Pages

Showing posts with label LAMAN ROHANI. Show all posts
Showing posts with label LAMAN ROHANI. Show all posts

Saturday, July 19, 2014

Jangan sia-siakan

Hari ni dah masuk 21 Ramadhan.. maknanya dah 21 hari ibadat puasa dilakukan bagi mereka yang puasa penuh.. bagi yang puasa tak penuh tu, sila qada balik lepas ni~ tanpa disedari, sekejap je kita dah masuk 10 malam terakhir.. Hampir sudah Malam Qadar yang memberikan pahala seribu bulan kepada mereka yang bersungguh-sungguh melakukan amal ibadat pada malam itu..

Dalam setahun ada 12 bulan.. kita diwajibkan berpuasa selama sebulan dibulan ramadhan.. tu pun hanya puasa disiang hari.. malam hari tak payah puasa.. lepas tu dikurniakan pulak lailatulqadar bagi mereka yang rajin beribadat.. pahala ibadat malam tu sama seperti amalan seribu bulan.. lailatulqadar pulak hanya disepuluh malam terakhir dibulan ramadhan. tambahan lagi di malam ganjil yakni 5 malam je.. dari 365 hari, kita hanya perlu korbankan tidur malam kita hanya untuk 5 hari bagi mencari lailatulqadar. susah ke??

Hmm, nampak senang.. tapi amat sedikit sahaja orang yang dapat buat.. tak dinafikan anak-anak muda lebih ramai yang berjaga malam berbanding orang tua tapi sayang sekali, golongan belia ini hanya berjaga untuk bermain games, main Pesbuk, tengok TV, jalan-jalan cuci mata dan tak kurang jugak yang bangang ber'clubbing'.. ketara sekali dengan beberapa kerat orang tua yang sembahyang tahajud, sembahyang tasbih, baca al-quran, berzikir dan sebagainya..

Jika malaikat turun, amat sayang sekali jika hanya melihat kita sedang bermain pesbuk, main games dan benda-benda yang sia-sia.. kalau boleh sekurang-kurangnya ucapkanlah 'astagfirullah' untuk sekali pun sudah memadai dari langsung tidak berbuat apa-apa.. manalah tahu, taubat kita diperkenan oleh Allah pada malam itu. segala dosa-dosa kita dihapuskan hanya dengan sepatah perkataan.. InsyaAllah.. Papepon, selamat beramal... semoga mendapat keberkatan dan menemui lailatulqadar pada tahun ini..

Saturday, July 12, 2014

Membina Agama

Membina Agama dalam diri seorang Muslim ni ibarat membina sebuah rumah.. Semakin cermat kita menjaga dan membina sebuah rumah, maka makin cantiklah rumah itu akan kelihatan.  begitu juga halnya dalam membina agama bagi diri kita...

Seseorang Muslim boleh dikatakan lengkap Islamnya bila menunaikan 5 rukun Islam yang telah diperintahkan.. meninggalkan salah satu rukun dengan sengaja akan mengakibatkan keislamannya tidak sempurna.. Sama seperti sebuah rumah, tanpa salah satu keperluannya tidak dipenuhi, rumah yang sempurna takkan terhasil..

Mengucap kalimah syahadah itu ibarat sekeping lot tanah.. seseorang yang mengucap kalimah syahadah secara automatik telah menjadi Islam.. Lot Tanah inilah yang boleh didirikan rumah agama yang indah atau pun sekadar tanah lot rumah tetapi dibiarkan bersemak..

Solat menjadi tiang kepada agama.. tidak ada sebuah rumah atau bangunan pon yang mampu berdiri kukuh tanpa tiang.. oleh itu, solat terus menjadi perkara pokok paling wajib dalam beragama..

Puasa itu seperti atap atau bumbung.. Puasa akan menahan diri kita dari kepanasan godaan nafsu dan curahan hujan ujian keduniaan.. Dan membina bumbung adalah mustahil tanpa berdirinya tiang.. Oleh itu, boleh diibaratkan orang yang berpuasa tanpa bersolat sebenarnya si tolol yang amat bangang!!!

Zakat itu seperti dinding yang dibina dari batu-bata.. fungsi zakat adalah untuk menjaga dan menyucikan harta kita. Dengan adanya dinding rumah kita, mana tahu mungkin ada beberapa orang dikalangan masyarakat kita yang dapat menumpang bersandar didinding yang kita bina. walaupun tidak masuk kedalam rumah, mungkin bersandar di dinding rumah bahagian luar sudah memadai bagi orang yang gelandangan.

Rukun terakhir sebagai muslim ialah menunaikan haji jika mampu.. ibarat juga seperti cat.. sekiranya kita telah mendapatkan sekeping tanah dan membina tiang serta dibina bumbung dan didirikan dinding, sebuah rumah yang lengkap telah tersedia. namun masih tiada seri jika belum dicat dengan warna yang terang dan menarik. rumah itu belum boleh dikatakan sempurna jika tanpa dikenakan cat. namun jika tak mampu untuk mendapatkan cat, Islam tidak memaksa umatnya untuk mencuri cat itu.. cat jika mampu..

Jom, kita sama-sama membina rumah agama yang cantik dan menarik...



Wednesday, March 6, 2013

Cara Untuk Murah Rezeki


Masyarakat kita sering menyalah ertikan makna rezeki. Bila disebutkan rezeki, otak sering memikirkan soal duit dan harta. Padahal rezeki itu lebih luas maknanya. Air itu rezeki, bukit-bukau itu rezeki, tumbuh-tumbuhan itu rezeki, kesihatan itu rezeki bahkan bernafas itu juga satu rezeki. Tanpa rezeki manusia akan mati. Begitulah Maha Pengasihnya Allah s.w.t terhadap makhluknya. Setiap hidupan ada rezeki masing-masing.

Bila kita dimurahkan dan dilapangkan rezeki oleh Allah s.w.t, hidup kita akan sentiasa senang. Tak kira taraf hidup sama ada kaya atau miskin. Kekayaan bukan pengukur limpahan rezeki dari Allah. Kadang-kadang orang yang kita lihat kaya dan bergaya itu sebenarnya hidup penuh dengan hutang. Apakah orang yang sentiasa sakit kepala kerana memikirkan hutang keliling pinggang tapi mampu makan di hotel mewah itu murah rezeki? Apakah tukang kebun yang bahagia bersama isteri dan anaknya yang berjaya menjadi Hafiz itu sempit rezekinya? Tidak..tidak..dan tidak sama sekali..

Kali ni aku nak kongsikan cara bagaimana untuk dimurahkan rezeki. Kalau korang masih nak anggap rezeki itu sebagai duit dan harta pon terpulanglah. Sebab duit itu juga salah satu rezeki. Apa yang aku nak kongsikan ini pon adalah hasil dari pengalaman aku sendiri. Sekarang ni aku masih tak bekerja. Namun aku masih mampu untuk hidup bahagia dan memenuhi segala keperluan aku. Macam mana aku dapat duit untuk memenuhi keperluan diri aku sedangkan aku tak bekerja? Macam ni cara-caranya…

Jaga Solat
Solat itu tiang agama. Jangan sesekali tinggalkan apatah lagi saja-saja nak tinggalkan. Solat itu suruhan Allah. Kalau kita ikut apa Allah suruh, pasti Dia akan bagi apa yang kita nak. Ye tak? Macam mak kita suruh kemaskan rumah la. Kalau kita ikut arahan mak kita, pastu kalau kita nak minta upah pon mak kita tak kisah nak bagi. Kalau kita malas nak kemaskan rumah macam yang mak kita suruh, kita nak minta duit pon dia berat nak bagi.. Allah pon sama la.. kita buat dulu apa yang Allah suruh, pastu kita minta la apa yang kita nak.. Kalau boleh, buat juga solat sunat macam solat hajat, solat dhuha..

