Pages

Friday, December 31, 2010

Syurga dan Neraka

Selamat Tahun Baru 2011 kepada seluruh umat manusia... Syukurlah kita masih diberi kesempatan untuk terus bernyawa di tahun yang tertambah lagi satu angka.. Rata-rata rakyat Malaysia pasti pergi ke tempat tumpuan bagi menyambut kemeriahan tahun baru dan menikmati cahaya letupan bunga api. Tak terlepas juga pada diri aku untuk pergi tempat tumpuan orang ramai dengan tujuan yang sama..

Aku bersama member telah pergi ke I-city untuk bergembira disana.. oleh kerana sampai awal disana, masih tak menjadi masalah untuk mendapatkan tempat parkir kereta. pusing-pusing 2,3 kali, rasa boring la pulak.. asyik menghadap pokok-pokok berwarna je.. tapi syok jugak la dapat tengok pameran kereta ngan motor yang menarik.. kadang-kadang, sakit mata dok tengok sesetengah pasangan dok berpelukan, pegang-pegang.. demmm... aku dengki ke?? haish~ walaupon boring, tapi tak la terlalu menyampah kerana suasana harmoni masih ada kerana kebanyakan yang pergi rata-rata bersama family. takde la dok ngadap adengan terlampau para remaja sangat walaupon masih ada yang berkelakuan sumbang mahram tu~





Oleh kerana tak dapat tengok konsert, member aku ajak bertukar tempat dari I-city ke The curve.. dengar kabar, sana ada konsert.. layan je la... sampai je kat Damansara, letupan bunga api bermula.. konsert dah abis kot... hayati la dulu kemeriahan letupan bunga api. pastu gi masuk kat area The Curve, tengok penuh dengan para belia.. lelaki perempuan bercampur gaul, berpelukan, romen-roman, raba-raban... ish~ perangai memang cam setan.. dok sembur-sembur buih menatang apa ntah.. habis ngan kereta JPJ pon kena sembur ngan sabun.. punya mengamuk aku tengok encik JPJ dan rakan-rakan.. penguatkuasa pon di permainkan.. riuh dengan lagu berdegung-berdegang macam di disko, para manusia yang terkinja-kinja,baju sekerat macam taknak pakai baju je, teriak terlolong.. agaknya tempat macam tu sesuai di panggil neraka dunia..sampah berselerakan...




Beginikah perangai manusia bertamadun? beginikah budaya masyarakat yang membangun? Memang ada mat saleh dan mat afrika, bangla, indonesia dan macam-macam lagi yang turut terkinja-terlompat.. tapi sebagai warga tempatan, aku malu dengan perangai rakyat Malaysia.. Kalu di sebut dalam bahasa kasarnya, aku katakan , "Macam sial!!!!" Tak salah kalu nak bergembira.. tapi tatasusila dan perangai haruslah di jaga.. mungkin aku dari kampung dan agak jakun, maka benda-benda gampang macam ni aku tak leh terima... mungkin perkara macam tu menjadi keharusan kehidupan masyarakat dibandar.. tak tahulah aku..

Thursday, December 30, 2010

Bijaknya Matematik...

Oleh kerana esok telah di isytiharkan cuti umum, maka member aku pon ajak la gi karaoke.. dapat melalak di tengah malam ni syok jugak.. Mula-mula nak gi tengok wayang, tapi tak jadi sebab takde cerita terbaru yang menarik.. jadi rancangan bertukar kepada karaoke..

Namun, hajat nak berkaraoke pon agak mengecewakan.. mula-mula pergi, bilik karaoke penuh.. tukar pergi tempat lain.. pon penuh jugak..haiya~ pergi lagi ke tempat lain mahal nak mampos!!! RM35 satu kepala.. gila ke mau buang duit RM35 untuk sejam. pergi lagi tempat lain..penuh lagi!!!!  pastu bercadang mau pergi tempat lain lagi.. call dulu untuk booking.. tanya harga RM22.. wow!! ok la tu.. ek.. RM22 tu untuk sorang ke untuk satu bilik? ceh, RM22 untuk satu kepala rupanya.. ok, untuk 3 orang berapa?? jawapan yang di beri ialah RM101.20.. WOW!!!! bijaknya matematik.. sorang dia bagi harga RM22. 3 orang pulak RM101.20.. ada lagi 20 sen tu~

Dari nyanyi 3 orang satu bilik dengan harga RM101.20, baik kami ambik sebilik sorang.. baru RM22.. Entah formula matematik mana yang dia guna.. aku dan member hampir gila sebab dok fikir formula yang sesuai bagi menghasilkan jawapan RM101.20..pelik..pelik... tambah pelik jugak sebab semua pusat karaoke penuh.. entah kenapa habis rakyat Malaysia ni gi karaoke.. bergembira sempena cuti ke, gembira pasal Malaysia menang bola Piala Suzuki, aku pon tak pasti.. last-last kami gi uptown.. layan karaoke kat uptown je la.. tu pon dengar orang lain nyanyi je.. nak nyanyi sendiri kat depan orang ramai, sori derr.... dah la nak menunggu giliran pon lama, nak nyanyi depan umum dengan suara cam cengkerik ni, memang mintak maaf bebanyak le.... hajat terpaksa di tunda kepada esok~ huh!!!

Wednesday, December 29, 2010

Riang duka adakala bersama..

Minta maaf aku pinta kepada sahabat blogger yang tak jemu berkunjung ke sini kerana aku tak sempat nak BW sangat sehari dua ni.. hanya menjenguk setakat yang mampu.. Malam ini seluruh warga Malaysia sedang bergembira kerana negara tercinta telah muncul Johan dalam perlawanan bola sepak Piala Suzuki setelah berjaya menundukkan tuan rumah, Indonesia dengan mendahului mata agregat.

Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia... Dengan tangan yang bergetar, aku tabik spring kat Keeper, Khairul Fahmi, Nor Shahrul, Kunalan, Safee, Muslim dan yang lain-lain.. permainan malam ni sedikit berbeza dengan yang sebelumnya kerana Malaysia di lihat bersungguh-sungguh dan amat berkeyakinan untuk menang setelah berjaya meninggalkan Indonesia 3 mata di belakang pada perlawanan sebelum ni.. 

Dalam gembira, tak terlepas juga duka yang tersemat di hati ini. baru pagi tadi aku sampai ke KL dan emak aku di kampung pon telefon.. katanya, datukku dah meninggal dunia pagi tadi. Alangkah terkejut bukan kepalang.. baru-baru ni je aku baru balik kampung untuk berjumpa dengannya.. tak sangka pertemuan itu yang terakhir kali. Aku lihat kesugulan di wajah tua itu.. aku sempat cium tangan yang berkedut itu. tapi aku langsung tak menyedari itu kali terakhir... Untuk pulang kembali, rasanya aku tak berkemampuan. yang dapat aku buat kini hanyalah sedekah sekelumit Al-Fatihah untuk di semadikan kepada roh tua nya.. Al-Fatihah.....

Tandas conteng

Semasa berhenti rehat ketika dalam perjalanan nak datang ke KL, aku pon menumpang masuk la ke jamban berbayar yang disediakan. Hajat nak melepaskan kencing yang tidak dapat ditangunggung oleh pundi kencing aku ni.. di tahan lama-lama boleh meletup nanti pundi kencing.. dah la nak kencing pon kena bayar, siap naik harga dah sekarang. dulu 20sen, sekarang dah 30sen. hei, bhai~ tu air kencing gua yang punya.. mau buang sendiri punya pon kena bayar ka? 

Lepas bayar, terus aku masuk je kedalam bilik yang di sediakan.. sambil buka seluar, mata aku terpandang la kat dinding bilik air tu~ sambil kencing aku tersenyum menahan ketawa yang hampir nak terburai.. macam-macam ada kat dinding tu. mesti korang pon pernah tengok kan? " siapa nak bohsia, call 017-23881**" , " mau hisap ****, call 019-42233**".. paling aku tak tahan dan nak gelak, ada yang tulis, " siapa conteng dinding ni, dia bodo".. pastu ada pulak yang tulis kat sebelah ayat tadi, " Ko conteng jugak tu, ko pon bodo la.."..  di sebelah tu pulak lagi, ada jawapan , " aku conteng tak pe"... Pastu, di sebelah tu lagi ada lagi yang tulis "2-2 pon bodo sebab dok conteng sini"..wat da hel... siap menconteng dinding tandas sambil membalas komen bersiri.. apa punya bangang la..

Aku yakin, mana-mana tandas lelaki kat Malaysia ni pasti ada contengan pada dinding termasuk tandas masjid. Tandas pompuan tak tahu la aku.. tak pernah aku wat survey pasal tandas pompuan apatah lagi aku nak masuk skodeng sendiri.. hanya pompuan yang tahu keadaan tandas mereka. Memang tersangat pelik dengan perangai orang kita. dah la tandas kotor satu hal, boleh lagi main conteng-conteng dinding. apa pekdah la yang korang dapat dari dok conteng dinding tu.. baik korang pergi kerja cat rumah.. boleh jugak duit. 

