Pages

Showing posts with label SEMBANG KOSONG. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG KOSONG. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Walimatulurus~

Sekarang ni segala-galanya pesbuk.. nak berniaga pakai pesbuk, nak bergosip pon kat pesbuk,main game pon kat pesbuk, nak sihir pon pakai pesbuk, nak kawen pon invite dari pesbuk je.. Kadang-kadang rimas jugak bila segala aspek dalam hidup dikaitkan dengan pesbuk.. tapi itulah realiti trend masyarakat kita sekarang ni..tak lepas jugak dari pesbuk.. Semenjak dua ni, aku selalu je dapat undangan perkahwinan dari member-member lama.. yang tak berapa bestnya, segala undangan tu hanyalah secara tag kat gambar ataupon invite kat event..ayoyo~ memang ekonomi gila. tak payah pos-pos kad lagi.. yang bagi kad pon ada, tapi boleh dibilang ngan jari.


Bila tengok member-member kawen, aku pon tumpang gembira.. dah berumah tangga korang~ ada tanggungjawab baru la pulak.. aku jugak yang masih indie.. suka hati nak pergi mana, nak buat apa..ekekeke..tapi siyes aku dengki..korang best je ada teman nak tido. aku jugak yang masih tido ngan bantal busuk. sampaikan ada member tu dah kawen 2 pon..umur sama ngan aku je..caiiittt... anak pon dah 2,3 orang..aku ni anak kucing pon takde. walaupon masih ada member-member yang single, tapi diorang pon dah ada calon.. ada cikaro dah..aku ni apa pon tarak..uhhh sadisnya hidup. (>.<)


Dek kerana masih membujang, aku cuma mampu berblog je la sampaikan blog aku penuh dengan kelucahan..ekkk..aku tak lucah pon tapi keyword yang lekat kat blog aku ni memang penuh kelucahan..aku inesen bai..lalalala~


nampaknya blog aku ni memang lucah kot~






p/s : mak aku cakap : "ko tu blajar pon tak habis lagi..toksah dok pikir lagi nak berbini.. ko nak bagi bini ko makan pasir??"

Friday, November 4, 2011

Menyepi

Tatkala blogger lain sibuk mengupdate blog, sedar tak sedar dah seminggu lebih aku tak update blog aku ni.. memang aku betul-betul sibuk sebulan dua ni..jarang-jarang dapat menatap blog aku yang comel ni ( nak harapkan orang lain puji, memang takde la..terpaksa masuk bakul angkat sendiri ekekeke..). walaupon tak berupdate, tapi kadang-kala aku masih mampu menzirahi blog-blog yang sering aku layan dan blog-blog lain.. walaupon sebagai silent reader, tapi aku masih membalas kunjungan mereka yang dapat dikesan jejaknya di blog ni..kurang-kurang bertambah jugak UV kat blog korang..

Sebenarnya aku sibuk dok praktikal sekarang ni..dalam sebulan lagi baru habis.. sekarang pening pulak nak siapkan report..jadi kepada sahabat-sahabat yang mengenali aku kat alam maya ni, jangan la kecik hati sangat ye kalu takde komen atau balasan dari aku.. Papepon, Selamat Hari Raya AidilAdha kepada seluruh muslim.. Selamat menunaikan haji kepada yang mampu, Selamat menunaikan ibadah korban kepada yang murah rezeki dan selamat menjamu daging kepada semua..


 jiwaku yang lara kerana Lara..oh Neelofa..(aku tengah gila meroyan)


p/s : Aku betul-betul tak puas hati ngan Anugerah Skrin 2011 tadi..rasa macam banyak anugerah yang diberi tak sesuai dengan penerima..papepon, tahniah kepada yang menang..Rozita che wan memang cun!!

p/s 2: aku nak gewe ngan Neelofa.. tak jauh pon Tanah Merah ngan Pasir Mas..kahkahkah....

Wednesday, October 19, 2011

Diskriminasi


Diskriminasi sering terjadi...sungguh tidak adil dunia ni..



p/s : selalu tgk je orang dok post gambar bila menjelang rabu~

Tuesday, October 11, 2011

Minta Maaf

Antara perkara yang senang tapi susah nak di buat ialah minta maaf. Bagi masyarakat kita lebih-lebih lagi, amat susah untuk seseorang mengakui kesilapan sendiri lebih-lebih lagi orang tua. kononnya dengan alasan 'aku makan garam dulu', maka perkataan maaf seolah-olah tak perlu. Walaupun kadang-kala kita sedar kesilapan kita, namun wujud pula perasaan malu untuk meminta maaf.

Paling teruk, ucapan maaf itu sukar di sebut kerana perasaan ego.. cittt...kalu dah salah, ngaku je la.. tak salah pun kalau ngaku salah.. yang salahnya kalau taknak ngaku salah walau pun dah terang-terang bersalah..eh, salah ke apa yang aku kata ni? ahh..buat-buat tak salah je la.. ekekeke.. memang sukar untuk meminta maaf dari orang..aku sendiri pun rasa begitu.. tapi kalau minta maaf, kita tak rugi apa-apa pun. bahkan akan lebih mengeratkan silatulrahim..

Tapi, bagi aku permohonan maaf juga kadang-kala tak bernilai sangat lebih-lebih lagi dari golongan artis.. buat benda ikut suka hati dia je.. bila dah kena kecam ngan masyarakat, baru nak minta maaf.. tapi pastu buat balik.. bahkan ada yang makin teruk.. golongan yang minta maaf atas kesilapan lalu tapi tetap ulang kesilapan sama di masa akan datang memang betul-betul lahanat.. rasa nak tumbuk je muka depa 14 kali.. hmmm..sebenarnya baru-baru ni, aku betul-betul ada resek kat sorang brader tu.. ada orang wat salah ngan dia.. jika difikirkan logik dari akal aku la...orang tu la yang salah.. pastu, orang tu pulak taknak bertegur sapa. lastly, brader yang tak bersalah tu pulak gi minta maaf.. kononnya dia taknak la bermasam muka ngan orang. bukan susah pon nak minta maaf.. pergh...bila dengar penjelasan brader tu, aku terpana.....

Monday, September 19, 2011

Dah jumpa, tension pulak

Dah beberapa hari aku mencari.. merata tempat aku geledah. Tapi entah di mana.. Dah jemu dengan pencarian, aku beli je yang baru.. Huk alohh.. 50sen je satu.. tapi bila dah dapat benda tu, nak gunakannya memang tension gila.. tak gunakan, sia-sia je aku beli..

Benda yang aku nak guna tu adalah pengepit..hehehe..siyes aku betul-betul tension nak cabut bulu ketiak.. lenguh tengkuk wehhh.. tertunduk je kepala.. mata pon rasa nak juling je dok hadap celah ketiak..nasib baik ketiak sendiri sebab ketiak aku dijamin wangi.. Memang sangat-sangat tension sehingga rasa nak berputus asa je nak cabut semua bulu-bulu tu.. tapi mengenangkan ketiak aku yang hensem, terpaksa aku gagahi diri untuk menahan dari sedikit rasa sakit apabila bulu itu dipisahkan dari ketiak. demmm....

Aku rasa kena pergi berurut la pulak lepas ni untuk mengembalikan kesihatan tengkuk yang lenguh menunduk.. malas dah nak cukur bulu ketiak sebab banyak kali aku dengar orang kata, tak elok kalu dicukur..x baik untuk kesihatan ketiak.. lagipun ia sunat di cabut.. walaubagaimanapun, petua supaya tak dicukur bulu ketiak tu bukan khurafat ye.. tak berkaitan ngan akidah walaupon boleh menjadi satu ibadah.. Ahh..malas nak taip panjang-panjang.. baik aku teruskan perjuangan mencabut bulu ketiak.. mencari nikmat dalam kesengsaraan..hahahaha..

Harga pengepit bulu ketiak...




p/s : Pernah jumpa ngan awek cun yang pakai baju t-shirt ketat dan lengan singkat.. perghh.. muka lawa, tapi bulu ketiak terjulur keluar.. x senonoh gila~

Thursday, September 1, 2011

Lelaki Seksi

Siyes, aku dah lama mengidam nak jadi lelaki yang seksi.. apa maksud seksi bagi lelaki? maksud aku, lelaki yang seksi bukanlah lelaki yang memakai baju jarang-jarang dan ketat-ketat, apatah lagi berjalan dengan penuh lenggang-lenggok tapi lelaki yang berpakaian simple dan ada beard halus kat wajahnya.. Memang dah lama aku impikan untuk mempunyai beard yang nipis dan dicukur sentiasa supaya kelihatan seksi..perghhh~

Tapi apakan daya, muka aku tak dikurniakan dengan beard yang halus tetapi hanyalah sejemput yang tumbuh dibahagian dagu.. apa pun, bersyukur kepada Tuhan kerana masih memberi peluang untuk aku mempunyai bidadari.. ye, ustaz aku pernah cakap, simpan janggut tu sunnah.. maka setiap helaian janggut tu akan ada bidadari yang bergantung.. hmm..free je dapat bidadari.. tapi kalu tiada amalan beribadat, tak guna jugak kan? kalu tak disapu dengan air wudhuk di muka, bidadari tu pon akan pergi meninggalkan kita.. yang ada hanya setan je la~

Berbalik kepada tajuk, aku masih memikirkan, adakah cara yang dapat dilakukan agar aku mempunyai beard yang lebat dibahagian tepi muka? dengan itu akan akan cukur setiap hari agar sentiasa kelihatan seksi.. memang jeles gila bila tengok muka orang yang ada beard nipis ni..paling tak tahan bila tengok pondan.. yuckkss.. nak muntah aku nengoknya.. pakai baju pompuan tapi ada beard nipis..siyes macam syial~ err.. aku je la yang rasa lelaki akan seksi bila ada beard nipis gitu.. orang pompuan rasa, lelaki macam tu seksi ke?


ni bukan seksi, tapi seksa..

siyes aku dengki ngan brad pitt ni..seksi dowh~



p/s : kalu dapat bini yang bibir seksi macam angelina jolie pon lagi best~



Thursday, August 25, 2011

Nescafe

Kalu bab minuman, aku rasa aku sangat menyukai Nescafe.. sehari tanpa Nescafe, rasanya hidup aku tak berapa sempurna lebih-lebih lagi bila terbayangkan wajah Maya Karin sedang tersenyum kat aku..Fuhhh!! Paling kurang pon mesti pekena segelas sehari.. tapi tak boleh 2,3 gelas secara berterusan minum Nescafe yang sama.. kalu dah minum Nescafe susu, mesti minum Nescafe 'O' pulak.. Aku tak boleh minum susu secara berterusan..nanti jadi muak dan loya..

