Pages

Friday, March 4, 2011

Feseni

Festival Seni Universiti Malaya atau disebut juga sebagai Feseni UM  telah pun berlangsung selama beberapa hari bagi tahun 2011..terlebih dahulu, aku nak ucapkan tahniah kepada Pak Abu kerana berjaya mendapat tempat ke-5 dalam pertandingan tarian melayu. selepas setahun lebih aku tak bergiat dalam aktiviti dikir barat, akhirnya aku telah mengambil keputusan untuk join pertadingan dikir barat Feseni UM tahun ni memandangkan kali ni adalah tahun terakhir aku di UM ni.

Walaupon pasukan dikir yang aku join baru ditubuhkan dan ini merupakan buat pertama kalinya memasuki pertandingan, aku tetap girang kerana pasukan aku masih di anggotai beberapa orang kawan-kawan lama yang pernah berentap bersama dalam pertandingan sebelum ni.. Bertambah gembira lagi bila dapat menambah kenalan baru dalam pasukan yang aku sertai. walaupon budak-budak yang baru nak join dikir dan baru nak belajar berdikir, tapi mereka tetap bersemangat. yeah...semangat tu penting!!! kalu nak kata tak berapa cantik pergerakan tu, biasalah orang baru. aku masa mula-mula belajar dulu pon begitu jugak.. ;p

Penantian selama ni hampir tiba.. hari Jumaat malam sabtu, bersamaan 4 Mac 2011 aku akan berentap di pentas dikir dan menentang pasukan dari kolej kediaman yang lain.. eh.. malam ni la.. rasa macam tak percaya je dah nak bertanding malam ni. ekekeke~ papepon, paling penting bagi aku ialah buat yang terbaik. kalah menang tu lain kira.. janji ada kepuasan dalam persembahan. Bermain permainan kebudayaan dan kesenian ni kena enjoy.. tak leh la terlalu pressure nak menang.. kalu dah terlalu mendambakan kemenangan, nanti pasti sangat kecewa bila dah kalah. apa yang penting... kerjasama dan buat yang terbaik. hmmm, doakan kejayaan aku...maksud kejayaan tu ialah berjaya buat yang terbaik tanpa ada kesalahan besar.. ^^





Tuesday, March 1, 2011

Tenat..

Arghhhhhhhh.... dah beberapa hari aku tak update.. BW pon tak langsung.. jangankan nak bukak blog orang lain, blog aku sendiri pon dah bersawang. Semua ni gara-gara dah terlalu tenat.. eh aku dah tenat ke? sakit apa? bukan aku yang tenat.. aku penat je.. yang tenat tu internet..  memang slow gila khinzir la.. dengan keadaan internet yang sangat sangat sangat terlampau slow, memang aku tak mampu untuk buka blog mahupon pesbuk apatah lagi video-video lucah kat youtube..

Aku minta maaf kepada semua sahabat blogger kerana tak mampu untuk membalas jejak korang dalam masa terdekat ni. tambah lagi keadaan aku yang agak sibuk teramat seminggu dua ni.. pagi ke kelas.. petang baru habis. pastu nak kena pergi rumah makcik aku lagi. malam pulak, lepas je isyak terus pergi training dikir barat. 2,3 hari lagi nak bertanding.. pukul 1 pagi lebih baru balik. pastu terus tido. pagi besok bangun awal lagi dan jadual seperti semalam berulang lagi. huh~ penat....

Bukanlah langsung tiada masa untuk menyentuh lappy tersayang, tapi bila buka laptop pon tak leh nak guna internet. aku nak taip entry ni pon, berjam-jam lamanya untuk aku berjaya nak publish.. memang menyakitkan hati. tapi bila terkenangkan sahabat-sahabat yang mungkin tertanya akan kehilangan aku dalam 2,3 hari ni, aku tetap gagahkan juga diri ini dengan kesabaran yang menggungung. ok, chow dulu.. nak gi berdikir barat pulak~