Aku betul-betul sedih sekarang ni.. sedih yang pertamanya, screen laptop aku dah rosak..huhuhu.. nak repair kat kedai memang satu kemalasan.. aku memang dah lama tak keluar ke bandar melainkan urusan-urusan penting je.. So, untuk melangkahkan kaki ke kedai memang satu masalah.. nak online, terpaksa la guna desktop kat rumah.. mungkin ada jugak la kebaikan dari kerosakan laptop aku. sebab selama ni aku memang tak sentuh pon komputer kat ruang tamu tu. tersadai je kat situ.. Selama 6 tahun dah kot aku guna laptop tu.tak pernah lagi rosak.. ni merupakan kerosakan serius kali pertama.. perasaan aku dah ibarat orang mati bini~
Kesedih yang kedua, kelmarin aku pergi la ke cyber cafe dulu untuk online.. sampai je sana, suasana kat dalam memang meriah. penuh dengan budak-budak dan para belia.. nampaknya orang kampung aku ramai yang celik IT kot.. tapi malangnya, rata-rata yang pergi sana semata-mata hanyalah untuk main game je.. pastu buka pesbuk.. aiiyooo.. dah tak reti ke nak buka benda-benda lain yang boleh mendatangkan faedah dan manfaat untuk diri.. memang tak dinafikan pesbuk pon ada kebaikan.. tapi rata-rata yang online hanya reti post status 'mood' semasa dan 'like' dan 'komen' post member je.. stakat macam tu, bila boleh nak majukan diri..
Tapi aku lebih sedih bila tengok budak-budak sekarang ni yang main pesbuk, tapi siap wat akaun fan page la pulak.. bukan akaun biasa dengan 'add' dan 'approve' member-member.. tapi member-member kena 'like' page dia.. woooowwww..budak-budak sekarang ni memang dah berangan nak jadi artis kot. kalau diorang tu public figure takpe la..ni ntah apa-apa nak suruh orang like page peribadi dia.. siap promote lagi tu.. adoyaii.. kalau nak wat fan page tu tak salah.. tapi biar la kena dengan tempatnya.. wat la fan page untuk blog ke, untuk bisnes ke.. nasihat aku kat adik-adik yang suka online tu, buat la benda-benda berfaedah sikit masa menggunakan internet ni.. bukan untuk hiburan semata-mata.. cuba cari maklumat terkini ke, berita-berita semasa, pasal teknologi terbaru ke, baca pasal sejarah ke... kurang-kurang dapat jugak sedikit ilmu.. Jangan terlalu asyik dengan pesbuk dan main game je...
p/s : aku dulu pon addict jugak ngan pesbuk & game online.. nasib baik dah insaf~
Pages
Showing posts with label LUAHAN LIMPA. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN LIMPA. Show all posts
Monday, March 11, 2013
Wednesday, March 6, 2013
Cara Untuk Murah Rezeki
Masyarakat kita sering menyalah ertikan makna rezeki. Bila
disebutkan rezeki, otak sering memikirkan soal duit dan harta. Padahal rezeki
itu lebih luas maknanya. Air itu rezeki, bukit-bukau itu rezeki,
tumbuh-tumbuhan itu rezeki, kesihatan itu rezeki bahkan bernafas itu juga satu
rezeki. Tanpa rezeki manusia akan mati. Begitulah Maha Pengasihnya Allah s.w.t
terhadap makhluknya. Setiap hidupan ada rezeki masing-masing.
Bila kita dimurahkan dan dilapangkan rezeki oleh Allah
s.w.t, hidup kita akan sentiasa senang. Tak kira taraf hidup sama ada kaya atau
miskin. Kekayaan bukan pengukur limpahan rezeki dari Allah. Kadang-kadang orang
yang kita lihat kaya dan bergaya itu sebenarnya hidup penuh dengan hutang.
Apakah orang yang sentiasa sakit kepala kerana memikirkan hutang keliling
pinggang tapi mampu makan di hotel mewah itu murah rezeki? Apakah tukang kebun
yang bahagia bersama isteri dan anaknya yang berjaya menjadi Hafiz itu sempit
rezekinya? Tidak..tidak..dan tidak sama sekali..
Kali ni aku nak kongsikan cara bagaimana untuk dimurahkan
rezeki. Kalau korang masih nak anggap rezeki itu sebagai duit dan harta pon
terpulanglah. Sebab duit itu juga salah satu rezeki. Apa yang aku nak kongsikan
ini pon adalah hasil dari pengalaman aku sendiri. Sekarang ni aku masih tak
bekerja. Namun aku masih mampu untuk hidup bahagia dan memenuhi segala
keperluan aku. Macam mana aku dapat duit untuk memenuhi keperluan diri aku
sedangkan aku tak bekerja? Macam ni cara-caranya…
Jaga Solat
Solat itu tiang agama. Jangan sesekali tinggalkan apatah
lagi saja-saja nak tinggalkan. Solat itu suruhan Allah. Kalau kita ikut apa
Allah suruh, pasti Dia akan bagi apa yang kita nak. Ye tak? Macam mak kita
suruh kemaskan rumah la. Kalau kita ikut arahan mak kita, pastu kalau kita nak
minta upah pon mak kita tak kisah nak bagi. Kalau kita malas nak kemaskan rumah
macam yang mak kita suruh, kita nak minta duit pon dia berat nak bagi.. Allah
pon sama la.. kita buat dulu apa yang Allah suruh, pastu kita minta la apa yang
kita nak.. Kalau boleh, buat juga solat sunat macam solat hajat, solat dhuha..
Doa
“Mintalah Apa yang kau inginkan , nescaya akan aku tunaikan”.
Itu adalah janji Allah s.w.t. Allah takkan mungkir janji seperti kita. Janji
Allah itu pasti.. Dah Tuhan suruh kita mintak, mintak je la… Kenapa kita taknak
minta sedangkan kita sentiasa diberi peluang? Kalau orang lain yang bagi
peluang macam ni, cepat pulak kita mintak apa-apa sedangkan janji orang ni tak
la boleh pakai sangat..
Sedekah
Kalau nak duit banyak, kita pon kenalah sedekahkan banyak
sikit duit yang kita ada. Allah dah janji, setiap sedekah yang kita keluarkan,
Allah akan balas 10kali ganda. Wow!!! 10 kali ganda tu.. Kalau kita sedekah
seringgit, Allah pasti akan balas 10hengget.. kalau kita sedekah 10hengget,
Allah akan balas 100 hengget. Kalau 1000 hengget, Kita akan dapat 10ribuhengget..
Jangan tak percaya..Ini janji Allah. Apa yang penting kita kena yakin.
Yakin-seyakinnya Allah akan balas balik amal perbuatan kita. Para Sahabat yang
tersohor kaya seperti Abu Bakar, Usman, Abdul Rahman bin Auf sering mendermakan
harta mereka. Apakah mereka jatuh miskin? Tidak, bahkan semakin kaya.. Nak
sedekah tapi tiada duit? Jangan bimbang, senyumnlah selalu.. senyum itu juga
satu sedekah.
Bersyukur
Nak dimurahkan rezeki lagi, didiklah diri kita supaya
menjadi orang yang bersyukur. Jika kita sentiasa bersyukur, Allah akan
memudahkan dan melengkapkan hidup kita.. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Duit dalam poket ada 5hengget, kita dah susah hati sampai mengeluh. Sedangkan kita
terlupa bahawa masih ramai orang yang tidak mempunyai 5sen pon. Firman Allah, “sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya
Aku akan menambah (rezeki) kepadamu, tetapi jika kamu kufur (mengingkari
nikmat-Ku) maka azab-Ku amatlah keras”
Berzikir dan membaca
Al-Quran
Berzikir boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Dari
kita dok menyanyi melalak sambil bawa kereta, adalah lebih baik kita berzikir. Puji-pujian
terhadap Allah. Allah pon suka kalau orang selalu memuji-Nya. Dah kita selalu
puji Dia, Tuhan pon pasti akan tolong kita. Pasti Dia akan melimpahkan
rezeki-Nya kepada kita.Baca Al-Quran juga pahalanya sama seperti bersedekah.
Usaha dan Tawakal
Nak dapatkan apa-apa pon, kita kena berusaha. Segala
keinginan kita takkan datang bergolek dengan sendiri. Tapi kadang-kala, rezeki
itu juga boleh datang dengan sendiri. Itu Kehendak Allah. Takde yang mustahil.
Aku sendiri tak bekerja tapi masih mampu dapat apa yang aku nak. Walaupon takde
duit, tapi hati teringin nak makan KFC, tetiba Allah akan hantar KFC tu kepada
aku. Adalah perantaraan tu.. Yang paling penting tawakal lah sepenuhnya kepada
Allah. Allah lah pemilik rezeki yang sebenarnya dan Dia jua lah yang akan
memberikan rezeki-Nya kepada kita.
Apa yang aku kongsikan ini adalah dari pengalaman hidup aku
sendiri. Kalau nak diceritakan satu-satu, memang takkan habislah bab rezeki ni.
Aku berikan sedikit je.. Apa yang penting, kita kena yakin, rezeki itu dari
Allah. Berserahlah kepada-Nya..

