Pages

Showing posts with label SENI. Show all posts
Showing posts with label SENI. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

conteng dinding

Bila pergi ke rumah orang yang ada anak kecil, aku perhatikan, kebanyakan rumah mereka pasti mempunyai dinding yang mempunyai contengan. Bermacam gambar yang dilukis di dinding termasuklah garisan-garisan yang ntah apa-apa dilakarkan pada dinding rumah. Teringat pulak masa kecik-kecik dulu… aku pon antara kanak-kanak yang suka menconteng dinding rumah. Bermacam jenis lukisan aku hasilkan sehingga menimbulkan kemarahan mak aku..ekekeke

Tak cukup ngan pensil, pen, crayon pon dibantai untuk menghasilkan lukisan aneh tu.. paling tak tahan, aku  pernah conteng dinding rumah dengan menggunakan abu dari ubat nyamuk yang melingkar tu.. pergh…artistik betul masa kecik-kecik dulu.. ada juga aku menggunakan arang.tapi tu dibahagian dinding luar rumah. Kalu dalam rumah guna arang, agak-agaknya almarhum dah aku kena tibai ngan bapak aku..

Walaupon dunia dah serba moden, tapi anak-anak kecil sekarang pon masih suka menconteng-conteng.. Jadi, kepada yang ada anak kecil tu, harap-harap dapat la sediakan kertas dan pensil yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka dapat menghasilkan karya mereka ditempat yang betul..ekekeke.. tak pon sediakan white board ngan marker pen. Penggunaan white board aku rasa lebih berkesan. Tapi kena la pantau selalu kegiatan anak-anak tu. Kalu tak nak sediakan benda-benda yang dapat digunakan oleh kanak-kanak untuk menconteng, aku sarankan supaya korang sediakan cat yang secukupnya untuk cat balik dinding tu.. Kalu jenama cat, aku hanya syorkan, gunalah Nippon Paint..eh, boleh lagi buat iklan~



gambar dari blog apa ku nak kata, hasil dari aku menggoogle~


Monday, March 14, 2011

Indah Khabar

Mood berblog sekarang ni memang takde langsung.. dengan kesukaran mendapatkan internet disamping sibuk ke hulu ke hilir sekarang, memang dah hilang terus mood pada blog.. Kali ni aku nak cerita sikit pandangan aku pasal cerita Merong Mahawangsa yang baru di tonton beberapa hari lepas. Hmmm, dah beberapa kali aku dok promote cerita tu selama ni. memang trailernya mantap habis.. Akhirnya cerita yang aku tunggu-tunggu telah pun tertayang di pawagam.

Jika boleh vote dengan jumlah 5 bintang, aku bagi la empat bintang.. Sayang rasanya cerita yang menatap ni masih ada beberapa kekurangan.. Paling aku tak puas hati, pasal pencerita hikayat tersebut, Phra Om Mahawangsa, cucu cicit Merong.. Pada aku, Suara latar tu memang failed.. dengan bunyi garau dan tersekat-sekat memang langsung tak sesuai untuk dijadikan suara latar. Kenapa tidak gunakan suara yang  bersahaja..  Lepas tu, aku juga rasa tak sesuai rasanya dialog antara puteri China dengan Inangnya.. Kenapa perlu orang China berdialog dalam bahasa Inggeris antara sesama China. Logik jalan cerita macam tiada.. Kenapa tidak sahaja mereka berbahasa China. walaupon puteri tu dikatakan boleh bertutur banyak bahasa, tapi antara sesama mereka adalah mustahil untuk sentiasa berbicara dalam bahasa Inggeris.

Banyak lagi yang aku persoalkan tapi aku tengok ada jugak yang persoalan aku tu dah terjawab oleh Yusri masa tengok the making of Merong Mahawangsa. contohnya macam penggunaan kapal oleh tentera rom. Serangan Lanun Garuda yang lari dari cerita sebenar.. tapi perkara macam tu masih boleh dimaafkan.. dan aku rasa cara Yusri tu agak kreatif untuk gantikan burung garuda dengan lanun dari puak garuda. Selain tu, aku jugak tak puas hati dengan perkembangan jalan ceritanya.. Pada awal cerita, masih ok lagi.. tapi selepas rombongan rom dan china diserang, perkembangan cerita jadi terlalu cepat.. macam banyak yang di skip. Pape pon, kualiti cerita memang bagus.. Memang puas hati la boleh tonton filem dari tanah air yang berkualiti macam tu. 

