Pages

Monday, March 7, 2011

Tips mengorat

Masa dalam kelas baru-baru ni, lecturer aku ada la bertanya soalan lazim dari cikgu2 dan lecturer.. "emm, ada soalan tak?"..  maka member aku dengan muka macam monyet sangap pon angkat tangan. dengan selamba dia tanya kat lecturer, " macam mana cara nak mengorat awek?"..kami sekelas dah ketawa ibarat kambing di beri pisang. apa jadah tanya soalan macam tu.. langsung tak berkaitan dengan topik kelas. tapi lecturer aku punyalah berlagak profesional dan menjawab soalan tu dengan jujur berdasarkan pengalaman beliau. 


Be yourself
Paling penting, jangan hipokrit.. jadilah diri kita yang sebenar masa nak berkenalan dengan awek tu. sikap jujur amat penting dalam memastikan perhubungan tu berkekalan untuk jangka masa panjang. jika dilihat, ramai pasangan suami isteri yang bercerai bila baru saja berkawin sedangkan dah berkapel untuk masa yang lama. puncanya ialah masa kapel tu, pasangan tidak menunjukkan perangai yang sebenar macam tunjuk baik la, berlakon alim la, berlagak caring la, buat-buat cool la... tapi bila dah kawen, mula la keluar perangai sebenar. kalu perangai yang tak elok dah jelas di mata pasangan, memang tak lama la akan tahan bersama. dulu lain, sekarang lain.


Jangan takut
Perangai orang kita ni, takut nak berterus terang.. kadang-kadang takut, kadang-kadang malu.. buangkan semua sikap tu. Biasanya kita malu untuk meluahkan perasaan. juga takut nak meluahkan kerana  tak ingin di tolak. tapi kalu tak luahkan perasaan tu, macam mana la orang nak tahu. selagi tak luahkan perasaan hati tu, agak mustahil untuk orang memahami dan menerima kita. tapi jika kita luahkan, kemungkinannya hanyalah diterima atau ditolak. tak la perlu menunggu bertahun lamanya.. jika ditolak sekali pun, terimalah dengan cara rela terima hakikat tu seadanya. jangan korang gi bomohkan pulak.. tengok je lelaki Afrika, Bangla kat negara kita ni...walaupon berkaler seperti arang, tapi perempuan disini lebih meminati mereka. Salah satu sebab utamanya ialah diorang berani dan pandai bermain kata-kata serta meluah perasaan. biarpon kata-kata tu semua menipu je.


Beri pujian
Bab pujian ni, rasanya aku pernah bagitau dulu... orang perempuan memang sangat alah di puji. diberi sedikit pujian, maka melambungkan dirinya ke angkasa.. cubalah berikan puji-pujian yang indah kepada orang yang diminati tu. bila dia sentiasa mendapat pujian, mungkin pandangan diorang terhadap kita akan berubah. diorang akan rasa dirinya dihargai dan mendapat perhatian dari kita.


Ikhlas
Kita kena la betul-betul mempunyai perasaan yang ikhlas terhadap si dia. bila kita ikhlas dengan orang lain, orang pon akan ikhlas dengan kita. konsep yang mudah.. lebih kurang dengan hukum karma la. tapi, melalui info yang aku dapat, otak kita ni mampu menghantar gelombang isyarat kepada orang lain. Jika kita selalu hantarkan perasaan sayang kepada orang lain, maka lama-kelamaan orang tu pon akan jadi sayang dengan kita sebab dia dapat terima gelombang perasaan sayang kita tu. macam tu jugak kalu kita benci dan menyampah kat orang.


Ada asas agama
Yang ni aku nak tambah sikit.. ye la..walau betapa jahil dan jahatnya kita, kurang-kurang biarlah ada asas agam tu dalam diri. bukan sampai nak kena hafal Al-Quran 30 juzuk, pakai jubah dan semutar tapi  kurang-kurang kalu bapak mertua suruh jadi imam solat berjemaah kat rumah tu pon dh lulus.. janganlah sampai orang suruh ambik wudhuk pon, nak terketar-ketar. orang lelaki ni tanggungjawab besar. kalu nak jadi suami dan bapak nanti, siapa lagi nak ajar anak bini kita kalu bukan kita sendiri yang bergelar ayah dan suami? Jangan ingat kelas fardhu ain dan kelas pendidikan agama kat sekolah sudah mencukupi untuk mereka. Ilmu itu takkan pernah cukup walaupon sentiasa dicari sepanjang masa.


Kalu korang betul-betul nak mecari tips mengorat, baik korang baca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus. kat situ, dia ada jelaskan perbezaan antara lelaki dan perempuan dan bagaimana nak jadikan perbezaan tu sebagai satu pelengkap. rasanya agak best jugak la buku tu.. bagi pasangan suami isteri pulak, kalu nak mengorat isteri/ suami tu, baik gi baca kamasutra..hahaha.. Amaran!!! hanya untuk orang yang berkahwin sahaja. yang belum kawen jangan memandai nak baca..tunggu je lepas kawen..

Friday, March 4, 2011

Usaha tangga kejayaan

Fuuhh... nyenyak betul aku tido malam tadi. Dengan badan yang keletihan kerana bertanding dikir barat untuk festival seni UM, memang takde masalah nak pejamkan mata. Tido pulak sememangnya diulit mimpi indah.. Apa tidaknya, setelah habis pertandingan dikir barat malam tadi, keputusan di umumkan.. tak tersangka la dapat jugak pasukan aku jadi johan.. Alhamdulillah.. penat lelah selama masa dok berlatih dalam beberapa minggu akhirnya berbalas.

Dalam apa-apa pertandingan pon, aku tak pernah bersungguh mendambakan kemenangan. itulah yang diasuh oleh guru aku dari dulu.. memang kemenangan itu semua orang pon nak.. tapi jangan terlalu tumpu kepada kemenangan. janji buat yang terbaik. bila dah buat yang terbaik, insyaallah boleh menang.. Walaupon malam tadi ramai yang memuji, tapi bagi aku sendiri persembahan tu masih ada kekurangan. jauh lebih baik semasa latihan.. apa boleh buat, dalam pasukan masih ada orang yang baru merasa naik pentas dan beraksi depan ribuan mata. pasti perasaan gugup tu ada maka sama sekali akan mencacatkan pergerakan. tapi bila dah bersama dalam satu pasukan, tak boleh la nak menyalahkan orang lain. kena bersedia menghadapi segala kemungkinan sebagai satu keluarga. salah orang lain ibarat salah kita sendiri..

Walaupon ada sedikit kecacatan, tapi aku rasakan puas hati dan masih berjaya menarik perhatian penonton. hmm, tak sabar rasanya untuk naik kepentas persembahan di malam juara-juara feseni di samping ambik hadiah. terima kasih kepada keluarga dan  kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan.. bila fikir balik-balik, memang penat gila aku dok berlatih selama ni.. dah la nak kena pergi agak jauh untuk ke tempat latihan. berlatih pon memang gila-gila punya bersungguh..pukul 2 pagi baru balik.. akhirnya inilah hasilnya...bila dinobatkan sebagai juara, aku tersenyum puas... jom tengok dikir barat di malam juara-juara feseni UM pada 17 haribulan ni..

"sama-sama kita membudayakan seni"