kurang buat bw.. aku cuma pergi kat blog yang sempat diterjah selagi internet x putus.. dan blog2 yang berat tu, sori la....memang aku tak kan masuk. apa jadah aku nak tunggu loading sampai stengah jam nak buka satu blog..

bukan aku tak menghargai blog korang, tapi bila dah terlalu berat, memang aku tak mampu nak buka dengan hanya berbekalkan wifi kat U...sebab tu orang selalu pesan, pastikan blog anda x berat.. sebaiknya bawah dari 100kb.. ok, aku nak study kaw2 dulu (tipu je kaw2, ko ingat kopi??) habis exam ni, aku akan start berbelog dengan aktif balik.. tapi kalu ada masa senggang antara paper, boleh la aku jenguk2 sekejap kat sini..sesi study bermula..doakan kejayaan aku!!!

Monday, November 22, 2010

Haram berjimak dimalam pertama

Aku terjumpa video ceramah yang di kendalikan oleh ustaz Azhar Idrus. Disini dia telah mengatakan bahawa hukum berjimak di malam pertama adalah haram.. cuba korang tengok video yang aku letak ni kalu nak tahu sebab dan alasan yang ustaz ni bagi.. semoga video ni dapat di jadikan ingatan kepada pengantin baru dan mereka yang bakal menjadi pengantin...  benda ni wajib kita kena tahu dan jangan diperlecehkan kerana berdosa kalu terlanjur....

Sunday, November 21, 2010

Fenomena 2 alam

Baru hari pertama filem 2 alam ditayangkan, sudah banyak orang dok kutuk Datuk Dr Rozmey yang selaku penerbit filem tersebut..  jumlah manusia yang tak berpuas hati semakin bertambah apabila muncul beberapa group kat pesbuk yang mengutuk DDR dan jumlah keahlian kian bertambah dari setiap minit.. dalam masa 5 saat je dah sampai 10 post yang terpampang kat wall group. Kadang2 baca, rasa kesian jugak ngan DDR pasal kena kutuk kaw2.. kadang2 tergelak jugak pasal komen yang bengong2 plus lagi ada acc yang baru di create semata2 nk kutuk DDR.

Paling tak tahan, sikap tak puas hati geng2 anti DDR siap buat komplot nk serang wall pesbuk DDR pkul 12mlm beramai-ramai..adoiii! kesian la ngan DDR tu.. tak tahan dah dia nak delete komen2 yang mengutuk beliau. Tak baik la kalu sampai nk kutuk beramai-ramai.. Masyarakat jadi anti dengan DDR pasal DDR terlampau ego dan terlampau yakin dapat 40juta dari filem 2 alam. DDR sendiri kena la muhasabah diri. Jangan nak salahkan orang kalu orang x nak terima karya kita.

Pada pandangan aku, filem 2 alam tu ok. Kualiti memang ada.. boleh di layan dan setaraf dengan filem melayu yang lain.. Cuma kalu dilihat dari segi penceritaan, 2 alam tu rasanya lebih sesuai jadi drama TV dari menjadi sebuah filem. Tapi cerita sebegitu sepatutnya masih boleh di terima dikalangan masyarakat pada pandangan aku. Tapi orang jadi jelek nak tengok bukan pasal cerita tu tak best.. sebab kalu tak tengok sendiri, mana la nak tahu cerita tu best atau tidak. Tapi orang menolak cerita 2 alam pasal jelek ngan DDR yang berapi-rapi dok puji cerita sendiri. Siap yakin mampu mencapai 40 juta dan memandai buat imaginasi rakyat Malaysia dah mengigil nk tengok cerita 2 alam dan sampai ada yang kena dipapah keluar dari pawagam selepas menonton.

Friday, November 19, 2010

Shades Contest

Masa tengah syok menjalankan aktiviti BW, aku terjumpa la ngan satu contest ni.. anjuran Miss Genit.. tanpa membuang angin masa, aku pon nak try join la.. mana tau, untung nasib badan, dapat menang hadiah misteri dari Miss Genit dan Cik Mok.


Banner contest by Miss Genit a.k.a cik sab



Di sini, aku nak pertaruhkan 2 keping gambar aku yang hensem dan bergaya.. kalu kehenseman aku masih tak dapat memikat hati juri tak tau la~ ekekeke..