Kalu mengikut pendapat kepala hotak aku, baik cerita Merong Mahawangsa tu dibuat 2 episod. nanti ada sambungan lagi. filem mula-mula baik buat dari part di Goa sampai Merong bersama rombongan rom dan china diserang garuda. Filem kedua pulak buat start dari merong diselamatkan oleh Pak Ketum ehh..silap, Pak Kesum. pastu  dia diangkat menjadi raja dan menyerang Garuda. Aku rasa cerita macam tu lebih jelas kot penceritaannya.. aku rasa la...pastu, guna la suara latar yang jelas sikit macam Datuk Hasbullah Awang ke.. ekekeke... kepada KRU, harap-harap lepas ni boleh la buat filem yang lebih baik lagi untuk memberangsangkan industri filem tanah air. di harap Merong Mahawangsa dapat menjadi filem pelopor kepada filem berkualiti dari Malaysia.

Monday, March 7, 2011

Tukang Karut

Tukang karut adalah penyanyi lagu-lagu loghat kelantan di dalam dikir barat. berbeza dengan tukang juara yang hanya menyanyikan satu lagu dengan menggunakan bahasa baku yakni bahasa melayu stendet.. Biasanya, kalau mengikut konsep pertandingan, tukang karut akan menyanyikan 6 buah lagu iaitu Karut perlahan, Karut cepat (karut kelantan), lagu kreatif, lagu matang, karut phatani dan wau bulan.. 

Aku rasa nama tukang karut tu diberi kerana semasa menyanyikan lagu karut kelantan, mereka hanya akan menyebut ayat secara spontan iaitu mengeluarkan lirik secara mengarut dan tidak dirancang. Walaupon mereka hanya mengarut dan tak merangka lirik terlebih dahulu, namun ayat-ayat mereka mempunyai isi dan pengajaran. bukannya semberono mencarut, melaung tak tentu hala.. 

Aku paling suka tengok tukang karut berbalas pantun secara spontan. ayat mereka kadang-kala membuatkan kita berfikir dan kadang- kala  buat kita ketawa. Yang paling aku susah nak faham dengan tukang karut ni, bagaimana mereka sempat nak mengatur ayat supaya rima pantun tu sama dalam masa beberapa saat sahaja. Antara tukang karut yang mempunyai nama besar dalam dunia dikir barat ialah seperti Arwah Seman Wau Bulan, Tuan Kob Raja Saring, Arwah cikgu Naim, Pak Nik Man Cok Cangkul, Pok Ku Kamal, Ismail Gunung-ganang dan ramai lagi. Hmmm.. yang lebih cool lagi, kebanyakan tukang karut mempunyai nama gelaran masing-masing..




jom layan lagu karut spontan dari Arwah Seman wau bulan dan PakKu Kamal~ 



p/s : bila la agaknya aku boleh jadi tukang karut ni.. macam agak mustahil... huhuhu

Friday, March 4, 2011

Usaha tangga kejayaan

Fuuhh... nyenyak betul aku tido malam tadi. Dengan badan yang keletihan kerana bertanding dikir barat untuk festival seni UM, memang takde masalah nak pejamkan mata. Tido pulak sememangnya diulit mimpi indah.. Apa tidaknya, setelah habis pertandingan dikir barat malam tadi, keputusan di umumkan.. tak tersangka la dapat jugak pasukan aku jadi johan.. Alhamdulillah.. penat lelah selama masa dok berlatih dalam beberapa minggu akhirnya berbalas.