Doa
“Mintalah Apa yang kau inginkan , nescaya akan aku tunaikan”. Itu adalah janji Allah s.w.t. Allah takkan mungkir janji seperti kita. Janji Allah itu pasti.. Dah Tuhan suruh kita mintak, mintak je la… Kenapa kita taknak minta sedangkan kita sentiasa diberi peluang? Kalau orang lain yang bagi peluang macam ni, cepat pulak kita mintak apa-apa sedangkan janji orang ni tak la boleh pakai sangat..

Sedekah
Kalau nak duit banyak, kita pon kenalah sedekahkan banyak sikit duit yang kita ada. Allah dah janji, setiap sedekah yang kita keluarkan, Allah akan balas 10kali ganda. Wow!!! 10 kali ganda tu.. Kalau kita sedekah seringgit, Allah pasti akan balas 10hengget.. kalau kita sedekah 10hengget, Allah akan balas 100 hengget. Kalau 1000 hengget, Kita akan dapat 10ribuhengget.. Jangan tak percaya..Ini janji Allah. Apa yang penting kita kena yakin. Yakin-seyakinnya Allah akan balas balik amal perbuatan kita. Para Sahabat yang tersohor kaya seperti Abu Bakar, Usman, Abdul Rahman bin Auf sering mendermakan harta mereka. Apakah mereka jatuh miskin? Tidak, bahkan semakin kaya.. Nak sedekah tapi tiada duit? Jangan bimbang, senyumnlah selalu.. senyum itu juga satu sedekah.

Bersyukur
Nak dimurahkan rezeki lagi, didiklah diri kita supaya menjadi orang yang bersyukur. Jika kita sentiasa bersyukur, Allah akan memudahkan dan melengkapkan hidup kita.. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Duit dalam poket ada 5hengget, kita dah susah hati sampai mengeluh. Sedangkan kita terlupa bahawa masih ramai orang yang tidak mempunyai  5sen pon. Firman Allah, “sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambah (rezeki) kepadamu, tetapi jika kamu kufur (mengingkari nikmat-Ku) maka azab-Ku amatlah keras”

Berzikir dan membaca Al-Quran
Berzikir boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Dari kita dok menyanyi melalak sambil bawa kereta, adalah  lebih baik kita berzikir. Puji-pujian terhadap Allah. Allah pon suka kalau orang selalu memuji-Nya. Dah kita selalu puji Dia, Tuhan pon pasti akan tolong kita. Pasti Dia akan melimpahkan rezeki-Nya kepada kita.Baca Al-Quran juga pahalanya sama seperti bersedekah.

Usaha dan Tawakal
Nak dapatkan apa-apa pon, kita kena berusaha. Segala keinginan kita takkan datang bergolek dengan sendiri. Tapi kadang-kala, rezeki itu juga boleh datang dengan sendiri. Itu Kehendak Allah. Takde yang mustahil. Aku sendiri tak bekerja tapi masih mampu dapat apa yang aku nak. Walaupon takde duit, tapi hati teringin nak makan KFC, tetiba Allah akan hantar KFC tu kepada aku. Adalah perantaraan tu.. Yang paling penting tawakal lah sepenuhnya kepada Allah. Allah lah pemilik rezeki yang sebenarnya dan Dia jua lah yang akan memberikan rezeki-Nya kepada kita.


Apa yang aku kongsikan ini adalah dari pengalaman hidup aku sendiri. Kalau nak diceritakan satu-satu, memang takkan habislah bab rezeki ni. Aku berikan sedikit je.. Apa yang penting, kita kena yakin, rezeki itu dari Allah. Berserahlah kepada-Nya..

Saturday, November 5, 2011

Pembenci di benci

Pasti korang pernah rasa meluat, berbulu, sakit hati ngan seseorang kan? Manusia ni mempunyai macam-macam ragam..dalam hidup kita, pasti kita bertemu dengan orang yang tak sekepala atau perbuatannya tak dapat kita terima..kalu jumpa ngan orang yang tak disenangi, pasti mula-mula kita akan rasa tak selesa.. pastu mula berbulu je tengok orang tu.. perasaan meluat pula akan menyusul dan seterusnya sakit hati..lastly wujud perasaan benci..

Benci tu satu perasaan yang negatif..kalu boleh, janganlah wujudkan rasa benci kita pada orang lain sebab benci itu satu penyakit hati.. mula-mula kita akan benci sorang..pastu 2 orang, pastu 3 orang dan seterusnya..Lama-kelamaan hidup kita akan penuh dengan perasaan benci. Kebiasaanya, orang yang suka benci orang ni juga akan dibenci oleh orang lain..contoh mudahnya, kalu korang benci si A..mungkin si A jugak akan menjadi benci kepada korang. pastu korang cerita pulak keburukan si A kepada si B.. mungkin si B ni pulak akan benci dengan korang sebab suka cerita keburukan orang. si A tu pulak cerita pada si C yang korang suka benci orang. Jadi si C pon mungkin akan benci korang..sekadar contoh je la...

Kalau adalah seseorang yang berperangai buruk, cubalah korang jangan benci diorang.. cuba belajar benci perangai diorang tu je..tapi jangan benci orangnya..benda ni nampak mudah tapi sebenarnya sangat susah.. tapi cuba latih diri sendiri.. Jangan sesekali benci orang lain. kalau si A tu suka mencuri, maka bencikan perangai mencurinya tu..jangan bencikan si A..bila dibenci, pasti akan dihina.. tapi ingatlah, kadang-kala orang yang dihina tu mungkin lebih mulia dari yang menghina..Kalu korang benci ngan orang tu, pasti korang dah tak nak tengok muka beliau..tu dah memutuskan silatulrahim..tak bau syurga la orang yang memutuskan silatulrahim ni.. tapi kalu korang bencikan perangai orang tu je, korang masih dapat bergaul mesra dan menerima orang tu dalam hidup korang..yang buruk itu perangainya, bukan orangnya..yang keji itu akalnya bukan hatinya..bila-bila masa hidayah Allah mampu menusuk ke dalam hatinya untuk berubah..mungkin hari ni dia pencuri..mana tahu esok dia menjadi wali..


Sunday, September 4, 2011

Pilihan yang salah

Benarlah kata Rasulullah s.a.w, di akhir zaman akan muncul golongan lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Sekarang kita dah lihat dengan jelas akan kehadiran pondan, tomboy, pengkid, gay, lesbian..Arghh..sungguh menggelikan..sesungguhnya Allah akan melaknat golongan yang mengubah ciptaan-Nya itu.. Rasulullah juga melaknat lelaki yang berpakaian seperti wanita dan wanita yang berpakaian seperti lelaki.

Amat jelas bahawa pertukaran jantina seperti menjadi pondan adalah SALAH.. Allah telah menentukan kita lahir sebagai lelaki, maka teruskanlah hidup itu sebagai seorang lelaki.. tak perlu kita mengubah menjadi seorang wanita. sehebat mana pon manusia, takkan mampu menjadi wanita tulen..suara tetap sama, peranakan tetap tiada.. berlainan keadaannya dengan khunsa. Aku pernah dengar pondan kata, "aku sebenarnya perempuan tapi terperangkap dalam badan lelaki.".. celaka betol.. jadi kau cuba nak maksudkan Tuhan tu tersalah masukkan roh seorang perempuan ke dalam badan lelaki? Tuhan melakukan kesilapan?? 