Teringat zaman sekolah dulu, kalu masuk tandas lelaki mesti penuh dengan asap rokok.. bangang!! agaknya asap rokok yang disedut bersama aroma 'semerbak' dari tandas boleh memberikan kenikmatan tak terhingga kot.. Yang aku tak leh lupa, kalu lalu depan tandas budak pompuan pon boleh hidu bau rokok.. hebatnya pompuan kini..Amaran!!! merokok membahayakan kesihatan.. "belilah rokok jika anda ingin membangunkan negara dengan cepat..."  "berhentilah merokok jika anda takde duit"

Tuesday, December 28, 2010

Siapa yang bodoh?

Semalam dok lepak-lepak kedai pelayan ngan member-member kat kampung. Pergi kedai sana pon bukan sebab nak tengok pelayan melainkan saje nak lepak dan minum bersama kawan-kawan. dah tu je kedai yang paling dekat ngan rumah aku. Malas nak keluar jauh-jauh. Kedai pelayan pon pelayan la..

Tak tahu kedai pelayan? eh, kedai pelayan tu kedai makan yang ada budak pompuan la yang dok melayan lelaki-lelaki hidung belang.. tapi aku ni hidung tompok ye.. takde belang.. Kedai yang aku dok lepak ni pon hebat giler namanya.. OH LALA~ entah dari mana dapat nama tu.. dah lekat kat mulut orang sekitar maka semua orang pon panggil kedai oh lala.. Yang aku kesalkan skit, pelayan ni memang akan bagi je kalu korang nak buat apa kat dia... nak raba ke, nak sentuh ke, nak cemolot ke, nak ttuuuuuutt ke.. sayang sungguh. orangnya cantik tapi perangai cam setan...

Aku hanya mampu tengok orang-orang pakat dok bergilir-gilir meraba budak tu.. kadang-kadang stim jugak.. Al-kisah pulak semalam, budak pompuan tu datang dok tepi aku.. agak rapat~ tangan aku dah bergerak dok kat kerusi budak tu.. Sumpah aku tak sentuh ye!! niat hati memang nak sangat-sangat aku raba budak tu.. tapi rasanya iman aku kuat lagi kot. Tetiba masih ingat lagi kat Tuhan.. Aku cuma bajet macho je la.... tak mampu nak teruskan niat jahat dari hasutan setan.

Aku terpikir, betapa bodohnya dok main raba-raba ni.. tak padan ngan dosa. Tapi kenapa masih ramai yang suka raba-raba? Aku yang bodoh atau mereka yang bodoh? atau si perempuan tu yang bodoh? Aku hanya anggap aku je la yang bodoh sebab tak ambik kesempatan yang tersedia depan mata tu~



p/s : malam ni aku akan bertolak ke KL.. tak dapat dah nak meraba~ doakan keselamatan aku dalam perjalanan.. takut jugak ngan kes eksiden bas sekarang ni.

Monday, December 27, 2010

Bacalah..

Budaya membaca amat penting bagi menghasilkan masyarakat yang berilmu.. kat skolah rendah dulu, ada macam-macam ayat perangsang yang diletakkan merata-rata tempat dan paling banyak kat kantin sekolah.. antara ayat tu ada yang tertulis membaca itu sumber ilmu. memang tak boleh di nafikan, membaca itu adalah sumber paling besar kepada ilmu. Ikutkan sirah Nabi sendiri pon, semasa Rasulullah menerima wahyu, ayat pertama yang dibacakan Jibril ialah Iqrak yang bermaksud bacalah.. Ayat pertama yang melantik kenabian Rasullah ialah bacalah. maknanya Islam sendiri menekankan pembacaan.

Rasulullah seorang yang buta huruf memang tak boleh nak membaca. tapi kenapa Jibril masih berkata "bacalah" kepada baginda? Memang terbukti membaca itu amatlah penting wahlal Islam sendiri menyarankan umatnya membaca. Cuba lihat sendiri rakyat Jepun dan Israel, kemana-mana mereka pergi, bahan bacaan sentiasa ada di tangan.. cuba-cubalah fikirkan, negara manakah yang tersohor maju? siapakah pemegang lebih 70% ekonomi dunia? Di Malaysia, budaya membaca masih amat kurang. yang amat menyedihkan, segelintir masyarakat menganggap amalan membawa buku kemana-mana sebagai taboo.. Cis~ dah la kita bodoh, masih nak membodohkan orang.Aku katakan ni kepada diri aku sendiri ye..

Bacalah pape pon walau di mana-mana.. baca novel pon  x pe, baca buku teks sekolah rendah pon takpe, baca buku panduan telefon ke, buku tiga 5 ke, buku diari ke...janji amalan membaca dapat di latih dalam diri kita. biarpun novel yang di reka ceritanya ataupon jiwang tahap muntah hijau ke, ia masih berguna dalam menambah pengetahuan kita di samping menambahkan kosa kata dan memperbaiki penggunaan ayat kita. Biarlah kita di gelar ulat buku sekalipon, jangan sampai di gelar ulat bulu..

Bomoh dan perniagaan

Dalam masyarakat kita, jika sebut pasal perniagaan pasti tak boleh di pisahkan dengan aktiviti berbomoh tambah-tambah lagi kalu dalam perniagaan kedai makan. macam-macam jenis orang meniaga dapatkan khidmat bomoh samada nakkan pelaris bagi meningkatkan hasil jualan, pendinding dari ancaman mahupon perbuatan khianat nak jatuhkan perniagaan orang lain.

Aku masih tak mengerti mentaliti dan cara berfikir masyarakat kita dalam berniaga. sikit-sikit nak bomoh.. Paling tak tahan dengan manusia yang penuh dengan hasad dengki dengan kejayaan orang lain. jika dengki melihat orang berjaya dan cuba memajukan diri untuk mencapai kejayaan yang sama tak pe la jugak. ni gi berbomoh untuk menghancurkan kejayaan orang lain. kenapa begitu dungu pemikiran manusia jenis sebegini?

Berniagalah dengan ikhlas.. jika nak buat makanan untuk orang makan, buatlah makanan yang terbaik seperti  makanan itu untuk kita sendiri. Cubalah mencari jalan yang lebih baik untuk memajukan perniagaan. Ni sampaikan ada yang rendam 'seluar dalam' didalam bekas air panas.. kenapa begitu kotor sekali hati manusia ni? sama kotor seperti daki yang lekat kat seluar dalam tu. Jika Tuhan hendak memberi rezeki kepada kita, maka adalah rezeki itu datang. Jika Tuhan tak nak bagi, tetap takkan maju walaupon kita guna bapak bomoh sekalipon.. macam mana la nak berkat rezeki jika kita sentiasa dok guna benda kotor... benda tak berkat ni biasanya tak tahan lama. biarpon nampak berjaya hari ni, esok lusa hanya Tuhan yang tahu.

Tak payah la nak pakai bomoh-bomoh dalam meniaga ni. Dari abis duit dok upah bomoh tu, kalu kumpul aku rasa dah boleh pergi Mekah ngan duit tu.. Dok dengki orang dapat duit banyak..kita pulak gi habiskan duit dok upah bomoh sebab nak jatuhkan orang. apa kebangang orang macam ni..Kalu memang tak mampu nak menyaingi pesaing dalam perniagaan, baik korang gi kerja je ngan orang yang berjaya tu. dapat jugak duit~

Sunday, December 26, 2010

Kisah Playboy

Siapa yang tak tahu majalah Playboy tu apa? Kalu korang memang tak kenal, korang ni memang jenis manusia katak di dalam kolam la. aku malas nak ulas majalah playboy tu apa..kepada yang memang tak tahu, dan teringin nak tahu, sila google ye.. kalu tak nak tahu, tak payah la search.. buang masa pulak nanti.

Apa kehal tetiba aku sebut pasal majalah Playboy? aku baru beli ke? eh, tak la.. tak terangsang pon nak beli majalah cam tu..(ayat bajet baik..)sebenarnya aku tengok kat yahoo tadi. Pengasas majalah playboy yang tua bangka iaitu Hugh Hefner yang berusia 84 tahun telah bertunang ngan sorang pompuan iaitu Crystal Harris yang baru berusia 24 tahun.. watdehel la.. celaka punya atok ni. tau la duit banyak.. ni yang buat aku dengki ni!!!

Inilah dunia sekarang, rupa takde takpe, tua bangka pom takpe, janji berharta.. kan cinta itu buta.. hell.. cinta tu tak buta, tapi hati ngan mata tu yang buta dan hanya memandang harta. jangan nak salahkan cinta tapi salahkan diri yang kejarkan dunia. Buat Hefner, smoga bahagia ngan bakal bini ketiga.. ceh, tiga jugak bini atok ni ye.. bini pertamanya ialah Mildred yang dikahwini pada 1949, lepas bercerai pada 1959 pastu kawen lagi pada 1989 ngan Kimberley Conrad.. tahon lepas dia cerai lagi then sekarang nak kawen lagi pulak..


Kad Krismas Hefner dan Crystal.. kredit to yahoo





Suka hati atok la nak kawen berapa, ngan awek umur berapa.. janji aku dapat Majalah Playboy percuma.. ye tok~

SMS awek

Makin hari, makin banyak iklan aku tengok pasal awek.. cara nak dapatkan awek dengan mudah dari sms. hahaha~ bangang gila. mesti korang pernah tengok jugak kan iklan, "ingin mencari pasangan?" " ingin dapatkan awek?" "anda sunyi?" taipkan sms ON AWEK dan hantar ke 16*4.

