Bidang perniagaan amat ditekankan dalam agama.. Jika dilihat pada sirah, nabi pun merupakan seorang peniaga. Dengan menjalankan perniagaan, ekonomi kita akan lebih terjamin..Untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam, sebab itulah bidang perniagaan ditekankan.. Jika kita perhatikan dalam dunia sekarang, ekonomi dunia telah pun dikawal oleh yahudi melalui bidang perniagaan yang amat meluas oleh mereka.. dan kita yang masih suka menadah tangan akhirnya telah menjadi kuli ditanah sendiri..
Tidak keterlaluan jika aku katakan semua orang kaya di dunia ini menceburi bidang perniagaan.. hanya dengan berniaga sahaja peluang kita untuk menjadi kaya dan mengumpul isi dunia..setakat kerja ngan kerajaan, memang la boleh nak hidup dan beli rumah, kereta melalui loan..tapi kalau nak kaya, memang sampai mati la korang boleh bermimpi..bukan nak menghina tapi itulah hakikatnya..pon begitu, pekerja disektor kerajaan pon masih perlu ada..baru pentadbiran dapat berjalan lancar. Yang aku nak kata hanyalah dunia kapitalis itu kejam.. hanya peniaga yang berjaya akan berdiri diatas..selain mereka, orang lain hanya mampu memejamkan mata.
Cuma beringatlah dalam menjalankan perniagaan..aku masih ingat pesanan dari seorang abang dulu.. kalu nak berniaga, jangan sesekali membuat urusan dengan adik-beradik dan ahli keluarga.. bukan tak ingin berkongsi harta tapi takut jadi perbalahan dihari muka.. bab wang ni, adik-beradik pon sanggup berbunuhan.. dalam berniaga ni, pasti akan tiba satu masa, masalah wang menjadi punca.. hmmm, yang bakal terjadinya, jika perniagaan sesama keluarga, pasti akan membawa bencana.. pergaduhan bermula namun hubungan akan tetap kekal selamanya..ke hulu ke hilir, muka si dia juga yang dijumpa.Jangan fikirkan kemudahan hari ini tapi fikirkanlah kesenangan di hari kemudian...biar berkawan memakan hati, asal keluarga sentiasa bahagia..
1 Orang mengumpat:
mana tuan tanah ni ?
Post a Comment