Naluri kearah feminin tu sebenarnya hanyalah imaginasi yang terhasil oleh pemberontakan jiwa dari hasutan syaitan.. syaitan dah bersumpah untuk menyesatkan anak cucu Adam a.s.. cuba la banyakkan beristigfar dan mengingati Tuhan.. Insyaallah keinginan dari hasutan syaitan tu akan hilang.. Solat itu dapat mencegah kemungkaran.. Ada juga pondan yang solatnya tak ditinggalkan.. cukup 5 waktu, tapi kenapa masih memilih kemungkaran? itu sebabnya solatnya tidak sempurna.. bukan aku yang kata, tapi Rasulullah yang bagitau kat Abu Bakar..Bukan korang tak belajar pasal agama.. dah tahu hukum benda tu haram, tapi tetap buat jugak.. sesungguhnya manusia yang paling awal diazab oleh Tuhan adalah mereka yang mengetahui pasal hukum yang ditetapkan, tapi buat-buat tak tahu.. masih jugak nak buat benda yang dah tahu haram.

Dari korang menghabiskan duit beribu-riban untuk operate tukar jantina tu, baik korang sedekahkan kat masjid ke, rumah anak-anak yatim ke, rumah kebajikan masyarakat ke.. terima sajalah apa yang telah ditetapkan oleh Tuhan. dah kalu lahir tu sebagai lelaki, maka jadilah korang lelaki yang macho dan gagah.. kalau lahir sebagai perempuan, jadilah wanita yang lemah-lembut dan bersopan-santun. Korang tak kesian ke kat mak ayah korang? konpem diorang kecewa kalu korang berubah jantina.. tambah lagi, kena kutuk ngan masyarakat.. apakah korang suka kalu hidup sentiasa dicemuh orang?





Saturday, August 20, 2011

Cinta

Kerana cinta, kita sanggup melakukan apa saja.. jika orang yang kita cintai mesej pukul 3 pagi pun, kita akan reply.. jika orang yang kita cintai minta nak makan KFC pon, kita akan belikan.. jika orang yang kita cintai ajak berjumpa kat seven-E pon kita akan pergi dan meninggalkan segala kerja yang dilakukan.. Jika yang dicintai itu merajuk, dengan segera kita akan memujuk.. Segalanya kita sanggup lakukan untuk orang yang dicintai.. pendek kata, lautan api sanggup direnangi.. gunung everest akan didaki..

Segalanya sanggup dilakukan kononnya demi cinta sejati.. Namun, dimanakah bukti cinta kita kepada Tuhan? Tuhan tak pernah meminta kita meredah lautan api, daki gunung bagai tu.. Tuhan hanya nak jumpa kita 5 kali sehari.. waktu subuh sekali, zohor, asar, maghrib dan isyak.. Hanya 5 kali sehari.. 5 minit sekali.. surat cinta yang dikirimkan oleh-Nya iaitu Al-Quran pernahkah kita baca? Cinta kepada manusia, sanggup kita gadaikan segalanya.. sedangkan cinta itu entah kemana penghujungnya..
 

Tiba-tiba dapat berita, cinta kita itu ada kekasih lain.. bagaimana penerimaan kita sekiranya cintanya itu beralih kepada orang lain sedangkan segalanya kita serahkan padanya? Ketahuilah, jika kita mencintai Allah, selama-lamanya cinta-Nya itu ada pada kita.. Allah tidak meminta kita melupakan dunia hanya kerana-Nya.. Segala perbuatan kita didunia itulah yang menentukan kecintaan kita kepada Allah.. Sekiranya setiap kerja dilakukan kerana Allah, pasti kita akan peroleh pahala dan berkat dari Nya..Jika kita melakukan kerja yang dilarang-Nya, sudah pasti akan mendapat kemarahan-Nya.. Cinta itu tidak buta..Cuma hati kita yang buta untuk menilaikannya…


Friday, August 19, 2011

Tangguhkan Solat

Solat tu tiang agama.. Tiang tu maknanya amat penting bagi mengukuhkan agama tu di dalam diri.. seperti juga rumah, kekukuhan sesebuah rumah itu terletak pada binaan tiangnya.. Jika rumah tidak mempunyai tiang, nescaya akan runtuhlah rumah tersebut.. begitu juga dengan agama. Jika tiada tiangnya, maka akan hilanglah agama dalam diri seseorang..

Betapa pentingnya solat itu disisi agama sehingga Rasulullah s.a.w  menerima wahyu keperluan solat itu terus dari Allah s.w.t semasa malam israk mikraj.. wahyu tentang solat tidak disampaikan kepada Rasulullah melalui perantaraan Jibril sebagaimana wahyu-wahyu lain.. Jelas disini, kepentingan solat itu.. Solat itu wajib ke atas setiap muslim dan makruh jika kita melambat-lambat dalam mengerjakannya.. setiap kali masuk waktu, kita haruslah menunaikan kewajipan solat itu secepat mungkin dan meninggalkan segala keperluan duniawi..

Tapi dalam kewajipan bersolat dan jangan melewat-lewatkannya tu, adalah pula masanya solat tu boleh di tangguhkan.. contohnya ketika kita dalam keadaan musafir.. kita dibolehkan melakukan jamak dan qasar.. Jamak takhir boleh dilakukan iaitu menghimpunkan waktu solat terdahulu ke waktu solat akan datang contohnya zohor di buat dalam waktu asar.. kita juga boleh melambatkan solat kerana kepentingan lain contohnya seperti makan dan berbuka puasa.. solat Maghrib boleh di kemudiankan selepas selesai berbuka.. jika makanan telah terhidang, tak baik jika di biarkan dahulu.. Rasulullah melarang kita melambat-lambatkan waktu berbuka.. kita disarankan melewatkan sahur dan mempercepatkan berbuka.. selain itu, solat juga boleh ditangguhkan dan haram jika diteruskan jika kita dalam berkeadaan junub ataupon hadas besar.. takkan makna junub pon nak kena aku terangkan lagi~ dah rasa layak untuk mandi wajib tu, cepat-cepat la pergi mandi..yang tu takleh tangguh-tangguh..

Saturday, August 13, 2011

Mencari Lailatulqadar

Bulan Ramadhan menjadi bulan untuk kita mengumpul pahala kerana pada bulan ni, pintu syurga akan terbuka seluas-luasnya dan akan tertutupnya pintu-pintu neraka.. Dek kerana tidak berumur panjang seperti kaum-kaum terdahulu, umat Muhammad diberi keistimewaan iaitu malam Lailatulqadar yang mana amalan pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal seribu bulan.. 

Banyak petanda yang diberikan kepada kita untuk mencari malam tersebut.. sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Pengasih kerana memberikan malam istimewa itu pada bulan Ramadhan.. dinyatakan pula dibulan Ramadhan itu, malam Al-Qadar terletak pada sepuluh malam terakhir.. lebih detail lagi, pada malam ganjil.. jadi sah-sah la malam tu hanya akan jatuh pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.. Hanya dalam 5 malam sahaja..tapi, selama ni, pada tahun-tahun yang lepas, pernahkah kita berjaga malam untuk beribadat pada 5 malam ni? hanya 5 malam setahun.. diberi lagi tanda-tanda Lailatulqadar ialah, malam tu akan sunyi sepi, tenang, cuaca elok.. pada paginya tu, langit seakan mendung..

Belum bersediakah kita untuk mendapatkan amalan yang sama seperti seribu bulan hanya dengan satu malam? Jika tak pasti hari apa, cuma cari malam tersebut dalam 5 malam sahaja.. Sesungguhnya Allah tidak membebankan manusia.. diberi kita peluang untuk mencari keredhaan-Nya.. Teringat aku masa kecik-kecik dulu, selalu je dengar cerita orang tua pasal malam lailatulqadar.. Ada yang kata nampak pokok sujud, ada yang nampak kuda terbang dan macam-macam lagilah..

Yang paling aku tak boleh lupa ialah ada sorang pakcik kat kampung aku.. dah lewat malam, dia baru balik ke rumahnya dengan berbasikal.. dalam perjalanan tu, dia ada jumpa sorang orang tua yang berpakaian serba putih berjalan kaki.. dia hanya menyapa hendak kemana.. orang tua tu hanya menjawab nak pergi ke surau depan tu.. baru je lepas selisih, pakcik tu terus terfikir, orang tua tu bukan orang kampugnya..tak pernah nampak pon.. bila fikir2 lagi, arah belakangnya yang dituju orang tua tu mana ada surau.. surau kat arah depannya.. lantas dia terus berpaling ke belakang.. sunyi sepi.. gelap gelita.. tiada sebarang manusia.. kemana pulak pakcik tua yang berjalan kaki tadi??  terus dia teringat malam lailatulqadar.. Ahh..menyesalnya dia kerana tak tumpangkan pakcik tadi.. kisahnya dijaja dikedai kopi..katanya kalau aku tahu orang tua tu malaikat, aku akan peluk kaki dia..aku nak mintak macam-macam.. Kami yang mendengar hanya mampu ketawa.. tapi sampai sekarang tak tahu siapa orang tua yang ditemuinya.. mungkinkah dia manusia biasa...atau pun wali atau pon benar malaikat.... Allah sahaja yang mengetahuinya..

Friday, August 5, 2011

Kongsi

Sempena bulan Ramadhan al-mubarak ni, ramai blogger yang mengeluarkan entry pasal puasa.. Alhamdulillah, blog juga dapat dijadikan medan untuk berdakwah.. ternyata blog bukanlah hanya tempat untuk omong-kosong, bergelak- ketawa, mencari kawan mahupun lawan.. Dah alang-alang ramai yang berbicara pasal puasa ni, aku pon nak sentuh jugak la pasal isu ni..rasanya itu lebih baik dari dok bincang pasal keretakan hubungan Khairul Fahmi dengan Elia mahupun status pertunangan Ally Iskandar..

Masa dengar radio tadi, aku tertarik dengan ceramah yang diberikan oleh ustaz mana ntah.. katanya manusia ni sukar untuk berkongsi.. tak nak kongsi rumah, tak nak kongsi kereta, tak nak kongsi suami dan sebagainya.. tapi bulan Ramadhan ni mengajar kita untuk berkongsi..kita akan berkongsi rasa lapar dan dahaga.. kita akan berkongsi kemuliaan dan kerahmatan di bulan puasa, malah kita dianjurkan untuk mengeluarkan zakat untuk berkongsi sedikit kesenangan kita dengan fakir miskin..

Perkongsian itu bukanlah sesuatu yang berat dan membebankan.. tapi akan menjadi bebanan kepada kita sekiranya tiada keikhlasan.. kenapa susah sangat nak berpuasa? niatnya kerana Allah tetapi kebaikannya adalah untuk diri kita sendiri.. Bermulanya puasa, maka ramailah manusia yang akan mengaku gastrik.. memang hairan kerana mereka hanya akan gastrik bila tiba Ramadhan.. bila raya, ok pulak.. sampai la Ramadhan akan datang pulak menyusul..Hmm.. aku dulu pun pernah diserang gastrik.. bila tiba Ramadhan aku akan bimbang kerana kesihatan perut aku.. tapi yang hairannya, apabila aku puasa, langsung gastrik tu tak datang.. bila tiba raya pulak, penyakit tu datang balik.. dari situ aku percaya, Allah akan menolong hamba-Nya yang betul-betul ikhlas..bukanlah nak kata aku ni baik sangat.. tapi aku cuma berkata dari pengalaman.. Jika kita ingat Allah, maka Allah akan ingat kepada kita..Wallahuallam...


Wednesday, July 27, 2011

SEGMEN : ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU

Rejab itu bulan untuk Allah s.w.t.. Syaaban itu bulan untuk Rasulullah.. Ramadhan pula bulan yang di khaskan untuk orang Islam..Para sahabat dahulu mengeluh kerana tidak dapat beramal lama seperti umat terdahulu, maka diberikan kepada kita bulan Ramadhan yang sekaligus menggandakan pahala amalan kita dan di kurniakan lagi malam Lailatulqadar yang mana amalan pada malam tersebut menyamai amalan selama 1000 bulan yakni 83 tahun. Para sahabat dahulu begitu gembira apabila menyambut kedatangan Ramadhan kerana dapat beribadat pada bulan yang penuh keberkatan ini. Berlainan pula sambutannya pada manusia zaman kini.. 

Kedatangan Ramadhan seolah-olah satu musibah kerana sukarnya untuk menahan dari kelaparan dan kehausan..  Sifat manusia yang semakin lari dari tertib agama ini juga tak lekang dari hati aku yang masih punyai nafsu.. betapa seksanya mengharungi sebulan masa dengan kepayahan untuk mendapatkan makanan di siang hari.. Bila aku terkenangkan tahun-tahun yang terlepas, ahh, ruginya aku kerana tak mengendahkan kelebihan Ramadhan.. Sewaktu manusia lain menunaikan perintah Tuhan dikala siang hari, aku hanya tidur untuk mengelakkan kelaparan itu berleluasa. Tatkala malam pula, disaat insan lain mengangkat takbir terawih beramai-ramai, aku hanya bisa mengadap skrin laptop yang menjadi kebanggaan selama ini.. di saat orang lain bertadarus, aku pula memasang lagu dari MP3 sehingga membingitkan telinga.. tapi aku berasa gembira dengan hiburan dunia sehingga tiada secebis rasa berdosa dan bersalah.

Sekarang aku mula mengira..ahh.. Ramadhan tahun ini sudah menghampiri. perlukah aku terus berdampingan dengan keasyikan duniawi? Apakah tiada penyesalan jika tahun ini merupakan Ramadhan yang terakhir buatku? Terdetik pula dihati ini, andai ini Ramadhan terakhirku maka rugilah aku hidup didunia tanpa mengambil kesempatan untuk beribadat seperti 1000 bulan. Pasti menyesal kerana Izrail datang sebelum aku berterawih bersama imam. Walau apa pun, tahun ini aku perlu berubah.. aku mesti berubah.. dunia sudah tak menjanjikan apa-apa.. Jika Ramadhan yang terakhir pun  aku masih kelalaian, apa yang harus ku jawab pada Mungkar dan Nakir?

Ramadhan itu untuk umat Muhammad. Aku juga umat Muhammad.. maka Ramadhan itu adalah untuk aku.. Sungguh Maha Pengasih dan Penyayang Tuhan sekalian alam.. dari mula penciptaan alam, aku telah ditempatkan untuk menjadi umat Muhammad yang punya kelebihan. beribadat semalaman tapi bersamaan 1000 bulan.. Tuhan tahu, jika aku ditempatkan bersama umat lain, tak termampu untuk aku beribadat selama 1000 bulan itu. sedangkan untuk satu malam aku sudah pun liat..Tuhan masih beri aku kesempatan.. Tahun dulu berlalu dengan kealpaan. Moga Tuhan beri aku kesempatan untuk bersama Ramadhan ini..Andai ini Ramadhan terakhirku, aku hanya pohon pada-Mu, semoga dapat aku bertemu dengan Lailatulqadar-Mu.. Ingin aku pohon keampunanmu pada malam itu.. Ingin aku doakan kesejahteraan kedua orang tua ku, Ingin aku mendapatkan keredhaan-Mu...


Hmm...layan Harapan Ramadhan dari Raihan ngan Man Bai dulu~



Entri ini dibuat bagi menyertai segmen yang dianjurkan oleh  Blog The Garden of Love, Pilihan Hati dan juga Wardah Humairah bersempena Ramadhan yang kian mendatang.. Kalu nak join, sila klik banner di atas.