Iklan bangang macam tu, hanya orang bangang je kot yang langgan. Paling bangang, setiap kali aku tengok iklan macam tu, mesti aku teringat ngan sorang kawan aku. Berlagak ala playboy.. kejap pompuan tu, kejap pompuan ni.. tapi tak tersangka la playboy macam tu pon boleh langgan iklan bangang tu. Aku tahu pon pasal dia cakap nombor telefon dia dah di matikan. sebabnya pasal tak tahan kena caj dengan syarikat iklan. setiap kali syarikat iklan hantar SMS, kena  caj RM1. bila balas kena caj RM1..setiap hari syarikat iklan akan hantar 4,5 SMS tak diundang. ntah-ntah yang dok balas SMS ngan dia pon lelaki..

Aku pon tak tahu apakehal gersang sangat member sorang tu.. memang sangap pompuan sangat-sangat ke, terlalu kesunyian ke, tak pasti la.. yang pastinya tindakannya memang bangang. dah langgan tu, tak leh nak stop pulak. puas cuba hantar untuk stop ikut cara yang di beritahu syarikat iklan, tapi tetap tak dapat. cara terakhir, matikan nombor tersebut. tukar nombor lain.. memang saje cari masalah. jadi, kepada korang yang belum pernah mencuba SMS iklan awek tu, jangan la sesekali nak mencuba. kang tak pasal-pasal nak tukar nombor tepon pasni. sape dapat tahan, kredit kena potong pat lima hengget setiap hari..

Saturday, December 25, 2010

Antara akikah dan permata

Huh!! hari pagi-pagi lagi dah kecoh kat rumah aku.. ye la, sebab hari ni nak buat Majlis akikah anak buah aku yang pertama.. dah lima bulan aku bergelar pakcik. ish~tua dah ke aku ni?? (-_-;) Akikah ni, kepada yang tak tahu la, meh aku bagitau serba-sikit.. ahaks~ perasan nak jadi ustaz jap ni..

Akikah ni bermaksud penyembelihan binatang ternakan sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran.. Ia sunat di lakukan dan jadi wajib jika bernazar. Kadar untuk akikah pulak ialah 2 ekor kambing atau 2 bahagian dari lembu atau unta untuk anak lelaki dan sekor kambing atau sebahagian dari lembu atau unta untuk anak perempuan. Jadi, oleh kerana anak buah aku lelaki, secara otomatik la abang aku kena mengorbankan dua ekor kambing yang hensem untuk di jadikan makanan hari ni..

Yang aku dok pening sekarang ni, hari ni nak wat majlis kat rumah aku dan hari ni jugak aku ada perjumpaan dengan Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (PERMATA) iaitu persatuan untuk pelajar-pelajar IPT di daerah aku. Perjumpaan wajib pergi sebab dah kompemkan kehadiran ari tu dan depa nak bagi sumbangan tu~ rugi kalu tolak rezeki..ekekeke.. tapi kalu tak masuk majlis kat rumah sendiri rasa macam tak elok la pulak..



p/s : rasanya baik pergi perjumpaan dulu pagi ni.. kalu tengah hari tak habis lagi, aku blah la balik rumah. majlis akikah start lepas zohor~ kan? kan?


Tak suka kendur

Tadi aku ada terbaca dalam Harian Metro pasal kisah sorang isteri yang kecewa apabila suaminya ingin mengambil pembantu rumah mereka yang berwarga Indonesia untuk menjadi isteri. Si suami terus terang kata dah tak berminat ngan isterinya sebab tetek dah kendur dan lanjut. Si pembantu rumah tu pulak di katakan tegang dan menarik kerana sering mengambil jamu. Wadafak.. alasan bangang nak mampos..

Bila aku terbaca kisah tu, nak tergelak pon ada, kesian pon ada.. kesian kat si isteri dia pasal kena kutuk depan-depan lagi ngan si suami. Tapi memang tak dinafikan orang lelaki memang menilai perempuan dari tetek~ tapi tindakan si suami tu pada pandangan aku nampaknya sangat keterlaluan.. tak kan la pasal tetek pon nak jadi isu untuk kawen lain.. ish..ish.. siap masuk surat kabar. Kok ye pon nak kawen lain, cari la alasan lain.. tak puas ke, layanan tak bagus ke, nafkah berlebihan ke.. ada ke patut pasal tetek kendur.

Pengajarannya disini, kepada perempuan lebih-lebih lagi yang bergelar isteri, tolong jaga tetek anda. pastikan sentiasa mantap dan pejal~ kang nanti tak pasal-pasal ada lagi kes suami nak kawen lain pasal tak suka tetek isteri. Ingat pesan aku ni, orang lelaki tak kisah sangat kecik ke besar, janji mantap dan pejal. Rajin-rajinkanlah diri anda menjaga tetek demi kebahagian rumah tangga.



p/s : lucah sangat ke aku sebut tetek? sori.. malas nak taip payu dara.. panjang sangat kott!!!!!!!! buang masa aku nak menaip. dah 5,6 kali aku pikir nak tulis tetek ke, payu dara ke dan lain-lain yang sewaktu dengannya. aku pilih tetek sebab rasa paling sopan dan ringkas  ;p

Harapnya masih sempat...

Sebenarnya aku cuma nak mengucapkan Selamat Hari Natal atau dalam bahasa orang putih disebut juga Meri Krismas kepada mereka yang menyambutnya.. Ucapan Krismas juga di tujukan khas buat blogger yang aku minati, bluedianthus.. semoga bergembira~ kalu nak hadiah, minta ngan Santa Claus...ekekekke... sayang sekali di Malaysia tak leh main salji..kalu tak, mesti seronok kan?

Aku harap ucapan aku ni belum terlambat.. al-maklum la hampir 2 hari tak sempat nak online.. terlalu sibuk sehingga 2 hari dah aku tak tido~ kepada pengungjung yang masih sudi bertandang di kala aku menyepi ni, aku ucapkan jutaan terima kasih.. (juta tu!!!bukan sikit...) tak sangka masih ada yang sudi menjenguk disini walaupon takde entry baru.  entry ni mungkin pendek je aku tulis sebab aku mengantuk gila dah ni... jap lagi mau tido.



p/s : suka baca blog bluedianthus yang berinformasi~ minat gila ngan blog dia.. bukan minat kat tuan blog ye.. nanti tak pasal-pasal lebam biji mata aku  ;p

Friday, December 24, 2010

Upah

Teringat lagu tepok amai-amai masa kecik-kecik dulu~ dalam baris pertama lagu tu ada berbunyi 'bila malam mak upah susu'... Nampaknya kita sememangnya di ajar untuk melakukan sesuatu dengan adanya upah.kecik-kecik lagi dah nak sogok ngan upah. bayi kecik didendangkan lagu supaya suruh senyap. kalu senyap nanti dapat upah susu.. ahahahaha..bila aku pikir-pikir, mana la bayi nak paham kita nak cakap apa kat dia.. Upah tu menatang apa? sama ke ngan Opah? opss.. menyimpang dari tajuk~

Tapi cuba kita perhatikan, anak-anak biasanya hanya akan melakukan sesuatu apabila di janjikan upah. tanpa upah, mereka takkan buat kalu tak di paksa. hurm~ dari kecik hingga besar kita di didik dengan upah. sekali tengok, upah boleh jadi perkara negatif kerana menggalakkan orang lain memberi pertolongan dengan balasan  sogokkan.. tapi kadang-kala, upah juga boleh jadi positif.. macam pasukan bola contohnya. jika dijanjikan bonus, mereka akan lebih berusaha untuk mencapai bonus tersebut. dorongan dengan upah sangat perlu dalam situasi begitu.

Yang aku nak tekankan sebenarnya, upah kepada kanak-kanak. walaupon upah tu membuatkan mereka gembira, namun aku memandang perkara tersebut secara nagatif. jika ingin kanak-kanak membantu, berikan arahan dalam bentuk meminta pertolongan.. Jangan asuh kanak-kanak dengan upah. tapi berikan juga mereka wang kadang-kala.. sesiapa pon akan gembira kalu di beri wang termasuk kanak-kanak. tapi jangan diberikan wang itu dalam bentuk upah.. berikan wang biarlah hanya memadai untuk mereka membeli gula-gula dan aiskrim. jangan berlebihan~ Jangan membentuk diri anak-anak yang hanya akan memberi bantuan berdasarkan upah..

Thursday, December 23, 2010

Getah oh getah~

Sungguh tak disangka harga getah sekerap sekarang dah melambung tinggi. Dengar kata orang dah cecah RM7 sekilo..fuh~ mewah la penoreh getah pasni. Sorang kawan tu bagitau, mak dia menoreh dalam 4 hari dah dapat dekat Ringgit Malaysia Lapan Ratus sahaja.. Mesti otak kita akan membayangkan betapa mewahnya hidup penoreh getah. Silap-silap pergi menoreh lepas ni pon naik BMW.

Tapi semua tu hanya menjadi mimpi ngeri buat para penoreh getah sekarang. walaupon harga getah naik melambung, tapi cuaca pulak tak mengizinkan aktiviti torehan berjalan dengan lancar. Ye la, hujan tak henti-henti.. macam mana nak menoreh. begitulah nasib penoreh getah.. bila hujan je, harga getah melambung, panas je harga menjunam.. kesian sungguh kepada mereka.

