Pages

Tuesday, May 24, 2011

Angry

Dulu aku selalu tengok member aku dok main game Angry Bird kat HTC desire kepunyaan beliau..tak kira masa, pagi , petang, siang, malam dok  main game menatang burung ni.. Apa yang hebat pasal game tu, aku pon tak tahu..tapi bila aku try sendiri main, fuuhhh.. dalam masa 3 hari, aku berjaya habiskan..bayangkan game yang orang dok main berhari-hari lamanya sampai ada yang berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan, tapi aku berjaya menghabiskan semua level dalam masa 3 hari dengan gred 2 dan 3 star..

Nak dapatkan semua 3 star memang haru jugak la..sampai sekarang aku masih berusaha tapi tak berjaya.. game yang bermula dari iPhone ini makin menjadi kegilaan setelah dapat diinstall dalam PC sehingga filem pasal game ni pon dah ada dibuat.. Aku suka game ni pasal burung-burung tu cute je.. sesekali tergelak besar apabila burung tu terlanggar batu. Game pasal burung menyerang babie hijau ni betul-betul mencabar minda walaupon nampak simple..


Kepada kipas susah mati game burung marahkan babie hijau ni, ada berita best sikit aku nak kongsikan..Tetiba aku ternampak iklan dari Nokia ni.. Al-maklumlah, aku kan kipas susah mati Nokia..Nak tahu lebih lanjut, klik kat SINI..