Sering dengar kononnya orang berketurunan Syed tidak boleh berkahwin dengan orang lain yang tidak mempunyai susur galur Syed. Keturunan Syed dikatakan adalah keturunan dari Nabi Muhammad s.a.w. dan perlu menjaga kesucian keturunan. Kadang-kala, terlihat juga kerenah golongan yang terlalu membanggakan darah keturunan seperti Tengku, Nik, Wan dan sebagainya.. Huh~ apa sangatlah yang ada pada pangkal nama keturunan tu? Apakah dengan nama tu korang boleh dapat duit juta-juta? comfirm masuk syurga? Sesungguhnya takde beza pon antara manusia.
Aku sendiri memiliki susur galur dari Syed. malah campuran lagi dengan Che, Wan, Tengku. Walaupon dah banyak mixed, tapi orang kata aku masih memiliki ciri-ciri keturunan Syed. Moyang aku pure Syed yang datang merantau kat sini.. Tapi takde beza pon aku tengok sesama manusia ni.. kentut sama busuk jugak, darah sama merah, lubang hidung pon 2 je.. so, mana lebihnya sesuatu keturunan tu? Di akhirat kelak, Tuhan hanya tengok kepada amalan setiap orang je. Takdenya Tuhan nak bagi diskaun ke apa kat keturunan nabi.. Sedangkan anak Nabi Nuh sendiri pon mati sebagai seorang kafir dan comfirm masuk neraka apatah lagi kita yang dah berpuluh generasi ni..
Apa yang baik, kita ikutkan, apa yang buruk kita tinggalkan. Sekiranya seorang tu mengaku memang sah waris Nabi tapi dok tunjuk perangai tak elok, perbuatan tak betol, kita tak payah nak ikut.. sebaliknya kalaulah seorang tu kata dia waris dari Abu Jahal ke, waris Fir'aun ke, tapi dok mengajak manusia berbuat kebaikan dan taat kepada Tuhan, wajib kita ikut..bukan aku nak menghina atau dengki kat mereka yang berketurunan.. sebab aku sendiri pon keturunan dari banyak susur galur, takkan aku nak hina keturunan aku sendiri.. kadang-kadang aku meluat tengok orang yang bangga dengan darah keturunan.. mengaku kerabat raja, keturunan nabi, tapi perangai macam harammm..
Dalam kubur pon malaikat tak tanya korang dari keturunan mana.. takdenya malaikat tak nak pukul sebab korang keturunan nabi walaupon korang banyak dosa... dosa tetap dosa. pahala tetap pahala..hanya amalan sendiri yang akan membantu kita selepas mati nanti.. Malaikat takkan kata, "eh, Syed rupanya..takpe..takpe.. tak jadi nak seksa..".. Mana mungkin... malaikat tak makan rasuah la.. Paling bangang, aku pernah dengar keturunan Syed kalu buat baik, dapat pahala double, kalu buat jahat pon dosa dapat double.. Kitab mana yang ajar korang macam tu?Sekali lagi aku nak pesan, Manusia tu sama je.. dan semuanya berasal dari keturunan yang sama.. anak cucu Adam..habis cerita...
41 Orang mengumpat:
setuju sesangat ni. :)
yup..same je sumenye
Mama sah keturunan Nabi. Nabi Adam a.s ..........
emm.. same jek kan snanye.. betul tuh.. bknnye die tye. 'awk keturunan ape ek'? grrrr..
terbaik!! :) suke dis entri.
betul tu..amat bersetuju.
"eh, Syed rupanya..takpe..takpe.. tak jadi nak seksa.."
hahahh! betul ape dari buah fikiran ko ni bro. setuju.
smua samer je....
suka entri nie...
i had 1 "frenz" yg bangga giler dgn "tengku" die tu...