Sehari kalu tak pekena nescafe, pasti aku akan lembik dan lemah longlai.. sebab tu penting bagi aku untuk bangun sahur.. bukanlah nak makan sangat sebenarnya, tapi sebab nak minum nescafe..tapi alang-alang dah bangun untuk makan, maka perlulah bagi aku untuk menelan sepinggan nasi sekurang-kurangnya..Agak-agaknya, mampu ke aku berpuasa jika tak pekena Nescafe?? Hmm.. misteri yang belum terungkai..hahaha.. Tapi seyes aku cakap, perot aku akan tetap berasa lapar selepas makan jika tak pekena nescafe.. tapi aku boleh tahan kelaparan jika tak makan asalkan dapat minum nescafe.. Perghh..memang hebat penangan Nescafe dalam kehidupan aku..

Pernah kecoh suatu ketika, kononnya Nescafe tu tak baik untuk kesihatan dan boleh memudaratkan badan.. Apa reaksi aku?? Ahh..lantaklah.. kalu bubuh racun pon aku tetap akan minum Nescafe.. Aku tak percaya tu semua.. Ada yang kata Nescafe ada keburukan.. Nah!!! setiap benda di dunia pasti ada baik buruknya.. takde benda yang betul-betul perfect.. Nescafe masih punya banyak kebaikan.. kalu nak tahu, search sendiri.. aku tak nak ulas panjang-panjang.. Yang paling aku suka pasal kebaikan nescafe ialah, mengerapkan kadar kencing kita walaupon kencing tu dalam kuantiti yang sedikit.. Hal ini dapat mengelakkan kita dari menghidapi penyakit batu karang. Tak tahulah benda ni betul atau tidak, tapi yang pastinya aku pasti akan kerap kencing selepas minum Nescafe.. Kerap ke tandas takpe, asalkan tak dapat batu karang..kan?? lagipon, ketahanan otot kaki juga akan bertambah kerana kita sering berlari ulang- alik nak masuk tandas..




 Ingat Nescafe, Ingatlah Maya Karin~ 




Friday, August 19, 2011

Apa jenis manusia

Manusia ni memang macam-macam jenis punya perangai.. lain kepala, lain bahasa.. Ada yang sombong, ada yang suka berkawan, ada yang suka mengutuk, ada juga yang suka memuji.. Al-kisah, ada la sorang teman tu.. baru-baru ni sering ditimpa masalah.. dan aku jugak la yang dicarinya untuk mengadu.. Yang boleh aku bantu, aku cuba bantu sedaya yang boleh.. yang tak mampu, aku cuma boleh nasihatkan je la.. beri jalan penyelesaian yang terbaik..

Pukul 10 malam dia call, aku jawab.. pukul 3 pagi dia mesej aku balas.. pukul 7 pagi dia call aku jawab, pukul 2 petang dia mesej, aku balas.. pendek kata, tak kira masa dia akan cari aku untuk meluahkan masalah beliau.. aku habiskan kredit telefon 20, 30 hengget, takpe la..teman punya pasal.. aku habiskan duit 2,3 ratus, tak pe la.. kawan nak guna.. aku habiskan masa aku seharian sampai berminggu, ok lah.. luangkan masa untuk kawan.. aku perahkan kudrat tulang 4 kerat dengan berpenat lelah pon, takde masalah.. kerana teman.. bila dah lama, aku pon tanya la sikit.. macam mana ngan masalah dulu? sekarang ok ke? jawapan dia hanyalah, "kenapa ko nak sibuk pasal hidup aku?".." jangan nak sentuh pasal peribadi aku!!" 

Ohh.. begitu rupanya balasan yang diterima..Salahkah aku untuk bertanya? tetiba aku rasa aku memang seorang penyibuk.. ok, aku janji..mulai hari ni, aku takkan ambik tahu lagi pasal ko.. ko nak panjat pokok kelapa, pastu terjun pon aku tak kesah.. Jangan lagi cari aku lepas ni.. Apa jenis manusia la ko ni??



Monday, August 15, 2011

Puasa pon masih.....

Dalam mengharungi bulan Ramadhan Al-mubarak ni, dengan keletihan menahan diri dari lapar dan dahaga, ada baiknya jika kita membaca Al-Quran jika ada masa terluang.. malam-malam pulak pergi solat terawih.. Di kala tengah malam tu, kalu tak nak baca Al-Quran, takut mengganggu tidur orang lain, ada baiknya jika kita bersolat tahajud, solat hajat, solat tasbih dan apa-apa sahaja perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada kita..

Jika tak mahu buat semua tu, lebih baik korang tidor je.. siang hari, kalu tak nak batal puasa sebab tidor kuat, baik korang gi jalan-jalan, pusing-pusing bazar Ramadhan.. survey harga air soya ke, cara nak menebar murtabak ke.. kalu tak larat, baik buka komputer, pasang bacaan ayat Al-Quran ke, tengok cerita upin ipin ke, download cerita naruto ke.. sesungguhnya itu adalah lebih baik dari korang dok surf internet tapi dok search benda macam  kat bawah ni... bangang!!!!





Itulah hasil search keyword yang ada kat blog aku untuk hari ni.. apa punya cilakak la perangai haram jadah macam ni.. kalu search sejarah perkembangan Islam ke,  cara bertaranum ke, adab membaca Al-Quran ke, sejuk jugak mata aku memandang.. ni apa kehal awek bogel lah, bau spender la... puasa-puasa pon masih lagi manjadikan hawa nafsu tu sebagai raja sedangkan kita berpuasa ni untuk melemahkan nafsu.. Blog aku bukan tempat untuk melucah ok!!! kalu nak membatalkan puasa tu, sila pergi tempat lain.. cari la mejah ke, ayeem ke..sebab diorang tu blogger terlucah peberet aku..hahahaha...