Dalam apa-apa pertandingan pon, aku tak pernah bersungguh mendambakan kemenangan. itulah yang diasuh oleh guru aku dari dulu.. memang kemenangan itu semua orang pon nak.. tapi jangan terlalu tumpu kepada kemenangan. janji buat yang terbaik. bila dah buat yang terbaik, insyaallah boleh menang.. Walaupon malam tadi ramai yang memuji, tapi bagi aku sendiri persembahan tu masih ada kekurangan. jauh lebih baik semasa latihan.. apa boleh buat, dalam pasukan masih ada orang yang baru merasa naik pentas dan beraksi depan ribuan mata. pasti perasaan gugup tu ada maka sama sekali akan mencacatkan pergerakan. tapi bila dah bersama dalam satu pasukan, tak boleh la nak menyalahkan orang lain. kena bersedia menghadapi segala kemungkinan sebagai satu keluarga. salah orang lain ibarat salah kita sendiri..

Walaupon ada sedikit kecacatan, tapi aku rasakan puas hati dan masih berjaya menarik perhatian penonton. hmm, tak sabar rasanya untuk naik kepentas persembahan di malam juara-juara feseni di samping ambik hadiah. terima kasih kepada keluarga dan  kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan.. bila fikir balik-balik, memang penat gila aku dok berlatih selama ni.. dah la nak kena pergi agak jauh untuk ke tempat latihan. berlatih pon memang gila-gila punya bersungguh..pukul 2 pagi baru balik.. akhirnya inilah hasilnya...bila dinobatkan sebagai juara, aku tersenyum puas... jom tengok dikir barat di malam juara-juara feseni UM pada 17 haribulan ni..

"sama-sama kita membudayakan seni"

Feseni

Festival Seni Universiti Malaya atau disebut juga sebagai Feseni UM  telah pun berlangsung selama beberapa hari bagi tahun 2011..terlebih dahulu, aku nak ucapkan tahniah kepada Pak Abu kerana berjaya mendapat tempat ke-5 dalam pertandingan tarian melayu. selepas setahun lebih aku tak bergiat dalam aktiviti dikir barat, akhirnya aku telah mengambil keputusan untuk join pertadingan dikir barat Feseni UM tahun ni memandangkan kali ni adalah tahun terakhir aku di UM ni.

Walaupon pasukan dikir yang aku join baru ditubuhkan dan ini merupakan buat pertama kalinya memasuki pertandingan, aku tetap girang kerana pasukan aku masih di anggotai beberapa orang kawan-kawan lama yang pernah berentap bersama dalam pertandingan sebelum ni.. Bertambah gembira lagi bila dapat menambah kenalan baru dalam pasukan yang aku sertai. walaupon budak-budak yang baru nak join dikir dan baru nak belajar berdikir, tapi mereka tetap bersemangat. yeah...semangat tu penting!!! kalu nak kata tak berapa cantik pergerakan tu, biasalah orang baru. aku masa mula-mula belajar dulu pon begitu jugak.. ;p

Penantian selama ni hampir tiba.. hari Jumaat malam sabtu, bersamaan 4 Mac 2011 aku akan berentap di pentas dikir dan menentang pasukan dari kolej kediaman yang lain.. eh.. malam ni la.. rasa macam tak percaya je dah nak bertanding malam ni. ekekeke~ papepon, paling penting bagi aku ialah buat yang terbaik. kalah menang tu lain kira.. janji ada kepuasan dalam persembahan. Bermain permainan kebudayaan dan kesenian ni kena enjoy.. tak leh la terlalu pressure nak menang.. kalu dah terlalu mendambakan kemenangan, nanti pasti sangat kecewa bila dah kalah. apa yang penting... kerjasama dan buat yang terbaik. hmmm, doakan kejayaan aku...maksud kejayaan tu ialah berjaya buat yang terbaik tanpa ada kesalahan besar.. ^^





Tuesday, February 8, 2011

Melukis

Sejak akhir-akhir ni, aku asyik main game je... nak release tension le kononnya.. tapi main sampai 4-5 jam..menambahkan tension ada la.. asyik-asyik, counter strike.. bila mati, asyik sumpah seranah kat game..hohoho..member aku sampai tak leh tido malam sebab asyik dengar aku menyumpah. aku sekarang memang dah jadi keluangman.. berjaga malam je. selain game, aku jugak dah mula belajar melukis. hmm, melukis guna adobe illustrator. susah jugak nak guna menatang illustator ni. guna photoshop jauh lebih senang. mungkin aku dah bertahun-tahun kot dok guna photoshop tu. 

