Pages

Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Tiada yang baik

Sesungguhnya dalam dunia sekarang ni tiada manusia yang sempurna..setiap manusia pasti ada khilafnya.. tak terlepas juga diri aku sendiri yang kononnya ‘bajet’ baik sebab selalu dok kutuk orang lain.. kadang-kadang, ada benda yang kita sedar dan ada benda yang kita tak sedar ketika kita melakukannya.. Setiap bicara kita, sebolehnya kita ingin semua pihak menyenangi kita namun pasti akan nada yang tak menyukai.. tutur kata dan perbuatan kita pasti pernah melukai dan membuat orang terasa hati..

Sekiranya aku pernah menyakiti dan melukai sesiapa, sepuluh jari aku susunkan dan ampun maaf aku pohonkan.. aku masih manusia yang punya ego dan emosi yang kadang-kala sukar untuk mengawalnya.. Sempena berlalu bulan yang mulia ini, maka akan tiba pula saat yang dinantikan semua.. Syawal bakal membuka tirainya.. dengan rendah diri dan ikhlas hati, ingin aku ucapkan kepada semua yang mengenali diri ini samada didunia nyata mahupon dunia maya, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin.. Kepada mereka yang ingin menuju ke desa halaman,  pulanglah dengan selamat.. Ingatlah mereka yang tersayang.

Setiap manusia pasti ada silapnya.. manusia tetap punya kebaikan dan keburukan masing-masing..Tiada manusia yang betul-betul baik selain Rasulullah.. dan pada malam terakhir Ramadhan ni, aku jumpa perkara yang tak baik juga.. search keyword kat blog aku tiada perkataan yang baik-baik.. cisss…sungguh tak baik manusia itu, mencari perkataan yang tak baik di malam yang baik..





Monday, August 15, 2011

Puasa pon masih.....

Dalam mengharungi bulan Ramadhan Al-mubarak ni, dengan keletihan menahan diri dari lapar dan dahaga, ada baiknya jika kita membaca Al-Quran jika ada masa terluang.. malam-malam pulak pergi solat terawih.. Di kala tengah malam tu, kalu tak nak baca Al-Quran, takut mengganggu tidur orang lain, ada baiknya jika kita bersolat tahajud, solat hajat, solat tasbih dan apa-apa sahaja perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada kita..

Jika tak mahu buat semua tu, lebih baik korang tidor je.. siang hari, kalu tak nak batal puasa sebab tidor kuat, baik korang gi jalan-jalan, pusing-pusing bazar Ramadhan.. survey harga air soya ke, cara nak menebar murtabak ke.. kalu tak larat, baik buka komputer, pasang bacaan ayat Al-Quran ke, tengok cerita upin ipin ke, download cerita naruto ke.. sesungguhnya itu adalah lebih baik dari korang dok surf internet tapi dok search benda macam  kat bawah ni... bangang!!!!





Itulah hasil search keyword yang ada kat blog aku untuk hari ni.. apa punya cilakak la perangai haram jadah macam ni.. kalu search sejarah perkembangan Islam ke,  cara bertaranum ke, adab membaca Al-Quran ke, sejuk jugak mata aku memandang.. ni apa kehal awek bogel lah, bau spender la... puasa-puasa pon masih lagi manjadikan hawa nafsu tu sebagai raja sedangkan kita berpuasa ni untuk melemahkan nafsu.. Blog aku bukan tempat untuk melucah ok!!! kalu nak membatalkan puasa tu, sila pergi tempat lain.. cari la mejah ke, ayeem ke..sebab diorang tu blogger terlucah peberet aku..hahahaha...

Saturday, August 13, 2011

Mencari Lailatulqadar

Bulan Ramadhan menjadi bulan untuk kita mengumpul pahala kerana pada bulan ni, pintu syurga akan terbuka seluas-luasnya dan akan tertutupnya pintu-pintu neraka.. Dek kerana tidak berumur panjang seperti kaum-kaum terdahulu, umat Muhammad diberi keistimewaan iaitu malam Lailatulqadar yang mana amalan pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal seribu bulan.. 

Banyak petanda yang diberikan kepada kita untuk mencari malam tersebut.. sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Pengasih kerana memberikan malam istimewa itu pada bulan Ramadhan.. dinyatakan pula dibulan Ramadhan itu, malam Al-Qadar terletak pada sepuluh malam terakhir.. lebih detail lagi, pada malam ganjil.. jadi sah-sah la malam tu hanya akan jatuh pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.. Hanya dalam 5 malam sahaja..tapi, selama ni, pada tahun-tahun yang lepas, pernahkah kita berjaga malam untuk beribadat pada 5 malam ni? hanya 5 malam setahun.. diberi lagi tanda-tanda Lailatulqadar ialah, malam tu akan sunyi sepi, tenang, cuaca elok.. pada paginya tu, langit seakan mendung..

Belum bersediakah kita untuk mendapatkan amalan yang sama seperti seribu bulan hanya dengan satu malam? Jika tak pasti hari apa, cuma cari malam tersebut dalam 5 malam sahaja.. Sesungguhnya Allah tidak membebankan manusia.. diberi kita peluang untuk mencari keredhaan-Nya.. Teringat aku masa kecik-kecik dulu, selalu je dengar cerita orang tua pasal malam lailatulqadar.. Ada yang kata nampak pokok sujud, ada yang nampak kuda terbang dan macam-macam lagilah..

Yang paling aku tak boleh lupa ialah ada sorang pakcik kat kampung aku.. dah lewat malam, dia baru balik ke rumahnya dengan berbasikal.. dalam perjalanan tu, dia ada jumpa sorang orang tua yang berpakaian serba putih berjalan kaki.. dia hanya menyapa hendak kemana.. orang tua tu hanya menjawab nak pergi ke surau depan tu.. baru je lepas selisih, pakcik tu terus terfikir, orang tua tu bukan orang kampugnya..tak pernah nampak pon.. bila fikir2 lagi, arah belakangnya yang dituju orang tua tu mana ada surau.. surau kat arah depannya.. lantas dia terus berpaling ke belakang.. sunyi sepi.. gelap gelita.. tiada sebarang manusia.. kemana pulak pakcik tua yang berjalan kaki tadi??  terus dia teringat malam lailatulqadar.. Ahh..menyesalnya dia kerana tak tumpangkan pakcik tadi.. kisahnya dijaja dikedai kopi..katanya kalau aku tahu orang tua tu malaikat, aku akan peluk kaki dia..aku nak mintak macam-macam.. Kami yang mendengar hanya mampu ketawa.. tapi sampai sekarang tak tahu siapa orang tua yang ditemuinya.. mungkinkah dia manusia biasa...atau pun wali atau pon benar malaikat.... Allah sahaja yang mengetahuinya..

Sunday, August 7, 2011

giveaway: THE COLORS OF RAMADHAN

Huh... Bulan puasa ni agak sibuk bagi aku..nak online pon jarang-jarang je.. tengah malam buta baru berkesempatan nak buka pesbuk, nak baca blog.. dan aku terperasan abang Eqbalzack ada buat GA.. aku berkira-kira nak join sebab aku dah lewat 4 jam dari tarikh tutup..huhuhu..papepon, aku tetap nak buatlah sebagai sokongan aku kepada abang Eq yang menjadi idola aku selama ni..gambar pon aku baru snap dalam pukul 11 tadi..masih panas-panas, terus upload.. sesiapa nak join, memang dah terlambat dah..tapi letak la juga link kepada sesiapa yang nak usha blog abag Eq..

 



Aku nak pamerkan gambar 'colek perut'.. Colek adalah makanan ringan yang menjadi keharusan bagi orang Kelantan pada bulan puasa.. Selepas solat terawih, maka masyarakat Kelantan tanpa mengira lapisan usia akan menuju ke kedai-kedai yang menjual colek..Kedai yang menjual colek memang mudah dicari pada bulan Ramadhan namun pada bulan-bulan lain, ingin mencari sebuah kedai yang menjual colek adalah ibarat mencari sebatang jarum di tengah padang..

Colek perut ni lebih kurang rojak.. Colek perut dihasilkan dengan campuran perut lembu, pelempong a.k.a paru-paru, timun, taugeh, keropok, cucur atau disebut juga 'jemput malas', dan kuahnya yang dipanggil 'colek'.. kuahnya pulak dimasak dengan campuran gula melaka, gula dan garam, asam jawa, otak udang, belacan,cuka dan lada kering.. Sesiapa yang nak cuba rasa bolehlah membuat kunjungan ke Kelantan pada bulan Ramadhan ni.. aku rasa kebanyakan orang Kelantan yang berada di luar negeri Kelantan akan terketar-ketar untuk merasa makanan yang hanya muncul pada bulan puasa ni.. Hmm..paling menarik, tahun ni aku sendiri dah jual 'colek perut' ni.. siapa mau boleh la order..harga cuma RM2.00 je~ ekekeke..








Friday, August 5, 2011

Kongsi

Sempena bulan Ramadhan al-mubarak ni, ramai blogger yang mengeluarkan entry pasal puasa.. Alhamdulillah, blog juga dapat dijadikan medan untuk berdakwah.. ternyata blog bukanlah hanya tempat untuk omong-kosong, bergelak- ketawa, mencari kawan mahupun lawan.. Dah alang-alang ramai yang berbicara pasal puasa ni, aku pon nak sentuh jugak la pasal isu ni..rasanya itu lebih baik dari dok bincang pasal keretakan hubungan Khairul Fahmi dengan Elia mahupun status pertunangan Ally Iskandar..

Masa dengar radio tadi, aku tertarik dengan ceramah yang diberikan oleh ustaz mana ntah.. katanya manusia ni sukar untuk berkongsi.. tak nak kongsi rumah, tak nak kongsi kereta, tak nak kongsi suami dan sebagainya.. tapi bulan Ramadhan ni mengajar kita untuk berkongsi..kita akan berkongsi rasa lapar dan dahaga.. kita akan berkongsi kemuliaan dan kerahmatan di bulan puasa, malah kita dianjurkan untuk mengeluarkan zakat untuk berkongsi sedikit kesenangan kita dengan fakir miskin..

Perkongsian itu bukanlah sesuatu yang berat dan membebankan.. tapi akan menjadi bebanan kepada kita sekiranya tiada keikhlasan.. kenapa susah sangat nak berpuasa? niatnya kerana Allah tetapi kebaikannya adalah untuk diri kita sendiri.. Bermulanya puasa, maka ramailah manusia yang akan mengaku gastrik.. memang hairan kerana mereka hanya akan gastrik bila tiba Ramadhan.. bila raya, ok pulak.. sampai la Ramadhan akan datang pulak menyusul..Hmm.. aku dulu pun pernah diserang gastrik.. bila tiba Ramadhan aku akan bimbang kerana kesihatan perut aku.. tapi yang hairannya, apabila aku puasa, langsung gastrik tu tak datang.. bila tiba raya pulak, penyakit tu datang balik.. dari situ aku percaya, Allah akan menolong hamba-Nya yang betul-betul ikhlas..bukanlah nak kata aku ni baik sangat.. tapi aku cuma berkata dari pengalaman.. Jika kita ingat Allah, maka Allah akan ingat kepada kita..Wallahuallam...