Pages
Wednesday, March 16, 2011
Gigi
Masa aku search perkataan gigi, maka keluarlah gambar kat atas ni..Namanya Gigi Ravelli.. Siapa Gigi Ravelli ni? Hmm..jangan tanya aku sebab aku memang tak tahu. aku nak cari pasal gigi kat dalam mulut ni. Bukan perempuan bernama gigi. Nampak macam pelakon. tapi cerita apa ntah.. malas aku nak ambik peduli. aku hanya teruskan pencarian pasal gigi yang aku nak..
Bagi aku, gigi amat penting untuk dijaga. tapi banyak jugak gigi aku yang rosak dan berlubang-lubang. huhuhu... penjagaan gigi memang sangat penting bahkan disuruh dalam agama Islam. Jika nak ikutkkan sunnah, bersugi elok dilakukan setiap kali ingin mengambil wudhuk yakni sebelum solat. Maknanya elok dilakukan 5 kali sehari la aktiviti menggosok gigi ni. Gunakanlah ubat gigi yang dijamin halal dan berus gigi yang berkualiti bagi memberi keselesaan pada gigi. kalu takde ubat gigi, pakai kayu sugi pon boleh. tapi rasanya susah nak jumpa kayu sugi sekarang ni terutamanya kalu kat bandar.
Kalu tak leh nak gosok sebanyak 5 kali sehari, gosok la berapa kali pon setakat yang korang mampu. tapi yang paling penting, wajib gosok walaupon sekali sehari. Ingat tu!!!! sekurang-kurangnya sekali sehari. paling kurang dah tu. jangan tak gosok gigi melebihi 24 jam. kalu korang berdegil tak nak gosok jugak, pastikan diri korang jangan dekat dengan orang lain dan jangan bercakap dengan sesiapa pon... paham!!!!! bagi korang yang biasa tak gosok gigi, memang korang tak akan tercium bau mulut korang macam mana. tapi fikirlah, orang lain yang bercakap dengan korang. lepas korang bercakap ngan orang, kompem orang tu akan kutuk korang kat belakang. memang salah korang jugak... jadi kalu tak nak jadi bahan kat belakang orang, pastikan korang berus gigi... bukan susah, x samapi 5 minit je pon~
p/s : kalu gigi tak pernah gosok, jangan harap la ada orang nak cemolot dengan korang..hahahaha!!! ingat, kalu nak cemolot sebaiknya berkumur dulu dengan listerine.. pesanan kpd pasangan yg berkahwin sahaja..
Tag :
BERSUGI,
GIGI,
LISTERINE,
SEMBANG KOSONG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Orang mengumpat:
ops..x mo la pki listerin..guna oralB saja..x la pedih sangat rasa dia.yg lum kawen jgn comolot ye? kpd yg dah berlubang tu..sila tampal!jgn tunggu lubang besar dan pecah.
bila selalu gosok gigi,selera makan selalu terbantut.iye lah,malas nak kotorkan gigi lagi.hihi
Post a Comment