Pages

Tuesday, January 11, 2011

Naga tanpa mutiara


Kalau sebut pasal dragon ball, rata-rata manusia pon tahu apakah binatang yang bernama dragon ball  tu.. Dari dulu sampai sekarang, pengaruh Dragon Ball atau terjemahan bahasa melayunya di panggil mutiara naga tak pernah lenyap.  Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal karya Akira Toriyama ni. Aku cuma nak cerita pasal naga. Ye.. binatang yang bernama naga dan boleh menyemburkan api dari mulutnya.Apa yang korang tahu pasal naga? dan percayakah korang bahawa naga itu wujud?

Aku sendiri masih was-was akan kewujudan naga ni. Ye lah, macam mana nak percaya kalu takde sebarang bukti.. dinosour yang hidup berjuta-juta tahun dulu pon ada jugak fosil. bukti kewujudan mereka. tapi naga ni, bulu hidung pon takde, gigi pon takde, fosil lagi la...padahal seratus tahun yang lepas pon ada dengar cerita pasal naga ni. Aku cuma was-was je.bukan tak percaya, dan bukan percaya sangat sebab aku tak tengok sendiri lagi. Dengar kata, pengasas Silat Seni Gayong Malaysia, Dato' Meor Abdul Rahman dilahirkan kembar ngan naga. tapi bukti takde pon. 

Yang membuatkan aku percaya sikit pasal naga ni sebab cerita dari moyang aku. Beliau berkata, (macam surat kabar pulak) semasa bah merah besar yang melanda Tanah Melayu ni dulu, beliau ada nampak macam sekor ular yang sangat besar. matanya merah saga, dan bunyinya mengaum seperti guruh berdentum. Semasa banjir tu, moyang aku kata, dia nampak ular tu berenang dari sungai menuju ke laut. pokok-pokok dan tanah-tanah turut bergerak sebab ditarik oleh badan ular besar tu. Tak tahulah aku dia nak cakap tu naga ke, ular ke, cicak ke.. tapi yang pastinya, takkan moyang aku nak menipu aku pulak kan? dah la cerita tu dia bagitau turun temurun... 

Yang aku pelik lagi, seluruh dunia dikatakan percaya pada cerita dogeng kewujudan naga. Setiap tempat aku kisah masing-masing dari orang tua dulu-dulu. Tapi kenapa naga di cirikan dengan sifat yang tak sama? maksud aku, cuba tengok gambaran naga ditempat kita dan seluruh kawasan asia. Melalui gambaran, orang asia percaya naga tu berupa seperti ular raksasa dan tinggal di dalam air, darat dan udara. Kaki naga pulak ada yang lukis empat, ada yang enam..Bagi omputih dan orang barat, mereka gambarkan naga tu macam biawak dan berleher panjang. ada sayap lagi untuk memudahkan mereka terbang. Naga Asia takde sayap tapi boleh juga terbang. Naga Barat kebanyakannya tinggal di gua kat gunung-gunung dan Asia kebanyakannya di laut.

Hmmm, apa jadah aku cakap pasal naga ni? aku pon tak tahu. takde motif sangat.. Saje nak merapu, meroyan.. Kesimpulannya, aku memang tak percaya Dragon Ball tu wujud.. ehh, aku tak percaya sangat naga tu wujud.. Kalu ada rangka pon ok dah.. baru aku boleh percaya betol-betol.. so, korang macam mana? percaya ke tidak??tepuk dada, tanyalah perut..







Naga Asia












    Naga Barat

4 Orang mengumpat:

Ayuni said...

hikhik,naga tasik chini....

biskut said...

mitos jer tuh kot...sajer nak bagi ada citer untuk diciterkan.mungkin saja ia dinosaur yang boleh terbang.

Anonymous said...

bro,elok2 ckit bab nak mention name arwah dato' meor tu,tu cerita org lame jgn nak senda2 ok.....

shatooman said...

anon : bila pulak aku senda arwah dato meor? aku cuma kata was2 ngan cerita kembarnya.. baru belajar menapak,jgn anggap diri pendekar.. aku juga org lama gayong.. aku tahu hormatkan guru aku.