Pages

Tuesday, June 12, 2012

Ibu Ayam

Sejak dok kat kampung ni, aku sangat-sangat jarang online.. memang takde masa untuk menghadap komputer memandangkan kerja aku hari-hari dari pagi sampai malam asyik pusing kampung je. Dalam mengharungi kedamaian kampung, aku asyik memerhati dan belajar banyak perkara yang memang takde kat bandar. Kedamaian yang aku nikmati kadang-kadang hilang jua apabila terpaksa berperang dengan ayam-ayam yang suka berak merata-rata. Paling tak tahannya, kenapalah ayam-ayam ni suka sangat berak kat atas lantai simen. kenapa tak boleh nak buang najis mutawassitoh tu kat atas tanah je. Bila dah dah berak kat atas lantai tu, terpaksa jualah aku membasuh najis-najis yang tak diundang tu. Dek kerana peperangan dengan ayam tu juga, dah beberapa batang penyapu dah aku patahkan kerana serangan layangan penyapu yang aku lakukan ke atas ayam-ayam yang tak berperibinatangan tersebut. Ayam-ayam tu langsung tak fikirkan perasaan aku yang sangat berat untuk membasuh lantai yang bertahi itu.

Yang menarik perhatian aku kat ayam ni jugak, si bapak ayam punyalah ramai kat halaman rumah ni. Tapi bilangan si ibu ayam tak la banyak sangat. Oleh kerana itu, bapak-bapak ayam tu terpaksa merebut peluang untuk merogol ibu ayam yang lebih sikit bilangannya. Ada juga bapak ayam yang merogol secara bergilir-gilir.. perghh.. memang naya si ibu ayam. Disebabkan kejadian rogol-merogol ni, ibu ayam sering bertelur lagi walaupun anak yang di belanya belum lagi akil baligh. Apa yang menarik pasal ibu ayam ni, walaupun mempunyai anak yang ramai tapi anak-anaknya dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh.

Aku tak nampak ibu ayam tu membeza-bezakan kasih sayang antara anak-anaknya.. tiada penderaan dilakukan keatas anak-anaknya.. makanan yang ada pun diberikan kepada anak-anak dahulu..anak-anak didahulukan, makanan di utamakan... Walaupun ibu itu membawa anak hasil dirogol oleh bapak ayam, namun anak-anaknya itu tetap disayangi. Ibu itu sendiri tidak tahu bapak ayam manakah yang membuntingkan dirinya. Zuriat bapak manakah yang dikandungnya..Yang si ibu tahu, anak-anak itu adalah anak-anaknya.Anaknya perlu dijaga dan di sayangi sehingga sanggup membahayakan diri demi menyelamatkan anak-anak.Menyerang apa saja yang bakal mengancam keselamatan anak-anaknya. Situasi ni buat aku berfikir, si ibu ayam yang dirogol pun mampu menyayangi anak haramnya. Tapi kenapa manusia yang saling rogol-merogol antara satu sama lain yakni suka sama suka dalam membuat perkara haram tapi bila dapat anak terus di buang.. tersadailah anak manusia di dalam tong sampah tanpa kasih dan belas ibu bapa.