Saturday, May 14, 2011

Hantu

Aku dapat idea ni lepas baca entry di blog Lekat lekit, pasal hantu. Korang percaya tak adanya hantu? Rasa-rasanya bagi mereka yang tak pernah nampak dan terlalu percayakan kajian saintifik, jarang yang nak percaya kewujudan hantu.. Seperti yang di sepakati ramai, hantu itu adalah jelmaan jin dan syaitan untuk memberikan ketakutan kepada manusia dengan bentuk mereka yang hodoh dan melahirkan perasaan ngeri apabila manusia melihatnya.. mereka juga akan mengusik dan memberikan bebanan supaya kita lebih gentar kepada mereka.. tujuannya hanyalah supaya manusia lalai kepada Allah dan lupa bahawa yang perlu ditakutkan sebenarnya hanyalah Allah dan Allah jua lah yang maha berkuasa.

Bagi mereka yang tak pernah di ganggu dan melihat jelmaan tersebut akan berpendapat bahawa jelmaan itu sebenarnya halusinasi bagi mereka yang takut.. apabila terlalu takut, maka wujudlah halusinasi yang membayangi fikirannya..Hmmm... Dulu-dulu, aku pon tak pernah percaya adanya hantu ni.. tapi kini aku terpaksa percaya apabila dah beberapa kali aku terkena gangguan dan nampak kelibat entiti tu... bukan aku nak mempengaruhi korang untuk mempercayai hantu..itu terpulang pada pandangan masing-masing. tapi pengalaman aku melihat benda-benda gini dah terlalu banyak.. masa mula-mula kena, memang kecut jugak sampai berlari-lari.. tapi sekarang, aku dah makin boleh selamba jika melihat benda-benda gitu..

Aku takut ke? aku terlalu percaya benda tahyul ke? seperti yang aku katakan, dulu aku tak percaya ada hantu-hantu ni.. penakutkah aku akan benda-benda ni kalau aku selalu je lepak kat kawasan hutan, di kawasan kubur termasuklah kubur cina yang di atas bukit nuh sorang-sorang diri di waktu tengah malam? Bukan aku nak cakap besar, tapi memang benar bahawa aku selalu lepak kat kubur terutamanya dan biasa sorang-sorang kalu tak tahu nak lepak kat mana.. kubur ngan rumah aku tak jauh pon.. dalam 200 meter gitu je..tapi memang gelap gelita la kawasan tu.. Aku gila ke? mungkin.... itulah yang member-member selalu kata kat aku.. tapi disanalah aku akan tenang.. disana aku akan damai...sampaikan pernah dihalau oleh polis yang lalu meronda.."hoi!! apa jadah ko buat kat tengah kubur malam-malam ni?? buat minyak dagu ke??" ekkk...

Pengalaman melihat benda tu terlalu banyak.. nak cerita kan, memang takkan habis walau sehari semalam.. cuma yang aku nak katakan, mereka itu hanyalah jelmaan jin dan syaitan.. makhluk ghaib itu sememangnya wujud... pasal tu kita kena percaya sebab termasuk dalam rukun iman.. Gangguan mereka takkan kemana pon kalau kita buat tak tahu.. lagi kita takut, lagilah mereka suka sebab kita takutkan mereka, bukan takutkan Allah..Tapi aku paling tak percaya pasal roh orang mati yang merayau-rayau dan menjadi hantu.. sebab dalam Islam dah menjelaskan, bahawa roh orang mati akan berada di alam barzakh dan takkan berada di alam manusia lagi apatah lagi bertukar menjadi hantu atau pon zomba zombie.. Jelmaan yang dikatakan si mati itu hanyalah jelmaan jin dan syaitan yang menyerupai si mati untuk memberikan kengerian kepada manusia..








p/s : kalau rasa takut tu datang, amalkanlah baca Al-fatihah, 3 Qul dan Ayatul kursi.. Insyaallah mereka takkan ganggu kita.

p/s : semasa baca entry ni, jangan sesekali pandang belakang.. hmmm.. apakah yang ada dibelakang anda sekarang?

Sunday, May 8, 2011

Games menghina Islam

Rasanya, boleh dikatakan semua dari kita pernah main game kan? lebih-lebih lagi budak-budak lelaki.. Tapi tahukah korang dalam banyak-banyak game yang kita dok main tu, ada sesetengahnya berunsur menghina Islam dan cuba menjatuhkan Islam secara sulit. Yang mengejutkan, kebanyakannya adalah game yang femes dan menjadi kegilaan kita. Game apa yang menghina Islam?



1. Devil May Cry 3


Antara game yang pernah menjadi peberet aku..ciss.. game pasal penentang syaitan yang perlu melalui 12 pintu sebelum bertemu penghulu syaitan di pintu terakhir dan setiap pintunya ada memaparkan kalimah Allah.. Pintu terakhir tu pula dibuat menyamai pintu kaabah dan kononnya pintu penghubung diantara dunia syaitan dengan dunia nyata.

Pintu itu akan dibuka oleh sorang pengamal ilmu hitam dengan membaca ayat yang bila diterjemahkan berbunyi seperti "wahai pintu yang menghubungkan kegelapan"...dan seterusnya membaca ayat di dalam kitab yang dipegangnya. Ayat yang berbunyi "Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan Envy" yang disebut itu dipercayai 7 ayat kemusnahan yang terdapat didalam bible.

*lihat betul-betul pintu


*pintu Kaabah



2.Clive Barker Undying



Aku tak pernah main game ni. Permainan mengenai perlawanan dengan syaitan ni menggambarkan istana yang diduduki oleh syaitan-syaitan tu penuh dengan kalimah Allah. Maknanya orang yang menyembah Allah itu adalah sekutu kepada syaitan.


*nampak jelaskan tulisan tu?




3. Prince Of Persia

Antara game yang cukup femes..Kalu di perhatikan, pedang pada watak tu ada tertera tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang bermaksud "Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat". Amat jelas ayat tu adalah sabda dari Rasulullah saw..


Ayat dengan maksud tersebut yang tertera dipedang adalah untuk menunjukkan Islam itu disebarkan melalui mata pedang.. Mereka ingin menunjukkan betapa Islam itu memaksa orang lain untuk memeluk agama Islam sewaktu penyebarannya dulu..




4.Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes


Dalam game yang teramat femes ni, semasa first stage memerlukan kita menembak askar pengganas yang kononnya Islam.. bila kena tembak mereka akan menjerit "Allahuakhbar" dan "Jihad"... Kononnya umat Islam itu terrorist..



5. Zack And Wikki


Aku tak tahu pon  game ni pasal apa..tak pernah dengar pon selama ni.. tapi korang boleh tengok video dari sedutan game ni..cuba dengar baik-baik..pada minit ke 0:20 dan 0:44, korang boleh dengar laungan yang berbunyi "Allahuakhbar"...






6. Stronghold Crusader


Permainan dengan watak crusader yang menentang musuhnya..Game ni sebenarnya pasal perang salib..so paham-paham la apa yang berlaku semasa perang salib dan siapa yang dikatakan pihak musuh..



7. Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Pasal game ni aku tak berapa pasti.. Kalu dilihat pada screenshot, ada yang kata mereka dok pijak kalimah Allah.. dan memang ada unsur penghinaan..tapi ada jugak yang kata mungkin itu kebetulan dengan lambang virgo yang nampak secara terbalik 180 darjah..


Lambang virgo:


dan kalau diterbalikkan 180 darjah akan jadi macam ni :



Bagi pendapat aku sendiri, aku mengatakan tu adalah lambang virgo. Alasan paling ringkas aku bagi ialah tulisan tu tak jelas menunjukkan kalimah Allah dan takde huruf Aliff di pangkalnya. Sebab lain aku katakan tu lambang virgo ialah, cuba tengok  kat kaki mamat sorang lagi yang pakai topi tu.. tu adalah lambang taurus.  

lambang taurus :



Terserah kepada korang untuk membuat penilaian masing-masing...



8.Resident Evil 4



Juga antara game yang femes gila-gila..Game yang mengisahkan tentang virus yang bahaya dan zomba zombie kampung pisang serta misi untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh geng Los Illuminados.. Tentu korang tahu pasal Illuminati kan? Tengok gambar lambang illuminati ni...

