Pages

Monday, March 7, 2011

Tukang Karut

Tukang karut adalah penyanyi lagu-lagu loghat kelantan di dalam dikir barat. berbeza dengan tukang juara yang hanya menyanyikan satu lagu dengan menggunakan bahasa baku yakni bahasa melayu stendet.. Biasanya, kalau mengikut konsep pertandingan, tukang karut akan menyanyikan 6 buah lagu iaitu Karut perlahan, Karut cepat (karut kelantan), lagu kreatif, lagu matang, karut phatani dan wau bulan.. 

Aku rasa nama tukang karut tu diberi kerana semasa menyanyikan lagu karut kelantan, mereka hanya akan menyebut ayat secara spontan iaitu mengeluarkan lirik secara mengarut dan tidak dirancang. Walaupon mereka hanya mengarut dan tak merangka lirik terlebih dahulu, namun ayat-ayat mereka mempunyai isi dan pengajaran. bukannya semberono mencarut, melaung tak tentu hala.. 

Aku paling suka tengok tukang karut berbalas pantun secara spontan. ayat mereka kadang-kala membuatkan kita berfikir dan kadang- kala  buat kita ketawa. Yang paling aku susah nak faham dengan tukang karut ni, bagaimana mereka sempat nak mengatur ayat supaya rima pantun tu sama dalam masa beberapa saat sahaja. Antara tukang karut yang mempunyai nama besar dalam dunia dikir barat ialah seperti Arwah Seman Wau Bulan, Tuan Kob Raja Saring, Arwah cikgu Naim, Pak Nik Man Cok Cangkul, Pok Ku Kamal, Ismail Gunung-ganang dan ramai lagi. Hmmm.. yang lebih cool lagi, kebanyakan tukang karut mempunyai nama gelaran masing-masing..




jom layan lagu karut spontan dari Arwah Seman wau bulan dan PakKu Kamal~ 



p/s : bila la agaknya aku boleh jadi tukang karut ni.. macam agak mustahil... huhuhu

4 Orang mengumpat:

Ayuni said...

jgn jadi tukang mengarut....

ghost writer said...

tukang karut nih kira macam dikir barat jugak ker Shatoo?

shatooman said...

Ayuni : x nak jadi tukang carut..

shatooman said...

ghost writer : tukang karut tu penyanyi dalam dikir barat la.. dikir barat tu terdiri dari tukang juara, tukang karut, pemuzik dan awak-awak..