Aku start belajar guna illustrator sebab saranan dari member aku dan merangkap programmer peribadi tak berbayar aku, encik Amir.badigol..siap berencik lagi..mesti aku ada niat apa-apa ni~hahaha.. sebenarnya bagus jugak la gunakan illustrator ni. walaupon asyik pening dan tak tahu nak guna, aku try belajar slow-slow dari you tube. dah tengok 3,4 contoh dari video you tube, aku pon try la buat beberapa lukisan dan hasilnya memang cam haram... aku jenis yang tak boleh tahan jika dok buat silap berkali-kali. terus delete hasil yang buruk walaupon belum siap lagi. walaupon dah berpuluh kali lukisan aku tak siap, ada jugak la sebijik dua yang aku tetap simpan. baru la nampak skit hasil dari belajar walaupon lukisan masih buruk.



Kalu ada sesiapa yang pandai guna menatang illustrator ni, sila la ajar aku skit-skit.. dan kalu boleh, ada tak sesiapa yang boleh ajar aku macam mana nak masukkan jenis-jenis tulisan kedalam file adobe ni? ada beberapa jenis tulisan aku dah download. tapi tak tahu nak letakkan kat mana. puas aku belek-belek folder file adobe, tak jumpa-jumpa pon file font. ke aku yang buta kayu ke tak tahu la... aku harap sangat-sangat ni.. takkan la nak buat design pakai tulisan arial kot. tak syok la gitu. mesti kena ada pelbagai jenis...


* lukisan aku melalui illustrator.walaupon buruk, aku rasa cam comel je..ekeke.. still tak reti nak buat shading kaler~





*agak-agaknya, bila la aku boleh wat lukisan macam ni.. hmmm...

Monday, December 20, 2010

The Season of the Witch is Here


Bila dengar je perkataan Witch, otak aku segera akan teringat cerita kanak-kanak,Snow White. Punya jahat mak tiri dia yang jadi bitch witch.. Perkataan witch juga akan menyebabkan otak menghasilkan imej nenek tua yang kerepot, bermuka kerutu, pakai tudung dan pegang tongkat. Pastu akan terbayang nenek huduh tu ketawa macam pontianak harum sundal malam..hihihihi~ haish..geli geleman aku. minta jauh la kalu jumpa ngan nenek tua macam tu. harap-harap dalam mimpi pon dia tak datang.takut dowh tengok muka huduh gitu..






Berbalik kepada tajuk cerita, rasanya ramai yang dah tahu cerita Season of the witch ni kan? aku rasa, habis dah orang menggigil-gigil pasal dok tunggu cerita ni ditayangkan. ye la, bukan filem kelas rendah tapi sebuah lagi filem hebat lakonan Nicolas Cage. Selama ni, filem lakonan beliau tak pernah menghampakan. Kelas angkat ibu jari aku bagi kat filem yang dilakonkan beliau. Eh, sape Nicolas Cage?? Kalu tak tahu, korang memang layak digelar kambing di dalam hutan..eh, silap.. katak dibawah tempurung.. Nicolas Cage ni kan pelakon popular yang berbadan separa tough.. banyak berlakon cerita aksi walaupon beliau tak hensem.