1 kuarga dok perangai cam2..
pdhal xde ar "tengku" sgt..
if kerabat,mst duk istana kn...
cehhhh
nyampah aih..
perangai cam #@^$@$%@...
huhuhuhuhu
assalammualaikum
saya bkn nk bngga...
saya keturunan syed...
nama;syed muzzammil b syed azili b syed jaafar b syed abdullah...
ni bkn maen2...keturunan saya mmgang kunci pintu kaabah....
saya keturunan ke 18 belas...
klau nama saya bin bin sampai cukup 18 kali nama ke19 itu adlah nabi muhhammad ni crita bnar..
saya x nk maen sumpah2...
assalammualaikum
salam Dy071229ik...
so kalo dh cm tue apa msalah nya??
ape tujuan awak buat statement diatas??
n nape lak nk smpai libat sumpah2??
musykil2..
rasa nya awak dh lari topic,maybe awk silap page kot..
dah ditegaskan kt entry, x de beza pon antara manusia ni.. x kira la keturunan apa skali pun.. knapa perlu bangga ngan keturunan syed, tengku,nik,wan bagai tu?? tiada kelebihan ke atas manusia disebabkan keturunannya.. yg penting, amalan dri sendiri..
assalam. sy sekadar berkongsi apa yg sy tahu, kalo salah sy minta maaf yer. Rasulullah pernah mewasiatkan kpd umat Islam agar berpegang kepada 2 perkara selepas Rasulullah wafat - i) Al-Quran & 2) keturunan Rasulullah. namun, setelah Nabi Muhammad SAW wafat, semua keturunan Nabi Muhammad SAW telah dibunuh melainkan Imam Mahdi (cicit Rasullulah dari keturunan Hasan). Imam Mahdi adalah satu2ny keturunan Nabi Muhammad SAW yg masih hidup tetapi telah diangkat oleh Allah SWT dan hanya akan dihantar ke bumi menjelang kiamat. itu sahaja yg sy tahu. maaf kalo ada pihak terasa. jika maklumat yg sy perolehi ini salah, diharapkan ada kajian dilalukan ke atas keturunan syed & sharifah utk membuktikan kesahihan keturunan Rasulullah SAW. sekian.
kenapa begitu byk pihak mpersoalkan syed & syarifah ni
bbangga dgn nasab keturunan boleh mdatangkan dosa
mengutuk @ menghina keturunan lain jua boleh mdatangkan dosa
x perlu terlalu ghairah mngeluarkan pndapat @ kata2 yg boleh mnguris hati org lain kerna tu jua bisa mdatangkab dosa
jika benar ada yg bbangga dgn keturunannya, hartanya, ilmu atau pangkatnya
nasihat lah
bukan duk sakitkan hati yg boleh nnimbulkan salah faham
wallahualam...
APAKAH ADA KETURUNAN AHLUL BAIT?
Dlm Al Quran yang menyebut 'ahlulbait', rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.
1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah".
2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: 'Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu 'ahlulbait' yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?
3. QS. 33:33: "...Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu 'ahlulbait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya".
Sedangkan ditinjau dari sesudah ayat 33 yakni QS. 33:34, 37 dan 40 dan bukan hanya QS. 33:33, maka lingkup ahlul bait menjadi universal:
1. Kedua orang tua para nabi/rasul;.
2. Saudara kandung para nabi/rasul.
3. Isteri-isteri beliau.
4. Anak-anak beliau baik perempuan maupun laki-laki.
Bagaimana Saidina Ali bin Abi Thalib ya jika merujuk pada ayat-ayat ahlul bait pastilah bukan termasuk kelompok ahlul bait.
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
“Tidak ada seorangpun yang mengaku (orang lain) sebagai ayahnya, padahal dia tahu (kalau bukan ayahnya), melainkan telah kufur (nikmat) kepada Allah. Orang yang mengaku-ngaku keturunan dari sebuah kaum, padahal bukan, maka siapkanlah tempat duduknya di neraka” (HR. Bukhari dan Muslim).
Kesimpulan dari tulisan di atas, bahwa pewaris tahta 'ahlul bait' yang terakhir hanya tinggal bunda Fatimah. Berarti anaknya seperti Saidina Hasan dan Husein maupun yang perempuan bukanlah pewaris tahta AHLUL BAIT.
SOAL JWP DGN MUFTI PULAU PINANG:
Artikel – Kafa’ah Syarifah – Fatwa Mufti Pulau Pinang
28/03/2009
Assalamualaikum…..
