Hmm..tajuk bikin gempak..ayat aku tu masih tergantung sebenarnya.. Entry ni bersifat umum, sesuai dibaca oleh suami isteri dan anak-anak khususnya kepada yang berumur 7 tahun dan keatas. Bawah 7 tahun pon boleh baca kalu dah pandai membaca.. tapi budak-budak kecik mana la nak baca blog.. baik tengok Doraemon atau Teletubies.. Kali ni aku cuma nak cakap pasal sifat manusia.. ye, manusia punyai sifat yang tak pernah puas.
Andai diberikan segunung emas pon, anak adam itu takkan pernah rasa cukup.. jika ditawarkan segunung lagi emas, pasti akan diambilnya.. Manusia punyai sifat tamak yang semulajadi.. diberi betis, pasti mahukan peha.. jika ditanya, mulut pasti akan berkata ia memadai..tapi disudut kecil hatinya, masih berniat ingin membolot kesemuanya.. Rasanya, seisi dunia pun takkan memuaskan perasaan manusia ni..
Diberikan rahmat cahaya mentari, maka merungutlah manusia kerana bahang kepanasan.. Jika diberikan rezeki air dari langit, bersusah hati pula kerana terbatas pergerakan dan menyukarkan kehidupan harian. Manusia itu tak pernah puas..diberi panas, maka mereka ingin memilih sejuk.. diberi kesejukan, mereka pilih pula untuk panas..kerana keinginan yang tak pernah memahami erti kepuasan, manusia lupa akan urusan Tuhan.. Manusia cuba mengingkari perancangan dari yang Maha mengawalnya.
Si miskin sering bermimpi untuk menjadi kaya.. Si kaya pula sering bermimpi untuk menjadi lebih kaya.. Si lebih kaya pula merancang untuk lebih lebih kaya.. Bila dah lebih kaya, maka makin sukar pula hatinya untuk menderma..jika menderma, makin kuranglah kekayaannya.. itulah hakikat drama dunia manusia..
12 Orang mengumpat:
betul tu...
huhu tajuk.. actually pengisian menarik :) bagus2.. bercukup cukupan lah yer :)
Linda : puas ke x baca entry ni?? ekekke
ukhti syikin : hehehe ayat tergantung lg tu~
manusia memang bersifat tak pernah puas. selagi bernyawa selagi tu takde akhirnya pencarian mereka..
Lekit : itulah manusia... :)
dah agak dah.haha
kalau lah manusia nih mudah berpuas hati maka setakat tuh saja lah kemampuan yang dia nak tunjukkan.
heheh..takkan semudahnyer manusia berpuas hati..hehe
biasalah . manusia memang takkan pernah puas . mulut kata lain hati kata lain ..
ghost : ekekeke...jd manusia mmg x kan pernah puas hati..
apik pehe : selamanya manusia itu tetap takkan puash hati
tia : mulut nk mengarut, hati nak mencarut... ;p
Post a Comment