Pages

Wednesday, May 25, 2011

Menipu

Korang pernah tak menipu orang lain? Seperti yang kita ketahui, menipu itu adalah perbuatan salah dan ditegah dalam agama. Mak aku paling pantang jika menipu.. dari kecik mak aku ajar, supaya jangan menipu walaupon dah berbuat kesalahan.. Walaupon kata-kata itu sentiasa tersemat di benakku, tapi aku bukanlah manusia suci dan sempurna.. Kadang-kala, aku masih lagi menipu..

Pernah beberapa kali aku menipu orang lain termasulah kawan-kawan yang baik dengan aku.. walaupon sekadar penipuan kecil, ia tetap menipu. Jika diajak kawan untuk keluar, aku akan memberi alasan sibuk biarpun ketika itu aku malas untuk keluar.. jika ditanyakan pesanan makanan ketika dikedai makan, aku akan berikan alasan kenyang biarpun kelaparan kerana tiada wang..ah..tak habis-habis aku menipu...

Aku juga pernah menipu untuk mengelakkan hubungan yang keruh.. aku menipu untuk mengelakkan perbalahan..aku juga pernah menipu untuk mendamaikan orang...Ahh.. memang aku ni kaki penipu. pesan ibu hanya jadi peringatan tetapi bukan menjadi pedoman dan amalan.Ehh, menipu sunat dibolehkan?? menipu untuk kebaikan adalah dibenarkan? tapi..semua penipuan adalah untuk kebaikan diri si penipu juga.. tipu makruh macam mana pula? dari terus menipu, cara terbaik adalah diam..

3 Orang mengumpat:

Misty Melor said...

erm dulu tecik2 suka tipu... ayah rotan kuat2.. takut2... makin besar makin mengerti.. bercakap benar walaupun perit..

ibu pernah kata.. " takkan ada orang nak mengaku dia berak tgh jalan.... ko ni.. semua menda ko nak ngaku.. "

Ayuni said...

betul, cara terbaik adalah diam....

Unknown said...

pernah menipu dan selalu ditipu. fair kan? haha