Ini adalah Fatwa Mufti Pulau Pinang…beliau adalah bukan Syed (non syed)…beliau menjawab dari segi ilmiah dan tidak terpengaruh dengan emosi atau apa-apa melainkan dengan ilmu pengetahuannya sebagai Mufti…
Perkahwinan Syarifah
Seorang gadis yang berketurunan ‘Sayyid’ hendak berkahwin dengan seorang lelaki Melayu yang bukan berketurunan ‘Sayyid’, telah di halang oleh walinya dengan alasan ‘tidak kufu’ (bukan seketurunan).Wali gadis itu juga telah memberi keterangan kepada Qadhi dan keluarga lelaki Melayu itu.Ia tidak mahu mewalikan anak gadisnya itu untuk di’aqad nikahnya dengan lelaki itu dengan alasan yang serupa di atas.
PERSOALANNYA:
Soalan 1 – Boleh di pegang dengan alasan bapa gadis itu?
Jawapan: Boleh, kalau benar keturunan Rasullullah s.a.w
Soalan 2 – Adakah boleh di pakai pada masa ini tentang masalah kufu?
Jawapan: Boleh di pakai
Soalan 3 – Dengan alasan di atas, bolehkah di katakan wali ‘Adhal’?
Jawapan: Tidak boleh
Soalan 4 – Apakah hukumnya jika di’aqadkan juga mereka di atas? Adakah haram?
Jawapan: Tidak sah bagi wali hakim meng’aqad nikah mereka kecuali jika tidak di’aqadkan akan membawa kepada perbuatan dan kejadian yang buruk dan tidak di ingini
Soalan 5 – Sekiranya keturunan Syed tidak boleh di’aqadkan dengan bukan keturunan Syed dengan cara Wali Hakim di sebabkan tidak kufu, adakah terdapat mana-mana dalil yang menegah perkahwinan keturunan Syed dengan bukan keturunan Syed?
Jawapan: Ada, rujuk Kitab Majmuk Juzuk yang ke-16 m/s 182-189.
Soalan 6 – Apakah maksud hadis “tidak ada perbezaan di antara orang Arab dengan ‘Ajam melainkan taqwa?
Jawapan: Maksud hadis ini tidak boleh dikaitkan dengan hak kufu melainkan wali dan perempuan bersetuju menggugurkan hak kufu.
Soalan 7 – Menurut pandangan Islam dari manakah datangnya keturunan Syed di abad ke-15 ini?
Jawapan: Soalan ini tidak berbangkit dengan masalah yang dikemukan.
Soalan 8 – Jika sekiranya perempuan keturunan Syed hendak berkahwin dengan lelaki bukan keturunan Syed, di halang oleh walinya dengan alasan tidak kufu dan pasangan itu lari berkahwin di luar Malaysia setelah mereka di’aqadkan, balik ke Malaysia adakah sah perkahwinan mereka?
Jawapan: Sama seperti jawapan di (d) di atas
Kategori: Renungan Bersama
Label: kafa'ah
kisahlah keturunan masing2 tak yah sibuk ngan keturunan orang...kalau nak blajar pasal keturunan orang boleh tp tok sah kutuk2....dapat dosa free...dah tau orang kurang amalan, ramai jahil, pastikan diri sediri jangan camtu sudah....await hangpa sibuk nor ngan diaorang...ok apa jaga keturunan....hangpa jagalah gak keturunan melayu kita ni...dah abis siasat ker pasal melayu yang duk sibuk pasal orang lain
hmmmm...salam....asai nyer nak mencari artikel tentang tatacara perkahwinan arab...sekali terbaca artikel nih...marah sungguh nampak...baiklah...saya pun campuran darah melayusiam+afghanistan+cina+ arab yemen......arab malaysia yang sebenarnyer terdiri dari dua bahagian...iaitu arab yemen dan arab iraq..perkataan syed/sharifah(keturunan nabi2) manakalah sheikh dan siti(keturunan sahabat2 nabi) tradisi ini mmg diteruskan time zaman saidina ali dan aishah..kerana mudah dikenali dikalangan mereka..ada benarnyer mereka kahwin sesama bangsa...ini tidak mustahil kerana pengalaman saya ketika belajar di upm. orang arab dapat mengecam saya dan berbahasa arab ngan saya serta mengintroducekan saya dengan sesama arab...atas alasan mengeratkan hubungan sesama arab dan menguatkan lagi keturunan itu. ibarat cam orang kelate ngan kelate laaa..orang kelate yang kahwin ngan org luar pun yang orang susah2.....tetapi saya tidak lah bangga sangat atas gelaran itu..cuma kami diajar bagaimana mengenali bangsa jewish...jenis2 melayu di malaysia...muka muslim dan non muslim...ia diperturunkan dari satu keturunan ke satu keturunan....kebanyakkan orang arab yang datang ke tanah melayu seperti yang anda sedia maklum adalah pendakwah2 yang merantau...jadi gelaran syed/sheikh...adalah sebagian tanda pengenalan diri...dan