Pages

Saturday, January 15, 2011

Awesome!!!


Awesome!!! tu je yang aku reti nak sebut ngan Mat Salleh yang bergelar Raymond Crooke. Nak sebut ayat panjang-panjang aku tak reti. Paling panjang ayat yang aku boleh sebut dalam BI cuma perkataan yes, no, orait, ok, tengkiu... Masa kecik-kecik dulu, kalu masa kelas BI, selalu ponteng kelas.. pastu dok ngutuk teacher lagi.. mana la nak berkat ilmu tu...perkataan awesome tu pon aku dapat dari google map.. eh, dari google translator.. ehh..bukan, google image kot. entah, aku pon lupa. yang aku ingat dari google la.

Lari tajuk la pulak.. sebenarnya nak cakap pasal Mr. Raymond Crooke je.. begini, dari semalam aku dok godek-godek redtube youtube. dari satu video ke satu video.. dan akhirnya aku bertemu dengan video dari  Encik Raymond. banyak juga la video dari beliau. semua video dia hanya dok nyanyi lagu-lagu melayu lama macam lagu P.Ramlee, Sudirman.. Layan je la mat salleh tu nyanyi lagu Melayu. nampak ada kelainan la dari lagu yang biasa dinyanyikan oleh kebanyakan orang Melayu je. Tak sangka ada jugak Mat Salleh yang suka nyanyi lagu-lagu Melayu.. Sesetengah lagu lama yang slow sangat, aku sendiri tak pernah nak layan. buat mengantuk je. tapi hebatnya si Raymond kerana siap boleh hafal lirik lagi yang tak mampu aku buat.

Tetiba terasa malu pada diri sendiri.. orang putih pon layan lagu Melayu dulu-dulu. aku pulak tak reti-reti nak layan seni dari tok nenek sendiri. Paling menarik tentang pak cik Raymond, beliau langsung tak paham bahasa Melayu apatah lagi nak cakap bahasa Melayu.. beliau cuma boleh nyanyi je lagu bahasa Melayu. Tapi orang Malaysia pon ramai jugak yang boleh hafal lagu hindustan kan? walau sepatah haram pon tak tahu maksud lagu tu. Kalu lirik lagu hindustan tu bermaksud "aku bangang, aku bodo", maka kita pon syok je nyanyi sambil ngaku diri sendiri tu bangang dan bodo..kan?kan?? kalu orang Hindustan dengar, mesti diorang gelak kaw-kaw bersama kapal api kerana ada juga orang ngaku bangang sambil nyanyi-nyanyi..


Malas dah aku nak taip panjang-panjang. lenguh tangan dohh.. kalu korang nak tengok video Encik Raymond tu, korang boleh tengok 'sample' yang aku bagi kat sini. kiranya video tester la ni... kalu korang rasa syok, boleh la menonton video lucah beliau yang lain di youtube... Akhir kata, aku nak bagitau ayat yang aku buat lepas belek kamus BM-German dengan mengambil masa selama 3jam ni.. "dun judge the buk bai its kaver but plis judge the buk bai its price".. kalu harga lapan juta, korang nak beli ke???



3 Orang mengumpat:

Ayuni said...

hm, samerlh cam org melayu nyanyi lagu elvis presley....

Robot | Sakti said...

pergghhh..

dasyat dia ni.
hahaha

biskut said...

itu lah kelebihan yang ada pada setengah orang...tapi ada juga yang disebabkan terlalu minat maka sedaya upaya nak kuasai suatu perkara tuh...