Pages

Monday, April 11, 2011

Orang kita suka membakar

Teringat kata-kata Usop wilca dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dah jadi fenomena skarang ni, "kite bakor je rumah kak limah tu. sape stuju, angkat tangan macam saya"~ habis seluruh negara dok terikut-ikut gaya si Usop tu. Bila sebut je pasal membakar, hari ni aku tengok dalam akhbar utusan, ada 2 kes bakar di laporkan. bakar apa? bakar orang la..dah bunuh pastu bakar pulak..

Tak habis-habis kes nak bakar orang ni. seingat aku, dari dulu antara yang hangat ialah kes bunuh Canny Ong. dah bunuh, bakar!!! pastu Datuk Sosilawatie. bunuh dan bakar jugak. Altatuya pon bakar..ehh....yang tu bom!!! lagi ekstream.. hari ni pulak 2 kes. satu di Mersing dan satu lagi di Brickfield. dasyat gila orang Malaysia sekarang.. tak puas hati je, bunuh pastu bakar.. Ingatkan bakar-bakar mayat ni dapat tengok kat dalam cerita Hindustan je..

Aku ingat dulu Mona Fendi je yang zalim sampai sanggup cincang orang. tapi sekarang ni, lebih ramai lagi manusia yang berhati setan. seiring dengan kemajuan, manusia lebih rakus dan kejam.. Huh!!! mungkin lepas bunuh mangsa, si pembunuh pon sorak ngan kawan-kawannya, kita bakor...kita bakor.. apa kena ngan manusia jenis ni.. suka sangat ke tengok api? hmm..kalu nak tengok sangat, tak payah nak risau, nanti akhirat mungkin korang boleh tengok api yang dok baham badan korang..menarilah bersama setan-setan laknat tu..


gambar hiasan. syoknya menjadi kucing~ saje letak gambar tak berkaitan. kang letak gambar mayat rentung, ada pulak yang muntah..


8 Orang mengumpat:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Bila manusia berebut2 nak jadi malaikat maut.. tak bunuh orang, bunuh diri macam jadi satu budaya pula sekarang ni

shatooman said...

Lekit : betol tu..bunuh diri pon makin menjadi-jadi skrg ni.. susah kalu x de pegangan agama...

Ayuni said...

hm, secara tersiratnye bakar tu ader makna lain.....

shams said...

maknenya tul la pengarah filem mg mendedahkan sikap masyarakat kita?

ghost writer said...

ini kisah benar:

salah seorang kenalan saya baru jer keluar penjara gara-gara membunuh dan membakar seorang lelaki kerna ada affair dengan isterinya...

dia dah insaf.penjenayah mungkin fikir dengan membakar boleh menghilangkan kesan2 bukti dan boleh terus melupuskan mayat.

shatooman said...

Ayuni :pemahaman setiap orang tu berbeza..hehehe

shatooman said...

shams : mungkin ada benarnya.. cerita Kak Limah tu pon banyak sindiran kpd masyarakat dan orang2 tertentu.. ^^

shatooman said...

ghost : kalu membunuh bukan kena hukuman mati ke???