setiap hujung adalah keturunan cth nyer...al-jufri(terkenal ngan bisnes makan, al-attaas( usahawan)...badris(gelaran untuk pahlawan2 ketika perang badr)...al habshee..albadwi..dll..orang arab dulu2 kahwin sesama bangsa sebenarnyer tujuan adalah mengekalkan keturunan gelaran itu sendiri...tak nak hilang kan...itu adalah cerita yang diperturunkan oleh kami...bukan sebab atas tiket masuk syurga..saya rasa kuarga cewek yang reject tuh salah sebenarnya..sebab ketika saya berdiskusi dengan kawan arab yemen...kenapa mesti kahwin sessama syed atau sheikh...adalah kerana nak mengekalkan bangsa itu sendiri kerana penghormatan yang tinggi...itu sahaja...bukan sebab tiket syurga...harap maklum...kalau masih nak marah atau menghina orang bernama syed syarifah dan sebagainyer...terpulanglah...itu hanya pada nama...kubur tetap dalam tanah...dan paling penting...kiter nih datang daripada satu keturunan iaitu pasangan manusia yang pertama iaitu nabi adam dan hawa...itu sahaja yang boleh saya berikan....
i bkn sharifah, i kawin dgn syed...xtau sejauh mana their acceptance, so far eberything seems just fine. amalan cari jodoh dari keturunan syed jugak ni i nampak especially sepupu sepapat my husband. ada tu yg sampai kawinkan anak dgn anak sedara (anak abg) sbb nak jugak keturunan syed. well...kalo individu tu boleh terima, i rasa ok je..tapi for those yg ada their own choice, maybe should let them be...
sape yg xnak keturunan baik2, but keturunan tu tak menjamin baiknya individu tadi...xkanla kita nak anak kita kawin dgn org yg keturunannya baik tp dia tu ibarat pelesit...
tepuk dada, tanya selera...
ikut adat tu takde salahnya, tp gunalah akal fikiran yg Allah swt kurniakan dlm membuat pertimbangan...jgn kerana adat, kita smua buat andaian sendiri (konon x masuk syurga etc.) sampai membelakangkan hukum...dan jgn 'buat' hukum hakam sendiri...
peace to all......
bagi mereka yg belajar atau mendalami ilmu agama berserta sejarah dn penyebar agama itu pasti mereka mengetahui salasilah setiap sesuatu kaum ataupun bangsa.bagi yg tidak cukup pgetahuan pasti takkan faham dn tahu erti kata salasilah sesuatu kaum atau bangsa serta keturunan, adam dn hawa adalah asal keturunan semua manusia.bagi JOE dn SESIAPA yg masih belum mengetahui sejarah salasilah pada gelaran SYED/SHARIFAH eloklah belajar dn cari sumber2 dari yg dpt mnjelaskan dgn lebih terperinci sblum kata2 cacian dn makian memakan diri.......ALLAH lebih mngetahui
bagi mereka yg belajar atau mendalami ilmu agama berserta sejarah dn penyebar agama itu pasti mereka mengetahui salasilah setiap sesuatu kaum ataupun bangsa.bagi yg tidak cukup pgetahuan pasti takkan faham dn tahu erti kata salasilah sesuatu kaum atau bangsa serta keturunan, adam dn hawa adalah asal keturunan semua manusia.bagi JOE dn SESIAPA yg masih belum mengetahui sejarah salasilah pada gelaran SYED/SHARIFAH eloklah belajar dn cari sumber2 dari yg dpt mnjelaskan dgn lebih terperinci sblum kata2 cacian dn makian memakan diri.......ALLAH lebih mngetahui
Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa perbuatan kita ini adalah seolah-olah kita berasa sakit hati atau dengki dengan mereka. Mengapa ini terjadi Bukankah Allah telah berfirman :
" Ataukah mereka merasa iri hati terhadap orang yang telah diberi kurnia oleh Allah ?" – Surah An-nisa : 54
Cuba lah kita bayang kan secara rasional tentang tanggungjawab Syed untuk berkahwin sesama Sharifah itu sendiri. Mereka keturunan Nabi saw, sememangnya mereka wajib bersyukur di atas kurniaan Allah swt melahirkan nya sebagai benih Nabi saw. Menyedari akan hal inilah, mereka ingin menunjukkan tanda syukur mereka kepada Allah untuk memelihara nasab yang mulia ini bukan kerana ingin sombong dan bermegah-megah, tapi untuk membuktikan cintanya kepada Allah dan Nabi saw. Adakah wajar kalau Allah telah kurniakan mereka sebagai senasab dgn Nabi saw, jika mereka memutuskan nasab mereka dengan Nabi saw dengan bernikah dengan bukan senasab dengannya.
