Pages

Wednesday, January 5, 2011

Gelagat sukan kita

Ketika rakyat Malaysia masih sibuk membicarakan kehebatan Penjaga Gol Kebangsaan Khairul Fahmi, di pihak atlet karate negara pula sedang kecoh untuk untuk menarik diri dari Persatuan Karate Malaysia (MAKAF). semuanya gara-gara majoriti atlet karate tidak bersetuju dengan pemecatan jurulatih kebangsaan, P. Arivalagan oleh pihak MAKAF. Arivalagan pula mendakwa ada dikalangan pegawai MAKAF sendiri yang dengki dengan kejayaan beliau dalam menghasilkan atlet yang bertaraf antarabangsa maka cuba menyingkirkan beliau. Dalam Arena Badminton pula, BAM tengah kecoh pasal jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek telah meletak jawatan tanpa di ketahui sebab oleh pihak lain selain Misbun sendiri.

Macam-macam hal yang berlaku... sana di sanjung, sini di pecat, situ letak jawatan..pasal isu jawatan ni, kadang-kadang aku pon meluat nak layan kerenah orang kita. Bila kita naik, pasti ada yang tak puas hati.  Bila kita jatuh tergolek, tiada siapa yang peduli. Seperti yang di dakwa Arivalagan, ada pihak yang dengki dengannya. Aku tak nafikan benda begini boleh berlaku sebab aku sendiri pernah mengalami pengalaman yang sama seperti beliau.. cuma aku takde la sampai jadi jurulatih kebangsaan. stakat jurulatih kampung tu ada la.. xD..Tapi begitulah perangai orang kita, tak boleh melihat kesenangan orang lain. Cuba saja lihat Khairul Fahmi sendiri.. aku sebenarnya dah ikut perkembangan beliau dari mula-mula dia join pasukan Red Warrior. masa tu dia tak dikenali sangat. takde siapa pon nak pedulikan beliau. Bila dia berjaya mengharumkan nama Malaysia,  ada pulak orang yang tak puas hati. sampai awek si Fahmi pon nak di kutuk.. apalah salah si Elia tu. masa dulu takde pon orang kesah dia nak kapel ke, nak berkepit ke ngan Fahmi.

Isu jurulatih memang sangat menyedihkan... Ikut pengalaman diri aku la, memang la aku tak hebat pon, tapi aku telah di iktiraf sebagai jurulatih.bila mana orang nak lantik jadi ketua dikalangan jurulatih, ada je pihak yang nak menjatuhkan.. macam-macam yang dikata di belakang. Sebenarnya aku tak kisah pon kalu tak bagi kat aku jawatan tu. bukan dapat apa-apa pon. selama aku gi mengajar pon aku cuma dapat letih dan buang masa aku je. langsung tak dapat bayaran pon. tapi aku lakukan kerana minat. dari jurulatih dah jadi juruletih.. tapi sumbangan kita langsung tak dihargai oleh pihak lain. Walaupon pihak atasan nak lantik, tapi ada dikalangan orang atasan sendiri yang taknak terima, memang susah...last-last jalan yang paling baik adalah menarik diri dari persatuan. baik kita elakkan diri dari terus menjadi isu perbalahan. Yang aku nak gelak sikit, lepas je aku tarik diri, persatuan memang tunggang langgang.. dari johan kebangsaan tetiba nak jadi johan kampung pon tak layak. 

Tapi, kejatuhan tu bukan sebab aku takde. Aku bukan orang penting pon. bukan jugak orang yang hebat.. nak mewakili negeri pon tak pernah~ semua kucar-kacir jadi sebabnya pihak pengurusan yang bangang!!! Dalam hal kualiti dari permainan pasukan, yang paling penting ialah pengurusan. Pengurusan yang baik akan membawa kepada kualiti yang baik.. tengok saja pasukan bola sepak negeri Kelantan. Dari dulu tak pernah maju. tapi sejak pengurusan di ambik alih oleh Tan Sri Anuar Musa, Prestasi pasukan Kelantan naik dengan mendadak.Apa saja dalam dunia ni, kalu nak maju, yang paling penting pengurusan. Pengurusan masa, pengurusan kewangan, Pengurusan diri.. Oleh itu, belajarlah cara pengurusan.. :)

2 Orang mengumpat:

bluedianthus said...

Pengurusan..kata kunci yang paling penting..:) Kalau pengurusan masa out, maka sepandai mana pun seseorang akan kalah dengan kepincangan pengurusan.

shatooman said...

bluedianthus : betol tu.. pengurusan sgt penting.. (mentang2 la study ambik major pengurusan sukan...ekekeke)