Pages

Sunday, April 24, 2011

Jeans

Masa dulu-dulu, aku paling tak suka kalu pakai seluar jeans. Rimas gila rasa.. Dulu asyik-asyik seluar snail original, camel dan seangkatan dengannya. Walaupon tak suka, tapi ada la juga 2,3 helai tu tersemat kat dalam almari.. pakai jarang-jarang.. Paling benci kalu pakai jeans ni kalu time nak berak.. uhh..punya la seksa, kena pulak jenis yang ketat-ketat.

Tapi sejak masuk U, aku lebih banyak pakai seluar jeans la pulak.. sebabnya mesti korang tahu kan? Malas nak membasuh la..ekekeke.. biasanya, seluar biasa sekali pakai je aku dah basuh. tapi kalau jeans ni boleh la pakai 3,4 kali.. Tapi dulu, jeans pun aku basuh setiap kali pakai. cuma bila diajar oleh member-member, baru aku pandai menjadi malas untuk basuh setelah 3,4 kali digunakan. betul ke pakai jeans 3,4 kali baru boleh basuh? memang korang pon buat gitu ekk?? ke aku ngan member-member aku je yang jakun dan pemalas? Tapi takkan semua member-member aku pemalas..hmmm...

Dulu memang aku tak suka kalu tengok perempuan pakai jeans. Nampak macam perempuan murahan la pulak.. ye la, aku yang lelaki pon tak pakai jeans.. tapi sekarang takde la pulak pemikiran macam tu. rasa ok la pulak tengok perempuan pakai jeans. cuma memang aku tak suka kalu perempuan pakai jeans yang ketat-ketat.. yang ni memang aku tak leh nak terima. bukanlah nak kata aku baik sebab aku pon jahat jugak. tapi kalu pakai jeans yang lenggang-lenggang skit tak boleh ke? memang aku tak suka tengok perempuan pakai jeans ketat. apa jadah la nak tunjuk bentuk peha, bontot tu kat orang. Pernah aku kata kat chikaro dulu sampai aku isytiharkan perang dingin, " cantik sangat la tu pakai seluar ketat sampai orang boleh ukur saiz punggong tu"...

Hmmm...kepada perempuan yang terasa tu, sori le... sebab aku cakap apa yang ikhlas dari hati aku ni. korang nak kutuk aku balik ke, lantak korang la..cuma aku nak korang pikir soalan aku ni...

1) Bangga ke dapat tunjuk saiz bontot korang kat orang lain?
2) Tak seksa ke korang nak buka seluar bila tiba-tiba perot tu memulas?
3) Tahukah korang, bentuk badan dan anggota perempuan itu adalah aurat?


tak perlu la korang jawab soalan ni kat aku. jawab je dalam hati sendiri...papepon, sebelum aku kena hentam balik, aku blah dulu...lariiii!!!!!!!!!!!!!!



14 Orang mengumpat:

suria lekatlekit said...

napa nak larik pula.. kamu ckp benda yg betul. kalau jeans tu ketat elok la di pakai dgn baju yg agak panjang..

Putri Sayang Kamu (PSK) said...

haha ! dah kalau betul . atiey geli tengok perempuan yang pakai jeans lepas tu segala alur terbentuk . yucksss ! bahagian situ lah atiey tak suka ..

Putri Sayang Kamu (PSK) said...

haha ! dah kalau betul . atiey geli tengok perempuan yang pakai jeans lepas tu segala alur terbentuk . yucksss ! bahagian situ lah atiey tak suka ..

ghost said...

jeans nih semua leh disesuaikan dengan apa saja pakaian yang lain.tapi cuma masalah pada pemilihan bentuk design.

eh,bab pompuan pakai jeans aku suka gak.ia nampak simple sebab aku suka pakai jeans.

Unknown said...

Lekit : ekekeke..gimik je tu~ berani kerana benar..

Unknown said...

Atiey : alur tu yg lelaki suka tgk.. kan x pasal2 dapat dosa..lelaki dapat saham, perempuan pon dapat bonus~..huuhuhu

Unknown said...

ghost : yupp..jeans dpt disesuaikan dgn macam2 jenis pakaian..

perempuan pakai jeans ok.. yg x eloknya pakai jeans yg ketat..

Faizal Sulaiman said...

samala aku pun dulu tak suka pakai. tp skunk ni wajib kalau nak kemana2.hehehe

Unknown said...

FaizalSulaiman : ehh..ada jugak org yg sama mcm aku..ekekeke

cik paja hanim said...

sebagai pompuan aku suke pakai jeans..tapi xde la ketat2 pun..just pakai jeans tuk gerak bebas..kalo pakai ketat2..skali terkoyak naye!

shams said...

tak ya lari..sebab kamu da bt ape yang sepatotnya..
da lepas da tgungjawab kmu...
kmu tegur ape yang patut..
pada saya nak pakai tak salah tapi pilih la yang longgar sikit dan sesuai di samping menjaga aurat..
saya sejak2 dilrg pakai jeans sekrg layan slack je memanjang..
dilarang sebab PALAPes UKM ade etika pakaian n peraturan berpakaian..
salah satunya takle pakai jeans dalm kampus...

Unknown said...

cik paja hanim : hmm..pakai yg longgar2 sudah~ hmmm, jeans ada ke yg mudah koyak?

Unknown said...

shams : ekkk..masa waktu biasa pon x dibenarkan pakai jeans?? apa punya peraturan la gitu.. palapes UM rileks je~

cik paja hanim said...

jeans pompuan yg ketat2 tu kebanyakan jenis nipis2 sket skang ni..kwn sy ade penah skali terkoyak..malu ah bg pihak dia..hahahha