Seorang Imam yang teragung Islam iaitu Amirul Mukminin Saidina Omar bin Khattab RA pernah berkata : " Aku akan melarang wanita-wanita dari keturunan yang mulia menikah melainkan dengan lelaki yang setaraf dengannya." – Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni
Yelah, mcm saya bkn keturunan Nabi saw, jgn la kita merasa ini tidak adil sebab kita bukan keturunan Nab sawi. Allah itu Maha Adil. Allah Yang Maha Suci dari sifat tidak adil. Adakah adil kita mengecam mereka yang senasab dengan Nabi saw yang ingin memelihara keturunan mereka kerana cintanya mereka kepada Allah dan Rasul ? Jgn la di sebabkan kita yang bkn senasab dgn Nabi saw berbuat sedemikian rupa. Ia akan menyakiti hati mereka.
Nabi saw bersabda : " Allah amat murka ke atas orang yang menyakiti aku dalam hal keturunanku" – HR. Imam Dailami.
Sabdanya lagi: " Mengapa masih ada orang-orang yang mengganggu diriku melalui nasabku dan kaum kerabatku? Sememangnya barang siapa yang mengganggu nasabku dan kaum kerabatku bererti ia menggangguku, dan barang siapa yang menggangguku bererti ia mengganggu Allah swt"
– HR. Assabus Sunan, Sahih
Hendaklah difahami juga, bahawa mereka Syed & Sharifah tidak maksum. Mereka juga seperti yang lain, tidak lepas melakukan dosa dan kesalahan. Tetapi apa yang perlu kita benar2 fahami, bahawa agama ISLAM meraikan hak sesama manusia baik dia tu Muslim ataupun Kafir. Apatah lagi hak ahli keluarga Nabi saw. Fikir-fikirkan lah. Mereka yg masih meragukan dan mendustakan hal ini lebih akan cenderung mengikut hawa nafsunya sendiri, tidak ubah apa yang Allah firmankan :
" Mereka mendustkannya dan mengikuti hawa nafsunya sedang tiap-tiap urusan itu akan tetap (berlaku) " (Surah Al-Qamar :3)
Nama aku ada Sharifah. Masa sekolah rendah, aku ingatkan nama tu sekadar nama. Bila dah masuk sekolah menengah, baru aku tahu rupanya Sharifah-Syed ni keturunan. Bila dah semakin dewasa, orang asyik tanya aku, nanti kalau aku nak kahwin, aku kena kahwin dengan lelaki yang ada Syed jugak ke? Aku macam..Huh?? (-_-')Perlu ke??? Ada juga yang ingat mentang-mentanglah aku tengah single ni, timbul pula spekulasi aku ni mencari yang 'Syed' ke? Arghhh! Tak boleh tengok aku senang sikit.
Ittew rasa muka ittew macam Melayu tulen jew.Ittew tak la kuat sangat makan kambing macam orang Arab. Ittew suka je makan sambal belacan dengan cencaluk dengan Patin masak Gulai Tempoyak.
