Pages

Friday, July 11, 2014

Pelik tapi benar..

Alhamdulillah..dah tak terasa kepenatan setelah mengharungi 2 minggu dah bulan puasa.. sekejap je 2 minggu tu berlalu.. dan kepada yang dah berumur dan tua bangka tapi belum pandai-pandai lagi nak puasa tu, cepat-cepat la bertobat ye.. umur kita ni tak panjang pon.. semoga terbuka la pintu hati tu untuk akur, syukur dan sujud kepada Allah swt.. Lagipun puasa tu sebenarnya untuk kesihatan perut kita sendiri.. bila perut sihat, tubuh pon sihat sebab 90peratus penyakit yang dihidapi adalah berpunca dari perut..

Pape pon, sebenarnya aku cuma nak luahkan apa yang terasa pelik dalam hati aku ni.. Ramai dikalangan umat Islam lebih-lebih lagi dari bangsa Melayu yang memalukan agama dan maruah diri sendiri.. Apa taknya, kita mengaku Islam tapi tak beramal sepenuhnya dengan ajaran Islam. Contohnya di bulan puasa ni, Siapa yang tak puasa dilihat sebagai melanggar perintah Allah tapi kalu tak sembahyang tak siapa pon peduli.. sedangkan solat itu adalah tiang bagi sebuah agama. tanpa tiang, benda lain tak berguna sikit pon..

Yang lebih memelikkan aku, memang ramai yang mukallaf tapi masih nyata tak berpuasa di siang hari. tapi bila lepas waktu isyak, penuh je aku tengok masjid-masjid  dan surau-surau.. berkerumun pakat buat solat tarawikh.. eh, puasanya tidak tapi tarawikh tak pulak dia tinggal.. samada dia memang pelahap nak makan moreh atau mungkin malu jika muka dia tak pernah jenguk masjid, tak tahulah.. yang pastinya, masyarakat kita ni suka mengata dan mengutuk orang. kalau tak pernah nampak muka si Mail tu pergi surau solat tarawikh, mesti ada yang nak kutuk. tapi si Mail beli nasi bungkus tengah hari di bulan puasa kat kedai Cik Limah tu takpe la pulak.. Pening aku memikirkan situasi masyarakat masa kini...


0 Orang mengumpat: