Pages

Monday, September 20, 2010

Warning : visiting this site may harm your computer

Sebagai pengguna browser Google Chrome, aku sering jumpa dengan blog2 yang terjangkit virus H1N1 . Memang menyakitkan hati bila blog2 yang slalu aku layan pon x leh di buka. Banyak gila blog yang x leh aku baca. Tapi ok jugak la dari menjahanamkan lappy aku ni.. dah la baru format je beberapa minggu lepas. Tapi tanpa aku sangka, kelmarin blog aku pon menerima nasib yang sama. Bila aku nak bukak blog aku tetiba encik Chrome tunjukkan aku gambar seperti di bawah. Akibat dari paparan tersebut, aku telah mengalami kehausan kerana terlalu banyak menyumpah seranah.


Pak Abu yang berada disebelah aku dikala itu agaknya tension gila mendengar bebelan dan keluhan aku bila mana menyebabkan beliau pon menggunakan khidmat encik google untuk search cara membuang virus dari blog aku. namun begitu, hasilnya agak mengecewakan kerana x jumpa cara yang berkesan.

Akhirnya aku terpaksa meminta bantuan dari programmer peribadi aku yang x bergaji, Amir untuk selesaikan masalah ni. Bila dah bagitau programmer bertauliah ni, masalah dapat diselesaikan x sampai 5 minit pon. silaka~ aku dah nk separuh gila dok pikir..

biasanya virus di blog ni disebarkan dari link blog lain. dari gambar diatas, link yang ditanda merah tu merupakan penyebab virus di blog kita (tanda biru). jadi sila sign in dulu, pastu buang link yang bertanda merah tu dari blog kita... Sekarang aku boleh ber'blog' kembali dengan bebas

0 Orang mengumpat: