Pages

Sunday, May 1, 2011

Kerinduan

Sekadar Entry luahan hati.. bukan untuk bacaan umum. tapi kalu nak baca juga, lantak koranglah...


Hari betul-betul takde mood..Nak update blog pon dah malas.. Termenung je dok pikir pasal anak-anak.. Akhirnya Pak Abu dah ambik Said, Meon dan Pe'ah balik ke rumah beliau.. maka, kesunyianlah aku disini tanpa ditemani kanak-kanak riang. Selama sebulan lebih membesarkan mereka, hari ni terpaksa jugak aku berpisah dengan diorang.

Teringat telatah mereka setiap hari..Si Pe'ah yang lincah dan suka berlari ke sana sini.. Si Meon yang suka mengigit kaki aku dan memanjat kerusi tapi tak reti nak turun... Si Said yang manja.. nak tido kena dodoikan, dah bangun terus cari orang untuk menempek..tak pulak cari ibunya macam si Pe'ah dan Meon..Ahh...aku betul-betul rindukan mereka..

Nak Study pon dah tiada kekuatan.. Takde dah Pe'ah nak melompat atas peha aku masa study..takde dah Said yang  suka gigit pen aku masa menulis nota dan pijak nota-nota aku.. takde dah Meon yang nak tarik dan taburkan nota-nota aku sekeliling rumah.. Takde dah budak-budak yang nak kacau dan melompat atas badan aku masa aku tido..Tak perlu lagi aku pegang mop utk cucikan air kencing merata-rata dan buang tahi yang kecik-kecik..Macam-macam aku dok pikir sekarang ni.. macam mana la 3 beradik tu nak tido nanti.. kat sini diorang biasa tido atas sofa, dok bawah kipas..lebih-lebih lagi si Said tu.. boleh ke dia tido kalu takde orang yang dodoikan..Siapa dia nak cari nanti kalu dia terjaga dari tido..Huh!!! aku dah nak nangis dah ni..

Said yang manja
Meon yang suka mengigit
3 beradik yang nakal




Sekadar kenangan... 


p/s : gambar pe'ah sekor takde sebab dia tak pernah dok diam.. susah nak tangkap gambar. yang ada pon tak jelas sebab banyak bergerak.. kamera hanset murah je kot~

p/s 2 : ibu mereka, Munah terpaksa ikut bersama sebab diorang masih menyusu..yang herannya, Munah dah pregnant pulak dah!!! anak tak sempat besar dah nak dapat yang lain. Bapak diorang, Samad pulak ntah kemana.. jarang sangat dah balik rumah.

p/s 3 : diorang baru makan whiskes isi ikan 2,3 hari yang lalu.. baru je start berak~


10 Orang mengumpat:

cik nurussalwa said...

comelnye!

shatooman said...

cik nurussalwa : sangat comel..tp dh tinggal kenangan~huhuhu

cik paja hanim said...

super duper comel..nape bg org lain..jual ke..

shatooman said...

cik paja hanim : Pak Abu wat balik rumah dia~ dulu sama2 jaga kat UM ni..

Ayuni said...

tomeynye1

shatooman said...

Ayuni : comel mcm saya..wakakaka

Ini Kisah Tia said...

wawawaaaaa ! comel gileee . grr~ eee . cutee leeee . aduhaiiii .. lepas ni lonely le kan ..

shatooman said...

Tia : dah sgt lonely..dok ngadap laptop, dh x de yg gigit kaki..dok tido, dh x de yg kacau.. ahh layan lagu akon jap~

vampire's lovex said...

nak kucing tak ??



area umah aku bersepah kucing...


nnti aku pos ehh hehe

shatooman said...

vampire's lovex : kucing kurap aku x nak!!!hahaha.. secantik mana pon pengganti, x kan sama yg telah pergi~ huhuhu