Setia

Makin hari, makin banyak kes curang yang terdedah..  tak kira yang curang tu perempuan atau pun lelaki.. tapi yang aku perhatikan, selalunya lelaki sahaja yang akan di aim sebagai curang.. suka cari perempuan lain.. memang sifat lelaki nak cari yang lain..semua lelaki adalah sama.. tapi bila ada kes perempuan curang, orang cuma akan kata, "ish..tak baik betul perempuan tu".. lepas tu terus senyap..

Memang aku hairan ngan sikap manusia ni..kenapa perlu curang?? kenapa tak boleh setia?? selalu je aku lihat, bila si lelaki tu setia, yang perempuan pulak yang buat hal.. bila yang perempuan baik, si lelaki pulak cari yang lain.. sebenarnya tak perlu timbul ayat lelaki memang suka pasang lain.. sebabnya perempuan pon sama je..semua tu atas peribadi masing-masing je.. ni aku nak tanya skit, kalau semua lelaki curang, kenapa kadar perkahwinan di Malaysia ni majoritinya berkahwin satu? bak kata P.Ramlee, satu..banyak.. dua..skit-skit.. tiga.. kadang..kadang.. empat..jarang-jarang..

Kenapa ramai lelaki berkahwin satu walaupon mereka dibolehkan dan mampu untuk kahwin lebih ramai? Lagi pon, tak menjadi kesalahan kepada lelaki jika curang sekali pun kerana mereka ada hak untuk mendapat pasangan yang lebih walaupon madu tu amat pahit kepada wanita.. tapi jika perempuan yang curang, itu dah sah-sah salah dari segi norma kehidupan mahupun hukum agama (bagi yang berkahwin).. kepada wanita-wanita yang mengeluh kerana pasangan curang tu, aku nasihatkan, baik kapel je ngan aku..comfirm, memang aku takkan cari yang lain..hahahaha.. tapi terhad kepada sorang yang terawal je sebab aku takkan curang dah.. Hmm..kenapa la orang yang setia macam aku jugak yang selalu ditinggalkan.. mungkin sebab aku tak bagi ayat-ayat romantik kot.. tapi ingatlah wahai perempuan, lelaki yang romantik tu la yang suka cari pasangan lain..kalau korang pon boleh terpikat ngan ayat-ayat dia, masakan orang lain tak terpikat?? tepuk perut, tanyalah diri..puasa tak hari ni...harharhar...




p/s : tetiba rasa nak layan lagu irwansyah.. aku memang pencinta wanita, namun ku bukan buaya~


Monday, August 8, 2011

Kasih sayang Ibu bapa

Baru-baru ni aku ada baca satu buku... ada satu tajuk dia yang betol2 menarik perhatian aku. Tajuk dia mengenai kasih sayang ibu bapa. Apakah betol setiap apa yang di lakukan oleh ibubapa terhadap anak2 adalah demi kebaikan anak2 mereka? bagi ibu bapa terutama orang melayu, mendidik anak perlu tegas dan penuh unsur paksaan.. marah dan mengherdik itu satu kasih sayang.. memukul dan merotan itu satu kasih sayang.. membebel dan memaksa itu satu kasih sayang... apakah benar itu dianggap kasih sayang? namun itu lah yang menjadi kebiasaan ibubapa terutamanya orang melayu dalam memberikan kasih sayang kepada anak2..

kenapa kah ibubapa tidak menunjukkan sahaja kasih sayang melalui sifat kasih dan sayang mereka? kenapa kasih sayang perlu di terjemah kepada pukulan dan maki hamun? mungkin kasih sayang sebegitu boleh di praktikkan pada masa dahulu.. zaman sekarang, kasih sayang dengan pukulan dan bebelan tidak berkesan kepada anak2.. anak2 yang tidak berfikiran matang akan merasakan mereka dibenci dan tidak disukai oleh ibubapa..

sebab itu sekarang ni kian menjadi-jadi kes lari rumah, pukul ibu bapa bahkan sampai membunuh ibubapa.. semua itu lantaran tidak tahan dengan sikap dingin dan bebelan orang tua.. kalu zaman dahulu, menurut mak aku, walau kena pukul pon, terpaksa tahan je.. nak lari rumah pon nak pergi mana.. kalu malam gelap gelita.. hutan je sekeliling.. zaman sekarang ni berbeza sama skali..hutan batu memenuhi segenap ruang.. cahaya neon bergemerlapan..para sahabat pon bertaburan. boleh menumpang teduh rumah kawan.. kalu mak kawan tanya, katanya dihalau ibubapa.. itu yang biasa terjadi..

Sedarlah para ibubapa, zaman sekarang bukan lagi seperti zaman dahulu.. anak2 sekarang mudah memberontak dek kerana pemikiran yang tak matang. cuba2 lah memberikan kasih sayang kepada anak-anak dengan kasih sayang yang sebenar secara terus.. tak perlu lagi kasih sayang itu di terjemah kepada pukulan dan bebelan..

kasih sayang dan sifat lemah lembut akan melembutkan juga hati anak2... Rasulullah sendiri pernah berpesan supaya menjadikan anak2 sebagai kawan apabila mereka di ambang remaja. Ini kerana anak2 akan mudah mengikuti apa yangg rakan mereka lakukan. melalui psikologi, menurut Dato Dr Haji Fadhilah Kamsah, anak2 masa kecil suka menjadikan ibubapa sebagai role model.. bila di skolah rendah, anak2 lebih suka menjadikan guru sebagai role model.. dan bila remaja, anak2 akan lebih suka mengikut apa yang kawan2 mereka lakukan..oleh itu, ibu bapa perlu menjadikan kawan kepada anak2 yang remaja supaya mereka mudah mengikuti anda dan bukannya berpeleseran dengan kawan2 mereka yang lain..

