Mood berblog sekarang ni memang takde langsung.. dengan kesukaran mendapatkan internet disamping sibuk ke hulu ke hilir sekarang, memang dah hilang terus mood pada blog.. Kali ni aku nak cerita sikit pandangan aku pasal cerita Merong Mahawangsa yang baru di tonton beberapa hari lepas. Hmmm, dah beberapa kali aku dok promote cerita tu selama ni. memang trailernya mantap habis.. Akhirnya cerita yang aku tunggu-tunggu telah pun tertayang di pawagam.
Jika boleh vote dengan jumlah 5 bintang, aku bagi la empat bintang.. Sayang rasanya cerita yang menatap ni masih ada beberapa kekurangan.. Paling aku tak puas hati, pasal pencerita hikayat tersebut, Phra Om Mahawangsa, cucu cicit Merong.. Pada aku, Suara latar tu memang failed.. dengan bunyi garau dan tersekat-sekat memang langsung tak sesuai untuk dijadikan suara latar. Kenapa tidak gunakan suara yang bersahaja.. Lepas tu, aku juga rasa tak sesuai rasanya dialog antara puteri China dengan Inangnya.. Kenapa perlu orang China berdialog dalam bahasa Inggeris antara sesama China. Logik jalan cerita macam tiada.. Kenapa tidak sahaja mereka berbahasa China. walaupon puteri tu dikatakan boleh bertutur banyak bahasa, tapi antara sesama mereka adalah mustahil untuk sentiasa berbicara dalam bahasa Inggeris.
Banyak lagi yang aku persoalkan tapi aku tengok ada jugak yang persoalan aku tu dah terjawab oleh Yusri masa tengok the making of Merong Mahawangsa. contohnya macam penggunaan kapal oleh tentera rom. Serangan Lanun Garuda yang lari dari cerita sebenar.. tapi perkara macam tu masih boleh dimaafkan.. dan aku rasa cara Yusri tu agak kreatif untuk gantikan burung garuda dengan lanun dari puak garuda. Selain tu, aku jugak tak puas hati dengan perkembangan jalan ceritanya.. Pada awal cerita, masih ok lagi.. tapi selepas rombongan rom dan china diserang, perkembangan cerita jadi terlalu cepat.. macam banyak yang di skip. Pape pon, kualiti cerita memang bagus.. Memang puas hati la boleh tonton filem dari tanah air yang berkualiti macam tu.
Kalu mengikut pendapat kepala hotak aku, baik cerita Merong Mahawangsa tu dibuat 2 episod. nanti ada sambungan lagi. filem mula-mula baik buat dari part di Goa sampai Merong bersama rombongan rom dan china diserang garuda. Filem kedua pulak buat start dari merong diselamatkan oleh Pak Ketum ehh..silap, Pak Kesum. pastu dia diangkat menjadi raja dan menyerang Garuda. Aku rasa cerita macam tu lebih jelas kot penceritaannya.. aku rasa la...pastu, guna la suara latar yang jelas sikit macam Datuk Hasbullah Awang ke.. ekekeke... kepada KRU, harap-harap lepas ni boleh la buat filem yang lebih baik lagi untuk memberangsangkan industri filem tanah air. di harap Merong Mahawangsa dapat menjadi filem pelopor kepada filem berkualiti dari Malaysia.
2 Orang mengumpat:
sore dia ok je aku dengar walaupun mcm tersekat kahak.hehehehe
style orang tua2 bercerita:)
CGI citer ni besh!
ermmm..tak tengok lagi lah cerita nih..hmmmm
Post a Comment