Ittew?? *muntah*
Aku sedia maklum, ramai keluarga berketurunan Syed-Sharifah ni kalau boleh nak kahwin dengan keturunan Syed-Sharifah juga. Nak kekalkan ahlul bait orang kata. Kalau kat facebook tuh tak payah cakaplah, ramai golongan Syed-Sharifah ni add aku. Tapi kalau aku tak kenal, memang aku tak suka approve. Kat facebook siap ada Gathering Syed-Sharifah lagi okeyy jangan main-main. Siap promote ada sesiapa nak berkenalan dengan sesama mereka yang berketurunan Syed-Sharifah ni jugak tak. Entahlah kenapa ada sesetengah keturunan Syed-Sharifah ni kelihatan sangat fanatik pada ahlul bait ni. Aku takde masalah pun nak kenal dengan diorang ke apa after all mereka semua manusia biasa tapi aku tak suka dikenen-kenenkan dengan orang hanya sebab dia ada nama Syed. Phew!
Pernah juga ada seorang lelaki bernama Syed ni chat dengan aku. Dia persoalkan aku nak kahwin dengan orang biasa ke yang ada Syed. Bila aku kata aku tak kisah tapi prefer orang biasa dia marah pulak. (-_-') Dia kata tak bolehh! Sharifah kena kahwin dengan Syed!! Panas seh! Aku tanya kenapa. Dia kata kalau dia explain ramai orang susah nak faham. Dia kata, keturunan ni kena kahwin sesama Syed-Sharifah. Kalau tak, berdosa. Masuk neraka. BODOH GILA MANUSIA NI!
sophie the blogger said
Aku kadang-kadang sedih jugak kalau ada hubungan yang diputuskan hanya sebab keturunan Syed-Sharifah. Bagi aku, apabila sesebuah keluarga itu menyekat jodoh anak-anak hanya kerana mahukan keturunan yang sama (Syed-Sharifah), itu adalah satu tindakan yang sangat kejam. Ada jaminan ke kahwin dengan yang nama Syed dapat membimbing menjadi isteri yang solehah? Dapat menghasilkan keluarga yang mulia? Bila anak dara umur dah 40 tahun, baru mak ayah rasa menyesal sebab memilih sangat..Baru nak bagi green light bagi kahwin dengan lelaki biasa.By that time anak dara yang bernama Sharifah tu entah-entah dah tertutup hati dengan lelaki. Tak ke parents dia akan rasa bersalah seumur hidup? Sewaktu lahir salah satu dari 4 perkara yang Allah dah tetapkan ialah JODOH. Jadi logik ke semua orang yang ada nama Sharifah ni Allah tetapkan untuk bersama Syed juga? (walaupun kita tahu jodoh tu perlu diusahakan juga).Sampai dalam family tu siap ada yang dipulaukan hanya kerana berkahwin dengan orang yang tidak berketurunan Syed-Sharifah. Adoiiii.. Kalau betul mulia kenapa sanggup memutuskan silatulrahim?
Ada orang beranggapan keturunan Syed-Sharifah ni macam keturunan orang kaya, berharta. Ada yang kata selalunya cantik atau kacak. Dari segi sejarahnya, aku faham lah kenapa golongan ini dilabelkan begitu. Tapi zaman sekarang ni tak semestinya betul.Tak kurang juga ada golongan ini yang memang "up" diri sendiri pun mengaku golongan diorang ni memang canteks-canteks. zzzzzzZZZzzzz..Meluat juga bila terbaca atau terdengar dari mereka yang suka "up" diri sendiri ni. Bagi aku tak semestinya pun. Tak payah lah perasan sangat. Penuh perasaan macam aku takpe. Huahuahua..
Kalau baca blog orang lain berkenaan Keturunan Syed-Sharifah ni, bukan main ramai lagi (yang pada aku memang dari keturunan Syed Sharifah) yang menentang habis pendapat macam aku ni.Siap bagi sunnah dan ayat Quran lagi. Mungkin juga entri ni bakal dihentam oleh mereka yang mengagungkan keturunan ini. Bukanlah aku downgrade keturunan aku sendiri cuma terkadang aku menyedari ada golongan Syed-Sharifah yang agak sombong sebab seolah berbangga sangat dengan ahlul bait. Teringat lagu nasyid Raihan. Iman Mutiara.
Bagi aku,
Sedangkan iman itu tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa, apatah lagi nak diwarisi dari keturunan Nabi Muhammad?
Malah tak dapat dijual beli melalui perkahwinan sesama ahlul bait pun.