  
*Lambang Illuminati pada loket


*babak dalam game



*zoom kat pintu tu... Apakah korang pernah tengok pintu ni?




*Apakah bezanya pintu itu dengan pintu Omar bin Khattab, di  Masjid Nabawi, Madinah?


Hmm..sama je kan? yang beza sikit je kat lambang tengah tu.. tulisan kat tengah tu telah dimasukkan dengan lambang illuminati.. tu je~



perbezaan pintu sebenar dengan pintu dalam game...





Sungguh halus perancangan Yahudi untuk menghaspus dan menghina Islam bahkan dalam game pon ada diterapkan..sebenarnya masih banyak game lain yang turut mempunyai unsur sebegini.. tu belum sentuh bab movie, iklan video, video klip lagu dan sebagainya.. Pesan aku, berhati-hatilah dengan permainan Yahudi ni.. tanpa kita sedar sebenarnya kita dah semakin hanyut mengikut rentak yang dirancang oleh yahudi sejak bertahun-tahun lamanya...Percayalah, kita sekarang ni sedang menari mengikut rentak dendangan yahudi.. bila tiba masanya mereka akan melanyak kita secukupnya. Kemajuan yang kita kecap hari ni juga adalah agenda mereka.. Kemajuan memerlukan kemewahan.. kemewahan menjadikan kita lalai. kelalaian akan membuka ruang untuk mereka menyembelih mangsanya..

Ingat nih, kalu korang ada game-game gini, baik uninstall je.. jika ada CD, buangkan atau berikan kepada JAIS atau badan-badan agama yang berkaitan..Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.




sumber maklumat dan rujukan :  Sharing Knowledge

Tuesday, April 19, 2011

Upin Ipin, konspirasi yahudi

Rancangan siri animasi hasil anak tempatan iaitu Upin Ipin kian popular sehingga dah melanda negera luar seperti Indonesia dan Brunei. Bila dah popular ni, macam-macam la orang mula buat spekulasi.. kalu tak popular takde pulak orang nak kata apa-apa. yang terbaru, aku ada jumpa dengan pendapat yang mengatakan bahawa siri animasi sikembar Upin Ipin tu satu konspirasi Yahudi untuk melemahkan keyakinan orang Islam. Pada aku, pendapat ni amatlah bodoh dan sengaja nak buat publisiti 10sen...

Pendapat tu mengatakan bahawa nama Upin tu kalau diterjemahkan ke Aramaic akan bermaksud 'aku benci rasul' dan nama Ipin pulak kalau diterjemahkan ke Syriac akan membawa maksud 'aku suka Israel'. Huruf U pada baju si Upin merujuk kepada USA manakala huruf I pada baju si Ipin pulak melambangkan Israel.. aku hanya mampu membaca pendapat tersebut dengan ketawa yang sinis dan penuh ejekan yang memberikan kebodohan kepada pembawa pendapat tu.

Jadi, apakah nama Opah tu kalau di translate ke German akan membawa maksud 'aku benci Islam?' dan Kak Ros tu membawa maksud 'Aku tak suka Mekah?'... Apakah S pada baju Superman tu merujuk kepada nama aku, Shatooman?? Hmm..Upin, Ipin, Mael, Ehsan, tu kan nama orang Melayu.. kang letak nama Daniel, Anthony, Tommy kang, kata takde jati diri pulak... Tambahan lagi, siri Upin Ipin tu banyak episod dan setiap episod pasti akan memberi pengajaran kepada kita terutamanya kanak-kanak. Animasi Upin Ipin banyak menerapkan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, meminta maaf, belajar bertanya kalu tak tahu dan macam-macam lagi termasuklah pengertian dalam ibadat, akidah dan sebagainya..tengok je episod "esok puasa" , "terawih", "Lailatulqadar", dan lain-lain..

Nilai murni dan pengajaran yang ada dalam siri animasi Upin Ipin tu jelas sampai kepada masyarakat melalui konsep santai dan humor. Sememangnya kita memahami apa yang disampaikan. Animasi ni hanya lebih menekankan konsep keagamaan dan dakwah secara bersahaja.. takde la pulak dia mengajar benda-benda yang buruk dan bercanggah dengan agama dan adat ketimuran. So, mana letaknya objektif kepada projek yahudi tu? Hanya pandai memberi keterangan yang bodoh dan tak kukuh untuk menjatuhkan orang.. Kalu tak puas hati jugak, pergi jumpa sendiri dengan kakitangan Les'Copaque production untuk siasat dan soal mereka selagi mereka masih hidup ni..




p/s : sampai lambang croc yang memang merujuk jelas kepada buaya pon, ada juga yang kata bila diterbalikkan akan menjadi kalimah Allah dengan tujuan untuk menghina Islam. padahal baru jadi bentuk W.. 

p/s/s : macam2 cara nak jatuhkan orang kalu bila hati busuk dan terlampau "kuat" Islamnya...benda yang takde pon dia oleh nampak dan jadikan ada~

Friday, March 18, 2011

Lembu bunting

"Wahh...lembu tu telah bunting.. pandainya lembu tu.. " Apa yang korang dapat tafsirkan dari ayat yang aku bagi ni? seekor lembu telah bunting. Hmmm... aku ada bela lembu? tidak... aku yang membuntingkan lembu tu??? lagi la tak berasas.. baik ko baca balik buku biologi.. kan aku dah bagitau, lembu tu bunting sebab dia pandai.. kenapa orang suka guna perkataan bodoh macam lembu? bodoh macam keldai? memanglah lembu, keldai dan segala binatang tu bodoh sebab mereka tak dikurniakan akal. tapi mereka masih lebih cerdik dari sesetengah golongan manusia.

Cuba korang fikirkan, binatang yang tak berakal pon boleh bunting. sebabnya kenapa? mestilah sebab diorang berjimak dengan jantina yang berlainan walaupon ada sesetengah tu melakukan sumbang mahram. walaupon tak leh nak bezakan hubungan mahram, tapi binatang tak berakal tu masih pandai memilih naluri seks dijalan yang betul. dengan seks yang normal, barulah keturunan kita dapat berkembang. So, kenapa harus ada sesetengah manusia harus menjadi abnormal dan memilih seks songsang dengan mendapatkan pasangan sama jenis? tak terasakah diri kita tu lebih hina dari lembu? macam mana umat manusia nak berkembang jika semuanya berfikiran macam korang?

Walau apa pon alasan yang korang bagi, ketahuilah bahawasanya apa agama sekali pon tak membenarkan seks sejenis ni. kembalilah kepada fitrah asal..jangan ikutkan sangat fantasi nafsu gila korang tu. bertaubatlah selagi masih ada kesempatan untuk bernafas. kita tak tahu, mungkin kita mati esok. mungkin juga 2 jam lagi.. mungkin juga 5 minit lagi.. Kita tak bisa menentukan waktu kematian sendiri. Apakah korang nak mati dalam keadaan diri yang fasik, bergelumang dengan dosa dan tanpa rahmat? ketahuilah, azab Tuhan itu amatlah pedih bagi mereka yang melakukan kemungkaran.




" Dan ( Kami juga yang telah mengutus ) Luth ( kepada kaumnya), (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka :" Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fasik itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun ( didunia ini ) sebelumnya?'. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu ( kepada mereka ), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan :" Usirlah mereka ( Luth dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri". Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan ). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu belerang), maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang memperturutkan dirinya dengan dosa dan kejahatan itu.( Al-Araf: 80-84)

Wednesday, February 16, 2011

Sayu dan terharu

Hati aku tiba-tiba jadi sayu... terharu sehingga bergenang air mata bila tengok para penyokong bola sepak kat stadium masa perlawanan Kelantan bertemu Kuala Lumpur baru-baru ni. Penonton yang memenuhi stadium masa tu berselawat beramai-ramai ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah sempena Maulud  Nabi. Suasana hangat yang biasanya melanda stadium bertukar suasana seketika... Sesungguhnya manusia yang paling kedekut ialah orang yang tak dapat nak menyedekahkan selawat keatas baginda Rasulullah s.a.w..  