Cita-cita sang penoreh untuk memiliki BMW tetap tinggal angan-angan.. tapi kalaulah hujan dapat berhenti sekarang ni, alangkah gembiranya mereka.. paling kesian, bila terfikirkan keadaan keluarga mereka. dah hujan tak henti-henti, dari manakah mereka nak mencari duit untuk sesuap nasi? Tapi rezeki itu ada dimana-mana.. terpulanglah kepada kita untuk mendapatkannya. harap-harap golongan penoreh getah mampu menjana duit ribu-riban lepas hujan berhenti..


p/s : susah nak dapatkan kebun getah sekarang..semua sudah ditempah~ dah ada penoreh. kalu tak, aku dah memegang jawatan penoreh getah dah sekarang~ ;p

Wednesday, December 22, 2010

Kita adalah juara

Korang pernah kecewa? Pernah merasakan diri tak berguna? Atau merasakan diri anda loser? Heh!! jangan begitu wahai teman~ sekali kegagalan tak bermakna kita sentiasa akan gagal. Selagi kita berusaha, kejayaan pasti akan kita jumpa.. asalkan kita selalu mempertingkatkan diri...

Dalam dunia tiada seorang pon sebenarnya loser.. jangan sesekali kita lemahkan pemikiran kita dengan menganggap kita tidak istimewa. dalam dunia ni, setiap benda, setiap perkara ada baik buruknya.. ada lebih dan ada kurangnya. tiada satu pun yang sempurna. seandainya diri kita selalu dapat nombor satu dari belakang (tercorot la tu..) dalam peperiksaan dari darjah 1 sampai tingkatan 5, x bermakna kita tak berguna.. 

Janganlah kita mengalah dan berputus asa kerana gagal menyaingi beratus-ratus orang di sekeliling kita... Kerana kita perlu tahu bahawa kita adalah johan antara berjuta.. ya.. masih ingatkah korang masa korang masih seekor sperma~ korang telah bersaing dengan berjuta-juta ekor sperma lain yang merupakan adik beradik korang.. di antara berjuta sperma tu, korang sekor je yang berjaya masuk ke dalam ovum dan menjadi embrio.. tak ke bangga bila kita menjadi juara di antara berjuta?




p/s : jangan cepat putus asa jika gagal menyaingi orang lain kerana kita kena ingat, kita pernah menjadi juara..

Tuesday, December 21, 2010

Dapat lagi??

Baru je lepas menge'check' akaun Nuffnang~ tengah dok belek-belek, aku tengok, eh!! dapat BE lagi.. ahaks~ double BE.. tak sangka la encik Nuffnang sangat baik hati dengan aku. Terima kasih Nuffnang. Selama hampir 2 tahun berblog, sekarang baru dapat merasa BE. sekali dapat, double pulak..

BE terbaru aku dapat dari DiGi.. Alhamdulillah.. aku tak la mengharap sangat nak dapat BE, tapi dah Nuffnang bagi tu, bersyukur je la.. ikhlaskan niat dalam berblog, tak payah dok pikir sangat pasal duit. Kalu ada rezeki, jangan di tolak. orang tua dah pesan, rezeki jangan di tolak, bini jangan di cari..eh, bala jangan di cari.. nanti kalau dah boleh ambik duit dari Nuffnang, aku ingat nak pakai domain sendiri la.. bukannya mahal sangat pon stakata RM60-70 setahun.. pakai duit dari Nuffnang pon dah boleh bayar..

Pape pon, terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi izinkan iklan bertandang di blog aku ni~ Emm, aku rasa nak pakai nombor telefon DiGi la pulak. dah ada 2,3 orang member yang pakai kata puas hati. tengah dok pikir-pikir lagi nak pakai prepaid DiGi.. masalahnya sekarang, henset la x de pulak.. henset lama dah rosak~


Putera Katak


Moral : Jangan sesekali cemolot ngan katak..

p/s : Jangan berangan nak dapat balak hensem.. redha je la ngan jodoh yang akan dipertemukan..

Ubi rebus pon sodap

Hujan turun tak henti-henti 3,4 hari dah.. nak keluar rumah pon susah. berkurung je kat rumah sekarang ni. tambah dengan kesihatan diri yang makin merosot, oh, seksanya daku... tapi hujan lebat ni bukannya tak boleh buat kerja.. banyak lagi kerja lain boleh buat.. contohnya berhibernasi..eh, macam beruang la pulak..dalam bahasa kasarnya juga disebut membuta..syok oh, berselimut. bagi yang dah kawen pon boleh la menjalankan aktiviti yang aktif dan produktif.. tu yang biasa orang tua bagitau~

Kalu bab makan, time hujan ni paling best kalu pekena ubi rebus ngan teh o panas.. aku baru je lepas makan ubi rebus..hohoho~ ubi kayu ngan ubi stelo.. ubi stelo? bagi yang tak tahu, kat kelantan ubi keledek juga disebut ubi stelo.. stelo di baca dengan 'e' taling.. bestnya ubi stelo a.k.a ubi keledek ni memang tak terkata.. habis 5,6 biji aku rembat. kenyang dengan ubi je.. 

Bila sebut pasal ubi, kepala otak secara otomatik akan teringat zaman tok nenek dulu-dulu.. masa zaman jepun, hari-hari makan ubi.. kais pagi, makan ubi pagi.. kais petang, makan ubi petang.. tapi sebenarnya memang penipu la kata kais-kais kalu nak makan ubi.. bukan ayam nak kais-kais ni.. kalu nak makan ubi mesti kena cangkul.. yang aku suka pasal makan ubi, mesti akan makan bersama-sama masa ubi tu panas-panas.. boleh sembang-sembang sambil makan dan pekena air teh 'o'.. makan sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.. kalu makan sorang-sorang memang tak best.. 

Lepas makan ubi pon best.. hmm.. ye la, best sebab boleh bertanding kentut..hahahaha.. tengok siapa paling kuat bunyi. siapa paling kuat bau~ memang ubi dan kentut tak boleh dipisahkan.. ibarat lagu dan irama. jika dipisahkan, tak sedaplah ubi, tak syoklah kentut~ 

Monday, December 20, 2010

Award??

Aku dapat award?? ahaks~ sebenarnya aku tak minat sangat nak main award-award ni.. tapi oleh kerana award dari cekgu ima ni khas untuk aku, maka aku pon kena la ambik juga dengan penuh rasa terharu~ sebenarnya aku di kurniakan award ni pasal dah menjadi follower ke-100 blog cekgu ima. Thank ya.. tak sangka follow blog orang pon boleh dapat award. ^^



Ni la award yang cun dari cekgu ima..bagi memenuhi permintaan tuan empunya award, aku kena jawab beberapa soalan dulu..

1) Pendapat tentang blog Ceritera teratak kehidupan?
     Ok..blog yang bagus. gaya penulisan yang santai dan ringkas. mudah difahami. 


2)Cadangan untuk penambahbaikkan blog?
    Rasanya dah ok.. ada harapan untuk maju. cuma kalu boleh, kurangkan penggunaan widget   
   dan gambar2 kat sidebar..tak buat pon tak pe..(sekadar cadangan personal..)


3)Nama betol
   Nama betol Shareeman. Nama penuh tak nak tulis..panjang sangat~ Nama tak betul pulak   
  David Beckham...


4)umur..
  uhuks...uhuk.. emm... 20 tahun.. campur empat tahun.. nanti 2011 tambah lagi setahun..


5)Dah berapa lama berkecimpung dalam dunia blog?
   Tak pasti.. tapi dah lebih setahun..




p/s : Nasib baik award ni tak kena tag orang lain~ ;p

The Season of the Witch is Here


Bila dengar je perkataan Witch, otak aku segera akan teringat cerita kanak-kanak,Snow White. Punya jahat mak tiri dia yang jadi bitch witch.. Perkataan witch juga akan menyebabkan otak menghasilkan imej nenek tua yang kerepot, bermuka kerutu, pakai tudung dan pegang tongkat. Pastu akan terbayang nenek huduh tu ketawa macam pontianak harum sundal malam..hihihihi~ haish..geli geleman aku. minta jauh la kalu jumpa ngan nenek tua macam tu. harap-harap dalam mimpi pon dia tak datang.takut dowh tengok muka huduh gitu..






Berbalik kepada tajuk cerita, rasanya ramai yang dah tahu cerita Season of the witch ni kan? aku rasa, habis dah orang menggigil-gigil pasal dok tunggu cerita ni ditayangkan. ye la, bukan filem kelas rendah tapi sebuah lagi filem hebat lakonan Nicolas Cage. Selama ni, filem lakonan beliau tak pernah menghampakan. Kelas angkat ibu jari aku bagi kat filem yang dilakonkan beliau. Eh, sape Nicolas Cage?? Kalu tak tahu, korang memang layak digelar kambing di dalam hutan..eh, silap.. katak dibawah tempurung.. Nicolas Cage ni kan pelakon popular yang berbadan separa tough.. banyak berlakon cerita aksi walaupon beliau tak hensem.