Walaupon tak hensem, tapi sumpah aku tabik spring kat Nicolas Cage ni. Dalam cerita terbaru ni, Beliau memegang watak sebagai tentera abad ke–14, yang kembali ke tanah airnya yang telah dilanda Wabak Hitam bersama rakannya. Lepas tu beliau.. em.. beliau.. hmm.. malas la aku nak bagitau satu-satu. Nanti hilang saspen bila tengok cerita sebab dah tahu jalan ceritanya macam mana. Senang kata, tunggu je tengok ceritanya macam mana nanti. xD






Aku buat entry ni saja-saja je.. tengok nuffnang ada wat kontes pasal filem ni. tambah lagi aku memang kipas susah mati si Nicolas Cage ni. mestilah aku kasi tau orang lain pasal filem dia. Aku anggap menjadi satu kerugian jika tak tengok filem yang dilakonkan Nicolas Cage ni. beliau pandai memilih filem yang baik dan sesuai untuk dirinya. Ok, kepada semua, sila serbu panggung wayang berdekatan anda pada 6 Januari 2011. Aku rasa, ni kot filem pembukaan untuk tahun 2011. Bagi nuffnangers yang bertuah pulak, boleh la menonton filem ni sehari lebih awal dari tarikh tayangan di  Cathay Cineplex, e@Curve..















































Kepada yang tak sabar nak tengok cerita Season of the witch ni, sementara menunggu 6 haribulan, korang boleh la tengok dulu poster ni sebagai pengubat.. Kalu nak tengok trailer dia, pandai-pandai la cari sendiri ek..


Season of the witch

Tuesday, December 14, 2010

Anakku sazali meninggal dunia

Sebelum ni aku sering tertanya-tanya, siapakah pelakon yang memegang watak sazali semasa kecil dalam cerita anakku sazali, yang menjadi salah satu filem terhebat Allahyarham P. Ramlee. Rupa-rupanya pelakon tu bernama Tony Castello. Nama Islam Tony pula ialah Mohd Nor Abdullah dan berasal dari Filipina.. Sungguh tak disangka, identitinya hanya aku ketahui setelah dia meninggal dunia.

Tony yang menghembus nafas terakhir di Hospital Changi, Singapura, selepas waktu Zohor semalam, kerana menghidap barah paru-paru. jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, di Jurong pagi esok dan tidak boleh dikebumikan lebih awal kerana terpaksa menunggu kedatangan isteri dan ahli keluarga dari Filipina. Melalui lakonan watak Sazali ketika kecil, Allahyarham telah memenangi Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-4, 1957 di Tokyo. Manakala P Ramlee pula mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Filem Anakku Sazali memang filem terhebat kerana kali pertamanya P.Ramlee berjaya menunjukkan kepada dunia bahawa beliau mampu membawakan 2 watak dalam 1 filem. P.Ramlee menjadi inspirasi kepada  pengarah seluruh dunia akan teknik 1 orang membawa 2 watak dalam 1 filem. Papepon, sama-samalah kita menyedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham P. Ramlee dan Allahyarham Tony. Semoga Roh mereka dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang yang soleh.


*sumber dari Harian Metro 

Friday, December 10, 2010

Disebalik Nobita dan Doraemon

Doraemon adalah salah satu komik dan kartun animasi yang popular.. bila disebut Doraemon, mesti otak segera akan membayangkan robot kucing berbentuk bulat dan mempunyai poket yang boleh mengeluarkan pelbagai barang yang pelik-pelik. Disamping itu, mesti akan terbayang Nobita yang lemah dan lembab dan sentiasa memerlukan bantuan Doraemon.. Ramai juga yang tahu bapa dan pencipta kepada Doraemon dan rakan-rakannya ialah Fujio F. Fujiko. Namun, berapa ramai yang tahu, siapa sebenarnya Fujio F. Fujiko?

Fujio F. Fujiko sebenarnya nama pena bagi dua orang mangaka iaitu Hiroshi Fujimoto dan Motoo Abiko. Pasangan gay mangaka ni mula berkenalan dari skolah rendah lagi. lepas naik skolah tinggi, mereka berpisah skolah tapi masih lagi setia bersama dan berkongsi minat melukis. Oleh kerana masing-masing anak sulung dalam keluarga, mereka rasa bertanggungjawab nak sara keluarga dan mereka telah berpakat untuk bekerja lepas abis peperiksaan STPM. disebabkan Jepun takde STPM, mereka pon telah bekerja lepas abis skolah tinggi. Si Fujimoto kerja di syarikat manisan dan kekasihnya si Abiko pula kerja disyarikat surat kabar. pastu si Fujimoto cedera dan tak leh kerja lagi..cedera sebab kena pukul kerana mencuri manisan ke, tak tahu la aku..Tapi rasanya dia tak curi.. apa jadah nak curi manisan. kalu susu F&N ada gak pekdah..

