Pages

Friday, March 15, 2013

Cabutan Berkroni

Hari ni betul-betul letih.. Seharian dok terpacak kat Padang kononnya menyambut kedatangan Perdana Menteri kat kampung aku. Kehadiran 'penunggu' aku anggarkan lebih dari 60K.. Aku tidak maksudkan dengan penyokong PM.. yang datang sebagai penyokong aku tak pasti berapa orang..tapi rata-rata yang hadir aku tahu hanya sebagai penunggu.. termasuk lah aku juga dalam kategori penunggu.. Aku bukanlah berada dalam barisan pembangkang mahupun kerajaan.. Dalam politik, aku neutral.. tak perlu la nak heboh-heboh aku sokong parti mana. Janji sampai masa mengundi, pergi je mengundi..Undi adalah rahsia..hehehe... Ada juga dasar kerajaan yang aku sokong, dan ada juga yang aku bangkang.. begitu jugak sebelah pembangkang.. takde orang atau parti yang betul-betul perfect.. ada yang lebih, ada juga yang kurang..

Berbalik pasal jadi penunggu hari ni, ramai yang hadir di Majlis Bekwoh bersama PM tadi kebanyakannya hanya sebab nak tunggu cabutan bertuah je.. (Bekwoh tu maksudnya Kenduri- asal perkataan dari Big Work) Ikutkan hati, aku pon malas nak memacakkan diri di tengah padang yang penuh dengan umat manusia.. lemas dan rimas dek kerana takde seinci pon tanah yang kosong dari tapak kaki manusia.. nak bernafas pon tak lepas.. tapi oleh kerana hadiah cabutan bertuah tu Sebuah kereta, Lima Buah Motor, 30 biji TV LCD, terpaksa tahan la..mana tahu ada rezeki... setakat hamper 300 biji aku tak hingin pon~ nampaknya aku pon antara manusia akhir zaman yang mengejar keduniaan..hahaha.. Kereta tu.. sape taknak.. Dapat duit BR1M pon blum mampu nak beli lagi..

Yang peliknya, dalam cuaca yang panas semenjak dua ni, tadi lepas PM habis bagi 'ceramah' tetiba je hujan turun dengan lebat siap ribut bagai.. lebih hairan hanya beberapa minit je.. sampaikan ada khemah yang terbang dan menghadiahkan pukulan kepada dua orang budak sampai tak sedarkan diri budak tu.. Tapi aku masih dengan presepsi aku.. hujan itu rahmat.. yang berlaku kat budak tu nak buat macam mana, tak dapat dielakkan dan tak diduga.. orang Kelantan cakap, nok geroh... Papepon bila tiba saat cabutan bertuah diadakan, orang ramai semakin bersemangat.. kereta beb.... Opppss, terlupa nak cakap.. aku nak flashback jap.. 2,3 hari sebelum ni, orang kampung ada cakap-cakap la jugak.. jangan mimpi la nak dapat kereta tu.. hadiah utama tu hanya untuk kroni-kroni pemimpin je..

Walaupun sedar akan kebarangkalian yang tinggi dari cakap-cakap orang tu, namun ramai jugak yang pergi termasuklah aku.. Aku cuba harapkan tiada lagi kuasa monopoli golongan kroni orang atasan.. hadiah hamper, TV dan motor berjalan seperti yang diharapkan.. akhirnya apabila tiba hadiah utama, ramai yang terkecewa... Seperti yang dikata, kereta yang dijanjikan jatuh kepada golongan kroni jugak.. hurrmmm~ kalau beginilah caranya, aku tak pelik kenapa mereka belum mampu TAWAN Kelantan.. Bagi aku, benda macam tu memanglah takde apa-apa..tapi bagi orang lain tak tahulah.. yang datang dari jauh lagi.. begitu jugak dalam hal urusan kebajikan.. Penghulu, Penggawa sendiri yang bagi janji, tapi orang kampung yang bukan dalam golongan kroni atau kenalan mereka hanya mampu mengeluh dari jauh.. bantuan yang kononnya ingin diberi hanya tinggal janji.. DICAPATI... Aku tak salahkan pihak atasan.. Kadang-kadang pihak pemimpin dah buat yang betul.. tapi golongan kroni ni la yang sering membuat TAHI.. akibatnya tahi yang tertempek dimuka masyarakat akhirnya dilempar kembali terus kepada pemimpin..

Pesan aku kat golongan pemimpin, tak kira la dari pihak mana pon, kalau nak pilih kawan, kroni-kroni, atau penyokong tu sila pilih betul-betul.. pastikan mereka buat kerja dengan betul.. orang tak akan kutuk golongan kroni ni. tapi akan terus kutuk kepada pemimpin..

3 Orang mengumpat:

Anonymous said...

Its like you read my mind! You seem to know a lot about this, like you wrote
the book in it or something. I think that you can do with some pics
to drive the message home a bit, but other than that, this is wonderful blog.

A great read. I'll definitely be back.

My website ... SlimBerry Cleanse Diet

Anonymous said...

I don't even know how I ended up here, but I thought this post was good.
I do not know who you are but definitely you're going to a famous
blogger if you aren't already ;) Cheers!

my website ... Road Service Truck Kelowna BC

Unknown said...

Agen Judi - SBOBET - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen ASIA77 - 988betlink
988bet
988betlink
988betting
988betonline
988poker
Agen idn pòker
http://artikelterbaikk.blogspot.com/2017/11/mahfud-md-setya-novanto-pura-pura-sakit.html
http://artikelterbaikk.blogspot.com/2017/11/soal-r-apbd-dki-kemendagri-akan-coret.html
http://fansterupdatearsenalindonesia.blogspot.com/2017/11/5-klub-yang-bisa-tampung-michy-batshuayi.html
http://fansterupdatearsenalindonesia.blogspot.com/2017/11/prediksi-fc-koln-vs-arsenal-24-november.html