Saturday, February 12, 2011

Seks adalah hak individu

Masyarakat kita sekarang ni amat bebas dalam pergaulan. Amat bebas dalam perhubungan.... Tengok dalam berita, ada je pasangan yang kena cekup dengan pencegah maksiat. selalu je ada kes buang bayi.. tu baru yang dilaporkan. yang tidak disiarkan dalam berita macam mana? berapa ribu kes lagi yang kita tak ketahui.. Dari cerita-cerita yang aku dengar, ramai jugak manusia sekarang ni yang tinggal sebumbung dengan pasangan yang belum berkahwin. Alasan mereka ialah tidak mahukan komitmen dalam rumahtangga. tapi mahukan seks untuk memuaskan nafsu.. Tengok pada rupa, nampak macam orang Melayu. tengok IC, agama Islam. tapi perangai.....

Bila di soal kepada mereka, kenapa perlu nak buat benda yang tak dapat diterima oleh masyarakat? mereka hanya akan kata, itu hak mereka. mereka tak peduli pon kata-kata orang. mulut orang bukan boleh di tutup. Ahahaha.. singkat sungguh pemikiran mereka ni. menjelaskan kebodohan sendiri pada orang. Memang la di akui, seks tu hak individu. korang nak buat ke, tak nak buat ke, terserah pada korang. tapi korang ni takde agama ke? bukanlah masyarakat nak sangat jaga tepi kain ko tu.. tapi orang lain ni cuba nak cegah. sebab benda ko buat tu dosa. Kalu Tuhan bagi bala, bukan ko sorang yang dapat... orang sekeliling pon habis kena kalu semua orang buat tak tahu.

Tak nak komitmen dalam rumah tangga... habis, korang taknak ada zuriat? tak nak ada pewaris? jadi, apa sangat harta yang korang dok kejar tu kalu bukan untuk jaga makan dan pakaian anak-anak? kalau kata korang nak anak, buat seks bebas gitu, nanti dapat anak haram, korang boleh bangga ke bagitau anak korang tu nanti yang dia tu hasil kerja haram korang? Fikirlah baik-baik dengan masa depan korang. sampai bila korang nak hidup bertuhankan nafsu? bayangkan bila dah tua nanti, siapa yang nak jaga korang kalu bukan anak-anak? bukan suami atau isteri? Hmmm.. apabila nafsu jadi keutamaan, manusia itu lebih teruk dari haiwan yang tak berakal.Jika manusia itu mampu mengawal nafsunya, mereka itu lebih mulia dari malaikat. fikir-fikirkanlah..

Bila mana masyarakat tak dapat menerima perbuatan kita, maka kita secara jelasnya adalah salah di sisi masyarakat.. pasal kepuasan seks, carilah jalan yang diredhai oleh agama.. lihatlah di dunia ni, apa-apa agama sekalipun, pasti akan ada upacara perkahwinan. ini untuk menunjukkan mereka itu sah sebagai pasangan dan masyarakat dapat terima. Dalam Islam jelas, berzina itu berdosa.. korang tak takut ke dapat dosa.. cubalah letak api lilin ditangan. rasalah macam mana rasanya. Itu hanya terlalu sedikit rasanya berbanding api neraka.Ingatan sekali lagi, bila Tuhan bagi bala, semua orang akan kena... bila kita ternampak kemungkaran di depan mata, cegahlah ia dengan perbuatan kita. jika tak mampu, cegahlah ia dengan kata-kata. jika masih tak mampu, cegahlah dengan hati yakni mengeji perbuatan tu. sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman. jika kita langsung tak peduli, azab Allah itu amatlah pedih.

Thursday, February 10, 2011

Kepentingan Valentine

Sepanjang blogwalking hari ni, aku tertarik ngan satu entry Lekat-lekit, 'Rosak akidah kalau haramkan valentine'. hmm..  lekit pon dah bagitau, dan aku pon nak wat jugak ulasan pasal isu ni. Tengkiu Miss Lekit pasal telah memberikan aku ilham untuk menulis entry..ekekeke..dah la baru semalam Lekit berperang ngan Malware.. kesian betol dia, sampai tak tido le tu. papepon, buat lekit, jaga kesihatan elok-elok.. kome tu berbadan dua. berbalik kepada isu Valentine, setiap tahun mesti kecohkan? ada yang kata haram, ada yang kata di bolehkan, ada yang kata haram mengharamkan valentine.. macam-macam la kepala otak korang ni pikir. yang takde, nak diadakan, yang ada di tinggal-tinggalkan.

Beberapa hari lagi nak sambut Valentine. pasti semua orang tahu kan? tapi berapa ramai yang tahu lepas valentine tu hari Maulidur Rasul? ok, aku bagi pendapat dah ni. Siapa kita untuk menghukum sesuatu itu haram yakni berdosa? semua itu urusan Tuhan. Kita tiada hak menentukan. kita sembahyang penuh 5 waktu dan siap ngan sunat-sunat lagi, tapi kalu tuhan tak terima, tak dapat juga pahala. ingat tu.. dan bila memberi hukum haram, haram itu maknanya berdosa. Rasulullah pernah kata, halal itu nyata, dan haram itu nyata. dan diantara keduanya ada yang syubhah (ragu-ragu). jika kamu membuat syubhah, maka kamu terjatuh kepada yang haram, jika kamu tinggalkan syubhah, maka kamu telah menyucikan diri dan agamamu. Jelas bukan? 

Valentine tu kita letakkan dalam perkara syubhah. bagitu juga dengan Maulidur Rasul. perkara yang tak dinyatakan oleh Rasulullah dan Al-Quran. Tak salah nak sambut apa-apa hari sekalipun.Krismas ke, Deepavali ke, Tahun Baru Cina ke..Asalkan kita tak libatkan kepercayaan dan akidah, cukuplah. Sekadar sambut tak menjadi masalah. tapi Valentine kini dilihat sebagai hari nak cemolot, beromen, berzina.. apa jadah tu semua.. kalu stakat  nak bagi bunga ok la. ajak pergi masjid ke, berzanji ke tak mengapa. tapi ada ke orang sambut Valentine ajak pergi masjid, baca Quran? Valentine tu tak salah, tapi tindakan kita tu yang salah. keluar berpegang tangan la, berpelukan la, cemolot la.. yang tu dah terang-terang haram dalam Islam selagi korang tak kawen. Ada paham ka? kalu tak paham lagi, boleh tanya kat komen. Insyaallah, kalu mampu, aku akan jawab. aku pon bukan pandai sangat, tapi sedikit yang kita tahu perlu la di kongsi bersama.Islam itu mudah, tapi jangan ambil mudah dengan Islam.

*Jangan beraksi begini selagi korang tak kawen.


Wednesday, January 5, 2011

Berbomoh itu syirik?

Dalam masyarakat Melayu, bomoh pasti tidak dapat dipisahkan. Macam-macam tujan orang nak berbomoh.. ada yang nak mengubati penyakit, ada yang nak pelaris, ada yang nak kebal, ada nak cari jodoh, ada nak buang sial, ada nak buat khianat kat orang. Dulu aku pernah cakap pasal bomoh dalam perniagaan. Sekarang aku nak ulas sikit berbomoh dari segi perubatan dan hukum syarak. Ada sesetengah masyarakat memandang serong kepada bomoh dan mengatakan berbomoh itu haram. betol ke?