Aku sedia maklum, ramai keluarga berketurunan Syed-Sharifah ni kalau boleh nak kahwin dengan keturunan Syed-Sharifah juga. Nak kekalkan ahlul bait orang kata. Kalau kat facebook tuh tak payah cakaplah, ramai golongan Syed-Sharifah ni add aku. Tapi kalau aku tak kenal, memang aku tak suka approve. Kat facebook siap ada Gathering Syed-Sharifah lagi okeyy jangan main-main. Siap promote ada sesiapa nak berkenalan dengan sesama mereka yang berketurunan Syed-Sharifah ni jugak tak. Entahlah kenapa ada sesetengah keturunan Syed-Sharifah ni kelihatan sangat fanatik pada ahlul bait ni. Aku takde masalah pun nak kenal dengan diorang ke apa after all mereka semua manusia biasa tapi aku tak suka dikenen-kenenkan dengan orang hanya sebab dia ada nama Syed. Phew!
Currently studying Master(Architecture) in Birmingham, United Kingdom
Email: sophiealyahya@gmail.com
salam smua.. dri pengamatan aku lh tentang syed syarifah ne,kalau yg perangainya elok,rendah diri,baik hati,pemurah,penyabar,penyayang dn mcm2 lgi yg baik2 la,itu lh rsenya syed syarifah dri keturunan Nabi Muhammad SAW.Memang itu ciri2 junjungan kita.Dn jika syed syarifah ne perangainya nakal mcm,berlagak,busuk hati,jahat,dengki dn mcm2 la yg buruk2 ne,pn keturunan Nabi jgk,tpi byk amik baka dri pakcik Nabi,abu jahal dgn abu lahab.Pasal kedua pakcik Nabi ne perangai tk senonoh.Tu yg masa nk mati nya malaikat tutup mulutnya,biar tk dpt mengucap.Aku agak je je je..
assalamualaikum...sye hanye nk bg keterangan tentang name syed sharifah...ade sesetengah keluarga yg mementingkn nama tersebut dn ade yg x mementingkn nama tersebut..hanye nk jaga salasilah keturunan bukannye nk bangga..sye sendiri ade keturunan syed dn sharifah yg berasal dr indonesia sumatera sbelah mak...tp smpai kt sye dh campur dengan keturunan bugis sebelah ayah..tp sye dh x bleh pakai nama syed..kene megat..tu pun klw kahwin dengan sharifah..tu jelh keterangan nye..memang lh darah sama merah,kentut same busuk,lubang hidung 2..tp just jaga keturunan..
Ya saya sokong kata2 penulis yg setengah2 syed dan sharifah ini obses terlampau dgn gelaran mereka. Pakcik isteri saya obses tetapi dia kahwin dgn org biasa je. Bodoh bahlol punya org. Pakai mcm islam tapi perangai bkn mcm islam menghina org biasa mcm firaun dan mengatakan dia confirm msk syurga dan org2 lain msk neraka. Bodoh ke apa. Org2 mcm ni nk lebih kpd syiah dan patut dil bunuh
Sye stuju dgn pndpt kamu...sye sendiri keturuman syed sharifah..dn kerabat diraja..
Sye stuju dgn pndpt kamu...sye sendiri keturuman syed sharifah..dn kerabat diraja..
Trima kasih atas penerangan.. Bakal suami sy da dibuang keluarga sbb dia bktrunn syed dan mmlih sy yg bkn dr golongn syrfh.. Berat dugaan kmi ya allh..
Adik2 sekelian... maaf sekiranya akak memcelah... dalami ilmu agama dahulu sebelum komen ape2.. jangan nanti disebabkan nak update entry blog.. komen2 yg mengikut emosi... itu yg menyebabkan kita mendapat dosa free...
sy keturunan rakyat biasa jew..
Janji title tu bkn ma'sum. Fair & square, buat jhat dpt dosa buat baik dpt pahala
Yup betul tu
yepp..ada mcm unsur syiah pun ada..
maaflah..minta allah ampunkan dosa saya..masalahnya..kita xtau kebenaran syed atau syarifah ni..spe yg mula2 gelarkan gelaran ini?? hitam putih nya tiada..
Bersabarlah...hnya kita yang tau salasilah keturunan Syed ni camne...
Sama kita sis... sy pun bukan sharifah, tapi berkahwin dgn syed... mmg terasa asing tp family suami Alhamdulillah ok..
That was a VERY interesting one! Seriously interesting.
Post a Comment