Gambar ni diambil semasa penyampaian hadiah dan malam persembahan juara Festival seni Universiti Malaya 2009/2010.. aku sebenarnya tumpang pegang je piala tu. Piala tu diperoleh sempena kemenangan pasukan dikir barat kolej aku dalam festival seni tu.. aku selaku penyamar pengurus telah menyusup masuk kedalam majlis dan berjaya menculik piala kemenangan untuk bergambar bersama aku...(-_-;) yang paling tak tahan, nak masuk dalam majlis tu kena beli tiket.. tapi aku berjaya masuk secara percuma.. penjaga tiket kat depan pintu masuk tu tak tahan pon aku untuk cek tiket.. barangkali dia ingat aku artis kot~ siap bergaya ngan baju kot ngan kaca mata itam lagi.. aku rasa aku la manusia paling hensem pada malam tu sebab orang lain pergi pakai baju t-shirt biasa je.. pakai baju cap pagoda ngan seluar pendek..aku pulak siap berkasut kulit hitam kau~

walaupon berasa sedikit bersalah kerana menyeludup masuk secara haram, aku cuba mententeramkan hati aku agar hilangkan rasa bersalah tu.. kurang2 aku pergi sebagai pengurus la jugak malam tu.. hanya malam tu je la.. sebelum ni bukan aku pon pengurus.





kerana kurang yakin dengan kehenseman yang aku miliki, aku pertaruhkan lagi sekeping gambar aku bersama ayie.



Gambar ni aku bersama ayie bergambar di atas motor vespa sempena malam pesta muda-mudi dinner Majlis Anugerah Kinabalu (MAK) di kolej kediaman aku. Tema pada majlis malam tu ialah retro.. tu yang kitaorang bergaya sakan sampai iras-iras sarip dol, samseng kampung dusun..

Aku rasa, ni la MAK paling bermakna selama aku berada di UM.. walaupon agak kesunyian selepas ketiadaan member2 kamcing yang lain, namun tema pada malam tu betol2 menghidupkan suasana... dan aku rasa pada malam ni la paling banyak aku bergambar bersama chikaro2.. hahahaha~ selama ni aku susah nak bergambar ngan pompuan. maklum la aku ni kan pemalu xD

Paling best pada malam tu, setiap orang ada gelaran masing2.. ye la, dah malam retro.. penampilan masing2 terus berubah sama sekali. ada yang jadi sarip dol, ada yang jadi cikgu mahmood, ada yang jadi cikgu shaari.. hoh~ macam2 la...habis nama jadi klasik.. setiap kali aku tengok gambar pada malam MAK ni, aku tersenyum sorang2.. memori lama menjelma kembali.. bila lagi agaknya aku dapat berjumpa lagi ngan member2 lama aku... terasa sayu juga dalam hati kerana terpaksa berpisah dengan member2 di UM.. tak tersangka perkenalan kita dah sampai penghujungnya..tapi kitaorang still berhubung walaupon sepatah SMS.. 

terima kasih aku ucapkan kepada Miss Genit a.k.a cik sab dan cik mok sebab sudi buat contest ni... secara tak langsung, aku dapat juga berkongsi cerita ngan korang.. dapat jugak aku godek2 koleksi gambar dalam laptop buruk aku ni..


bagi memenuhi syarat2 contest ni, aku terpaksa memilih 4 mangsa untuk di tag.. wAhAHAhaHAhA (ketawa jahat!!!)

mangsa pertama : Lydia Miza (akak yang suka pakai Spek itam)
mangsa kedua : Ayie (memorabilia)
mangsa ketiga : Mia suka berangan
mangsa keempat : Biskut

kepada mereka yang kena tag, dan kepada mereka yang tak kena tag tapi nak join contest ni, korang boleh tengok syarat2 contest ni kat belog Miss Genit.


Orang tua dan hospital

Kalu kat kampung, aku biasa bergaul dengan orang-orang tua... dulu masa kecik2 aku ingat orang tua ni selalu hidup serius, tak boleh ketawa, garang.. tapi bila dah biasa bergaul, rupa2 nya orang tua ni melawak mengalahkan budak2.. kadang2 senak perot dibuatnya bila mendengar perbualan orang-orang tua.

Dengan budak2, saje je buat muka serius macam kambing tak dapat bini.. tapi bila dah jadi geng orang-orang tua, baru aku sedar, kehidupan orang tua lebih ceria walaupon kadang2 di landa masalah.. mungkin kebanyakan mereka dan biasa menghadapi masalah, jadi stakat masalah kecik, diorang wat rilek je. Sebenarnya aku sangat suka bergaul dengan orang2 tua ni, sebab ilmu mereka lebih banyak. secara langsung atau tidak, kita dapat berkongsi ilmu dengan lebih cepat berdasarkan pengalaman mereka.