Sebagai anak, kita juga janganlah cepat berkecil hati dan memberontak dengan ibubapa jika mempunyai ibubapa yang suka membebel dan memukul..sebolehnya, elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan bebelan dan kemarahan ibubapa.. sedarlah kita syurga itu dibawah tapak kaki ibu. kadangkala ada juga bebelan dari ibubapa yang kita rasakan tidak berasas, tapi cuba2 lah meletakkan ketepi sahaja bebelan yang tidak berasas. dan ambil lah pengajaran dari bebelan yang bermanfaat..sememangnya bebelan dan kemarahan itu adalah kasih sayang mereka. tapi mereka masih terikut2 cara didikan yang mereka terima dari datuk dan nenek dulu..

kita seharusnya sedar, orang2 tua dahulu sememangnya suka berkias dan tidak melakukan sesuatu secara terus melainkan ada benda yang tersirat.. marah itu tanda sayang.. sayangkan anak tangan2 kan, sayangkan isteri rapat2kan tinggal2 kan.. jadi korang fikirlah, apakah bebelan dan kemarahan serta pukulan itu sesuai untuk menunjukkan kasih sayang korang kepada anak2.. sesungguhnya pemikiran setiap orang tak sama... 



p/s : aku masih lagi bujang trang tang tang.. tak tahulah macam mana cara aku untuk mendidik anak2.. yang aku dapat bayangkan, amat sukar membesarkan anak2... tapi kesukaran itulah yang pernah di tempuh oleh ibu dan ayah aku... terima kasih mama & abah kerana telah membesarkan aku. (walaupon penuh bebelan, tapi bebelan itu yang menjadikan aku seorang manusia)

Saturday, August 6, 2011

Bergaya dengan Fixie

Baru-baru ni aku sedikit tercengang bila tengok beberapa kumpulan budak-budak berkonvoi basikal keliling kampung. perghhh..budak-budak sekarang dah ada permainan baru.. bergaya dengan basikal fixie yang berwarna-warni.. memang cool lah~ zaman aku dulu-dulu, yang aku ingat, budak-budak suka bergaya dengan Chopper, BMX.. basikal BMX paling kuat pengaruhnya dulu sehingga popular dengan skill yang macam-macam.. lepas tu basikal mini.. basikal mini dulu hanya sinonim dengan budak perempuan je.. tapi pada satu tahap, basikal mini mula menjadi rebutan budak lelaki sebab nak bergaya dengan basikal mini yang ditukar aksesori.. fuhh..tak sangka basikal pon boleh menggamit memori silam..


Budak sekarang ni pulak dah bergaya dengan basikal fixie.. harga fixie yang aku dengar-dengar paling murah pon antara RM400-500 sebiji hinggalah mencecah ribuan ringgit bergantung kepada jenis dan modelnya.. dengan warna yang terang dan menyilaukan mata, fixie memang mudah menarik perhatian orang.. yang aku tak berapa berkenan pasal fixie ni ialah ia tidak mempunyai brek.. agak bahaya kepada penunggang yang baru nak belajar guna. kepada pengguna baru tu, aku syorkan agar memasang brek pada fixie anda.. kalu dah terer bawa nanti, ok la skit.. basikal ni memang tidak menggunakan brek kerana dia ia hanya dihentikan dengan teknik kayuhan reverse.. maknanya otot kaki korang mestilah kuat untuk menjadi penunggang fixie ni.. tambah menarik lagi, basikal ni boleh dikayuh kebelakang.. 

Tengok kepada penunggang fixie ni, mereka terdiri dari kalangan lelaki mahupon perempuan..kalu BMX dulu, budak pompuan memang jarang ada yang join.. tak sangka fenomena kegilaan terhadap fixie ni melibatkan semua lapisan masyarakat samada muda mahupon dewasa tanpa mengira jantina.. secara umumnya, aku rasakan fenomena fixie ni agak positif kerana golongan belia akan lebih tertumpu kepada aktiviti yang aktif dan secara langsung jugak akan mengurangkan kadar aktiviti merempit yang tak berfaedah.. tiada rempit, maka tiada jenayah ragut..hmmm, aku masih berfikir..perlu ke aku jugak memiliki fixie ni???





Thursday, August 4, 2011

Tak pernah takut

Selama ni, saban tahun kita asyik didedahkan dengan berita kemalangan dan kecelakaan sempena bulan puasa.. hmm.. apa lagi jika bukan kemalangan pasal main mercun.. setiap tahun, bila tiba je bulan puasa, maka akan muncullah di berita utama dan surat khabar.. remaja putus jari.. kanak-kanak kudung tangan.. budak skolah mati meletop... walaupon sering didedahkan dengan bahaya mercun , tapi permintaan dan kegalakkan masyarakat terhadap mercun dan pernah menurun bahkan lebih bertambah..

Begitulah sifat manusia ni.. sebelum terkena kepada diri sendiri, takkan pernah rasa takut tu terlekat dihati.. bila tengok berita orang kudung terkena letupan mercun, mereka hanya akan memandang sinis sambil mengejek.. "tu la..nk main mercun tak pandai..padan muka".. walaupon kata-kata itu tak terluah, namun itulah yang tersemat di hati..jika tidak masakan kejadian sebegitu tidak dijadikan iktibar..bila dah terkena pada diri sendiri, barulah nak rasa menyesal..hmmm..kalu bengkok jari skit, ok lagi kalu nak menyesal..tapi kalu dah mati??? takde guna nak menyesal...