Sunday, October 16, 2011
Kepala Kaler
Macam-macam kerenah budak-budak zaman sekarang ni.. Kadang-kadang sangat menyakitkan mata malah menyakitkan hati.. Entah kenapa budaya tak senonoh makin lama, makin menular dan menjadi kegilaan.. Antara yang aku paling tak tahan tengok budak-budak sekarang ni ialah budaya kaler rambut. Entah apa jadah gi kaler-kaler rambut tu.. dah tu, bukan murah kaler.. beratus ringgit..baik buat belanja aku makan kat hotel Hilton ke.. KFC ke paling cikai..
Nampaknya peribahasa "rambut sama hitam, hati lain-lain" dah tak boleh diguna pakai sekarang ni.. sebabnya peribahasa yang baru perlu digunakan.." rambut pon dah lain kaler, apatah lagi ngan hati". Tuhan dan buat kita kat rantau ni rambut kaler hitam.. tak payah la nak jadi macam Mat Saleh yang berkaler-kaler rambut depa tu.. Benda takde pekdah tak perlu di tiru.. lagipon, bila dah kaler rambut tu, air tak rata bila mandi.. jadi macam mana korang nak solat?? dah mandi pon air tak rata, sah-sah la mandi wajib pon tak sah.. bila tak mandi wajib macam mana nak solat ngan sempurna? Hmm.. satu lagi pesanan dari aku, kalaupon nak jadi macam mat saleh, korang gi kaler-kaler rambut tu namun punggong korang tetap hitam!!! sedar diri sikit...
Cun ke?? macam pontianak je tengok~

Tuesday, October 11, 2011
Minta Maaf
Antara perkara yang senang tapi susah nak di buat ialah minta maaf. Bagi masyarakat kita lebih-lebih lagi, amat susah untuk seseorang mengakui kesilapan sendiri lebih-lebih lagi orang tua. kononnya dengan alasan 'aku makan garam dulu', maka perkataan maaf seolah-olah tak perlu. Walaupun kadang-kala kita sedar kesilapan kita, namun wujud pula perasaan malu untuk meminta maaf.
Paling teruk, ucapan maaf itu sukar di sebut kerana perasaan ego.. cittt...kalu dah salah, ngaku je la.. tak salah pun kalau ngaku salah.. yang salahnya kalau taknak ngaku salah walau pun dah terang-terang bersalah..eh, salah ke apa yang aku kata ni? ahh..buat-buat tak salah je la.. ekekeke.. memang sukar untuk meminta maaf dari orang..aku sendiri pun rasa begitu.. tapi kalau minta maaf, kita tak rugi apa-apa pun. bahkan akan lebih mengeratkan silatulrahim..
Tapi, bagi aku permohonan maaf juga kadang-kala tak bernilai sangat lebih-lebih lagi dari golongan artis.. buat benda ikut suka hati dia je.. bila dah kena kecam ngan masyarakat, baru nak minta maaf.. tapi pastu buat balik.. bahkan ada yang makin teruk.. golongan yang minta maaf atas kesilapan lalu tapi tetap ulang kesilapan sama di masa akan datang memang betul-betul lahanat.. rasa nak tumbuk je muka depa 14 kali.. hmmm..sebenarnya baru-baru ni, aku betul-betul ada resek kat sorang brader tu.. ada orang wat salah ngan dia.. jika difikirkan logik dari akal aku la...orang tu la yang salah.. pastu, orang tu pulak taknak bertegur sapa. lastly, brader yang tak bersalah tu pulak gi minta maaf.. kononnya dia taknak la bermasam muka ngan orang. bukan susah pon nak minta maaf.. pergh...bila dengar penjelasan brader tu, aku terpana.....
Paling teruk, ucapan maaf itu sukar di sebut kerana perasaan ego.. cittt...kalu dah salah, ngaku je la.. tak salah pun kalau ngaku salah.. yang salahnya kalau taknak ngaku salah walau pun dah terang-terang bersalah..eh, salah ke apa yang aku kata ni? ahh..buat-buat tak salah je la.. ekekeke.. memang sukar untuk meminta maaf dari orang..aku sendiri pun rasa begitu.. tapi kalau minta maaf, kita tak rugi apa-apa pun. bahkan akan lebih mengeratkan silatulrahim..
Tapi, bagi aku permohonan maaf juga kadang-kala tak bernilai sangat lebih-lebih lagi dari golongan artis.. buat benda ikut suka hati dia je.. bila dah kena kecam ngan masyarakat, baru nak minta maaf.. tapi pastu buat balik.. bahkan ada yang makin teruk.. golongan yang minta maaf atas kesilapan lalu tapi tetap ulang kesilapan sama di masa akan datang memang betul-betul lahanat.. rasa nak tumbuk je muka depa 14 kali.. hmmm..sebenarnya baru-baru ni, aku betul-betul ada resek kat sorang brader tu.. ada orang wat salah ngan dia.. jika difikirkan logik dari akal aku la...orang tu la yang salah.. pastu, orang tu pulak taknak bertegur sapa. lastly, brader yang tak bersalah tu pulak gi minta maaf.. kononnya dia taknak la bermasam muka ngan orang. bukan susah pon nak minta maaf.. pergh...bila dengar penjelasan brader tu, aku terpana.....

