Pages

Monday, January 31, 2011

Mana lebih penting?

Dah beberapa kali aku tengok blogger dok bincangkan pasal kepentingan follower dan komen. Banyak pendapat mengikut pemikiran masing-masing. Ada yang kata follower ramai tu penting. memang ada jugak betulnya... walaupon ada yang kata, "eleh, stakat follower ramai tapi tak pernah nak baca jugak blog yang di follow". Memang ada berlaku kes sebegitu. tengok je follower ramai tapi komen ciput. Jika di teliti, follower ramai pon belum tentu trafik tinggi walaupon andaian berkata dari 10 orang pasti ada sorang yang baca. jika seratus orang mungkin dah 10 orang yang baca dan jika seribu orang, mungkin 100 orang akan baca. maknanya kadar kebarangkalian tu lebih tinggi dengan ada ramainya follower.


Ada jugak yang kata, komen yang banyak tu lebih penting dari jumlah follower. Sebabnya, tuan blog akan rasa penulisannya lebih di hargai oleh pembaca. Pasal ni pon, memang betul.. memang tak salah. Komen yang banyak sudah jelas membuktikan aliran trafik masuk ke blog tersebut tinggi tapi jika di fikirkan betul-betul, dari mana nak datang komen yang banyak jika tiada follower. tapi hal tu tak mustahil. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan trafik walaupon kekurangan follower. tiada yang mustahil di dunia ni. Jika Tuhan kata "jadilah", maka jadilah ia.. eh, masuk bab agama pulak~

Kedua-dua kepentingan iaitu ramai follower dan ramai komen, masing-masing merujuk kepada peningkatan trafik.Hmmm, bagi aku, komen banyak tu memang jelas trafik tinggi tapi follower ramai hanya satu teori dan belum tentu menjadi. (teori adalah andaian yang lebih kukuh berbanding hipotesis kerana kebiasaan teori adalah benar, dan hipotesis masih dalam proses kemungkinan sebelum ia dibuktikan). Pendapat aku sendiri, aku tak mengharapkan sangat follower yang ribu-riban dan komen beratus-ratus. cukuplah jika ada sorang dua pon yang sudi baca. itu sudah cukup untuk menunjukkan blog aku diterima oleh orang lain biarpon tak ramai. 

Biarpun UV aku setiap hari lebih kurang 100+ jika aku tak update, namun aku dah rasa bersyukur kerana jika di hitung nilai follower pon, aku rasa tak sampai suku pon follower blog ni yang baca blog aku setiap hari. kebanyakan trafik yang aku dapat adalah hasil dari carian keyword dan beberapa orang yang setia dok follow blog aku setiap hari.. I LUV U ALL... dan ada jugak yang follow blog aku secara silent reader. tak tekan pon butang follower dan tak komen pon entry aku, tapi still datang selalu. aku sedar kehadiran korang, mungkin kerana aku kekurangan follower.jadi mudah nak risik-risik trafik yang diterima. Tengkiu sudi baca blog aku.


Bagi blog yang ramai follower tapi komen sikit, mungkin  pengisian untuk entry korang tu takde. jadi orang tak leh nak komen sangat. entry yang menarik pasti akan menarik lebih ramai pembaca. Oleh itu, pastikan tajuk entry tu kasi menarik dan gempak sikit. tapi janganlah sampai mengarut dan takde kena mengena langsung dengan isi entry. blog sebegitu pon ada aku jumpa. biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya~ Trafik yang tinggi sangat pon tak guna jika terus menjunam jika lambat update. yang penting  biarkan trafik konsisten. biar pun tak ramai yang bertandang.tu salah satu cara nak dapatkan BE dari Nuffnang. Panjang lebar dah aku mengarut.. kesimpulan aku nak buat, follower ke komen yang lebih banyak, bagi aku tak penting. aku sudah cukup bahagia jika ada pembaca yang sudi sentiasa mengikuti blog aku secara sukarela. biarlah mereka nak mereka tak komen ke, tak follow ke, tapi mereka sentiasa bersama. kepada follower yang selalu singgah, terima kasih banyak-banyak dan aku rasa dah semakin rapat dengan korang. kepada silent reader or anonymus, diri anda masih misteri. walaupon tak tahu asal-usul dan sering tertanya-tanya, tapi jika anda selesa sebagai anon, maka teruskanlah.





p/s: aku cuba menjadi diri aku. blog ni adalah diri aku dan diri aku adalah blog ni. kepada mereka yang selesa dengan cara dan penulisan aku, terima kasih kerana sudi bersama. kepada yang tak boleh terima blog aku, aku tak kesah..ko bukak blog ni dengan komputer korang, so korang boleh tekan [x] kat atas sana tanpa perlu bagitau aku~


9 Orang mengumpat:

eszol raar said...

hahaha

lu sama mcm gua

FaizalSulaiman said...

hahaha

aku penah tulis isu ni dlm blog

yang tak kenal pun mai hentam.hahahahahahahahaha

Daniela said...

INI PENDAPAT TUAN BELOG..JADI TAKDE SLAH TAKDE BETUL =)

terpulang kpd pendapat masing2...kan3...tapi saya suka entry nie (^_^)

Encik MamaT said...

bab followers ni macam2 orang... ada yang jenis follow sebab nak kita follow blog dia balik.. ni kategori gila follower la... ada yang follow sebab dia suka blog kita... dan ada yang follow sebab nak erat hubungan.. kira kawan la...


bab komen ni... tak semestinya orang yang follow kita tu akan komen.. dan
tak semestinya takde komen tu takde pembaca.. hehe..
dan tak semestinya blog tu best byk yang komen... hehe...

Ayuni said...

betul....sye ske sye komen...

biharahim said...

great explaination! everybody have their own opinion :]

biskut said...

cuma satu aku nak cakap...

bertahan bro..ikut cara dan prinsip ko selama mana kau mampu.

Anonymous said...

Thank you so much. Tried rather some time and various views, yours was terrific.


My blog :: xerox phaser 8560 ink sticks

Anonymous said...

Hello, just wanted to tell you, I enjoyed this post.

It was inspiring. Keep on posting!

Also visit my website - xerox 8560 windows 7 driver