Jika bulan puasa sibuk dengan berita pasal kemalangan kerana mercun, bila dah raya pulak penuh pulak dengan berita pasal kematian kerana kemalangan jalanraya.. itulah yang terjadi setiap tahun.. memang manusia tak pernah takut untuk mati.. berita pasal kemalangan langsung tak diendahkan selagi nyawa sendiri belum tergadai.. mesti jugak nak bawa kereta laju-laju selagi hayat dikandung badan..



p/s : aku memang tak suka nak main mercun dari kecik lagi.. hanya tengok je budak-budak lain main... kadang-kadang terhibur jugak..kadang-kadang serabut pulak ngan bunyi pong-pang pong-pang....

status paling banyak

Setiap kali bulan puasa, aku tengok kat wall pesbuk member-member paling banyak dok post status pasal juadah berbuka ngan juadah bersahur.. asyik-asyik tulis kat wall , "Hari ni berbuka ngan air kosong dan sebiji kurma"..  " hari ni hanya minum sirap dan nasi goreng"... "menu sahur hari ni hanya milo suam".. bukan aku nak kutuk atau menghina, tapi rasanya aku dah bosan dok ngadap post yang sama je setiap hari.. 

Yang herannya, takde pulak yang post "hari ni aku berbuka ngan capucino blended 4gelas ngan nasi 3 pinggan yang cuma berlaukkan ayam tandoori, ikan patin gulai tempoyak, ayam goreng halia dan daging masak merah..".. kebanyakan post yang dibaca hanyalah yang mengamalkan sikap bersederhana.. tapi bila di tanya secara bersemuka, "apa menu kau berbuka hari ni?" jawabnya macam-macam.. "air sirap bandung 3 gelas, air kelapa 3 gelas..maklumlah panas sekarang ni".. "makan pulak sampai tersadai kekenyangan..nasi 2 pinggan, lauk ayam goreng berempah, daging bakar ngan telur bungkus..fuhhh!!!" sambil menepuk-nepuk perut...

Kenapa tak boleh nak post benda lain skit kat pesbuk? asyik2 senarai menu berbuka ngan sahur je.. rimas dah aku ni..ekekeke... cuba la ubah sikit contohnya "hari ni aku puasa penuh".. "hari ni aku terminum air sirap. aku lupa sedang berpuasa lalu teruskan saja memakan nasi..." "hari ni aku berebut aiskrim ngan adik aku sebab tak tahan panas".. dengan status begini, maka kita akan kelihatan lebih bangang.. barulah lebih ummmphh~ 




p/s : takde idea nak update blog.. sekurangnya, aku dah bazirkan masa korang selama 5 minit untuk membaca entry ni.. sebaiknya, baik korang gi baca Al-Quran pasni..hahahaha

p/s 2 : maaf kepada sesiapa yang terasa.. aku hanya taip secara spontan kerana kekeringan idea.. ampunnn!!!

Thursday, July 28, 2011

Ikut Kemampuan

Lihat budak-budak sekolah sekarang, fuhh...pergi sekolah tak nak pakai seluar yang dibeli. mau pakai seluar yang di tempah dari kedai.. tak pergi sekolah naik motor Honda CDI apatah lagi jika ibubapa yang pergi hantar.. kalau boleh nak bawa sendiri motor ke sekolah.. paling lekeh pon Yamaha Ego, 135 LC.. EX5 pon dah pandang sebelah mata.. Sampai ada yang mengamuk kat mak ayah supaya dibelikan motor kalu tak, kononnya tak nak pergi sekolah.. duit poket paling kurang RM5 sehari.. belum termasuk ngan duit untuk waktu petang kalu ada kelas tambahan..

Perghh.. kecik-kecik dah demand gila khinzir.. balik-balik skolah, buku tak reti nak belek dah.. yang tahu hanya komputer. petang-petang pulak bawak motor untuk makan angin petang..Hmm..berbeza dengan zaman aku walaupon tak sampai 10 tahun lagi aku meninggalkan dunia persekolahan.. aku dulu dapat naik basikal buruk pon jadilah.. teringat kata-kata mak aku, dia dulu jalan kaki je ke sekolah walaupon  jauh berkilo-kilo.. sekarang ni, walaupon sekolah ngan rumah tu, kalau kentut pon masih boleh hidu baunya pon tetap nak kena start motor jugak.

Baju mesti branded.. henset mesti canggih.. kurang-kurang biar dapat black berry.. baju murah tak nak pakai, nanti malu.. henset tak canggih tak nak, nanti kena kutuk.. motor buruk taknak naik, nanti orang mengata.. selalu fikirkan pandangan orang lain supaya kita kelihatan mewah dan setaraf dengan kawan-kawan yang lain.. ptuuuiihh.... Janganlah terlalu nak ikutkan kawan.. fikirlah juga kemampuan keluarga.. takde faedahnya nak bergaya dengan harta mak bapak.. tunggu bila dah kerja nanti, bergayalah guna duit sendiri.. so, masa blajar sekarang, buat sungguh-sungguh..nanti baru dapat kerja best..Hmmm, aku masa kat universiti pon masih pakai motor buruk biarpun orang lain ngan motor besar dan bergaya.. biarlah orang nak mengutuk pon. biar la takde awek nak layan pon.. kurang-kurang aku tak perlu jalan kaki jauh-jauh.. tak perlu susah-susah nak tumpang orang.. stakat dapat awek pon yang hanya memandang kebendaan, apa jadahnya..

