Pages

Wednesday, August 3, 2011

Darjat perlu setaraf

Sambil aku melepak di kedai makan kakak angkat aku, kadang-kala aku akan turut menolongnya bagi meringankan beban si perempuan itu..timbul juga kesian kepada kakak aku tu.. aku tahu, menguruskan kedai makan tu sangatlah penat.. tapi demi mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya, dia tabah bekerja selepas kematian suami.. sesekali jika ada perempuan yang datang nak makan, maka aku dengan gaya yang mengkontrol macho pon akan cuba mengusha.. lepas ambik order dan buat air, maka aku pon borak-borak la sikit ngan perempuan tu.. 

Terkenangkan nasib diri yang belum berkapel sedangkan member-member ramai yang dah kawen, maka teknik usha-mengusha ni perlu dilakukan.. tapi aku takdela pasang niat nak ejas betol-betol..lebih kepada nak bergurau je sebenarnya.. kalu sangkut, ada jodoh, alhamdulillah~ hahaha... antara perbualan yang terjadi lebih kurang begini bunyinya...

Dia : Awak kerja kat kedai ni? Awak belajar sampai mana? SPM??
Aku : Ha'ah.. kerja jadi kuli je kat sini.. hmmm..bolehlah lepas SPM skit-skit..
Dia : Kalau boleh saya nak cari yang belajar kat U.. kerja kat KL. tak nak la yang kerja kat Kelantan ni..
Aku : saya bodoh.. tak layak masuk U.. nak kerja kat KL pon takde orang nak terima..tambah lagi saya tak pernah pergi KL..nanti sesat la pulak kat sana.. Hanya layak jadi kuli kat kedai ni je..
Dia : maaf la.. saya ni belajar kat UiTM.. kalau boleh, nak cari yang sepadan..

Aku hanya mampu tersenyum sambil bermain-main dengan anak kunci motor yang berada ditanganku.. sesekali aku merenung keychain di kunci motor yang tertera logo dan perkataan University of Malaya... Aku terus berfikir, ohh.. betapa pentingnya taraf yang sepadan untuk mencapai kebahagiaan... Nampak gaya, yang kerja 'kuli' macam aku takkan ada jodoh la melainkan dengan kuli jugak..

10 Orang mengumpat:

L said...

xper,,, uitm pun mcm u bese jak... sape2 boley masuk, nk xnk jerk. xdapalah u u nie kay.. =)
dtg sini bawak milo panas nk bg kat tuan belog.. sahur3!!! =)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/halwa-telinga.html

blog-tips-kurus said...

tak semua budak Uitm macam itu maaaa... (",)

Ayuni said...

negatifnye perempuan itu....

cik paja hanim said...

ala-ala memilih la pompuan tu. tapi tak perlu la dia nk sinis mcmtu skali..budak baru belaja la tu..hahahah

Faizal Sulaiman said...

budak uitm ke budak tu.memalukan je.

Unknown said...

L : sy pernah tolak tawaran ke uitm dulu..tp alhamdulillah dpt jgk pergi kt UM~ U mana2 pon sama je.. yg penting ada minat dalam jurusan pengajian..

Unknown said...

blog tips kurus : bukan semua bdk uitm gitu..tu sikap peribadi dia je.. blaja mana2 pon,kalu ada sifat rendah diri, x kan cakap dgn angkuh..

Unknown said...

ayuni : tp dia jujur~ cakap terus terang..hahaha

Unknown said...

cik paja hanim : mungkin dia rasakan masa depannya cerah jika dpt laki yg blaja kat u.. hmmm.. um ngan uitm mana yg lebih stendet? ekeke..

Unknown said...

Faizal Sulaiman : mungkin dia menganggap dirinya dh berjaya bila masuk U..