Walaupon tak hensem, tapi sumpah aku tabik spring kat Nicolas Cage ni. Dalam cerita terbaru ni, Beliau memegang watak sebagai tentera abad ke–14, yang kembali ke tanah airnya yang telah dilanda Wabak Hitam bersama rakannya. Lepas tu beliau.. em.. beliau.. hmm.. malas la aku nak bagitau satu-satu. Nanti hilang saspen bila tengok cerita sebab dah tahu jalan ceritanya macam mana. Senang kata, tunggu je tengok ceritanya macam mana nanti. xD






Aku buat entry ni saja-saja je.. tengok nuffnang ada wat kontes pasal filem ni. tambah lagi aku memang kipas susah mati si Nicolas Cage ni. mestilah aku kasi tau orang lain pasal filem dia. Aku anggap menjadi satu kerugian jika tak tengok filem yang dilakonkan Nicolas Cage ni. beliau pandai memilih filem yang baik dan sesuai untuk dirinya. Ok, kepada semua, sila serbu panggung wayang berdekatan anda pada 6 Januari 2011. Aku rasa, ni kot filem pembukaan untuk tahun 2011. Bagi nuffnangers yang bertuah pulak, boleh la menonton filem ni sehari lebih awal dari tarikh tayangan di  Cathay Cineplex, e@Curve..















































Kepada yang tak sabar nak tengok cerita Season of the witch ni, sementara menunggu 6 haribulan, korang boleh la tengok dulu poster ni sebagai pengubat.. Kalu nak tengok trailer dia, pandai-pandai la cari sendiri ek..


Season of the witch

Sunday, December 19, 2010

Kehebatan gay

Pernah dulu aku buat entry pasal gay... rasanya aku dah pun menjalankan tanggungjawab sebagai masyarakat untuk memberi kesedaran kepada golongan songsang ni. Tapi aku sedar, blog aku bukan femes pon. malah golongan gay pon mungkin takde yang baca entry aku tu. Aku cuma ingin mengingatkan.. bukan untuk mengutuk cuma ingin mengeji~

Aku sendiri tak leh nak tafsirkan perasaan aku setelah melihat video pengakuan seorang lelaki melayu pasal dirinya seorang gay kat youtube. tambah lagi blog-blog gay yang makin bertambah dari masa ke masa.. aku bingung untuk mentafsirkan perasaan aku.. mungkin kecewa, mungkin terkesima, mungkin terkedu, mungkin juga sedih.. yang pasti aku bukannya gembira.

Apa yang hendak dibanggakan dengan menjadi seorang gay? Tak terlintas untuk aku melihat video-video  panas pasangan gay beraksi.. mungkin aku akan muntah, mungkin juga aku pengsan kalu tengok.. ish~ jijik yang tak dapat aku bayangkan. Apa yang membuatkan seorang gay tu minat ngan kaum sejenis? mereka mendakwa lelaki normal tak kan faham perasaan mereka. ye.. memang orang normal takkan faham perasaan dan pemikiran mereka. bahkan lembu, kambing serta seluruh binatang dan makhluk alam takkan memahami mereka. sebodoh-bodoh seekor lembu yang tak berakal, mereka masih boleh memilih pasangan yang berlainan jenis.  nafsu seekor lembu masih dilandasan normal. kenapa manusia yang berakal boleh memilih pasangan sejenis? apakah mereka tak berotak?

Aku harap ada golongan gay yang akan baca entry aku ni. Aku betul-betul berharap mereka dapat berubah. Apakah korang yang gembira dengan menjadi gay ni tak pernah tahu kisah kaum nabi Lut? Habis kaum Lut yang bernafsu songsang tu di hapuskan dari muka bumi dengan azab yang pedih. Belum lagi dikira azab di akhirat. Sesungguhnya azab Allah itu amatlah pedih. Sedarlah wahai gay-gay sekalian.

Bukan aku dengki dengan kegembiraan korang. bukan aku tak ingin memahami perasaan korang. aku dah cuba untuk memahami tapi aku tak mampu.. aku mampu memahami perasaan perokok yang di kutuk masyarakat, aku mampu memahami perasaan penagih dadah yang di keji orang, aku mampu memahami perasaan pencuri yang bangang, aku juga mampu memahami perasaan orang gila. Aku mampu memahami mereka tu walaupon aku tak melalui pengalaman mereka. Tapi aku tak mampu memahami perasaan seorang gay. Jangan jadikan pengalaman dirogol sebagai alasan. Takkan kerana pernah di rogol, maka ingin terus menikmati perasaan di rogol tu? 

Setahu aku, bukannya ramai gay yang pernah dirogol lelaki. tapi apakah sebab menjadikan korang hendak menjadi gay? aku rasa, mungkin ramai dikalangan teman korang yang normal dah bagi nasihat. tapi korang masih jugak nak jadi gay. cuba korang fikir baik-baik, binatang pon masih mampu berfikir perbezaan jantina, kenapa korang yang berakal tak dapat memilih yang mana lebih baik? Kalu semua lelaki menjadi gay, macam mana umat manusia akan terus bertambah? bolehkah korang membuat panggilan telefon dengan menggabungkan 2 simkad? simkad perlu di masukkan dalam telefon baru dapat conection. perbuatan gay ibarat melagakan 2 simkad tanpa telefon. jadi dimana rasionalnya menjadi seorang gay? hmm~ illusi semata-mata...



Saturday, December 18, 2010

Susuk

Susuk dalam masyarakat Melayu amat sinonim dengan perempuan. Susuk dikatakan dapat mengekalkan  kecantikan seseorang wanita dan menjadi awet muda. Ada juga yang berpendapat susuk tu boleh menjadikan seseorang tu kebal. Pemakaian susuk biasanya dilakukan dimuka dengan memasukkan bendasing biasanya jarum. Dah la cucuk sana, cucuk sini, pastu kena lagi ikut pantang larang. 

Apa kebangangnya memakai susuk ni? Dah la menyakitkan badan, pastu tak boleh nak makan itu ini, tak boleh buat itu ini.. Kalu pantang tak boleh makan, tak boleh berak, tak boleh kentut, ada ke orang nak pakai susuk ni? susah dengan pemikiran manusia yang perasan lawa ni.. kerana cantik, apa-apa pun sanggup dihadapi. 

Jangan jadikan susuk sebagai asbab untuk menambah keyakinan diri. sesungguhnya manusia itu makhluk paling cantik yang telah diciptakan oleh Tuhan. tak perlu pakai susuk... hanya perlu percayakan diri sendiri dengan kecantikan diri. tanamkan saja dalam otak bahawa diri kita paling lawa.. tak payah nak percayakan susuk menjadikan kita lawa. karut je semua tu.. Kalu tengok, takde perbezaan pon pakai susuk ke tidak..sama je kerepot~

Si pemakai susuk biasanya akan sukar untuk mati kalu susuk tu tak dibuang awal-awal. hanya orang yang memasukkan saja boleh mengeluarkan susuk tu. maknanya kalu bomoh yang masukkan susuk dalam badan korang tu mati lebih awal. uihs~ seksanya korang nak mati kalu pakai susuk.. jadi, untuk lebih selamat baik tak payah pakai terus... Amaran dari aku, jangan gunakan susuk!! kerana dirimu begitu berharga. baik korang pakai SK tu ke, Fair n luvli ke, Ubat gegat ke, Ubat tikus ke... akhir kata, Say no to susuk.. Say yes to susu~


Friday, December 17, 2010

Nuffnang dan blogger

Kebanyakan blogger Malaysia pasti menggunakan nuffnang.. ada juga yang berblog semata-mata kerana nuffnang. heh~ macam-macam gelagat orang. masing-masing ada pendapat dan tujuan yang berbeza. ada yang berblog untuk berkongsi ilmu, ada yang ingin membuat duit, ada yang nak mencari kawan..

Bagi aku, aku berbelog hanya untuk suka-suka, untuk berkongsi pendapat, pengalaman dan pengetahuan. aku gunakan nuffnang kerana saja nak dapatkan duit sampingan je.. bukan bertujuan mengejar kemewahan dan duit ribu-riban.. lagipon blog aku bukan femes pon.. kurang-kurang, kalu dapat duit nuffnang, aku boleh belanja member-member.. tak terlintas pon nak bercuti di genting ngan duit tu~ 

Tetiba aku tulis pasal nuffnang bukan apa.. tadi baru aku check akaun nuffnang. Fuh!! tak sangka aku dapat BE. walaupon murah, tapi akhirnya dapat jugak nak merasa BE. walaupon duit aku tak sampai beribu ibarat bintang di langit, tapi aku betul-betul gembira. terima kasih buat korang yang selalu support Blog aku yang tak seberapa ni.. tanpa korang, tiadalah iklan nuffnang kat blog aku.. tiadalah BE yang diimpikan pengguna nuffnang. Terima kasih jugak kepada nuffnang.

walaupon ramai yang komplen pasal nuffnang, tapi aku tak pernah ambik kisah pon. sebab aku memang takde nak mengharap sangat pon kat duit nuffnang. tambah lagi, takde benda yang sempurna.. nuffnang pon diuruskan oleh manusia.





p/s : kenapa ekk aku tak komplen sangat pasal nuffnang? kalu benda lain, kaw-kaw dah aku kutuk kot.. (-_-;)

Thursday, December 16, 2010

Senapang aku!!!