Sekarang aku dah habis belajar..nanti aku kerja, kumpul duit banyak-banyak..aku pon nak bergaya dah.. nak beli kereta besar.. nak beli rumah besar.. nak cari bini besar..ekkk????


Tuesday, July 26, 2011

Spek Hitam

Aku suka melihat koleksi spek hitam yang bermacam-macam bentuk dan gaya.. dari yang harga beratus mahupon yang spuluh hengget kat pasar malam tu.. Yang peliknya, walaupon aku suka tengok, tapi aku tak kumpul pon buat koleksi peribadi.. sebabnya aku bukanlah orang yang suka pakai spek hitam walaupon di bawah panas terik.. kalu pakai pon jarang-jarang masa nak ambik gambar.. Kononnya nak kasi lebih hensem kot~ ekekeke...

Yang lebih menghairankan aku, ada sesetengah manusia ni suka pulak pakai spek hitam sepanjang masa.. tak kira waktu..pagi, petang, siang., malam sentiasa berspek hitam..macam datuk kame dalam cerita dragon ball tu.. entah la apa pemikiran diorang kalu pakai spek ni.. tengah malam-malam buta pon pakai spek hitam.  nak makan pon pakai spek hitam.. nak berak pon masih pakai spek hitam.. mungkin diorang ni merasakan diri tu terlalu hensem.. aku gunakan istilah hensem sebab kebanyakan manusia yang sentiasa berspek hitam ni adalah lelaki.. perempuan pon ada tapi tak la selalu dijumpai. Perempuan yang selalu pakai spek hitam yang aku kenal hanyalah akak LM. tu pon sebab dia tak tahan dengan kepanasan kat Qatar. dah balik Malaysia ni,mungkin dah tak pakai kot~

Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, apa kejadahnya memakai spek hitam di waktu malam? dah la persekitaran pon dah gelap, pakai lagi spek yang gelap.. orang buta pon reti masa mana nak pakai spek tu.. bukan sepanjang masa melekat..hmmm, hari ni pon, pagi-pagi lagi aku dah jumpa ngan sorang mamat kat kedai makan..sambil minum air teh, spek hitamnya tak lekang dari depan matanya sampai baca paper pagi-pagi pon pakai spek hitam.. errr...bro, lu rasa diri lu tu kacak sangat ke??


*kenapa artis suka pakai spek besar??



Sunday, July 24, 2011

Pemelihara wanita

Zaman sekarang ni, budaya kapel dan tak menjadi kepelikan.. yang peliknya adalah jika korang takde kapel macam aku ni.. orang yang takde kapel, tak bergayut di telefon, dan tak berSMS macam aku sering dipandang jelek, tak bermaruah, tiada harga diri, tak pandai mengayat dan sebagainya.. Lantak la orang nak kata apa pon, biarlah aku dengan cara aku yang bujang trang tang tang ni.. itu lebih baik dari aku menjadi hamba wanita atau pon pemelihara wanita.

Seringkali  kita tengok, kebanyakan orang yang berkapel ni, mesti lelaki yang kena keluarkan duit. kononnya gentleman la kalu dapat belanja awek.. Bagi aku sendiri, tak salah kalu nak belanja awek makan jarang-jarang.. nak belikan barangan kadang-kadang.. tapi amatlah bangang jika setiap hari perlu menanggung awek tu.. amat gembiralah betina yang suka mengikis dan pisau cukur kalu dapat lelaki bangang yang rela membelanjakan duit sampai ratus-ratus setiap hari.. lagi bangang jika lelaki tu pon masih lagi blaja kat sekolah mahupon IPT. duit pon masih mintak kat mak ayah, ada hati lagi nak bagi kat perempuan.. diri sendiri rela makan megi hari-hari.. duit PTPTN pon banyak mana la sangat..cukup-cukup nak buat bayar sewa rumah.

Macam la si perempuan tu takde mak bapak yang menanggung dirinya.. si lelaki apakehal sampai bangang nak jadi penaja hidup perempuan pulak..belum jadi laki bini dah mintak macam-macam.. bila di tanya pada lelaki, mereka akan jawab, "tak pe..aku masih mampu untuk memelihara perempuan tu".. betul ke mampu jika sampai tahap menipu mak bapak dan orang lain hanya kerana nak dapatkan duit bagi memenuhi permintaan si awek? Pada pemerhatian aku, perempuan yang suka meminta-minta dari lelaki ni takkan kekal lama dengan korang. time korang berduit, adalah mereka akan menempek dan bergedik..bila dah kering nanti, hmm, bye bye la lelaki tak guna..dan lagi, kebanyakan perempuan yang suka meminta dari lelaki ni biasanya ada lelaki lain dibelakang..Kepada lelaki bangang, beringatlah sebelum di tinggalkan..jika duit tu korang simpan, aku rasa dalam 3,4 tahun nanti dah boleh buat rumah banglo.. hmmm..kalu lah aku seorang perempuan, mungkin aku pon akan jadi pisau cukur kot..perghh..senang lenang hidup tanpa perlu bekerja.




p/s : ada juga kapel yang mana perempuan perlu menaja hidup lelaki..hmmm..
p/s/s : dari  belanjakan duit untuk perempuan, baik belanjakan untuk kawan-kawan.. nanti dah clash ngan perempuan, semua duit tu hangus je. tapi kawan still ada biar pun korang tu masih susah.maksud aku yang betul-betul kawan la...

