Pages

Friday, January 14, 2011

3 perkara

Lambat update lagi.. kali ni aku nak berpura-pura sibuk lagi la.. biasa la.. kalu tak update blog, alasan biasa blogger mesti sibuk memanjang, tak de idea, tak de mood, tak sihat, internet takde or slow.. Bila aku ingat-ingat balik, setiap kali aku lambat update mesti alasan sibuk. kan? kan?? walaupon kadang-kadang aku berpura-pura sibuk.. nanti lain kali aku nak bagi alasan lain pulak.. laptop merajuk ke, jari aku buat korek hidung dan takleh nak menaip ke, eletrik kena potong pasal tak bayar bil ke, otak beku sebab tak minum nescafe ke.. janji tak de dah alasan sibuk memanjang..

Entry kali ni pon aku nak mengarut je... Tak sempat nak pikir apa-apa pasal otak aku memang tengah lemah sekarang ni. kali ni aku cuma nak bagitau korang tentang 3 perkara je.. yang pertamanya aku tengah mengantuk gila ni pasal tak tido sejak 2 hari yang lalu.. mata pon dah merah menyala. aku tengok kat cermin, mata aku sebijik dah jadi macam mata hantu.. ingatkan nampak hantu dah kat cermin tu. tengok baik-baik baru perasan tu memang muka aku yang kacak..(tolong telan balik muntah korang tu..)

Tak tido bukan pasal apa, cuma dok main game. demm... kalu dah gila game, macam ni la nasib. dok buat kerja gila. siang hari pulak sibuk. memang tak sempat nak tido.. habis perkara pertama. yang keduanya aku nak bagitau sekarang ni aku lapa.. tapi aku tak nak gi makan sebab aku terlalu mengantuk. Perkara ketiga tu pulak, aku nak tido dah sekarang. nasib baik hari ni hari Sabtu.. boleh la tido sedap-sedapan..Ok, habis dah 3 perkara aku nak bagitau. Terima kasih kerana membaca entry tak  berpekdah ni. Padan Muka korang dok buang masa baca entry ni... aku tak suruh pon korang baca..wakakaka~ Sekian saja untuk pagi ni, selamat malam..


p/s : walaupon dah pagi, aku ucap selamat malam la sebab aku baru nak tido ni.. tengah hari dah nak kena bangun.. cisss!!

5 Orang mengumpat:

Ayuni said...

hikhik, updatelah post, sye ske bc...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ha;ah, sepnjg berblogging, betuk kata anda, ffiey bru perasan yg mana most of the blogger use the same reasons..

apapun itu, selamat menulis dan terus mencoret di laman anda oke:)

biharahim said...

tak kesahla berpekdah ke x, i'm still waiting for ur latest entry.

tokeh besar said...

ait....tak best pon...

biskut said...

aku baru nak cakap...

"padan muka ko mata cam mata hantu..haha"

hari sabtu macam nih ramai yang berkeliaran mencari ketenangan dan hepi2...