Wednesday, August 24, 2011
Baju Raya
Sekarang ni mesti pakat dok sibuk nak mencari baju raya kan?? golongan ibu-ibu dan bapak-bapak mesti dok pening sambil sesekali mengira duit kat dalam wallet tu..hahaha.. Al-kisah, petang tadi, aku pergi la ke kedai baju untuk menemani sorang member tu nak belikan baju raya untuk anak-anak dia.. tanpa di sangka-sangka aku pulak yang telah terbeli baju untuk aku sendiri..hehehe.. tahun ni aku taknak pakai baju melayu.. aku dah beli jubah untuk raya. dah lama rasanya aku tak pakai jubah ni~ berlagak alim la konon..mana la tahu, nanti aku gi join geng tabligh ke pulak..hahaha..
Dalam keseronokan membeli baju tadi, aku terpandang la contoh-contoh baju yang digantung kat kedai tu.. macam-macam pilihan..akhirnya aku terpandang kawasan baju kebaya.. perghh..kebaya moden la konon.. rasanya aku taknak panggil kebaya moden tapi aku nak panggil kebaya bogel.. makin lama, makin teruk fesyen sekarang ni.. tapi aku rasa, kebanyakan orang perempuan sekarang memang suka kalau dapat pakai baju kebaya bogel ni.. makin tahun, makin sikit kainnya yang tutup badan..
Dah beberapa tahun trend baju kebaya berlengan nipis ataupon transparent ni menjadi kegilaan para perempuan.. boleh nampak ketiak dia..kalu ada yang tak cabut bulu ketiak, uiishh..memang seram gila la kita menengoknya.. tadi aku terlihat lagi kebaya yang lebih moden lagi.. kalu lelaki tengok, memang meleleh air liur wa cakap lu..
![]() | |||||
kebaya bulu ketiak ni dah jadi fesyen lama.. |
Kebaya bogel....memang ummpph.. |
Ada ke patut baju macam ni pon dibuat..baik tak payah pakai baju terus.. sehelai baju tu transparent terus.. cuma menutup dibahagian dada dan bontot sahaja.. pusat pon terdedah, peha pon terbuka..apa kejadah fesyen lagu ni?? Mungkinkah ada perempuan yang gila ingin membeli dan memakai kebaya bogel ni? rasa-rasanya memang ada.. kalu nak beli dan pakai aku rasa tak salah..dengan syarat hanya memakai depan suami~ kalu pergi kehulu kehilir dengan baju ni, memang sah, otak korang ada something wrong..
p/s : kalu ada perempuan yang pakai kebaya bogel ni, rasanya pasti setiap lelaki yang memandang akan terpegun..OMG!!OMG!!!OMG!!!!!!

Friday, August 19, 2011
Apa jenis manusia
Manusia ni memang macam-macam jenis punya perangai.. lain kepala, lain bahasa.. Ada yang sombong, ada yang suka berkawan, ada yang suka mengutuk, ada juga yang suka memuji.. Al-kisah, ada la sorang teman tu.. baru-baru ni sering ditimpa masalah.. dan aku jugak la yang dicarinya untuk mengadu.. Yang boleh aku bantu, aku cuba bantu sedaya yang boleh.. yang tak mampu, aku cuma boleh nasihatkan je la.. beri jalan penyelesaian yang terbaik..
Pukul 10 malam dia call, aku jawab.. pukul 3 pagi dia mesej aku balas.. pukul 7 pagi dia call aku jawab, pukul 2 petang dia mesej, aku balas.. pendek kata, tak kira masa dia akan cari aku untuk meluahkan masalah beliau.. aku habiskan kredit telefon 20, 30 hengget, takpe la..teman punya pasal.. aku habiskan duit 2,3 ratus, tak pe la.. kawan nak guna.. aku habiskan masa aku seharian sampai berminggu, ok lah.. luangkan masa untuk kawan.. aku perahkan kudrat tulang 4 kerat dengan berpenat lelah pon, takde masalah.. kerana teman.. bila dah lama, aku pon tanya la sikit.. macam mana ngan masalah dulu? sekarang ok ke? jawapan dia hanyalah, "kenapa ko nak sibuk pasal hidup aku?".." jangan nak sentuh pasal peribadi aku!!"
Ohh.. begitu rupanya balasan yang diterima..Salahkah aku untuk bertanya? tetiba aku rasa aku memang seorang penyibuk.. ok, aku janji..mulai hari ni, aku takkan ambik tahu lagi pasal ko.. ko nak panjat pokok kelapa, pastu terjun pon aku tak kesah.. Jangan lagi cari aku lepas ni.. Apa jenis manusia la ko ni??

Monday, August 8, 2011
Kasih sayang Ibu bapa
Baru-baru ni aku ada baca satu buku... ada satu tajuk dia yang betol2 menarik perhatian aku. Tajuk dia mengenai kasih sayang ibu bapa. Apakah betol setiap apa yang di lakukan oleh ibubapa terhadap anak2 adalah demi kebaikan anak2 mereka? bagi ibu bapa terutama orang melayu, mendidik anak perlu tegas dan penuh unsur paksaan.. marah dan mengherdik itu satu kasih sayang.. memukul dan merotan itu satu kasih sayang.. membebel dan memaksa itu satu kasih sayang... apakah benar itu dianggap kasih sayang? namun itu lah yang menjadi kebiasaan ibubapa terutamanya orang melayu dalam memberikan kasih sayang kepada anak2..
kenapa kah ibubapa tidak menunjukkan sahaja kasih sayang melalui sifat kasih dan sayang mereka? kenapa kasih sayang perlu di terjemah kepada pukulan dan maki hamun? mungkin kasih sayang sebegitu boleh di praktikkan pada masa dahulu.. zaman sekarang, kasih sayang dengan pukulan dan bebelan tidak berkesan kepada anak2.. anak2 yang tidak berfikiran matang akan merasakan mereka dibenci dan tidak disukai oleh ibubapa..
sebab itu sekarang ni kian menjadi-jadi kes lari rumah, pukul ibu bapa bahkan sampai membunuh ibubapa.. semua itu lantaran tidak tahan dengan sikap dingin dan bebelan orang tua.. kalu zaman dahulu, menurut mak aku, walau kena pukul pon, terpaksa tahan je.. nak lari rumah pon nak pergi mana.. kalu malam gelap gelita.. hutan je sekeliling.. zaman sekarang ni berbeza sama skali..hutan batu memenuhi segenap ruang.. cahaya neon bergemerlapan..para sahabat pon bertaburan. boleh menumpang teduh rumah kawan.. kalu mak kawan tanya, katanya dihalau ibubapa.. itu yang biasa terjadi..
Sedarlah para ibubapa, zaman sekarang bukan lagi seperti zaman dahulu.. anak2 sekarang mudah memberontak dek kerana pemikiran yang tak matang. cuba2 lah memberikan kasih sayang kepada anak-anak dengan kasih sayang yang sebenar secara terus.. tak perlu lagi kasih sayang itu di terjemah kepada pukulan dan bebelan..
kasih sayang dan sifat lemah lembut akan melembutkan juga hati anak2... Rasulullah sendiri pernah berpesan supaya menjadikan anak2 sebagai kawan apabila mereka di ambang remaja. Ini kerana anak2 akan mudah mengikuti apa yangg rakan mereka lakukan. melalui psikologi, menurut Dato Dr Haji Fadhilah Kamsah, anak2 masa kecil suka menjadikan ibubapa sebagai role model.. bila di skolah rendah, anak2 lebih suka menjadikan guru sebagai role model.. dan bila remaja, anak2 akan lebih suka mengikut apa yang kawan2 mereka lakukan..oleh itu, ibu bapa perlu menjadikan kawan kepada anak2 yang remaja supaya mereka mudah mengikuti anda dan bukannya berpeleseran dengan kawan2 mereka yang lain..
Sebagai anak, kita juga janganlah cepat berkecil hati dan memberontak dengan ibubapa jika mempunyai ibubapa yang suka membebel dan memukul..sebolehnya, elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan bebelan dan kemarahan ibubapa.. sedarlah kita syurga itu dibawah tapak kaki ibu. kadangkala ada juga bebelan dari ibubapa yang kita rasakan tidak berasas, tapi cuba2 lah meletakkan ketepi sahaja bebelan yang tidak berasas. dan ambil lah pengajaran dari bebelan yang bermanfaat..sememangnya bebelan dan kemarahan itu adalah kasih sayang mereka. tapi mereka masih terikut2 cara didikan yang mereka terima dari datuk dan nenek dulu..
kita seharusnya sedar, orang2 tua dahulu sememangnya suka berkias dan tidak melakukan sesuatu secara terus melainkan ada benda yang tersirat.. marah itu tanda sayang.. sayangkan anak tangan2 kan, sayangkan isteri rapat2kan tinggal2 kan.. jadi korang fikirlah, apakah bebelan dan kemarahan serta pukulan itu sesuai untuk menunjukkan kasih sayang korang kepada anak2.. sesungguhnya pemikiran setiap orang tak sama...
p/s : aku masih lagi bujang trang tang tang.. tak tahulah macam mana cara aku untuk mendidik anak2.. yang aku dapat bayangkan, amat sukar membesarkan anak2... tapi kesukaran itulah yang pernah di tempuh oleh ibu dan ayah aku... terima kasih mama & abah kerana telah membesarkan aku. (walaupon penuh bebelan, tapi bebelan itu yang menjadikan aku seorang manusia)