Masa dok round-round kampung tadi, aku ternampak budak-budak dok main senapang kayu.. alah, senapang yang dibuat dengan kayu, pastu guna terung pipit untuk jadikan peluru. aku hanya tersenyum melihat gelagat budak-budak yang bermain tembak-tembak tu. Namun disebalik senyuman tu, terselit nostalgia dilubuk mindaku.

Masa kecik-kecik dulu, abang-abang aku masing-masing ada senapang kayu sendiri. dengan berlagak nak mampos, mereka hanya ketawakan aku kerana tak mempunyai senapang. Dengan perasaan dengki yang membuak-buak, aku pon menangis kat ayah aku. Heh~ aku memang kuat nangis masa kecik-kecik dulu. sampai mak aku pon pening..ngeh..ngeh..ngeh.. Ayah aku yang penuh kasih sayang dan rasa serabut dengan tangisan aku terpaksa la mencari kayu untuk dijadikan senapang untuk aku. 

Tengah dalam proses nak buat senapang kayu aku, adik aku pula datang.. dengan muka selamba badak beliau berkata yang senapang tu dia punya. Citt~ aku dengan gaya jason king tengah berak pon membalas, "Ni senapang aku!! abah buat untuk aku la.." dengan penjelasan aku tu, adik aku pon mula meroyan dengan meniru gaya aku membodek ayah aku tadi.. nangis!!!yeah~ pening lagi ayah aku mencari kayu. nak gergaji lagi nak kasi bentuk senapang. letak getah gelang lagi.

Bila senapang aku ngan adik aku siap, maka dengan muka berlagak koboi berjalan keliling kampung mencari abang-abangku ngan member kampung yang lain. terung pipit diisi penuh poket.. sebiji siap sedia terselit di senapang kayu sebagai langkah berjaga-jaga ancaman member sekampung.. siapa lalai, memang menjadi mangsa tembakan la. Peristiwa tu membuat aku betul-betul menghargai ayah aku sampai sekarang. walaupon ayah aku tak banyak bercakap, tapi bila aku minta apa-apa mesti dapat.. sampai nak cari kayu, nak potong kayu bagi jadi bentuk senapang pon dia buat..

senapang kayu hasil carian encik google

terung pipit dijadikan peluru



p/s : tetiba rasa nak cari kayu, nak buat senapang.. tapi x kan aku nak berperang ngan budak-budak kecik??

Wednesday, December 15, 2010

Derita

Dikeheningan malam ini, mataku sudah pon semakin lemah.. kian kuyu, kian layu.. ingin aku memejam saja dan teruskan dengan dengkuran syahdu. namun aku tak mampu untuk merehatkan badan dan mindaku.. otak yang ingin aku rehatkan menjadi semakin bercelaru. denyutan di kepala menandakan kesakitan yang makin bertambah..arghh!!! dah sehari suntuk aku menanggung derita ini. tak tahan dah aku menanggung SAKIT GIGI.

Sejak dari pagi tadi, kehidupan aku terganggu. Terasa amat seksa sekali menahan sakit gigi yang kian menjadi-jadi. dari gigi, kesakitan tu dah melarat sampai menyakitkan kepala. Telan Panadol pon tak jadi apa-apa.. huhuhu..dah tengah malam buta ni. sakit gigiku pula makin menggila. Tolonglah... sekarang aku terasa seperti ingin memaki sesiapa sahaja..

semasa nikmat kesihatan itu diberi, kita tak pernah menghargai.. baru diberi sakit gigi, ingin rasanya aku merobek dunia dan isi-isinya. Seksanya bukan kepalang.. Kadang kala aku terfikir, ada betulnya kata orang tua, sakit gigi paling menyeksakan semasa didunia..dari gigi, naik ke kepala. nak makan pon tak berselera, dengar orang bercakap pon, rasa nak maki je..Tolonglah... aku nak tido ni. ada sesiapa tahu petua nak hilangkan sakit gigi?

Tuesday, December 14, 2010

Anak Dara jangan menyanyi

Komik pertama aku dalam blog ni.. lukisan tak menarik sangat sebab aku lukis pon saje-saje je.. mengisi keboringan malam bersama paint~



Anak dara jangan nyanyi dalam bilik air, nanti jadi anak dara tua.
maksud : tak manis kalu anak dara dok melalak-lalak dalam bilik air..dengar kat orang, kompem reject nak ambik wat menantu..




p/s : anak dara kalu nak nyanyi, sila gi karaoke..

Anakku sazali meninggal dunia

Sebelum ni aku sering tertanya-tanya, siapakah pelakon yang memegang watak sazali semasa kecil dalam cerita anakku sazali, yang menjadi salah satu filem terhebat Allahyarham P. Ramlee. Rupa-rupanya pelakon tu bernama Tony Castello. Nama Islam Tony pula ialah Mohd Nor Abdullah dan berasal dari Filipina.. Sungguh tak disangka, identitinya hanya aku ketahui setelah dia meninggal dunia.

Tony yang menghembus nafas terakhir di Hospital Changi, Singapura, selepas waktu Zohor semalam, kerana menghidap barah paru-paru. jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, di Jurong pagi esok dan tidak boleh dikebumikan lebih awal kerana terpaksa menunggu kedatangan isteri dan ahli keluarga dari Filipina. Melalui lakonan watak Sazali ketika kecil, Allahyarham telah memenangi Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-4, 1957 di Tokyo. Manakala P Ramlee pula mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Filem Anakku Sazali memang filem terhebat kerana kali pertamanya P.Ramlee berjaya menunjukkan kepada dunia bahawa beliau mampu membawakan 2 watak dalam 1 filem. P.Ramlee menjadi inspirasi kepada  pengarah seluruh dunia akan teknik 1 orang membawa 2 watak dalam 1 filem. Papepon, sama-samalah kita menyedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham P. Ramlee dan Allahyarham Tony. Semoga Roh mereka dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang yang soleh.


*sumber dari Harian Metro 

Monday, December 13, 2010

Perempuan bukan pemimpin

Perempuan tidak layak untuk menjadi pemimpin. hmm~ mesti ramai perempuan yang tak setuju dengan penyataan aku ni. Alasan perempuan biasanya, perempuan sekarang dah setanding lelaki. apa yang lelaki boleh buat, semua perempuan boleh.. perempuan sekarang bijak-bijak. ramai yang masuk universiti. lelaki pulak ramai masuk pusat serenti.  Tapi sebijak mana pon perempuan tu, dia tetap tidak layak menjadi pemimpin. dengarkan alasan aku ni..

Perempuan banyak membuat keputusan menggunakan emosi. Lelaki pulak banyak menggunakan akal. Seperti sedia maklum, perempuan hanya mempunyai 1 akal dan banyak bergantung kepada emosi. Tengoklah pasangan suami isteri... si isteri selalu membebel tak henti-henti.. kerana si isteri bercakap dengan emosi. kalu rasa nak cakap, main lepas je.. si suami pulak mesti buat donno sentiasa.. sebab lelaki akan menggunakan akal sebelum bertindak. kalu si suami turut menjawab, alamat kes lupa beli bawang pon boleh berperang besar.. kenapa suami  yang menjadi pemimpin keluarga? kalu perempuan yang jadi pemimpin dan ada kuasa, rasa-rasanya mesti dah ramai pasangan yang bercerai. sebab perempuan suka cakap main lepas.. gaduh sikit pon, mesti si isteri akan cakap "aku ceraikan kau talak 5".. 

Cuba fikir lagi, kalau perempuan tu seorang pemimpin. bila mana tiba masa dia beranak macam mana?Bayangkanlah betapa gembiranya para pekerja kerana bos mereka dah cuti 3,4 bulan kerana bersalin.. jika perempuan menjadi Perdana Menteri, kalau dah PM cuti bersalin, siapa nak uruskan pentadbiran negara? akan timbul masalah dan pasti menjadi huru hara. tengok sahaja Aroyo, sejauh mana beliau mampu memimpin Filipina? belum bersalin pon dah banyak masalah....baru bab bersalin..jika masuk pasal datang bulan, lagi satu hal... 

Tengok pula sirah nabi-nabi.. tiada seorang pon perempuan diangkat menjadi nabi. kenapa? Ramai perempuan yang mulia tapi tidak dikurniakan mukjizat.. Hawa selaku manusia perempuan pertama, kenapa tidak setanding Adam? Siapa Mariam, Masitah, Khadijah, Fatimah? semuanya dikenali sebagai pembela agama. tapi tiada dikalangan mereka yang layak menjadi pemimpin.. kerana Tuhan lebih mengetahui, perempuan itu ada kekurangannya..bukan berniat mendiskriminasikan perempuan, tapi kalau calon untuk pilihanraya itu perempuan, aku takkan undi..lainlah kalu calon tu lawa, aku akan cuba pertimbangkan.. ;p



p/s : apakah akan ada perempuan yang akan komen dengan penuh beremosi pasni? hmmmm~ pasti ada yang membantah..




Sunday, December 12, 2010

Spam SMS

Tentu korang pernah dapat kan SMS berbentuk spam dan iklan-iklan bangang kat henset?.. menang peraduan la, promosi barangan la, langganan perkhidmatann bangang la..macam-macam jenis lagi la spam ni. Kalu jarang-jarang takpe lagi.. tapi kalu asyik berkali-kali sampai, naik hangin jugak rasa badan ni.