Pastu, pada tahun 1970, Fujimoto pon melukis pasal Doraemon.. mula-mula takde pon budak-budak nak tengok cerita robot kucing bodoh tu, apatah lagi orang tua.. mungkin pada masa tu, mereka beranggapan robot kucing dari abad 22 tu benda kurafat.. tak leh percaya!! mungkin la..mungkin..mana la aku tahu cerita sebenar.bukan aku ada lagi masa tu... tiga tahun lepas tu, Doraemon dijadikan cerita animasi.. baru meletup-letup.. Pada tahun 1988, Fujimoto ngan Abiko telah bercerai berpisah dan membawa haluan masing-masing. Fujimoto terus mengarang Doraemon sampai la ke akhir hayatnya. setiap tahun dia pasti akan mengarang satu cerita panjang Doraemon. Jika Doraemon itu idea dari Fujimoto, karya dari idea Abiko pula ialah Ninja Hatori.. mereka juga bersama-sama menaikkan manga lain seperti Paman, 21Emon,Qtaro the Ghost dan macam-macam lagi dibawah Studio Zero yang ditubuhkan oleh mereka.


Doraemon dan rakan-rakan






Ninja Hatori






Saturday, December 4, 2010

CERITA KREATIF - NAMA BLOG

Welcome to my world...Kali ni aku nak kongsi tentang saya punya cerita atau dalam inggerisnya disebut story of me.aku nak cakap heart to heart dengan korang semua tentang hitam putih kehidupan aku. Inilah hakikat dunia aku,dalam mengharungi life as a teenagerkehidupan seharian aku hanya dok main belog. belog saya, dunia saya..^^. walaupon dah berbulan aku dok berbelog, namun kenapa aku punya behlog tidak popular? gua tahu gua budak hingusan dan tak setanding ngan ben ashaari. walaupon belog dia simple tapi belog dia ada cerita macam-macam. acap kali tengok, nampak trendy and style...yang aku heran, dia tulis pasal Inchik Eman ngan Khai sedap-sedapan dok makan biskut bersama mazidul pon orang suka baca.. 

walaupon entry dia dok sembang-sembang kosong , aku sendiri pon boleh senyum-senyum sorang kat depan komputer. kadang-kadang sampai gelak-gelak gemuk. dia selalu tulis pasal cerita tentang hidup dia, laman muhasabah dan kalam hikmah. yang aku dok tunggu-tunggu selama ni, bila dia nak buat entry pasal teknik buat blog | cara buat blog | tutorial blogspot | komputer | belajar photoshop. ni asyik dok cerita kesah sana sini je..aku tanya, dia tak jawab pulak. bakpo gitu? lu ni orang mana? taiping mari ka?

kadang-kadang terpikir dalam otak aku, nak copy paste je entry dari ben.aku menulis ikut cara aku la tu walaupon copy paste..hehehe~ ben nak tunjuk kuku besi penumbuk pon aku tak takut la...ni blog aku bukan blog bapak kau. suka hati aku la nak buat apa.. tapi aku takut dia saman aku pulak nanti. Jenayah itu padah. aku tak mau masuk penjara.. aku bukan budak jahat. aku nakal je..aku tak mau la nanti orang panggil aku badboy.com pasal wat jenayah di dunia alam maya. sesungguhnya tak mungkin aku dapat mengatasi ben. ibarat kata gayah spears, hanya ben layak jadi king kepada blogger..now and future..

