Pages

Tuesday, January 4, 2011

Semangat Assabiyah

Semangat Assabiyah ialah semangat dan sifat berpuak-puak.Kalau sebut pasal semangat assabiyah, kepala otak mesti dok pikir pasal golongan arab jahiliah dan orang Kelantan. ye tak?? Hairan aku kenapa harus orang Kelantan di labelkan bersemangat assabiyah dan berpuak-puak ni. Pada aku mungkin sebab orang Kelantan ni ramai sangat kot dan ada di mana-mana.

Kalau difikirkan betol-betol, sesiapa pon ada semangat assabiyah dan cintakan suku kaum sendiri walaupon sebesar titik noktah. bezanya kuat atau sedikit bergantung kepada individu. Bagi aku, tak semestinya orang Kelantan sahaja yang berpuak-puak ni.. cuba perhatikan diri korang sendiri.. kalau korang kenal orang sekampung dengan korang, mesti gembirakan? di peringkat  kampung, orang di kampung A mesti lebih suka bergaul dengan orang kampungnya sendiri berbanding orang kampung B. sebab dah selesa dan kenal dengan orang di sekitarnya. Orang di Kajang mesti lebih suka bergaul dengan orang Kajang berbanding orang dari Bangsar sekiranya berjumpa di Damansara. Orang Selangor mesti lebih selesa bergaul dengan orang Selangor snediri berbanding orang Perlis jika berjumpa di Sarawak. Orang Malaysia mesti lebih selesa bergaul sesama orang Malaysia jika berjumpa di Qatar. tak caya try tanya blogger LM.. ;p

Kalau bumi ni diserang makhluk asing pon aku rasa penduduk di bumi ni akan bersatu.. Jadi kenapa harus hanya Orang Kelantan yang di cop assabiyah? Tengok bola sepak pon rakyat Malaysia boleh bersatu bila Malaysia melawan Indonesia di final Piala Suzuki baru ni.. Tapi bila liga Malaysia, bergaduh jugak sesama sendiri. Orang Kelantan sesama Kelantan pon tetap bergaduh kalau jumpa di kampung. Tapi bila jumpa kat luar dari Kelantan, boleh pulak berbaik-baik. sebabnya selesa ada orang sekampung di kalangan masyarakat asing. Bagi aku,orang hanya katakan orang Kelantan sebab orang Kelantan tu ada di mana-mana.. terlalu ramai..

Kalu tak percaya, cuba tengok bila hari raya.. Kuala Lumpur akan lenggang dan Kelantan akan jem teruk. KL hanya akan jem pada waktu pergi kerja dan balik kerja. Tapi bila Hari Raya, di Kelantan akan jem setiap masa. Pukul 3 pagi pon sesak lagi.. Aku tengok, member-member aku dari Sabah pon suka bergaul sesama Sabahan. tapi kenapa orang tak kata Sabahan bersemangat Assabiyah? ini kerana kumpulan Sabahan hanyalah sedikit dan terlalu minoriti di Semenanjung. Mereka gemar bermaustautin di negeri sendiri berbanding orang Kelantan yang lebih suka bermigrasi keluar. So, takyah la nak gaduh-gaduh kata Orang tu Assabiyah, Orang ni berpuak-puak.. sama je sesiapa pon.. Semangat Assabiyah tetap wujud cuma jangan sampai jadi rasis cukuplah...




p/s : semangat cintakan bangsa dan tanah air sendiri takkan terhapus dari jiwa manusia walau dimana ia berada.. 

10 Orang mengumpat:

Iklanneka said...

btul 2 setuju sgt2 :)

TheChekJah said...

lagi satu, mereka ada loghat yang sama. so senang nak cam.

CIK TOM said...

xelok puak asabiyah ni..tp rsnya kelanan punye xde teruk sgt semangat kenegorian...huhu

Encik MamaT said...

tak salah tu memang tak salah.. hehe... itu semangat... tapi kalau berlebihan.. itu agak melampau... biar bersederhana sudah la...

NUR AIN AZMAN said...

Keep it up ya


jom komen sini

wish me luck ya

http://officialaenlicious.blogspot.com/2010/12/contest-fesyen-untuk-semua.html

maya said...

ye...maya setuju...bukan kelantan jer...kalau kat sarawak lagilah..langsung tak nak bergrup ngan dak semenanjung...huhu...

.::: Princess MOMOY :::. said...

tak salah kalau de loghat masing2 .
baru unik
tapi yang salah nya semangat kenegeriaan yang terlebih
sampai tak nak campur ngan negeri lain

Saya Blogger TERENGGANU

Sebab Mengapa HARIMAU MALAYA Tidak Boleh Ditukar Kepada HARIMAU MALAYSIA !!

hunnyhanani said...

mitok izin nok letok kt blog :)

Anonymous said...

kalo sampai buat negeri yang diorang migrasi tu macam negeri diorg sndri cmne?siap pacak2 bndera cmne?? so kna jaga la hati tuan tanah gak...

Anonymous said...

kita jangan ambi kira dripada satu pandangan sahaja..memang benar apa yang saudara menulis blog tersebut..kebanyakan kaum yang tinggal di Kelantan ialah kaum Melayu yang beragama "ISLAM"..sedangkan Nabi SAW boleh satukan kaum muhajirin dan ansar..inikan pula kita, kaum melayu di mana lahirnya di tanah tumpah darahku..kita boleh bersatu...asalkan kita mengikis semangat assabiyah..kita juga tahu bahawa semangat assabiyah pada zaman jahiliyah terlalu cukup kuat..jadi apa yang saya hendak sampaukan..jangan jadikan semngat assabiyah ini sebagai benteng penghalang kpada hubungan baik antara sesama Islam..ikutlah jejak langkah Rasulullah SAW..ambiklah iktibar