Yang menjadi kehairanan aku, kebanyakan orang tua ni tak suka pergi hospital. knape ekk?? kalu stakat demam biasa atau sakit kepala, diorang just makan panadol je. kalu sakit urat, sakit sendi ke, diorang lebih suka mencari  ubat-ubat tradisional macam akar kayu, maajun,tongkat ali, tongkat abu dan macam-macam tongkat lagi. nak harapkan ubat hospital, sori la kalu diorang nak makan... kalu dah sakit kuat, diorang cari bomoh ke, dukun ke, pawang ke, harry porter ke.. memang takkan g ke hospital..

kebanyakan yang pergi hospital pon sebab kena paksa ngan anak-anak. tapi kalu kena tahan kat wad, macam2 alasan pulak diorang bagi sebab tak nak duduk kat wad.. lembu tak de orang bagi makan la, takut itik lemas la, nak teman ayam mengeram la.. yang paling lawak aku dengar, dari datok kawan aku.. dia bagi alasan kat nurse taknak dok kat hospital sebab takot.. hospital ada hantu... ADOI!!! terbalik usus aku sebab ketawa...

aku juga selalu perhati kat gerai-gerai tepi jalan, ubat-ubat akar kayu, maajun, minyak angin memang menjadi pilihan warga tua… mati-mati mereka tak percayakan ubat hospital. Aku kadang2 bimbang jugak dengn situasi ni. Dulu takpe la memang ubat2 ni diperbuat dengan akar kayu. Tapi ubat2 tradional sekarang memang dah tak tradisonal lagi.. ada sesetengah tu di campur dengan bahan berbahaya. Dah banyak kes terjadi termasuk keracunan dan kematian dikalangan pengguna ubat buatan sendiri, tapi golongan tua tak serik2 untuk beli. Memang tak dinafikan, sesetengah ubat memang mujarab dan berkesan. Tapi dengan kemunculan ubat2 baru yang tak disahkan tahap keselamatan dan status halalnya semakin meragukan aku..

tapi golongan orang tua tetap berkeras dan percaya kepada ubat tradisional. Memang tak dinafikan juga, sesetengah ubat yang dijual di farmasi terlalu mahal bagi orang-orang tua di kampung. Jadi mereka lebih memilih ubat yang lebih murah. Tapi aku rasa, bukan soal harga yang jadi pilihan mereka.. sememangnya mereka lebih percaya kepada ubat dari akar kayu. Bagi mereka mungkin ubat-ubatan ni lebih asli dan selamat berbanding ubat di hospital dan farmasi yang di percayai ada bahan kimia.. mungkin begitu pemikiran mereka.. mungkin….. 


maajun kuat~ (gambar sekadar hiasan)


Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

Selamat menyambut hari raya korban kepada seluruh warga muslimin khususnya kepada rakan2 blogger. pejam celik, pejam celik, tup-tup dah raya pulak. baru ni je rasanya baru sambut Aidilfitri.. kuih raya lepas pon belum abis lagi..

Besok boleh tengok lembu kena sembelih... alangkah bahagianya menjadi seorang muslim kerana besoknya akan terhapus dosa2 kecil apabila melihat mengalirnya darah yang mengalir keluar dari leher lembu. dengan keriangan beraya, jangan lupa juga kepada kisah teladan disebalik hari raya korban ni. bagaimana kisah yang terjadi kepada nabi Ibrahim a.s apabila diperintahkan oleh tuhan untuk menyembelih anak kesayangannya, nabi Ismail a.s.

Jangan lupa juga kita kisah yang terjadi diantara baginda Rasulullah s.a.w semasa ingin melakukan haji buat yang pertama kalinya.. kaum muslimin berserta Rasulullah dihalang oleh golongan kafir di Mekah. mereka membuat perjanjian dengan nabi supaya membuat haji pada tahun berikutnya.. Peluang membuat haji di Mekah juga diambil oleh Rasulullah untuk menyebarkan dakwah kepada kabilah-kabilah yang datang ke Mekah dan hal ini secara langsung melebarkan lagi agama Islam ke seluruh pelusuk dunia.