Psstt.. aku ada rahsia nak bagitau korang ni.. baru-baru ni aku ada nampak diari buruk sipensel kontot yang ditulis oleh ben. siap tulis diari hatiku lagi kat muka depan...baru selak muka surat pertama, aku terbaca la dia tulis "Love story".. macam-macam lagi ayat jiwang dia karang. cinta itu ibarat kain putih la, cahaya chenta la...uikss.. dah ada isteri pon boleh nak meroyan lagi ke? yang aku tak tahan, dia boleh tulis,oh chenta hatiku Hanis Zalikha, who am i for u?  ceh, perasan nak kapel ngan model hot konon~ dia tu muda remaja.. patutnya dia panggil uncle gelaran untuk ko. jangan nak perasan suruh panggil abang.. ben..ben.. ko suka aku? benci aku? hello!! sape suruh ko bajet hot macam aznil haji nawawi sangat..

tengok macam aku ni, ada awek pon takde la sampai nak luah-luah dalam diari..nak tahu ke siapa awek aku? nama dia dot..dot..dot.. hehehehe~ mana boleh bagitau. cuma aku boleh bagitau, awek aku tu kawan ngan miss senget punya anak. Mak awek aku tu orang panggil miss genit. aku pulak panggil dia mummy cute. sebab nak ejas anak punya pasal...mak dia kerja kat Noorma's kitchen dan bapak dia pulak manager kat kilang Naim's perfume..cinta antara kami bermula dari mata turun ke hati. walaupon orang panggil dia gadis kecil sebab badan dia kecik, tapi aku tak kisah sebab dia suka shoping situ sini sana. dia slalu kata diri dia tu gadis kampung separa bandar.. sebab asal dari kampung tapi hijrah ke bandar.punya kaya awek aku tu.. siap ada rumah 4 tingkat. dalam rumah ada singgahsana lagi.. dah macam istana. yang aku suka pergi rumah dia pasal ada orang gaji yang melayan. ada sorang tu, suka sangat melayan aku.aku panggil dia ming ming. nama sebenar dia MiaJamaluddin. tapi orang kampung dia panggil mia suka berangan pasal dia selalu berangan jadi datin.hahaha punya kuat berangan sampai terbang tinggi-tinggi ke langit..

ok, cukup la dulu cerita untuk hari ni.. tak larat dah aku nak menulis. smoga cerita ni mampu menjadi secebis bingkisan untuk dikongsi dan menjadi memorabilia kepada yang terkena.cerita ni hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan sesiapa pon. kalu ada kaitan, mungkin itu hanya sekadar suratan kebetolan. setitis air liur ambo hok ado mengguris mana-mana pihak, aku minta maaf banyak-banyak.aku takde niat nak mengata sesiapa melainkan dengan niat ingin menghiburkan semua orang.because i looooove fun.. kepada abang ben yang banyak terkena pon, aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.. jangan marah-marah ye.. hidup itu indah. maka indahkanlah selalu hidup kita.. beautiful is happy... ^^salam pantai timur kepada semua....


Tuesday, November 30, 2010

Justin Bieber nyanyi lagu melayu?

Tengah dok usha pesbuk yang dah jarang dibuka sekarang ni, aku tertengok la ngan group Oh! Media.. lepak-lepak kat situ jap. satu benda yang menarik perhatian aku.. lagu justin bibir bieber dalam versi bahasa melayu. si budak Justin Bibir Bieber yang femes ngan lagu baby..baby..oh.. telah berjaya menawan hati para remaja pompuan.berbekalkan kehenseman dan suara cam pompuan tu, penyanyi baru aqil baligh tu ternyata diminati.

yang menariknya lagu versi melayu ni bukan ditujukan kepada para chikaro atau dalam bahasa sainstifiknya wanita, tetapi ditujukan kepada kaum ibu.. kepada para ibu, mari pakat dengar lagu ni~





Tuesday, October 19, 2010

Let the flames begin

Aku rasa macam dah terbang ke planet zuhal lantaran terlalu gembira ngan konsert paramore malam tadi.. syok oh~ aku nak perkatakan disini, aku bukanlah kaki bangku apatah lagi kaki konsert yang suka melayan konsert2 artis bagai ni... melalak sana, terlolong sini.. tapi bagi Paramore, aku beri pengecualian... tak tahan dowh~  ye la, Hayley tu kan awek aku... mana boleh aku biarkan dia kat stadium bukit jalil tu tanpa aku.