Friday, June 3, 2011

Tak Tertahan

Aku tengok last entry aku ialah seminggu lepas.. sebenarnya, tu pon entry auto publish..memang sakit hati sangat-sangat sebab tak dapat nak online.. baru ni, telekom ada bagitau, kabel telefon yang dicuri telah disambung balik.. tapi setelah aku cuba, talian telefon dan internet tetap tak dapat.. bila aku selidik, rupanya, kabel yang baru dipasang tu telah di potong balik oleh pencuri yang bangang..aduhh!!!

Memang menyakitkan hati apabila 2,3 bulan perkhidmatan telefon dan internet dikenakan caj tetapi tiada perkhidmatan.. ibarat pergi ke pasar dan membayar duit kepada penjual ayam tanpa membeli ayam.. betul ke tindakan macam tu? bukan nak menyalahkan pihak telekom sepenuhnya, tetapi cubalah mereka fikir, betul ke tindakan mengenakan caj setiap bulan tanpa memberikan perkhidmatan?

Sekarang, aku tak nak pikir sekejap masalah pasal internet ni.. cuba menenangkan fikiran dengan melancong ke Langkawi..ekekeke..sungguh kelabu mata bila melihat barang-barang murah.. walaupon barang di Kelantan pon masih murah, tapi di Langkawi lagi la jauh murahnya..hmm, tiada cukai la katakan~ Sekarang aku nak mendamaikan otak dengan bercuti..

Tuesday, May 24, 2011

conteng dinding

Bila pergi ke rumah orang yang ada anak kecil, aku perhatikan, kebanyakan rumah mereka pasti mempunyai dinding yang mempunyai contengan. Bermacam gambar yang dilukis di dinding termasuklah garisan-garisan yang ntah apa-apa dilakarkan pada dinding rumah. Teringat pulak masa kecik-kecik dulu… aku pon antara kanak-kanak yang suka menconteng dinding rumah. Bermacam jenis lukisan aku hasilkan sehingga menimbulkan kemarahan mak aku..ekekeke

Tak cukup ngan pensil, pen, crayon pon dibantai untuk menghasilkan lukisan aneh tu.. paling tak tahan, aku  pernah conteng dinding rumah dengan menggunakan abu dari ubat nyamuk yang melingkar tu.. pergh…artistik betul masa kecik-kecik dulu.. ada juga aku menggunakan arang.tapi tu dibahagian dinding luar rumah. Kalu dalam rumah guna arang, agak-agaknya almarhum dah aku kena tibai ngan bapak aku..

Walaupon dunia dah serba moden, tapi anak-anak kecil sekarang pon masih suka menconteng-conteng.. Jadi, kepada yang ada anak kecil tu, harap-harap dapat la sediakan kertas dan pensil yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka dapat menghasilkan karya mereka ditempat yang betul..ekekeke.. tak pon sediakan white board ngan marker pen. Penggunaan white board aku rasa lebih berkesan. Tapi kena la pantau selalu kegiatan anak-anak tu. Kalu tak nak sediakan benda-benda yang dapat digunakan oleh kanak-kanak untuk menconteng, aku sarankan supaya korang sediakan cat yang secukupnya untuk cat balik dinding tu.. Kalu jenama cat, aku hanya syorkan, gunalah Nippon Paint..eh, boleh lagi buat iklan~



gambar dari blog apa ku nak kata, hasil dari aku menggoogle~


Saturday, May 21, 2011

Internet

Pergh… sejak balik ke kampung, hidup aku penuh dengan keboringan. Dah la aku baru balik dari KL, tup-tup mak ayah aku pulak pergi ke KL sebab nak hantar adik aku masuk matrik. Aduii, dok pulak sorang-sorang kat rumah.. nak ikut depa pon, punggung aku pon belum panas lagi dok kat kampung ni.. lebih memboringkan lagi, internet pulak takde..adehh..kabel telefon kena curi dek pencuri yang rakus dan bangang.maka secara otomatik, aku takleh nak online..

Hari ni nasib baik sebab sepupu aku dari Kota Bharu yang bertugas kat tempat aku kena on call dan datang bermalam kat rumah aku.. dengan muka seposen, aku pon meraih simpati dari beliau untuk meminjam perkhidmatan broadbandnya. Dengan hikmat muka seposen, akhirnya aku berjaya meng’update’ blog..ekekeke..  maaf entry kali ni tiada yang istimewa sebab aku kehilangan idea semenjak ketiadaan internet. Aku Cuma nak meluahkan perasaan gembira sebab dah dapat online sejak dari beberapa hari yang lalu..

Akhirnya sikap addict aku terhadap blog terubat.. ye, memang aku addict gila khinzir ngan blog sekarang ni.. sebenarnya aku bukan addict kepada internet tetapi kepada blog. Begitu juga dengan kebanyakan golongan masyarakat kita.. yang aku perhatikan, ramai yang addict kepada facebook, blog, laman web lucah dan sebagainya.. asal surf internet je, buka menatang benda tu.. hakikatnya masih ramai yang tidak memaksimumkan penggunaan internet. Kita hanya sekadar memerlukan internet untuk membuka facebook semata-mata.. bukan menggunakan internet secara sepenuhnya.. tapi ada sorang member aku yang merangkap designer dan penasihat aku, memang betul-betul hidup dengan internet..segala-galanya adalah internet. Jika tiada internet, mungkin beliau akan gila agaknya.. hmm, teringat ngan falsafah hidupnya, “segalanya berada dihujung jari”





p/s : tetiba aku teringin nak menjual burger kat kampung. Hmm..masih dalam perancangan..