Sebenarnya, berbomoh itu dibolehkan dalam Islam. Tapi dengan syarat-syarat tertentu. Kita berjumpa bomoh untuk memulihkan kesihatan adalah dibenarkan. Tapi bergantung kepada cara tok bomoh tu. kadang-kadang kita tak tahu tok bomoh tu guna cara apa.. tapi sekiranya tok bomoh tu mengubati pesakit dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan zikir-zikir kepada Tuhan adalah dibenarkan. Nabi sendiri pernah berbomoh. mengikut sirah, Rasulullah pernah mengubati Saidina Abu Bakar yang sakit tenat kerana demam panas. Baginda dikatakan membaca Al-Fatihah sebanyak 40kali dan di sapu pada muka dan badan Abu Bakar dan diberi sedikit untuk minum. Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawasanya Al-Fatihah adalah raja segala ubat. Cara sedemikian adalah dibenarkan. Tetapi jika berbomoh dengan menggunakan bantuan jin, palesit, mambang dan sebagainya tu yang tak dibenarkan. kerana kita telah meminta bantuan dan bersekongkol dengan Jin.

Yang kita perlu dapatkan bantuan adalah dari Allah.bukannya jin, mambang bagai tu... Bomoh itu dijadikan asbab. Orang kata, dah ada doktor tak payah la nak pakai bomoh. Konsepnya sama saja. Jika kita berjumpa doktor, kita tak boleh percayakan doktor atau ubat tu yang mengubati kita. itu hanyalah asbab. yang memulihkan ialah Allah. Jika kita percaya kepada doktor pun tetap sama syiriknya. Doktor bagi ubat, bomoh bagi air tawar.. bukan doktor atau bomoh dan bukan ubat atau air tawar yang kita perlu berharap... Harap korang faham dengan konsep yang mudah ni. Kalu korang tak tahu cara bomoh tu guna, disarankan baik tak payah nak jumpa tok bomoh tu. Kalu comfirm dia hanya menggunakan ayat Al-Quran dan zikir-zikir terhadap Allah tu takpe. So, Selamat berbomoh... (ek...betol ke aku cakap ni??)



p/s : kenapa tok bomoh bagi air tawar? air tawar mana la ada zat.. orang dah sakit, bagi la minum niscafe ke, milo ke.. baru cepat sihat sikit..banyak zat..kalu korang jumpa tok bomoh bagi air nescafe bagitau aku ye~

Saturday, December 11, 2010

Sembahyanglah sebelum disembahyangkan

Kali ni, tetiba pulak aku nak bagi ceramah agama.. rasanya perlu jugak dikongsikan sedikit pengetahuan yang ada semoga boleh menjadi panduan kepada yang tidak punya pengetahuan. Ilmu itu amat luas.ada yang kita ketahui dan banyak lagi yang kita tidak ketahui. berkongsi Ilmu amatlah penting agar semakin ramai yang akan mengetahui akan sesuatu yang kita ketahui..Pasal sembahyang ni, pasti ramai yang dah tahu dalam Islam, sembahyang yang juga disebut solat terdiri dari 5 waktu yang fardhu dalam sehari. maknanya wajib kita tunaikan. 

Tidak kira walau dimana kita berada, kita perlu menunaikan sembahyang selagi kita masih bergelar muslim. selalu kita dengar ayat, "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Maknanya, sembahyanglah sebelum kita mati dan dikafankan lalu dilakukan sembahyang jenazah keatas kita. Saat kita di sembahyangkan, tiada guna lagi penyesalan kerana jasad dan roh sudah pon terpisah. Yang aku nak kongsi disini, sangatlah penting sembahyang itu dan tidak boleh ditinggalkan sesuka hati melainkan keuzuran dan sebab-sebab tertentu.

Wahlal kita bergelumang dengan maksiat dan dosa sekali pon, kita wajib untuk sembahyang. Diriwayatkan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang mana sesiapa yang melakukan dosa seperti meminum arak, berzina, lari dari medan perang, amalannya tidak akan diterima oleh Allah selama 40 hari. Jadi, dalam masa 40 hari tu, segala amalan kita adalah sia-sia dan tidak diberikan pahala. Jadi sesetengah manusia beranggapan, adalah x perlu lagi sembahyang kerana Tuhan takkan terima amalan. Sebenarnya, perbuatan mereka hanya akan menambahkan dosa kerana telah meninggalkan sembahyang. walaupon sembahyang tidak diterima, itu adalah kerana perbuatan dosa yang telah kita lakukan namun sembahyang masih wajib ke atas kita. 

Contohnya kita telah meminum arak maka kita merasakan berdosa dan amalan takkan diterima selama 40 hari.. jadi kita hanya menunggu selepas 40 hari untuk beribadat. Macam mana Tuhan akan memberi keampunan dalam 40 hari jika kita tidak bertaubat? tindakan begitu hanya akan menambah dosa ke 2 saja iaitu dosa meminum arak dan dosa tak sembahyang. Untuk mendapat keampunan, kita perlu segera bertaubat. soal dosa pahala yang diberikan, itu urusan Allah s.w.t. kita hanya perlu beribadat sebagaimana fiman Allah, "tidak aku jadikan jin dan manusia semata-mata untuk beribadat untuk aku". Bila teringat ayat ni, aku sendiri pon rasa betapa berdosanya aku kerana lari dari tujuan aku diciptakan.. masih lagi mengejar keduniaan. 



p/s : Tak tau la kenapa aku nak jadi ustaz jap hari ni.. macam nak baru dapat hidayah je.. harap maaf kalu entry ni membosankan dan memberitahu benda yang korang dah tahu~ ;p

Pelacur oh pelacur

Terbaca di Harian Metro pasal seorang pelacur yang mengandung sembilan bulan. dia berhasrat nak berhenti dari melacur tapi tetap lagi nak menjadi pelacur.. ish~ pening kepala dok pikir.. kejap nak berhenti, kejap nak teruskan.

Terasa dirinya berdosa dan ingin bertaubat tapi masih mengejar kemewahan. dengan alasan untuk membesarkan anak dalam keadaan mewah, dia sanggup meneruskan pekerjaan jijiknya itu.kononnya tiada pekerjaan yang sesuai dengan dirinya yang berpendidikan rendah.. Terdetik di kelapa hotak aku yang berjambul, kenapakah begitu singkat pemikiran manusia ini? kenapakah harus juga mengejar kemewahan? berniat lagi untuk menipu anaknya kelak agar pekerjaannya tidak diketahui si anak.. huh!! bangkai gajah, kalau ditutup pon tetap nampak. sepandai-pandai monyet melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga..

Apakah tidak mampu untuk terus hidup dengan bekerja sebagai pekerja kedai makan? apakah tak boleh teruskan hidup dengan bekerja cleaner? apakah akan mati jika bekerja menjual kerepek? jika kena caranya, penjual kerepek pon mampu untuk hidup mewah. Sudah tahu diri berdosa, dan ingin bertaubat, mengapa saja tidak terus bertaubat? dipilih juga untuk terus bergelumang dosa.. sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa dikandung badan. jangan sampai disaat Izrael sudi bersua muka baru ingin membuang segala dosa. disaat itu tidak berguna lagi segala penyesalan.

tak perlu mengejar wang berpuluh ribu. cukuplah sekadar mampu mengisi perut, membeli baju pakaian, mendapat tempat berteduh.. Huh!!senang kan aku bercakap. kerana kepayahannya bukan aku yang tanggung. memang senang untuk aku mengeluarkan kata-kata.. tapi fikirlah, dimana susahnya untuk terus hidup? rezeki Tuhan amat luas dimuka bumi ini. terserah kepada kita untuk memilih cabangnya. Rasulullah dan para sahabat boleh hidup hanya dengan memakan kurma dan air suam. kenapa kita tak mampu untuk berlaku seperti mereka? Sebabnya kerana kita terlalu memilih dunia...