Wednesday, July 27, 2011
SEGMEN : ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU
Rejab itu bulan untuk Allah s.w.t.. Syaaban itu bulan untuk Rasulullah.. Ramadhan pula bulan yang di khaskan untuk orang Islam..Para sahabat dahulu mengeluh kerana tidak dapat beramal lama seperti umat terdahulu, maka diberikan kepada kita bulan Ramadhan yang sekaligus menggandakan pahala amalan kita dan di kurniakan lagi malam Lailatulqadar yang mana amalan pada malam tersebut menyamai amalan selama 1000 bulan yakni 83 tahun. Para sahabat dahulu begitu gembira apabila menyambut kedatangan Ramadhan kerana dapat beribadat pada bulan yang penuh keberkatan ini. Berlainan pula sambutannya pada manusia zaman kini..
Kedatangan Ramadhan seolah-olah satu musibah kerana sukarnya untuk menahan dari kelaparan dan kehausan.. Sifat manusia yang semakin lari dari tertib agama ini juga tak lekang dari hati aku yang masih punyai nafsu.. betapa seksanya mengharungi sebulan masa dengan kepayahan untuk mendapatkan makanan di siang hari.. Bila aku terkenangkan tahun-tahun yang terlepas, ahh, ruginya aku kerana tak mengendahkan kelebihan Ramadhan.. Sewaktu manusia lain menunaikan perintah Tuhan dikala siang hari, aku hanya tidur untuk mengelakkan kelaparan itu berleluasa. Tatkala malam pula, disaat insan lain mengangkat takbir terawih beramai-ramai, aku hanya bisa mengadap skrin laptop yang menjadi kebanggaan selama ini.. di saat orang lain bertadarus, aku pula memasang lagu dari MP3 sehingga membingitkan telinga.. tapi aku berasa gembira dengan hiburan dunia sehingga tiada secebis rasa berdosa dan bersalah.
Sekarang aku mula mengira..ahh.. Ramadhan tahun ini sudah menghampiri. perlukah aku terus berdampingan dengan keasyikan duniawi? Apakah tiada penyesalan jika tahun ini merupakan Ramadhan yang terakhir buatku? Terdetik pula dihati ini, andai ini Ramadhan terakhirku maka rugilah aku hidup didunia tanpa mengambil kesempatan untuk beribadat seperti 1000 bulan. Pasti menyesal kerana Izrail datang sebelum aku berterawih bersama imam. Walau apa pun, tahun ini aku perlu berubah.. aku mesti berubah.. dunia sudah tak menjanjikan apa-apa.. Jika Ramadhan yang terakhir pun aku masih kelalaian, apa yang harus ku jawab pada Mungkar dan Nakir?
Ramadhan itu untuk umat Muhammad. Aku juga umat Muhammad.. maka Ramadhan itu adalah untuk aku.. Sungguh Maha Pengasih dan Penyayang Tuhan sekalian alam.. dari mula penciptaan alam, aku telah ditempatkan untuk menjadi umat Muhammad yang punya kelebihan. beribadat semalaman tapi bersamaan 1000 bulan.. Tuhan tahu, jika aku ditempatkan bersama umat lain, tak termampu untuk aku beribadat selama 1000 bulan itu. sedangkan untuk satu malam aku sudah pun liat..Tuhan masih beri aku kesempatan.. Tahun dulu berlalu dengan kealpaan. Moga Tuhan beri aku kesempatan untuk bersama Ramadhan ini..Andai ini Ramadhan terakhirku, aku hanya pohon pada-Mu, semoga dapat aku bertemu dengan Lailatulqadar-Mu.. Ingin aku pohon keampunanmu pada malam itu.. Ingin aku doakan kesejahteraan kedua orang tua ku, Ingin aku mendapatkan keredhaan-Mu...
Hmm...layan Harapan Ramadhan dari Raihan ngan Man Bai dulu~
Entri ini dibuat bagi menyertai segmen yang dianjurkan oleh Blog The Garden of Love, Pilihan Hati dan juga Wardah Humairah bersempena Ramadhan yang kian mendatang.. Kalu nak join, sila klik banner di atas.

Sunday, July 24, 2011
Pemelihara wanita
Zaman sekarang ni, budaya kapel dan tak menjadi kepelikan.. yang peliknya adalah jika korang takde kapel macam aku ni.. orang yang takde kapel, tak bergayut di telefon, dan tak berSMS macam aku sering dipandang jelek, tak bermaruah, tiada harga diri, tak pandai mengayat dan sebagainya.. Lantak la orang nak kata apa pon, biarlah aku dengan cara aku yang bujang trang tang tang ni.. itu lebih baik dari aku menjadi hamba wanita atau pon pemelihara wanita.
Seringkali kita tengok, kebanyakan orang yang berkapel ni, mesti lelaki yang kena keluarkan duit. kononnya gentleman la kalu dapat belanja awek.. Bagi aku sendiri, tak salah kalu nak belanja awek makan jarang-jarang.. nak belikan barangan kadang-kadang.. tapi amatlah bangang jika setiap hari perlu menanggung awek tu.. amat gembiralah betina yang suka mengikis dan pisau cukur kalu dapat lelaki bangang yang rela membelanjakan duit sampai ratus-ratus setiap hari.. lagi bangang jika lelaki tu pon masih lagi blaja kat sekolah mahupon IPT. duit pon masih mintak kat mak ayah, ada hati lagi nak bagi kat perempuan.. diri sendiri rela makan megi hari-hari.. duit PTPTN pon banyak mana la sangat..cukup-cukup nak buat bayar sewa rumah.
Macam la si perempuan tu takde mak bapak yang menanggung dirinya.. si lelaki apakehal sampai bangang nak jadi penaja hidup perempuan pulak..belum jadi laki bini dah mintak macam-macam.. bila di tanya pada lelaki, mereka akan jawab, "tak pe..aku masih mampu untuk memelihara perempuan tu".. betul ke mampu jika sampai tahap menipu mak bapak dan orang lain hanya kerana nak dapatkan duit bagi memenuhi permintaan si awek? Pada pemerhatian aku, perempuan yang suka meminta-minta dari lelaki ni takkan kekal lama dengan korang. time korang berduit, adalah mereka akan menempek dan bergedik..bila dah kering nanti, hmm, bye bye la lelaki tak guna..dan lagi, kebanyakan perempuan yang suka meminta dari lelaki ni biasanya ada lelaki lain dibelakang..Kepada lelaki bangang, beringatlah sebelum di tinggalkan..jika duit tu korang simpan, aku rasa dalam 3,4 tahun nanti dah boleh buat rumah banglo.. hmmm..kalu lah aku seorang perempuan, mungkin aku pon akan jadi pisau cukur kot..perghh..senang lenang hidup tanpa perlu bekerja.
p/s : ada juga kapel yang mana perempuan perlu menaja hidup lelaki..hmmm..
p/s/s : dari belanjakan duit untuk perempuan, baik belanjakan untuk kawan-kawan.. nanti dah clash ngan perempuan, semua duit tu hangus je. tapi kawan still ada biar pun korang tu masih susah.maksud aku yang betul-betul kawan la...