Semalam, pada pukul 4 pagi, time aku baru nak diulit mimpi, tetiba nada SMS telefon aku berbunyi.. gagahkan jugak la mata nak baca takut-takut ada emergency kes ke.. tapi yang hadirnya, SMS dari nombor +6285255666527. ingatkan nombor bangla mana..mesej dia bagitau, Simkad Anda Mnang PROMOSI RM 12.000 dr. COCA_COLA SDN No-Seri: 922433 Sila Call Office; +6285211113377 . aku taip ni sebijik-sebijik macam yang dia tulis.. huruf besar kecik pon sama, tiada langsung hasil edit dari aku..Memang celaka la si penghantar SMS ni.. dah la spam. hantar pulak pukul 4 pagi.terasa ingin sahaja aku membaling telefon aku ke dinding namun aku sedar semua itu bukan kesalahan henset aku. beliau hanya penyampai maklumat bangang dari si bangang itu.

Promosi dari coca-cola?? heh~ sori der, sejak aku tulis entry pasal boikot coca-cola dulu, memang aku tak pernah sentuh lagi air coca-cola.walau seksa sehingga aku berbuih mulut pon, aku tetap akan menahan diri aku dari mengambil coca-cola. Kalu air pon aku dah tak minum, jangan harap aku nak layan lagi promosi-promosi berkaitan coca-cola lagi..tapi aku rasa, syarikat coca-cola tiada kaitan kot dengan SMS spam ni. hanya penipuan semata-mata.

Paling aku tak tahan, ada lagi spam nak suruh langgan lagu la, video panas la.. kadang-kadang aku tersenyum kambing gurun jugak bila baca SMS macam tu... Hai, saya Eliza. nak tengok dan muat turun video panas dari saya? sila taip YES dan hantar ke 12213. Apa punya bangang la.. stakat tengok video apa barang. kalu ajak jumpa ok la jugak (>.<) tambah lagi, kalu stakat video bodo 3gp tu, baik tengok online je. berlambak website panas sampai mendidih-didih dan boleh dinikmati secara percuma. Nasib baik la aku ni bukan penonton video panas tegar. Siapa-siapa yang langgang video tu memang bangang.. gila seks tahap kuda gersang.. Apa sangat la yang dapat dari dok tengok video ntah pebenda tu.. buat menambah kegersangan ada la.. silap-silap, lembu kambing yang jadi mangsa.. bagi yang dah kawin tu ok la skit.. ada jugak tempat untuk 'bergusti'..





p/s : perlu ke dibuat report polis akan spam SMS ni? 

p/s/s : Tok sah dilayan la sms yang kata boleh dapat duit ribu riban ni.. tipu je. mana ada orang nak bagi duit free berlambak-lambak..

p/s lagi : Tak payah la dok layan video-video panas tu..tak de satu pekdah pon. hanya menambah pelaburan dosa je.. err.. aku tak pernah tengok ke?? .........

Saturday, December 11, 2010

Kepala sama hitam

Blogger baru kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. semakin hari semakin bertambah. Ada bermacam-macam konsep blog mengikut citarasa masing-masing. Gaya penulisan juga berbeza antara setiap orang. Ada yang orang suka baca, ada yang orang tak nak layan. Kadang-kala aku ada terjumpa dengan blogger otai yang suka hati mak tiri laki anak angkat datuk jiran dia je nak panggil blog orang lain sampah terutamanya kepada blogger baru.

Huh!! korang ingat dah ada follower beribu tu maknanya blog ko femes ke? orang kenal ngan ko ke? ada jugak aku tengok blog yang dikatakan otai tu lebih teruk dari blogger baru. Oleh itu, jangan la senang-senang nak panggil blog orang lain sampah. lain kepala lain cara pemikiran.. ada yang buat blog semata-mata untuk diari, ada yang nak meluah perasaan, ada untuk humor, ada untuk info dan tutorial. macam-macam benda boleh ditulis dalam blog. Jangan kata seseorang tu hanya menulis diari kehidupan seharian maka dikatakan blog yang tak berfaedah atau sampah. kalu korang tak nak baca, maka x payah la baca.. x perlu nak kutuk-kutuk. 

Korang ingat kepala dia sama hitam, maka pemikiran harus sama dengan korang? mungkin juga dia tu anak mat salleh ke, kepala botak ke.. lain dah..jangan menilai biskut dari tin nya.. cuba-cuba la try rasa dulu macam mana..mungkin penulisan seseorang tu nampak membosankan. tapi gaya penulisan dan idea itu amat berharga buat si pemilik. bak kata pepatah orang putih, don't judge a book by its price.. eh, betol ke?

Kalu blog yang dok plagiat atau bahasa sopannya copy and paste tanpa bagi kredit tu boleh la jugak nak dikatakan tak berguna kerana si pemilik langung tidak mengeluarkan idea sendiri. Jika pengisian dan tajuk entry sama dengan blog lain tidak mengapa asalkan ada gaya penulisan tersendiri dan bukan sama bulat-bulat.. persamaan bujur-bujur tidak menjadi masalah kerana ia dari idea kita sendiri. Ingat, jika nak copy and paste, sila minta izin atau bagi kredit dengan memasukkan link tuan empunya yang asal. Blog aku dulu pon ada unsur-unsur plagiat tapi pandai-pandai la bertobat.. yang mana aku tak bagi kredit tu, maknanya aku lupa dari mana aku ambik. sebab banyak benda-benda yang menarik aku akan save dulu dalam komputer. pastu mula la tak ingat dari mana aku ceduk benda tu..(-_-;)

Bagi aku sendiri, aku tak mintak pon korang datang baca blog aku. Tapi kalu ada yang sudi datang aku gembira. kalu ada yang komen, lagi aku gembira. Kalu takde orang nak komen pon aku tak kisah. Niat aku menulis kerana ingin berkongsi pengetahuan, pandangan dan pengalaman je.. Aku tak mengharapkan komen beratus, follower beribu.. tapi kalu mendapat semua itu, aku hanya mampu tersenyum. tapi aku rasa susah kot nak dapat follower beribu sebab aku kurang BW. aku banyak baca blog orang sebagai silent reader je.. kalu boleh komen, aku bagi.. kalu tak boleh, kadang-kadang aku tinggal jejak kat shout box, kadang-kadang tak. so, denga prinsip blogger i follow u, u follow me back, memang susah untuk aku mempunyai ramai follower.





p/s : tolong jangan hina blog orang lain kalu korang belum jumpa kemanisan blog tersebut..

p/s/s : aku ada letak poll kat side bar sebelah atas blog ni.. kalu nak kutuk ke, nak mendajalkan aku ke, sila vote ke poll ye~

Sembahyanglah sebelum disembahyangkan

Kali ni, tetiba pulak aku nak bagi ceramah agama.. rasanya perlu jugak dikongsikan sedikit pengetahuan yang ada semoga boleh menjadi panduan kepada yang tidak punya pengetahuan. Ilmu itu amat luas.ada yang kita ketahui dan banyak lagi yang kita tidak ketahui. berkongsi Ilmu amatlah penting agar semakin ramai yang akan mengetahui akan sesuatu yang kita ketahui..Pasal sembahyang ni, pasti ramai yang dah tahu dalam Islam, sembahyang yang juga disebut solat terdiri dari 5 waktu yang fardhu dalam sehari. maknanya wajib kita tunaikan. 

Tidak kira walau dimana kita berada, kita perlu menunaikan sembahyang selagi kita masih bergelar muslim. selalu kita dengar ayat, "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Maknanya, sembahyanglah sebelum kita mati dan dikafankan lalu dilakukan sembahyang jenazah keatas kita. Saat kita di sembahyangkan, tiada guna lagi penyesalan kerana jasad dan roh sudah pon terpisah. Yang aku nak kongsi disini, sangatlah penting sembahyang itu dan tidak boleh ditinggalkan sesuka hati melainkan keuzuran dan sebab-sebab tertentu.

Wahlal kita bergelumang dengan maksiat dan dosa sekali pon, kita wajib untuk sembahyang. Diriwayatkan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang mana sesiapa yang melakukan dosa seperti meminum arak, berzina, lari dari medan perang, amalannya tidak akan diterima oleh Allah selama 40 hari. Jadi, dalam masa 40 hari tu, segala amalan kita adalah sia-sia dan tidak diberikan pahala. Jadi sesetengah manusia beranggapan, adalah x perlu lagi sembahyang kerana Tuhan takkan terima amalan. Sebenarnya, perbuatan mereka hanya akan menambahkan dosa kerana telah meninggalkan sembahyang. walaupon sembahyang tidak diterima, itu adalah kerana perbuatan dosa yang telah kita lakukan namun sembahyang masih wajib ke atas kita. 

