Pages

Wednesday, January 5, 2011

Berbomoh itu syirik?

Dalam masyarakat Melayu, bomoh pasti tidak dapat dipisahkan. Macam-macam tujan orang nak berbomoh.. ada yang nak mengubati penyakit, ada yang nak pelaris, ada yang nak kebal, ada nak cari jodoh, ada nak buang sial, ada nak buat khianat kat orang. Dulu aku pernah cakap pasal bomoh dalam perniagaan. Sekarang aku nak ulas sikit berbomoh dari segi perubatan dan hukum syarak. Ada sesetengah masyarakat memandang serong kepada bomoh dan mengatakan berbomoh itu haram. betol ke?

Sebenarnya, berbomoh itu dibolehkan dalam Islam. Tapi dengan syarat-syarat tertentu. Kita berjumpa bomoh untuk memulihkan kesihatan adalah dibenarkan. Tapi bergantung kepada cara tok bomoh tu. kadang-kadang kita tak tahu tok bomoh tu guna cara apa.. tapi sekiranya tok bomoh tu mengubati pesakit dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan zikir-zikir kepada Tuhan adalah dibenarkan. Nabi sendiri pernah berbomoh. mengikut sirah, Rasulullah pernah mengubati Saidina Abu Bakar yang sakit tenat kerana demam panas. Baginda dikatakan membaca Al-Fatihah sebanyak 40kali dan di sapu pada muka dan badan Abu Bakar dan diberi sedikit untuk minum. Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawasanya Al-Fatihah adalah raja segala ubat. Cara sedemikian adalah dibenarkan. Tetapi jika berbomoh dengan menggunakan bantuan jin, palesit, mambang dan sebagainya tu yang tak dibenarkan. kerana kita telah meminta bantuan dan bersekongkol dengan Jin.

Yang kita perlu dapatkan bantuan adalah dari Allah.bukannya jin, mambang bagai tu... Bomoh itu dijadikan asbab. Orang kata, dah ada doktor tak payah la nak pakai bomoh. Konsepnya sama saja. Jika kita berjumpa doktor, kita tak boleh percayakan doktor atau ubat tu yang mengubati kita. itu hanyalah asbab. yang memulihkan ialah Allah. Jika kita percaya kepada doktor pun tetap sama syiriknya. Doktor bagi ubat, bomoh bagi air tawar.. bukan doktor atau bomoh dan bukan ubat atau air tawar yang kita perlu berharap... Harap korang faham dengan konsep yang mudah ni. Kalu korang tak tahu cara bomoh tu guna, disarankan baik tak payah nak jumpa tok bomoh tu. Kalu comfirm dia hanya menggunakan ayat Al-Quran dan zikir-zikir terhadap Allah tu takpe. So, Selamat berbomoh... (ek...betol ke aku cakap ni??)



p/s : kenapa tok bomoh bagi air tawar? air tawar mana la ada zat.. orang dah sakit, bagi la minum niscafe ke, milo ke.. baru cepat sihat sikit..banyak zat..kalu korang jumpa tok bomoh bagi air nescafe bagitau aku ye~

4 Orang mengumpat:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

GKSB penah dapat tajuk assignment pasal santau..

lagi dasyat santau ni....

ni salah satu benda yang syirik juga...

tapi zaman sekarang ni lagi ramai orang percayakan bomoh...

Angah said...

setuju!!! jangan pakai mambang kalau nak berbomoh.

biskut said...

rasanya memang macam tuh pengaruh bomoh dalam masyarakat melayu bukan...malah orang melayu itu sendiri yang menghebahkan kebaikan bomoh konon sebagai jalan alternatif kepada perubatan moden yang tak dapat mengesan punca penyakit(penyakit misterius)

p/s:belum pernah mencuba setakat nih

fiza said...

betul3.. =)