Friday, July 22, 2011
Kebebasan
Termenung aku seketika bila membaca berita pasal anak lari dari rumah. Makin lama makin menjadi-jadi sehinggakan umur baru belasan tahun dah pandai memberontak dan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan ibubapa atau penjaga. Teringat akan diri aku juga masa muda-muda dulu.. ketika aku di zaman sekolah menengah. Kadang-kadang memang terasa ada niat untuk melarikan diri dari rumah. Antara puncanya tak tahan mendapat bebelan dan ceramah free dari orang tua. Tapi setelah difikir masak-masak, tiada gunanya menjauhkan diri dari ibu bapa.
Kerana terasa seolah-olah dikongkong, maka anak muda lebih memilih jalan mudah dengan lari dari orang tua. Apa yang diinginkan hanyalah kebebasan.. bila direnungkan, betapa bodohnya kerana terlalu memilih kehidupan bersuka ria di kala teman sebaya galak menuntut ilmu. Segala bebelan ibu bapa itu jika ditanam dalam hati, maka kita akan fikirkan kebenarannya. Anak-anak remaja sering merasakan bebelan itu satu penyeksaan dan menyakitkan telinga sehingga ada yang berani melawan kata tanpa sepatah pun kata-kata ibu bapa menusuk ke jiwa.
Nasihat aku kepada mereka yang masih dibangku sekolah tu, janganlah terlalu memilih kehidupan yang hanya inginkan kebebasan. Selagi dibawah umur, seseorang itu masih lagi menjadi tanggungjawab dan hak milik ibu bapa. Di waktu ada kesempatan untuk belajar, timbalah ilmu itu sebanyak mungkin. Bila dah besar nanti, pilihlah jalan sendiri. Waktu tu, korang dah boleh pilih kebebasan sendiri.. Apa yang paling mengecewakan, ada juga yang terlalu kemaruk untuk berkahwin dan rela meninggalkan ibubapa serta sekolah.hmm..tak terfikirkah masa depan yang tiada pelajaran? Kemana hala tuju jika tanpa ilmu? Cinta monyet budak sekolah sekarang memang membimbangkan.. teringat kata ustaz sekolah aku dulu, tak payah la nak bercinta dibangku sekolah. Takdenya kapel tu member perangsang kepada pelajaran melainkan hanya akan melalaikan.

Friday, June 3, 2011
Tak Tertahan
Aku tengok last entry aku ialah seminggu lepas.. sebenarnya, tu pon entry auto publish..memang sakit hati sangat-sangat sebab tak dapat nak online.. baru ni, telekom ada bagitau, kabel telefon yang dicuri telah disambung balik.. tapi setelah aku cuba, talian telefon dan internet tetap tak dapat.. bila aku selidik, rupanya, kabel yang baru dipasang tu telah di potong balik oleh pencuri yang bangang..aduhh!!!
Memang menyakitkan hati apabila 2,3 bulan perkhidmatan telefon dan internet dikenakan caj tetapi tiada perkhidmatan.. ibarat pergi ke pasar dan membayar duit kepada penjual ayam tanpa membeli ayam.. betul ke tindakan macam tu? bukan nak menyalahkan pihak telekom sepenuhnya, tetapi cubalah mereka fikir, betul ke tindakan mengenakan caj setiap bulan tanpa memberikan perkhidmatan?
Sekarang, aku tak nak pikir sekejap masalah pasal internet ni.. cuba menenangkan fikiran dengan melancong ke Langkawi..ekekeke..sungguh kelabu mata bila melihat barang-barang murah.. walaupon barang di Kelantan pon masih murah, tapi di Langkawi lagi la jauh murahnya..hmm, tiada cukai la katakan~ Sekarang aku nak mendamaikan otak dengan bercuti..

Saturday, May 21, 2011
Internet
Pergh… sejak balik ke kampung, hidup aku penuh dengan keboringan. Dah la aku baru balik dari KL, tup-tup mak ayah aku pulak pergi ke KL sebab nak hantar adik aku masuk matrik. Aduii, dok pulak sorang-sorang kat rumah.. nak ikut depa pon, punggung aku pon belum panas lagi dok kat kampung ni.. lebih memboringkan lagi, internet pulak takde..adehh..kabel telefon kena curi dek pencuri yang rakus dan bangang.maka secara otomatik, aku takleh nak online..
Hari ni nasib baik sebab sepupu aku dari Kota Bharu yang bertugas kat tempat aku kena on call dan datang bermalam kat rumah aku.. dengan muka seposen, aku pon meraih simpati dari beliau untuk meminjam perkhidmatan broadbandnya. Dengan hikmat muka seposen, akhirnya aku berjaya meng’update’ blog..ekekeke.. maaf entry kali ni tiada yang istimewa sebab aku kehilangan idea semenjak ketiadaan internet. Aku Cuma nak meluahkan perasaan gembira sebab dah dapat online sejak dari beberapa hari yang lalu..
Akhirnya sikap addict aku terhadap blog terubat.. ye, memang aku addict gila khinzir ngan blog sekarang ni.. sebenarnya aku bukan addict kepada internet tetapi kepada blog. Begitu juga dengan kebanyakan golongan masyarakat kita.. yang aku perhatikan, ramai yang addict kepada facebook, blog, laman web lucah dan sebagainya.. asal surf internet je, buka menatang benda tu.. hakikatnya masih ramai yang tidak memaksimumkan penggunaan internet. Kita hanya sekadar memerlukan internet untuk membuka facebook semata-mata.. bukan menggunakan internet secara sepenuhnya.. tapi ada sorang member aku yang merangkap designer dan penasihat aku, memang betul-betul hidup dengan internet..segala-galanya adalah internet. Jika tiada internet, mungkin beliau akan gila agaknya.. hmm, teringat ngan falsafah hidupnya, “segalanya berada dihujung jari”…
p/s : tetiba aku teringin nak menjual burger kat kampung. Hmm..masih dalam perancangan..

