Pages

Sunday, April 17, 2011

Aku suka bogel

Aku suka bogel?? hmmm... Tajuk je yang gempak.. sebenarnya aku bukan nak cerita pasal aku. Entry ni bukan aku nak cerita pasal aku suka berbogel, atau mandi bogel atau suka tido bogel.. tapi aku tertengok keyword kat blog aku hari ni.. cuba tengok gambar yang aku print screen dari nuffnang ni..



bukan gambar ni!!!  yang bawah ni...



 keyword untuk hari ni..


Perkataan tertinggi ialah seksi..memang setiap hari, perkataan seksi tu la yang paling banyak..kadang-kadang sampai berpuluh-puluh setiap hari..hmmm..orang Malaysia memang suka cari benda seksi ehhhh??? gambar perempuan seksi la, perempuan dicabul la, awek bogel la, awek beromen la..haish~ blog aku ni dah jadi stok bahan lucah ke? padahal takde pon aku letak apa-apa bahan lucah..(-_-;)

Paling aku tak tahan hari ni ialah, ayat aku suka bogel...adoi la... bila masa pulak aku suka bogel ni?? kalu korang suka bogel pon, kenapa la mesti datang ke blog aku ni? Aku masih suci tau~ asyik-asyik, yang keluar kat keyword mesti ada perkataan-perkataan tak senonoh ni.. alang-alang dah sebut pasal bogel ni, rasanya ramai yang suka mandi bogel.. biasala, nk bagi rata air kat seluruh badankan. mesti la mandi bogel.. tapi ada juga orang yang tak suka mandi bogel.. ingat geng-geng aku dulu, kalu time mandi mesti semua pakai boxer atau kain basahan. sebabnya takut nanti di skodeng dan kalu ada yang kantoi mandi bogel, mesti kena bahan lepas tu..aduss!!! bengong sungguh... tapi yang pastinya, kalu mandi junub, memang lebih selesa kalu mandi bogel.. senang nak gosok air bagi rata. tak rata nanti tak sah pulak...




5 Orang mengumpat:

fiza said...

suspend!!! hahahha.. =D

shatooman said...

fiza : kadang-kala kena la saspen skit..baru ceria hidup ni..ekekeke

apik pehe said...

hahaha..ader jugak orang macam tu

ghost writer said...

mungkin ada link yang membawa kepada blog ko tuh Shatoo...point untuk ko jugak walaupun takde entry tentang tuh.hihi

Ayuni said...

hm, kt blog sye pun ntah aper2 org cr....