Contohnya kita telah meminum arak maka kita merasakan berdosa dan amalan takkan diterima selama 40 hari.. jadi kita hanya menunggu selepas 40 hari untuk beribadat. Macam mana Tuhan akan memberi keampunan dalam 40 hari jika kita tidak bertaubat? tindakan begitu hanya akan menambah dosa ke 2 saja iaitu dosa meminum arak dan dosa tak sembahyang. Untuk mendapat keampunan, kita perlu segera bertaubat. soal dosa pahala yang diberikan, itu urusan Allah s.w.t. kita hanya perlu beribadat sebagaimana fiman Allah, "tidak aku jadikan jin dan manusia semata-mata untuk beribadat untuk aku". Bila teringat ayat ni, aku sendiri pon rasa betapa berdosanya aku kerana lari dari tujuan aku diciptakan.. masih lagi mengejar keduniaan. 



p/s : Tak tau la kenapa aku nak jadi ustaz jap hari ni.. macam nak baru dapat hidayah je.. harap maaf kalu entry ni membosankan dan memberitahu benda yang korang dah tahu~ ;p

Pelacur oh pelacur

Terbaca di Harian Metro pasal seorang pelacur yang mengandung sembilan bulan. dia berhasrat nak berhenti dari melacur tapi tetap lagi nak menjadi pelacur.. ish~ pening kepala dok pikir.. kejap nak berhenti, kejap nak teruskan.

Terasa dirinya berdosa dan ingin bertaubat tapi masih mengejar kemewahan. dengan alasan untuk membesarkan anak dalam keadaan mewah, dia sanggup meneruskan pekerjaan jijiknya itu.kononnya tiada pekerjaan yang sesuai dengan dirinya yang berpendidikan rendah.. Terdetik di kelapa hotak aku yang berjambul, kenapakah begitu singkat pemikiran manusia ini? kenapakah harus juga mengejar kemewahan? berniat lagi untuk menipu anaknya kelak agar pekerjaannya tidak diketahui si anak.. huh!! bangkai gajah, kalau ditutup pon tetap nampak. sepandai-pandai monyet melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga..

Apakah tidak mampu untuk terus hidup dengan bekerja sebagai pekerja kedai makan? apakah tak boleh teruskan hidup dengan bekerja cleaner? apakah akan mati jika bekerja menjual kerepek? jika kena caranya, penjual kerepek pon mampu untuk hidup mewah. Sudah tahu diri berdosa, dan ingin bertaubat, mengapa saja tidak terus bertaubat? dipilih juga untuk terus bergelumang dosa.. sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa dikandung badan. jangan sampai disaat Izrael sudi bersua muka baru ingin membuang segala dosa. disaat itu tidak berguna lagi segala penyesalan.

tak perlu mengejar wang berpuluh ribu. cukuplah sekadar mampu mengisi perut, membeli baju pakaian, mendapat tempat berteduh.. Huh!!senang kan aku bercakap. kerana kepayahannya bukan aku yang tanggung. memang senang untuk aku mengeluarkan kata-kata.. tapi fikirlah, dimana susahnya untuk terus hidup? rezeki Tuhan amat luas dimuka bumi ini. terserah kepada kita untuk memilih cabangnya. Rasulullah dan para sahabat boleh hidup hanya dengan memakan kurma dan air suam. kenapa kita tak mampu untuk berlaku seperti mereka? Sebabnya kerana kita terlalu memilih dunia...


Friday, December 10, 2010

Disebalik Nobita dan Doraemon

Doraemon adalah salah satu komik dan kartun animasi yang popular.. bila disebut Doraemon, mesti otak segera akan membayangkan robot kucing berbentuk bulat dan mempunyai poket yang boleh mengeluarkan pelbagai barang yang pelik-pelik. Disamping itu, mesti akan terbayang Nobita yang lemah dan lembab dan sentiasa memerlukan bantuan Doraemon.. Ramai juga yang tahu bapa dan pencipta kepada Doraemon dan rakan-rakannya ialah Fujio F. Fujiko. Namun, berapa ramai yang tahu, siapa sebenarnya Fujio F. Fujiko?

Fujio F. Fujiko sebenarnya nama pena bagi dua orang mangaka iaitu Hiroshi Fujimoto dan Motoo Abiko. Pasangan gay mangaka ni mula berkenalan dari skolah rendah lagi. lepas naik skolah tinggi, mereka berpisah skolah tapi masih lagi setia bersama dan berkongsi minat melukis. Oleh kerana masing-masing anak sulung dalam keluarga, mereka rasa bertanggungjawab nak sara keluarga dan mereka telah berpakat untuk bekerja lepas abis peperiksaan STPM. disebabkan Jepun takde STPM, mereka pon telah bekerja lepas abis skolah tinggi. Si Fujimoto kerja di syarikat manisan dan kekasihnya si Abiko pula kerja disyarikat surat kabar. pastu si Fujimoto cedera dan tak leh kerja lagi..cedera sebab kena pukul kerana mencuri manisan ke, tak tahu la aku..Tapi rasanya dia tak curi.. apa jadah nak curi manisan. kalu susu F&N ada gak pekdah..

Pastu, pada tahun 1970, Fujimoto pon melukis pasal Doraemon.. mula-mula takde pon budak-budak nak tengok cerita robot kucing bodoh tu, apatah lagi orang tua.. mungkin pada masa tu, mereka beranggapan robot kucing dari abad 22 tu benda kurafat.. tak leh percaya!! mungkin la..mungkin..mana la aku tahu cerita sebenar.bukan aku ada lagi masa tu... tiga tahun lepas tu, Doraemon dijadikan cerita animasi.. baru meletup-letup.. Pada tahun 1988, Fujimoto ngan Abiko telah bercerai berpisah dan membawa haluan masing-masing. Fujimoto terus mengarang Doraemon sampai la ke akhir hayatnya. setiap tahun dia pasti akan mengarang satu cerita panjang Doraemon. Jika Doraemon itu idea dari Fujimoto, karya dari idea Abiko pula ialah Ninja Hatori.. mereka juga bersama-sama menaikkan manga lain seperti Paman, 21Emon,Qtaro the Ghost dan macam-macam lagi dibawah Studio Zero yang ditubuhkan oleh mereka.


Doraemon dan rakan-rakan






Ninja Hatori






Bukan mutiara

Pergh!! sejuk gila dok kat kampung. Hujan tak henti-henti.. lebat lagi tu.. bila tengok hujan, teringat lagu Allahyarham Sudirman, "hujan yang turun, bagaikan mutiara, bersinar berkilau berkerdipan"... tapi kalu dah hujan lebat, ribut-ribut, ni bukan mutiara dah.. batu jalan dh kot~ tapi rasa syukur perlu ada. hujan tu rahmat tuhan. 

Nak ikutkan kehendak manusia, semua tak pernah kena. Cuaca panas, dok mengeluh kata tak hujan. Bila hujan mencurah dari langit, mintak nak panas pulak.. tak boleh nak menoreh lah, tembakau mati la, itik lemas la..er..itik boleh lemas ke? Apa pon keadaan, manusia takkan puas.. bila miskin, nak jadi kaya.. bila dah kaya, nak lagi kaya.  bila dah lagi kaya, nak lagi-lagi kaya..tapi bila dah senang tak pula nak ingat kat Tuhan. 

Begitulah lumrah manusia. duniawi kini menjadi buruan. ramai yang mengaku cintakan akhirat. tapi masih mencari harta di dunia.. para sahabat dahulu menghabiskan semua harta kerana agama. manusia kini mengejar harta untuk meneruskan kehidupan dunia. Saidina Uthman usahawan gemilang, tapi akhirnya hidup dalam kedaifan.. zaman kini, jangan harap nak memberi kalu tiada surat khabar dan media yang ambik gambar.."Hmm.. saya nak menderma kat anak-anak yatim ni. Ni cek saya spuloh ribu.. ambik gambar ye..  cepat ckit, lenguh nak pegang cek ni.." ceh, macam tu punya derma pon ada ka? Nabi dah pesan kalu nak menderma ngan tangan kanan, kalu boleh biar tangan kiri tak tahu.. baru tangan sendiri..apatah lagi orang lain.. renung-renungkan~

 p/s: apa benda aku meroyan ni? dari bab hujan tetiba masuk bab menderma.. (>.<)

Thursday, December 9, 2010

Hari Ini

Alhamdulillah.. akhirnya selamat juga aku sampai kat kampung halaman terchenta... huhuhu~ sampai rumah, terus je on  komputer. Sementara menunggu waktu subuh, baik aku bukak belog kesayangan ni dulu. mata pon ngantuk gila babi dah ni. terpaksa menahan la alang-alang subuh dah tak lama dah nak menjelma.. nanti baru tido~ 

Perancangan hari pertama aku di kampung ni, pagi ni tido dulu..har..har.har..harun... bangun tengah hari, gi smayang Jumaat..eh, aku masih dalam status musafir. tak pergi smayang Jumaat pon takpe..kan?kan? tapi aku kan budak baik..mesti kena pergi. kalu tak, dapat makan batang penyapu free la dari mak aku.. (-_-;)

Balik je Smayang Jumaat, mengikut jadual yang diatur dalam kepala otak aku ni, aku kena pergi rumah member aku sambil round2 kampung.. pastu nak pergi lawan PS2 ngan member sorang lagi. Dah berkali-kali dok telefon aku, katanya tak puas hati aku asyik menang je sebelum ni.. ahaks~ mau lawan sama orang berpengalaman.. ni gamer sejati la.. hari-hari koje main game je..

ok, orang dah azan subuh.. aku nak smayang pastu tido. tak tahan dah ni.. tak sempat nak bw.. maaf ye pada kawan-kawan semua.nanti ada masa aku akan balas kehadiran korang kesini.. Insyaallah..