Friday, May 13, 2011
Apakah yang lebih penting?
2,3 hari ni gempar kat Malaysia pasal berita dari Utusan Malaysia yang gembar-gemburkan isu pasal agama kristian nak dijadikan agama rasmi Negara. Laporan berita tu pulak dipetik hanya dari 2 buah blog yang mengeluarkan isu berkenaan. Hmm..bagi aku, perlu ke Akhbar arus perdana mengeluarkan isu yang hanya bersumberkan penulisan blog? Blog itu mampu ditulis oleh sesiapa dengan menggunakan akal yang cetek. Pengisian dari blog tak semestinya betul. Hmmm..apakah suatu hari nanti, blog cikai aku ni pon boleh jadi sumber rujukan untuk mentadbir Negara, mendapatkan hukum-hakam agama dan keluar di dada-dada akhbar utama? Cis..blog aku ni pon di tulis hanya dengan menggunakanakal dangkal aku. Takkan la orang nak terima..
Bagi aku, isu tu tak perlu diperbesarkan lebih-lebih lagi tiada bukti dikalangan penganut dan paderi dari kristian nak berbuat demikian. Lagipon, kalu difikir dalam-dalam, Agama Islam sebagai agama rasmi itu sudah termaktub dalam perlembagaan. Mengikut Perlembagaan Malaysia, Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan (Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam Persekutuan) dan agama lain bebas diamalkan tetapi tidak boleh di sebarkan. Masih ingat Ayah Pin? Dia diburu bukan sebab ajaran sesat tetapi kerana menyebarkan ajaran tu. Benda yang ada dalam perlembagaan tak boleh diubah melainkan mendapat sokongan 2/3 ahli dewan di parlimen. Perkara ni agak mustahil berlaku selagi para Pemimpin Melayu bersatu dan ‘masih’ melayu serta ‘masih’ Islam.
Benda dah tak boleh ubah, kenapa perlu jugak nak di bising-bisingkan sampai nak bergaduh dan nak membakor sana-sini? Kenapa tak bising pasal benda yang boleh di ubah? Harga gula naik.. harga minyak pon naik, harga barang lain pon akan naik.. kenapa isu tu tak pula di besar-besarkan? Atau ada apa-apa rancangan disebalik semua tu? Bukan aku nak menyalahkan atau menuduh sesiapa termasuklah pihak kerajaan. Tapi agak-agak la kalau nak melenting pon.. biar benda yang berasas.. Inilah sikap orang melayu dan Islam.. sebut pasal bangsa sikit melenting, sebut pasal agama sikit, melenting… cuba fikir rasionalnya nak buat semua tu. Buat perdana menteri, Dato seri Najib, tolong lah juga faham keadaan rakyat dibawah ni.. Jangan sesuka hati menaikkan harga barang untuk keselesaan orang diatas. 20 sen untuk harga gula tu tak banyak. Tapi fikirkan kesannya pula. Harga makanan akan naik, harga air akan naik..harga gula naik 20sen, tapi harga barang lain akan dinaikkan 10sen paling kurang setiap satu. Dua puluh kali dah 2 ringgit. Kalau seratus kali? Kalau seribu kali? Bukan semua orang bernasib baik dan mempunyai wang yang bertimbun..
p/s : pilihanraya makin dekat dah.. rakyat kini bijak dah dalam memilih.. kalau dah selalu harga naik, hmmm….

Thursday, May 12, 2011
Niat
Setiap perbuatan kita pasti dimulakan dengan niat.. Niat kita tu akan menjadi perangsang untuk kita menunaikan perbuatan kita.. Tapi setiap niat kadang-kadang tak selari dengan perbuatan.. ada yang niat baik, tapi menggunakan cara tak berapa elok..ada yang niat buruk, tapi perkara yang dilakukan itu bagus.. Cuma kena ingat, niat kita hanya Tuhan saja yang tahu..perbuatan kita pula orang yang akan menilainya..
Andai kita nita baik sekali pon, tetapi jika pelaksanaan kita itu bercanggah dengan norma kehidupan manusia, kita tetap akan dianggap salah. Aku perhatikan diri aku sendiri... kebanyakan perbuatan aku sering dianggap tak elok dan tak bersesuiaan..tapi aku suka cara aku.. Mak aku selalu marahkan aku.. bila si suruh menyapu, potong rumput, kemas rumah..selalunya aku buat donno je.. itu sikap aku..tapi semua itu aku akan lakukan bila takde orang.. aku tak suka buat-buat kerja depan khalayak..Niat untuk membuat kerja-kerja tu memang ada, tapi bukan di depan orang..
Pernah terjadi dulu, sorang lecturer marahkan aku sebab datang lewat untuk test kerana tertido.. katanya berbunyi, "awak ada potensi untuk berjaya..tapi itu semua tak kemana kalu malas. asyik tido je memanjang".. mungkin juga silap aku kerana tertido.. member aku yang senasib ngan aku pulak ada bagitau.. "kita ni bukannya malas..tapi terlampau rajin..malam-malam, orang tido tapi kita sangap nak study..siang hari mula la mengantuk".. Niat tu memang untuk study dan mendapatkan ilmu.. tapi bila perbuatan dah tak dapat diterima oleh orang lain, maka akan dikatakan pemalas pula... Satu hal lagi, aku suka membaca apa saja yang aku minat.. aku takkan baca apa yang aku tak suka walaupon benda tu nak masuk exam.. besok nak exam geografi, malam ni boleh pulak membaca pasal sejarah.. apa kebengongnya.... bagi aku yang penting itu ilmu.. setakat result exam, bukan boleh jadi panduan hidup..
Dalam blog ni pon sama jugak... aku suka menulis pasal kutuk-kutuk orang.. memperlekehkan orang.. nak menunjuk baik, berlagak alim dan sebagainya.. Dengan ayat yang memanaskan punggung dan ayat-ayat tak senonoh tu, aku nak orang-orang yang terasa tu berubah.. kalu kita cakap elok-elok, hanya masuk mata kanan, keluar mata kiri la.. Kalu diberi pedas-pedas tu, baru la orang tu akan berfikir skit..tu niat aku..tapi ada orang yang baca blog aku akan kata aku ni celupar.. cakap ikut suka hati.. otak tak senonoh.. Hmmm..aku masih punya otak untuk bezakan baik buruk.. Aku bukan orang yang suka melaung-laung tak tentu pasal..Jadi kalu korang taknak orang kutuk korang, buatlah perbuatan yang baik.. jangan stakat niat je kerana itu belum mencukupi..Jangan jadi macam aku.. Niat baik sekalipon, orang akan salah tafsir dengan perbuatan kita nanti...

Monday, May 9, 2011
1 hari 3 kali
Apa benda yang 3 kali dalam sehari tu?? makan nasi 3 kali sehari? bukan.. keluar dating 3 kali? pon bukan.... berjimak 3 kali sehari?? lagi la bukan.. aku suci lagi, ok!!! Sebenarnya aku cuma nak bagitau hari ni aku mendapat 3 kegembiraan..hahahaha..
Mula-mula ibu ku yang penyayang telah call... katanya duit dah bank in..fuhh~ alhamdulillah..tahu jugak anaknya tengah kekeringan poket sekarang ni..ekekeke.. beliau siap bagi ayat tambahan lagi, "kalu tak cukup, bagitau la. nanti mama tambah lagi.." ekkk??? nanti la kot.. nak beli tiket untuk balik nanti, aku mintak la lagi.. So, kegembiraan yang pertama ialah duit dah ada..boleh la aku makan nasi nanti..selama ni makan megi je hari-hari..(nampak beno menipunya)..
Kegembiraan yang kedua pulak, hari ni aku dah habis exam..yeahh..merdeka!!! merdeka!!! harap-harap, ni last paper dah aku kat UM. mintak-mintak la lulus dengan jayanya~ kepada encik lecturer, jangan la bagi aku peluang untuk repeat paper..kang aku mengamuk nanti , jadi doraemon...eh, jadi incredible hulk.. Dan kegembiraan yang ketiga ialah aku dapat email invitation dari Nuffnang untuk Premiere Screening of Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides..huhuhu..akhirnya dapat jugak hasil dari aku wat entry dulu.. dah la yang filem season of the witch dulu aku dapat tapi tak pergi..rugi je..kali ni aku tak nak terlepas dah..
Aku masih terpikir sekarang ni..Nuffnang bagi tiket sepasang.. jadi aku nak pergi ngan siapa? awek pon belum ada lagi.. member pon semua sibuk dan ada yang dah balik kampung.. ish~ tak syok la kalu gi tengok sorang-sorang..hmmmm, ke ada sesiapa nak temankan aku gi tengok Pirate of the Caribbean nanti? cepat angkat tangan..err..syaratnya mesti perempuan..lelaki aku tak mau!! nanti dok raba-raba..aku anti gay, okeh!!! Kalu perempuan, nak gatal-gatal pon tak pe..sedap digaru..ekekeke, meroyan dah aku ni.. Haaa, ada lagi satu kegembiraan sebenarnya.. Hari ni aku belum tido lagi.. mengantuk gila dah ni. errr... mengantuk pon kira gembira jugak ke?