Walaupon raya haji ni ramai ahli keluarga aku tak balik kampung, namun aku rasa itu bukan penghalang untuk aku bergembira.. raya haji di Kelantan aku rasa lagi meriah berbanding dengan raya puasa..cuma raya haji ni tak terasa sangat kedatangannya, walaupon besoknya dah nak raya..raya puasa memang terasa la bahang hari raya sebab dah sebulan dok menahan perot berpuasa..

orang kat masjid dah start takbir.. jom ramai-ramai gegarkan masjid dengan alunan takbir memuji Yang Maha Esa.. TAKBIR!!!! (tiada kaitan ngan parti politik ye... xD)

Monday, November 15, 2010

I SUPPORT NUR SOLEHAH



I SUPPORT NUR SOLEHAH


entry ni khas buat Nur Solehah.. tak rugi kalu kita membantu orang lain..korang pon boleh tolong beliau dengan bagi support.. lepas korang tolong beliau, korang berpeluang memenangi cabutan bertuah. memang tak rugi kan kalu menolong orang~

hope Nur Solehah boleh menang dan termakbul kehendaknya ^^

Minta tolong...

Selepas aku menggodek2, melipat, menggoreng, dan mewarnakan rupa baru blog milik ayie kelmarin, aku pon try2 la buka template desinger kat dalam blogspot ni.. cuba2 tengok rupa blog aku kalu bertukar template lain.. tengah syok mencuba template satu-satu, entah macam mana dengan tetiba aku terklik apply to blog...#*!7^@$#*!&$/ segala sumpah seranah telah terluah oleh mulut aku yang berbibir mulus~

Aku rasa dah macam nak pitam time tu~ huhuhu.. blog aku telah bertukar wajah dengan tanpa kerelaan hati.  terlajak kereta boleh gostan, terlajak makan kenyang jadinya... sepandai2 tupai melompat, akhirnya kalah juga kepada kera.. maka oleh kerana rupa dan warna blog aku telah berubah, aku pon kena la buat header yang bersesuaian ngan kaler baru ni. dah la mata tengah mengantuk, terpaksa aku buka adobe photoshop CS4 untuk mencipta header baru. oleh kerana malas nak tempek gambar (sebab mengantuk), aku main tulis je la nama blog..

yang lebih memeningkan bila nuffnang plak hilang, macam orang gila pulak nak baca bahasa alien a.k.a HTML..tapi sebusuk-busuk daging, di lempar, dibeli daging baru pula... yang bestnya, size blog aku dari 126kg kb dah turun kepada 72kb. wooww.. dibawah 100. orang kata size yang elok adalah di bawah 100kb. aku harap takde la orang yang akan menyumpah seranah untuk menunggu blog aku ni nak load.. aku rasa pasni, kalu nk buka blog aku, tak sempat korang nak klik lagi, dah siap buka.. punya laju tu~

setelah bertukar wajah, aku jugak dah masukkan static pages kat blog ni. sebenarnya dah lama aku nak buat, tapi rupa blog aku sebelum ni tak sesuai nak letak static pages. aku dah letakkan ruangan untuk korang masukkan link blog korang kat tab exchange.. aku harap korang boleh tinggalkan link korang kat situ supaya aku mudah nak buat BW. x la sakit sangat mata aku nak baca tulisan kecik2 kat shout box tu...harap korang sudi membantu aku dengan tinggalkan link korang dan aku juga berharap yang template baru aku ni tak menyakitkan mata korang~




Sunday, November 14, 2010

Akira kembali lagi

Dulu aku pernah buat entry pasal Akira Toriyama..pelukis cerita komik Playboy Dragon Ball tu~ Setelah beliau lama menyepi, dan aku pon dah lama tak baca hasil lukisan beliau, semalam aku tertengok la cover terbaru majalah komik tersohor di jepun, Shonen Jump.

sekali tengok aku dah tahu tu lukisan akira toriyama. maka aku pon tengok2 la tajuk cerita dia. Hurm~ tengok tajuk komik terbaru akira toriyama, Kintoki..maka dengan penuh bersemangat waja aku terus la menggunakan khidmat encik google untuk mencari komik tu dengan menaip kintoki... then, aku dah dapat baca cerita dia..



aku memang fanatik gila la sama si Akira Toriyama ni.. idea dia memang da bomb~ komik2 beliau takde yang mengecewakan.. memandangkan cerita Kintoki ni masih baru, aku akan cuba mengikuti cerita ni dari semasa ke semasa..

Update..update..

