Pages

Thursday, August 25, 2011

Nescafe

Kalu bab minuman, aku rasa aku sangat menyukai Nescafe.. sehari tanpa Nescafe, rasanya hidup aku tak berapa sempurna lebih-lebih lagi bila terbayangkan wajah Maya Karin sedang tersenyum kat aku..Fuhhh!! Paling kurang pon mesti pekena segelas sehari.. tapi tak boleh 2,3 gelas secara berterusan minum Nescafe yang sama.. kalu dah minum Nescafe susu, mesti minum Nescafe 'O' pulak.. Aku tak boleh minum susu secara berterusan..nanti jadi muak dan loya..

Sehari kalu tak pekena nescafe, pasti aku akan lembik dan lemah longlai.. sebab tu penting bagi aku untuk bangun sahur.. bukanlah nak makan sangat sebenarnya, tapi sebab nak minum nescafe..tapi alang-alang dah bangun untuk makan, maka perlulah bagi aku untuk menelan sepinggan nasi sekurang-kurangnya..Agak-agaknya, mampu ke aku berpuasa jika tak pekena Nescafe?? Hmm.. misteri yang belum terungkai..hahaha.. Tapi seyes aku cakap, perot aku akan tetap berasa lapar selepas makan jika tak pekena nescafe.. tapi aku boleh tahan kelaparan jika tak makan asalkan dapat minum nescafe.. Perghh..memang hebat penangan Nescafe dalam kehidupan aku..

Pernah kecoh suatu ketika, kononnya Nescafe tu tak baik untuk kesihatan dan boleh memudaratkan badan.. Apa reaksi aku?? Ahh..lantaklah.. kalu bubuh racun pon aku tetap akan minum Nescafe.. Aku tak percaya tu semua.. Ada yang kata Nescafe ada keburukan.. Nah!!! setiap benda di dunia pasti ada baik buruknya.. takde benda yang betul-betul perfect.. Nescafe masih punya banyak kebaikan.. kalu nak tahu, search sendiri.. aku tak nak ulas panjang-panjang.. Yang paling aku suka pasal kebaikan nescafe ialah, mengerapkan kadar kencing kita walaupon kencing tu dalam kuantiti yang sedikit.. Hal ini dapat mengelakkan kita dari menghidapi penyakit batu karang. Tak tahulah benda ni betul atau tidak, tapi yang pastinya aku pasti akan kerap kencing selepas minum Nescafe.. Kerap ke tandas takpe, asalkan tak dapat batu karang..kan?? lagipon, ketahanan otot kaki juga akan bertambah kerana kita sering berlari ulang- alik nak masuk tandas..




 Ingat Nescafe, Ingatlah Maya Karin~ 




4 Orang mengumpat:

FaizalSulaiman said...

kopi secara semulajadinya mengandungi anti oksida.hehe

ambil dr quote maya karin

kalau aku ketagih nescafe, pagi petang siang malam akan minum.tak makan takpe.

pernah mengalaminya masa belajar dulu

Tholeha Mustapa said...

nescafe pekat giler tanpa gula mmg terbaik dari ladang :D

cik paja hanim said...

samela..suke gile minum nescafe..mase nk buat thesis dulu..mesti minum nescafe..baru dapat berfikir dengan ligat dan ayat pun cantik je..sgt setuju dgn fact di atas..:)

selamat hari raya!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kita geng..sbb akak sgt suka nescafe,sbb dia adik kpd kopi.hehe