Sunday, May 8, 2011
Dia yang ku panggil Mama
Pasti semua orang mempunyai Ibu..cuma mungkin ada yang sudah kehilangan..Sempena hari ibu hari ni, ingin aku lakarkan penghargaan buat insan yang amat penting dalam hidup manusia ini... Ada yang panggil ibu, ada juga yang memanggil mama.. sesetengah Insan memanggil mereka ummi..bermacam panggilan ditujukan.. namun maknanya hanya satu.. orang yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh ilmu dan kasih sayang.
Terimbau kembali memori tatkala aku masih kecil dulu.. Bila Mama marah, habis semua orang akan di leterinya.. Kalu sorang je yang buat silap, maka habislah satu rumah yang jadi mangsa kemarahan mama. Setiap orang akan kena aim dengan leterannya.. pendek kata, sekali dah berleter maka 18jam nanti la baru berhenti..Ish, benda yang tak berkaitan pon boleh jadi modal untuk beliau berleter...yang pastinya, setiap kali mama berleter, setiap orang dalam rumah akan dipersalahkan..
Masa aku kecik dulu, kata Mama, akulah anaknya yang paling pelik dan tak boleh nak marah lebih-lebih kat aku..ekekeke... Kalu abang-abang aku dulu, nakal sikit je, terus makan kepala tali pinggang, hanger, dan sebagainya~ bila dah kena balun tu, konpem la nangis.. tapi kalu nangis, makin la kuat kena tibai.. terus senyap la..takut dah kena tibai lagi..tapi aku pulak, sekali mama tibai, aku terus nangis..makin ditibai, makin kuatlah aku menangis.. maka mama mengambil jalan untuk memujuk pulak..setiap kali nangis, mesti aku akan dipujuk walaupon aku buat salah..hahaha..
*Abang aku...
Aku makin besar kepala sebab selalu dipujuk.. ;p
Paling buat aku sayangkan Mama ialah sebab dia tak pernah menghampakan harapan aku.. setiap kali aku mintak nak apa-apa, mesti akan dapat.. nak mintak makan apa pon, pasti dia masakkan.. alangkah bahagianya hidup ni.. Aku tak perlukan jin aladin untuk menunaikan impian aku..cukuplah aku ada Mama...uhh..tetiba teringin nak makan Nasi Dagang nih...Mama....nak balik!!!
Sungguh besar jasa Mama dalam mendidik aku menjadi manusia..Dia yang mengandungkan aku, dia yang menyusukan aku, dia juga yang membesarkan aku, dialah yang mengajar aku kisah-kisah nabi, mengajar aku mengaji Al-Quran, ajar aku sembahyang.. Kalu takde Mama, mungkin aku takkan kenal apa itu alif ba ta.. Hmm..teringat time dulu-dulu..lepas sembahyang Maghrib, kena mengaji Al-Quran.. habis mengaji, Mama akan bercerita pasal kisah-kisah nabi.. Part tu yang paling aku suka sepanjang hidup aku didunia ini..
Kini aku dah pon besar panjang.. dah hampir 25 tahun Mama membesarkan aku tapi kasih sayang Mama tetap macam dulu.. Kecantikannya masih jelas terlekat pada rupanya..cuma raut tua itu semakin berkedut berbanding dulu.. Mama kini sudah pon mendapat gelaran baru semenjak Abah mendapat gelaran Datuk.. maka Mama pon terpaksa menggunakan gelaran Nenek.. Haish..sudah bercucu pon Mama aku dan aku pon dah ada anak buah.. Err..anak sendiri lama lagi kot..kawen pon belum aku ni..
*Dah dapat sorang anak buah.. nanti mungkin yang ke-2 akan menyusul~ ekekeke
Pape pon, terima kasih Mama kerana dah membentuk aku sebagai manusia.. Terima kasih kerana mengajar aku erti hidup di dunia.. SELAMAT HARI IBU BUAT MAMA..eh, aku panggil Mama la.. SELAMAT HARI MAMA BUAT MAMAKU.. Nanti minggu depan Man balik, nak makan Nasi Dagang.. Mama buatkan ye~ ekeke.. Hmm..tiba-tiba teringat lagu dikir barat dari Halim Yazid yang bertajuk Pesan Mak.. mentang-mentang la dok jauh diperantauan ni..

Thursday, May 5, 2011
Asyik-asyik perempuan
Baru aku perasan, kebanyakan entry aku selama ni banyak yang hentam orang perempuan je.. mungkin ada di kalangan korang yang tak puas hati.. Lelaki jarang pulak yang kena.. kalu perempuan, itu salah, ini salah..yang tu tak betul, yang ni tak betul.. Yang lelaki pulak hanya pasal gay je..takde dah isu lain..
Ada entry pasal perbezaan perempuan dan betina, perempuan bodoh, perempuan suka bogel, perempuan dikaca mata lelaki dan apa lagi ntah.. kebanyakannya memang pasal aku kutuk perempuan je.. Harap-harap sesiapa yang panas hati tu bersabarlah ye bila baca entry aku.. kalu korang terasa kenyang tu, maknanya korang la yang makan nasi..
Bukan niat aku nak mengutuk sebenarnya.. Aku cuma nak bagi nasihat dan teguran je.. cuma ayat tu kena la kasi pedas sikit.. baru orang akan berpikir.. stakat membebel kosong, nanti masuk mata kanan, keluar mata kiri..eh.. ye kot..sebab bukan korang dengar aku membebel.. kira masuk kat mata la~ Aku marah-marahkan golongan perempuan ni sebab aku sayang.. orang tua kata, marahkan tanda sayang.. kat lelaki aku tak sayang sangat..nanti orang cop aku gay pulak..
Diharap korang tak kesah la kalu kena laser ngan aku tu.. cuba la renung-renungkan kata-kata aku sebelum ni.. Aku paling sedih bila tengok orang perempuan sekarang dah semakin hanyut oleh duniawi.. nak sangat ikut gaya barat..hmm, apakah kemodenan itu di ukur dari tahap kebogelan kita? semakin banyak bogel, semakin majulah kita..gitu ke?? pape pon, kalu ada idea nak hentam, aku akan hentam lagi orang perempuan lepas ni.. aku takkan berhenti dari berdakwah kat golongan perempuan ni.. saje berdakwah guna ayat kasar..kalu selalu guna hadis2, mesti korang taknak baca kan? aku kutuk bukan dengki ngan korang, tapi sebab aku sayang korang..muahhh~

