Pages

Tuesday, April 19, 2011

Nasi Lemak diharamkan?

Agak kecoh apabila akhbar semalam melaporkan bahawa kerajaan telah mengharamkan nasi lemak. Menteri Kesihatan, Dato Seri Liow Tiong Lai mengumumkan, penjualan nasi lemak di kantin hanyalah dibenarkan sekali seminggu bagi mengelakkan masalah obesiti dikalangan remaja.Hmmm..relevan ke tindakan sedemikian dilakukan bagi mengelakkan masalah obesiti? Apakah perlu aku sebut perkataan mencarut yang tak senonoh? atau pendamkan sahaja perkataan mencarut tu didalam hati aku ni?

Seorang menteri mengeluarkan kenyataan yang bagi aku agak tak munasabah dan amat singkat pemikirannya. Mungkin niatnya baik...mungkin...tapi apakah berkesan dapat mengurangkan masalah obes hanya dengan mengharamkan makanan yang sebati dengan jiwa masyarakat kita ni? Kenapakah tidak diharamkan makanan fast food seperti KFC, McD, Burger King, Subway, Wendys bagai tu?? dengan penjualan keropok seperti double decker, twisties, ngan air bergas macam pepsi, coke yang masih berleluasa tu, apakah tidak memberikan sumbangan kepada masalah obesiti?

Nak menyelesaikan masalah, bukan terletak pada makanan.. tapi tahap kesedaran. adalah lebih baik jika kerajaan memberikan kesedaran kepada masyarakat agar mengurangkan pengambilan makanan yang menjadi punca obesiti ni.. kalu stakat tak bagi jual nasi lemak kat kantin, nanti balik sekolah, budak-budak terus beli keropok ngan air gas.. sampai rumah, makan pulak KFC sambil tengok TV. petang pulak makan mcD dan keropok sambil main PS3. malam makan Wendys, pekena burger 3 biji.. kalu macam tu, boleh kurang ke masalah obesiti? fikir-fikirkanlah wahai pak menteri.. fikir pakai kepala atas, bukan kepala bawah..



Jangan salahkan nasi lemak kerana masalah obesiti & jangan cuba nak hapuskan makanan yang menjadi identiti masyarakat kita.

10 Orang mengumpat:

Puan Nurussalwa said...

saya teramatlah bersetuju dengan pendapat saudara.
xpatutlah haramkan nasi lemak~
fast foods n jun foods yang patut dikawal~

Lydia Miza said...

huhu..mak dia msk nasi lemak kat umah..hidang KFC..nasib tak baik..mak budak tu pemalas...bg anak mkn fast food jek..sbb tu anak dia gemuk..hihi..apa2 je lah tindakan yg diambil..kena lah fikir dulu.makanan ringan dan air berkarbonat tu haramkan dulu..

Granny Hani said...

jgn haramkan yg halal..
byk benda lain yg boleh di haramkan..

Ayuni said...

hm, nasi lemak nk diharamkn tp arak yg melambak2 tu....

Putri Sayang Kamu (PSK) said...

kenapa baru sekarang ?

Unknown said...

cik Nurussalwa : saya pon bersetuju dgn saudari..ekekeke

Unknown said...

akak LM : akak jgn pulak jd malas sampai bg anak2 makan fastfood je~ rajin2 kan diri sentiasa selagi mampu.. :)

Unknown said...

hani@debumelukut : tu la..tak paham betol~

Unknown said...

Ayuni : duit masyukk tu...ekekeke

Unknown said...

atie azha : mungkin baru berkeadaan selesa skrg.. baru blh buat kontroversi...