Pages

Sunday, October 16, 2011

Kepala Kaler

Macam-macam kerenah budak-budak zaman sekarang ni.. Kadang-kadang sangat menyakitkan mata malah menyakitkan hati.. Entah kenapa budaya tak senonoh makin lama, makin menular dan menjadi kegilaan.. Antara yang aku paling tak tahan tengok budak-budak sekarang ni ialah budaya kaler rambut. Entah apa jadah gi kaler-kaler rambut tu.. dah tu, bukan murah kaler.. beratus ringgit..baik buat belanja aku makan kat hotel Hilton ke.. KFC ke paling cikai..

Nampaknya peribahasa "rambut sama hitam, hati lain-lain" dah tak boleh diguna pakai sekarang ni.. sebabnya peribahasa yang baru perlu digunakan.." rambut pon dah lain kaler, apatah lagi ngan hati".  Tuhan dan buat kita kat rantau ni rambut kaler hitam.. tak payah la nak jadi macam Mat Saleh yang berkaler-kaler rambut depa tu.. Benda takde pekdah tak perlu di tiru.. lagipon, bila dah kaler rambut tu, air tak rata bila mandi.. jadi macam mana korang nak solat?? dah mandi pon air tak rata, sah-sah la mandi wajib pon tak sah.. bila tak mandi wajib macam mana nak solat ngan sempurna? Hmm.. satu lagi pesanan dari aku, kalaupon nak jadi macam mat saleh, korang gi kaler-kaler rambut tu namun punggong korang tetap hitam!!! sedar diri sikit... 

Cun ke?? macam pontianak je tengok~

3 Orang mengumpat:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

akak pernah jmp yg warna pink..haha..baju pink, sluar, kasut..sampai rambut.kelasss la dia dik!solat tu akak tak pasti dia buat camner ek?

EZAN IDMA said...

hahaha btol. bukan cantek pon

FaizalSulaiman said...

ok kalau kena dengan tona kulit ok gak.ini kebanyakan di Malaysia tak kena langsung!