Nak masuk sana, security punya la ketat gila.. ingatkan dapat la aku lari pergi ke pentas, nak bincang pasal pertunangan aku ngan Hayley.. tapi security plak tak bagi..huhuhu..dah la bapak punya jauh aku duduk.. boleh tengok dari skrin je..

Yang paling tak tahan, Hayley ajak sorang mamat tu naik ke pentas, sambung dia nyanyi..cilakak... knapa la orang tu bukan aku.. bertambah tahap ke'jeles'an aku bila ada mamat yg ambik gambar dia ngan Hayley.. si Hayley ni pon satu, dah tahu dia tu awek aku, boleh lagi menggedik, layan ambik gambar.. Rasa macam nak cerai talak 7 je... 

Persembahan memang hebat la... yang kecewa skit pasal PA sistem je.. nasib la dok kat free seating..mujur la si Hayley pandai ambik hati aku bagi mengubati kekecewaan terhadap speaker.. lain kali aku mesti ambik yang free standing. baru betul2 puas hati... to paramore, thank for coming to Malaysia.. we hope all of you can come again.. ekkk... one more thing, HAYLEY!!! BILA KO NAK MASUK MEMINANG AKU!!!


Nak masuk pon dikurniakan kad yang gantung kat tengkuk ni..(Pak Abu yang tolong belikan.. 5 hennget)

           
            * yang ni depan                                                 * yang ni belakang.. ada sign paramore tu
padahal, suka hati engko je yang mana nak pakai kat depan, yang mana nak pusing ke belakang... dah aku nak kata yang tu depan, suka hati aku la...




*poster yang diambik menggunakan webcam laptop.. terpaksa la aku pegang menatang ni~ xD


p/s : gambar dan video masa kat stadium x dapat diupload sebab aku x jumpa kat mana kabel usb telepon aku..  nanti kalu dah jumpa aku akan update~


Wednesday, October 13, 2010

Paramore live in Kuala Lumpur



Seingat aku, aku mula mengenal Paramore ni dari Pak Abu. Hari-hari dok pasang lagu-lagu Paramore... mula-mula meluat jugak la dengar lagu Brick by boring brick tak kira masa... skali tu aku try tengok video dia.. teransang dowh~ lagu-lagu dari Paramore ni aku pernah dengar jugak dari member aku, si Zai. tapi dulu tak ambik portt pon... dalam sedar x sedar, aku dah mula start layan paramore. lepas brick by boring brick, layan plak ignorance.. pergh!!! makin la terangsang sifat kejantanan dalam diri aku. 





baru je aku hafal 2,3 lirik lagu paramore, tup-tup bila tengok fanpage diorang, ada nak wat konsert kat KL... bergetar-getar dowh bulu idung aku... Pak Abu plak dah eksaited nak beli tiket. siap memaksa aku g beli skali.. terpikir jgk aku tentang harga tiket.. paling murah RM98. yang beli awal dapat murah ckit, RM89. beli pakai duit bai.... bukan bulu kaki... terpikir aku, dengan harga semahal tu, baik aku beli makanan untuk kucing aku...tetapi setelah disuap pujuk rayu dan aksi gedik terlampau dari Pak Abu, aku terpaksa rela mengikut kehendak Pak Abu dan hatiku sendiri.








akhirnya, Nah...inilah hasilnya dari kegilaan Pak Abu dan pemberontakan hatiku...



sesi menghabiskan duit telah terjadi...siapakah yang bersalah dalam hal ini??? apakah Pak Abu? atau aku sendiri?? atau Hayley (vokalis paramore)??





 
* lawa tak awek aku ni a.k.a Hayley William??? (sila lempang dan ludah muka aku 14x...... )



p/s : sebenarnya Paramore datang ke Malaysia ni sebab semata-mata mahu meminang aku untuk Hayley.. (sesiapa yang termuntah baca statment ni, sila langgar aku dengan lori... :p)