Sunday, May 1, 2011
Kerinduan
Sekadar Entry luahan hati.. bukan untuk bacaan umum. tapi kalu nak baca juga, lantak koranglah...
Hari betul-betul takde mood..Nak update blog pon dah malas.. Termenung je dok pikir pasal anak-anak.. Akhirnya Pak Abu dah ambik Said, Meon dan Pe'ah balik ke rumah beliau.. maka, kesunyianlah aku disini tanpa ditemani kanak-kanak riang. Selama sebulan lebih membesarkan mereka, hari ni terpaksa jugak aku berpisah dengan diorang.
Teringat telatah mereka setiap hari..Si Pe'ah yang lincah dan suka berlari ke sana sini.. Si Meon yang suka mengigit kaki aku dan memanjat kerusi tapi tak reti nak turun... Si Said yang manja.. nak tido kena dodoikan, dah bangun terus cari orang untuk menempek..tak pulak cari ibunya macam si Pe'ah dan Meon..Ahh...aku betul-betul rindukan mereka..
Nak Study pon dah tiada kekuatan.. Takde dah Pe'ah nak melompat atas peha aku masa study..takde dah Said yang suka gigit pen aku masa menulis nota dan pijak nota-nota aku.. takde dah Meon yang nak tarik dan taburkan nota-nota aku sekeliling rumah.. Takde dah budak-budak yang nak kacau dan melompat atas badan aku masa aku tido..Tak perlu lagi aku pegang mop utk cucikan air kencing merata-rata dan buang tahi yang kecik-kecik..Macam-macam aku dok pikir sekarang ni.. macam mana la 3 beradik tu nak tido nanti.. kat sini diorang biasa tido atas sofa, dok bawah kipas..lebih-lebih lagi si Said tu.. boleh ke dia tido kalu takde orang yang dodoikan..Siapa dia nak cari nanti kalu dia terjaga dari tido..Huh!!! aku dah nak nangis dah ni..
![]() |
Said yang manja |
![]() |
Meon yang suka mengigit |
![]() |
3 beradik yang nakal |
Sekadar kenangan...
p/s : gambar pe'ah sekor takde sebab dia tak pernah dok diam.. susah nak tangkap gambar. yang ada pon tak jelas sebab banyak bergerak.. kamera hanset murah je kot~
p/s 2 : ibu mereka, Munah terpaksa ikut bersama sebab diorang masih menyusu..yang herannya, Munah dah pregnant pulak dah!!! anak tak sempat besar dah nak dapat yang lain. Bapak diorang, Samad pulak ntah kemana.. jarang sangat dah balik rumah.
p/s 3 : diorang baru makan whiskes isi ikan 2,3 hari yang lalu.. baru je start berak~

Saturday, April 30, 2011
Gula Gula yang sedap
Baru ni ada aku terbaca kat akhbar tabloid pasal kumpulan ala-ala Kpop,Wonder Gilrs versi Malaysia.. sedar tak sedar rupanya diorang dah ada fanpage kat pesbuk.. Yang menariknya, kumpulan yang bergelar Gula Gula ni dah pon menjadi isu hangat biarpon album masih belum keluar.. dah mula mengumpulkan peminat dan hater sendiri..hmmm, sebenarnya ramai yang tak puas hati dengan penampilan mereka.. aku sendiri pon masa mula-mula tengok gambar gula gula ni, mengucap panjang.. perghh!!! mini skirt yang hampir menampakkan bontot~ secara otomatik aku dah mengumpulkan dosa sebab aku tengok gambar tu banyak kali..
Admin fanpage tu pon menjadi isu apabila hanya membenarkan komen-komen yang menjilat bontot sahaja bertempek kat wall diorang ala-ala Dr. Rozmey dulu.. niat aku bukanlah untuk mengutuk atau menghina..cuma nak nasihat je la.. walaupon 4 orang dari anggota gulagula tu non-muslim, tapi masih ada 2 orang yang beragama Islam dan pakaian mereka....hmmm, nak jadi Kpop ke, bollywood ke, tak salah.. tapi jagalah pemakaian tu.. Malaysia ni negara umat Islam. Walaupon mereka non-muslim, sekurang-kurangnya jaga la sensitiviti masyarakat kita.. Mereka nak jadi artis dan idola kepada masyarakat.. kena la tunjukkan contoh yang elok skit kepada umum.Kalau mereka tu ahli masyarakat biasa, tak la orang kisah sangat kalau nak pakai seksi pon..tapi mereka ni artis..
Admin fanpage gulagula ada membuat permohonan maaf pasal isu pakaian ni.. katanya, 4 orang yang non-muslim tu tak mengapa dan aku nak quote skit statment pasal 2 orang yang muslim tu.. katanya "BAGI DUA ANGGOTA KAMI YANG BERAGAMA ISLAM.. PIHAK PENGURUSAN AKAN MEMASTIKAN BAHAWA MEREKA AKAN MEMAKAI PAKAIAN YANG LEBIH SOPAN IA ITU JIKALAU MEREKA PAKAI SHORTS ATAU SKIRT, IANYA AKAN DI GAYAKAN JUGA DENGAN STOKIN GELAP HITAM YANG TIDAK MENAMPAKKAN KULIT".. hmm, adakah admin ni faham makna aurat?? Sekali lagi aku tegaskan, bukannya nak memaksa mereka tu untuk tutup aurat lingkup.. sekurang-kurangnya, janganlah sampai memberikan dosa kepada lelaki dan menegangkan urat yang tak sepatutnya tegang..kang tak pasal-pasal gambar depa yang jadi modal kepada lelaki-lelaki gersang...
Fanpage yang penuh dengan fan dan hater..
fuhhh..siapa tak kecur liur gini~ ehh, tambah lagi dosa aku..
p/s : biarlah peminat menerima kita kerana bakat..bukan kerana body...
p/s/s : maaf kalu entry ni ada kelucahan..tak berniat pun nak melucah berat2.. (macam la tak pernah sebelum ni)

Wednesday, April 27, 2011
Otok molek!!!
Ramai ke yang tak faham tajuk entry tu? Hmmm..hari ni memang aku otok molek!! atau juga otok sungguh!!! Otok molek tu sebenarnya serabut sungguh.. ye..serabut dengan bersungguh-sungguh..bukan olok-olok.. memang sangat-sangat serabut bila nak kena mengadap nota je sepanjang waktu.. besok baru start first paper untuk final exam ni.. memang kena pulun habis-habis la kali ni..nak berblog pon tak sempat.
Oleh kerana sangat bosan dan tension dengan kertas-kertas, maka aku mengagahkan juga diri untuk mencuri masa bagi menjenguk blog ni. tengok-tengok, makkk aiihh... trafik tiba-tiba mencanak menjulang awan walaupon aku tak update hampir 2 hari.. tengok pulak kak shout box, ramai yang datang menyinggah.. aku mintak maaf sebab tak boleh balas kunjungan korang hari ni..insyaallah besok lepas exam, kalu ada masa, aku akan BW.. tengok-tengok, akak LM pon dah tertanya-tanya tu pasal takde entry terbaru.. sori kak.. sibuk nak berperang ngan nota jap hari ni. entry tak berpekdah ni je yang mampu dibuat. dah la tertekan sebab belum tido lagi ni.. besok exam tengah hari..huhuhu..
sabar ye kak.. nanti habis exam dulu..ekekeke
p/s : doakan kejayaan aku~ fuh..fuh...aku tak sanggup dah dok kat UM ni.. nak balik kampung!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)