Rasa-rasanya dah agak lama jugak aku tak menjejakkan kaki ke Mid Valley. Agaknya lebih 2 bulan dah kot.. Tadi aku gi la ke Mid..sungguh teruja naik tangga bergerak kat sana sebab aku ni jakun.. aku suka gi Mid sebab boleh naik tangga bergerak tu..kat rumah aku takde.. rumah aku ada satu anak tangga je.. aku rasa orang panggil tangga tu eskalator.. Kalu aku salah eja, jangan marah aku sebab aku ni jakun..ekekeke..
Tengah aku syok dok naik tangga bergerak tu kat tinggat 2, ada la sepasang kekasih berketurunan cina la kot depan aku.. pakaian perempuan tu toksah cakap la..mini skirt..tapi nama pon dah cina, takpe la..hmmm..penegasan disini, aku cuma tengok sekali je ye.. dan cuma sekali imbas je.. yang aku tak tahan tu, boleh lagi diorang dok comolot atas tangga bergerak tu.. Uiishh..yang tu memang aku tak tahan..rasa nak lempang je depa tu.. ke atas tangga bergerak tu bukan di iktiraf sebagai kawasan awam? aku ke yang salah sebab dok belakang diorang?
Lepas je sampai ke tingkat paling atas, aku tengok pulak sepasang kekasih jugak la kot..tapi kali ni melayu.. perempuan memakai pakaian penuh menutup badan dan kaki tapi aku rasa baju tu macam adik dia yang sekolah rendah punya.. Pasal pakaian tu malas la nak kata sangat sebab orang lain disekeliling pon ramai yang pakai gitu..tapi boleh pulak pasangan tu dok berpeluk-peluk kat tangga bergerak.. Kali ni diorang tak la comolot macam pasangan cina tu..tapi tanpa mempunyai kemaluan, yang perempuan tu boleh pulak kiss pipi si lelaki.. ish~ fikiran aku memang dah anggap tangga bergerak tu bukan kawasan awam. 2 kes dalam 1 masa berlaku depan mata aku..argghh!!! sungguh sakit hati dan mata aku memandang mereka..tak syok dah la nak main tangga bergerak lepas ni..
p/s : masa jalan-jalan kat Mid tu pon aku ada nampak peserta Maharaja lawak iaitu salah sorang ahli kumpulan balas yang lucah tu..dia jalan ngan awek. tapi aku kompiuss... awek dia tu melayu ke cina.. muka sebijik cina dan pakaian pon memang tak macam orang melayu..senang cakap pakai mini skirt..