Huhuhu..dah seminggu aku tak update blog ni. bukan kesuntukan masa, bukan tiada idea, tapi tak de internet..betapa seksanya hidup aku selama seminggu ni tanpa kehadiran internet.. ntah apa masalah, internet kat rumah aku tak leh nak guna. 

seminggu aku dok pening dan runsing~ kepada rakan2 blogger yang tak jemu2 melawat kat blog ni, aku minta maaf bebanyak sebab tak sempat nk berbalas kunjungan korang. dah dapat internet ni, aku akan cuba melawat blog2 korang semua secepat mungkin. terima kasih aku ucapkan kepada yang masih sudi datang bertandang kat sini walaupon aku tak update selama seminggu ni.

new entry akan menyusul selepas ini... nnt nak pikir2 tajuk dulu~ dah dapat tajuk nanti, aku akan 'goreng' entry dengan sebaik mungkin.. tunggu!!!!!



p/s: entry ni saje je aku buat untuk bagi isyarat yang aku dah kembali ;p 


Friday, November 5, 2010

Mari kita bergembira~

      Hohoho... tengah memalam buta ni tetiba pulak aku bergembira. yeahh!!! laptopku sudah tersedar dari pengsan yang agak lama.. akhirnya aku berjaya mengonlinekan diri dengan laptopku. habis cara dah aku buat, berdoa tak henti2... kesudahannya aku berjaya!!! sekarang ni aku tengah menaip entry ni sambil melompat-lompat kegembiraan.. Sila ucap tahniah kepada aku..wakakaka~

       Tambah mengembirakan lagi sebab aku dah beli tiket untuk balik kampung tadi..hehehe.. malam esok aku akan bertolak balik ke kampung halaman tercinta.. Kelate!!! tunggu ambo.. Huh..eksaited gila nak balik.. orang lain dah balik berapa hari dah..aku jugak yang last~ sunyi sepi je kat UM ni.

        Tak lupa juga aku untuk mengucapkan Hepi Deepavali kepada semua yang beragama Hindu terutamanya kepada member2 aku yang sama2 blajar kat UM ni..Harapnya belum terlambat la nak bagi ucapan ni.. dah masa ni aku baru dapat online~ Kalu nak tengok awek aku yang nombor 2 a.k.a Lisa Surihani bagi ucapan Hepi Deepavali, korang boleh KLIK SINI.. awek nombor 2 la... yang nombor 1 Hayley William. vokalis paramore tu~

Wednesday, November 3, 2010

Bencana

Tatkala rakyat di Indonesia di hantui kebimbangan kerana letusan gunung berapi, di Malaysia pon timbul sama masalah bencana alam yakni banjir di beberapa buah negeri khususnya negeri di utara. Banjir terok dah menenggelamkan banyak kawasan di negeri perlis dan kedah sehingga ada yang sudah dirangut nyawa...

Hujan kadang-kala diturunkan sebagai rahmat, dan kadang kala boleh juga menjadi bala. Tapi itu sudah suratan takdir. tuhan dah menentukan apa yang terbaik untuk kita.. ada kala kita diberi kesenangan, ada kala kita ditimpa musibah.. bersabarlah menempuh ujian ni.. sama-sama lah membantu saudara kita yang memerlukan bantuan. mungkin hari ini mereka timpa kesusahan dan banjir besar sehingga memusnahkan segala harta benda. mana tahu, esok tiba pula giliran kita..

musim cuti dah tiba.. 3 minggu beb aku bercuti. tapi dah hampir seminggu kat KL ni, tak balik2 kampung lagi. tiket pon belum beli lagi. haish~ dah rugi seminggu cuti aku.. huhuhu.. esok lusa kot boleh la aku balik.. boring jugak dok melepak kat KL ni. 

yang menjadi kerungsingan aku sekarang, kalu balik kampung nanti kena hujan lebat tak henti2, huuiihh.. berkarat la aku dok berkurung dalam rumah. aku ni dah la kaki merayap.. tak boleh dok diam kat rumah.. mesti nak keluar jugak dalam satu hari. hujan lebat, ribut badai pon aku sanggup keluar bertemankan motor yang dah uzur kat rumah nu.. kalu tak keluar satu hari, hidup ni memang dah macam takde makna.. mungkin aku boleh kena sawan kot.. (-_-")

papepon, diharapkan mereka yang ditimpa bencana tu bersabar la.. yang kehilangan saudara akibat banjir tu pon harap2 redha je la menerima pemergian mereka... sesungguhnya tuhan lebih menyayangi mereka..



p/s : teringat masa kecik2 dulu, kalu musim banjir tentu seronok dapat main rakit... buatan sendiri lagi tu.. tp bila tgk budak2 sekarang main, rasa macam bahaya je~