Pages

Friday, May 13, 2011

Apakah yang lebih penting?

2,3 hari ni gempar kat Malaysia pasal berita dari Utusan Malaysia yang gembar-gemburkan isu pasal agama kristian nak dijadikan agama rasmi Negara.  Laporan berita tu pulak dipetik hanya dari 2 buah blog yang mengeluarkan isu berkenaan. Hmm..bagi aku, perlu ke Akhbar arus perdana mengeluarkan isu yang hanya bersumberkan penulisan blog?  Blog itu mampu ditulis oleh sesiapa dengan menggunakan akal yang cetek.  Pengisian dari blog tak semestinya betul. Hmmm..apakah suatu hari nanti, blog cikai aku ni pon boleh jadi sumber rujukan untuk mentadbir Negara, mendapatkan hukum-hakam agama dan keluar di dada-dada akhbar utama?  Cis..blog aku ni pon di tulis hanya dengan menggunakanakal dangkal aku. Takkan la orang nak terima..

Bagi aku, isu tu tak perlu diperbesarkan lebih-lebih lagi tiada bukti dikalangan penganut dan paderi dari kristian nak berbuat demikian. Lagipon, kalu difikir dalam-dalam, Agama Islam sebagai agama rasmi itu sudah termaktub dalam perlembagaan. Mengikut Perlembagaan Malaysia, Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan (Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam Persekutuan) dan agama lain bebas diamalkan tetapi tidak boleh di sebarkan. Masih ingat Ayah Pin? Dia diburu bukan sebab ajaran sesat tetapi kerana menyebarkan ajaran tu. Benda yang ada dalam perlembagaan tak boleh diubah melainkan mendapat sokongan 2/3 ahli dewan di parlimen. Perkara ni agak mustahil berlaku selagi para Pemimpin Melayu bersatu dan ‘masih’ melayu serta ‘masih’ Islam.

Benda dah tak boleh ubah, kenapa perlu jugak nak di bising-bisingkan sampai nak bergaduh dan nak membakor sana-sini? Kenapa tak bising pasal benda yang boleh di ubah? Harga gula naik.. harga minyak pon naik, harga barang lain pon akan naik.. kenapa isu tu tak pula di besar-besarkan? Atau ada apa-apa rancangan disebalik semua tu? Bukan aku nak menyalahkan atau menuduh sesiapa termasuklah pihak kerajaan. Tapi agak-agak la kalau nak melenting pon.. biar benda yang berasas.. Inilah sikap orang melayu dan Islam.. sebut pasal bangsa sikit melenting, sebut pasal agama sikit, melenting… cuba fikir rasionalnya nak buat semua tu. Buat perdana menteri, Dato seri Najib, tolong lah juga faham keadaan rakyat dibawah ni.. Jangan sesuka hati menaikkan harga barang untuk keselesaan orang diatas.  20 sen untuk harga gula tu tak banyak. Tapi fikirkan kesannya pula. Harga makanan akan naik, harga air akan naik..harga gula naik 20sen, tapi harga barang lain akan dinaikkan 10sen paling kurang setiap satu. Dua puluh kali dah 2 ringgit. Kalau seratus kali? Kalau seribu kali? Bukan semua orang bernasib baik dan mempunyai wang yang bertimbun..



p/s : pilihanraya makin dekat dah.. rakyat kini bijak dah dalam memilih.. kalau dah selalu harga naik, hmmm….

0 Orang mengumpat: