Pages

Tuesday, March 15, 2011

Ahh..Aku je yang betul

Sebagai manusia, kita memang takkan lepas dari buat silap. Sedangkan nabi sendiri pon ada melakukan kesilapan. tapi mereka menjadi maksum kerana segala kesilapan tu segera ditegur oleh malaikat dan mereka dengan segera akan bertaubat. Kita sebagai manusia biasa yang tidak dikurniakan mukjizat sudah pasti tiada malaikat yang akan menegur melainkan mendapat petunjuk dan hidayah dengan izin-Nya. Oleh sebab tu, hanya kita sesama manusia yang mampu untuk menegur kesilapan sesama kita.

Apa yang menyedihkan, apabila orang menegur kesilapan kita, seringkali kita mengabaikan mereka. Malah sesekali timbul perasaan sombong dan angkuh sambil hati berbicara " Ah..aku je yang betol". Memang sukar untuk menerima kritikan orang lain lebih-lebih lagi dari orang yang dianggap lebih rendah kedudukannya dari kita. Apa salahnya jika renungkan kembali kritikan orang itu.. bukan semua kritikan bermakna ingin menjatuhkan diri kita. mungkin kutukan orang itu satu kritikan yang membina. Acap kali kita mendengar perkataan muhasabah diri. tapi pernahkan kita muhasabah diri sendiri?

Pepatah orang tua ada bebunyi, kuman diseberang lautan nampak, gajah didepan mata tak nampak. Sememangnya kita mengerti maksud tersebut tapi tak pernah kita gunakan pada diri sendiri. Jadi, oleh kerana kita tak nampak apa yang kita lakukan, apa salahnya jika menerima pandangan orang yang nampak apa kita lakukan. Dalam dunia blogger pon begitu. Apa salahnya jika cuba renungkan kritikan dari orang lain. mungkin ada benarnya. bukan saling keji-mengeji dan berbalas entry kutuk-mengutuk. cubalah muhasabah diri sendiri. bukan semua hater yang wujud adalah untuk menjatuhkan kita. Dan beringatlah, kalau ingin menegur pon, gunakanlah ayat yang sesuai dan manis didengar. Elakkanlah dari menggunakan ayat kutukan dan kejian. Ahh..dari menegur silap orang, kita pulak yang membuat silap.Orang yang dikutuk pulak membalas kutukan, akhirnya menjadi dendam. maka susah pula mencari kedamaian dan musnahlah keharmonian.



p/s : hmmm..entry aku agak skema skit hari ni~

3 Orang mengumpat:

ghost said...

perbaiki diri terlebih dahulu..

sebelum mewajarkan diri untuk menyatakan silap orang.tapi sentiasa berpesan itu kan bagus...dalam menegur tertegur diri sendiri.

Fiza A said...

agak skema.tapi memBINA! hehehe..

betul tuu. "salah orang nampak, salah sendiri tak nampak"

yeah.perbaiki diri. accept criticism. bukan semua kritikan tu buruk dan teruk. ada juga baiknya. =)

PEACE =)

Sidney Fritz said...

Hello nicce post