Pages

Saturday, July 19, 2014

Jangan sia-siakan

Hari ni dah masuk 21 Ramadhan.. maknanya dah 21 hari ibadat puasa dilakukan bagi mereka yang puasa penuh.. bagi yang puasa tak penuh tu, sila qada balik lepas ni~ tanpa disedari, sekejap je kita dah masuk 10 malam terakhir.. Hampir sudah Malam Qadar yang memberikan pahala seribu bulan kepada mereka yang bersungguh-sungguh melakukan amal ibadat pada malam itu..

Dalam setahun ada 12 bulan.. kita diwajibkan berpuasa selama sebulan dibulan ramadhan.. tu pun hanya puasa disiang hari.. malam hari tak payah puasa.. lepas tu dikurniakan pulak lailatulqadar bagi mereka yang rajin beribadat.. pahala ibadat malam tu sama seperti amalan seribu bulan.. lailatulqadar pulak hanya disepuluh malam terakhir dibulan ramadhan. tambahan lagi di malam ganjil yakni 5 malam je.. dari 365 hari, kita hanya perlu korbankan tidur malam kita hanya untuk 5 hari bagi mencari lailatulqadar. susah ke??

Hmm, nampak senang.. tapi amat sedikit sahaja orang yang dapat buat.. tak dinafikan anak-anak muda lebih ramai yang berjaga malam berbanding orang tua tapi sayang sekali, golongan belia ini hanya berjaga untuk bermain games, main Pesbuk, tengok TV, jalan-jalan cuci mata dan tak kurang jugak yang bangang ber'clubbing'.. ketara sekali dengan beberapa kerat orang tua yang sembahyang tahajud, sembahyang tasbih, baca al-quran, berzikir dan sebagainya..

Jika malaikat turun, amat sayang sekali jika hanya melihat kita sedang bermain pesbuk, main games dan benda-benda yang sia-sia.. kalau boleh sekurang-kurangnya ucapkanlah 'astagfirullah' untuk sekali pun sudah memadai dari langsung tidak berbuat apa-apa.. manalah tahu, taubat kita diperkenan oleh Allah pada malam itu. segala dosa-dosa kita dihapuskan hanya dengan sepatah perkataan.. InsyaAllah.. Papepon, selamat beramal... semoga mendapat keberkatan dan menemui lailatulqadar pada tahun ini..

Saturday, July 12, 2014

Membina Agama

Membina Agama dalam diri seorang Muslim ni ibarat membina sebuah rumah.. Semakin cermat kita menjaga dan membina sebuah rumah, maka makin cantiklah rumah itu akan kelihatan.  begitu juga halnya dalam membina agama bagi diri kita...

Seseorang Muslim boleh dikatakan lengkap Islamnya bila menunaikan 5 rukun Islam yang telah diperintahkan.. meninggalkan salah satu rukun dengan sengaja akan mengakibatkan keislamannya tidak sempurna.. Sama seperti sebuah rumah, tanpa salah satu keperluannya tidak dipenuhi, rumah yang sempurna takkan terhasil..

Mengucap kalimah syahadah itu ibarat sekeping lot tanah.. seseorang yang mengucap kalimah syahadah secara automatik telah menjadi Islam.. Lot Tanah inilah yang boleh didirikan rumah agama yang indah atau pun sekadar tanah lot rumah tetapi dibiarkan bersemak..

Solat menjadi tiang kepada agama.. tidak ada sebuah rumah atau bangunan pon yang mampu berdiri kukuh tanpa tiang.. oleh itu, solat terus menjadi perkara pokok paling wajib dalam beragama..

Puasa itu seperti atap atau bumbung.. Puasa akan menahan diri kita dari kepanasan godaan nafsu dan curahan hujan ujian keduniaan.. Dan membina bumbung adalah mustahil tanpa berdirinya tiang.. Oleh itu, boleh diibaratkan orang yang berpuasa tanpa bersolat sebenarnya si tolol yang amat bangang!!!

Zakat itu seperti dinding yang dibina dari batu-bata.. fungsi zakat adalah untuk menjaga dan menyucikan harta kita. Dengan adanya dinding rumah kita, mana tahu mungkin ada beberapa orang dikalangan masyarakat kita yang dapat menumpang bersandar didinding yang kita bina. walaupun tidak masuk kedalam rumah, mungkin bersandar di dinding rumah bahagian luar sudah memadai bagi orang yang gelandangan.

Rukun terakhir sebagai muslim ialah menunaikan haji jika mampu.. ibarat juga seperti cat.. sekiranya kita telah mendapatkan sekeping tanah dan membina tiang serta dibina bumbung dan didirikan dinding, sebuah rumah yang lengkap telah tersedia. namun masih tiada seri jika belum dicat dengan warna yang terang dan menarik. rumah itu belum boleh dikatakan sempurna jika tanpa dikenakan cat. namun jika tak mampu untuk mendapatkan cat, Islam tidak memaksa umatnya untuk mencuri cat itu.. cat jika mampu..

Jom, kita sama-sama membina rumah agama yang cantik dan menarik...