Pages

Showing posts with label GILA SEKS. Show all posts
Showing posts with label GILA SEKS. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Seksi dan seksa

Sekali lagi kita digemparkan dengan artis kontroversi yang bodoh tak habis-habis.. dulu pernah gempar apabila gambar bogelnya tersebar ke internet dimana tertayang sekor anak pontianak bersama boiprennya yang sedang menghisap tetek.. uiii..kalu dia tu adik aku, dah lama aku tangan-tangankan serta kaki-kakikan.. bila dah senyap tak berapa lama, kini kecoh pula bergambar kat majalah dengan seksi meksinya..kononnya mengancam la bergambar ngan muka teran berak sambil tayang lurah tetek.. Lebih menyedihkan bila baca komen dia sendiri.. "alah, seksi je pon..bukannya berbogel.." dan tambahnya lagi, "biarlah dosa tu saya yang tanggung sendiri..".. Baginya, gambar tu memang akan jadi kritikan hebat masyarakat, tapi dia selamba je jawab, "orang ni semuanya tak betul..buat itu salah, buat ini salah.."

Amboi..amboi..selamba badak air je dia punya jawapan..Apakah anak pontianak ni memang takde agama? cakap ikut sedap je.. Aku ni manusia dan memang aku tak layak nak menghukum sesama manusia.. tapi bab aurat ni memang dah ditegaskan dalam Al-Quran dan Hadis.. Cuma aku nak komen balik pasal komen si pontianak yang suka berbogel ni.. Apakah tetek itu bukan termasuk bahagian aurat bagi wanita? takde istilah seksi dibenarkan dalam Islam. Seksi tu sama tarafnya dengan berbogel..walaupon menutup badan dengan kain yang penuh, tapi jika kain itu ketat sehingga menampakkan warna atau bentuk tubuh, tetap dianggap tidak menutup aurat. Pasal komen nak menanggung dosa sendiri tu, patutnya ko kena tahu, ko bogel ke, ko seksi ke, ko memang dah membuat perkara yang dilarang dan otomatik dah dapat dosa. pastu orang lain yang tengok gambar tu pon tetap berdosa.. Ayah, adik beradik lelaki, wali atau suami akan turut menanggung dosa ko tu..

Hmm..biarlah saya tanggung dosa tu konon..tahukah ko betapa berat dan seksanya dosa? berani main-main nak tanggung dosa..mulut sedap je cakap. Kalaulah Tuhan mengizinkan manusia ni dapat lihat dosa dan pahala, nescaya takkan ada orang yang berani buat maksiat dan perbuatan mungkar walaupon mengambil duit orang lain sebanyak 1 sen berkarat. Pasti manusia yang terlentang sakit pon akan merangkak dan mengesot untuk ke masjid bagi solat berjemaah..Azab yang paling ringan dalam neraka adalah tahap terbakar kulit-kulit dan menggelegak otak.. nauzubillah...berani nak tanggung macam tu? Sebelum kena boleh la kata macam-macam..baru tercucuk bara puntung rokok pon dah meraung tak ingat dunia..Jangan sampai menyesal bila mata dah tertutup pasni..tiada lagi peluang hidup kali kedua.

Sedarlah wahai para perempuan yang lain juga, janganlah kalian menjadi betina..orang lelaki memang tak suka ambik betina yang seksi-seksi nak wat bini.. percayalah... kalu setakat nak buat gelpren, perempuan simpanan atau tempat melempiaskan nafsu tu memang ramai yang nak...tak percaya?? cubalah sendiri.. nanti bila dah terkena, barulah tengok kucing pon rasa malu... Jadi, sayang boipren korang pon biar berpada-pada..tak perlu di tayang dan diberi tubuh badan walauponn sebelah tetek sekalipon..perempuan yang tiada dara lagilah..ibarat tin milo yang sudah kehabisan milonya...tin kosong...kepada artis anak pontianak tu dan juga perempuan-perempuan lain, ingatlah...jagalah maruah dan harga diri..aku malas la nak komen panjang pulak kat sini..nanti korang kata blog aku dah bertukar jadi blog agama dan penceramah bebas la pulak..semoga yang dah terlanjur tu bertobat la cepat-cepat..kita tak tahu bila Izrail datang menjemput..



p/s : Bagi aku, artis-artis yang suka kontroversi, yang tak tahu malu, yang suka seksi-seksi tu patut di ban je..tak payah support setiap nyanyian atau lakonan mereka..

p/s 2 : dulu RTM tidak membenarkan artis-artis lelaki berambut panjang dan membuka baju walaupon badan diorang tu bukan aurat..



Friday, May 13, 2011

Seks Jarak Jauh

Fuhh..satu hari blog tak boleh dibuka..dan paling sedihnya, entry aku sebelum ni dah ter'remove' dan terpaksa la aku menaip semula..cis..cis...Kecoh aku tengok pengguna blogspot takleh nak buka blog..ekekeke.. OK, aku taip balik entry aku sebelum ni memandangkan idea aku untuk hari ni dah hilang dan tak sempat nak draf.. Dalam dunia yang serba canggih ni, manusia kerap mengambil kesempatan samada secara baik atau pon tidak.. salah satu cara taik baik ialah membuat seks secara jaraj jauh..

Pasti korang dah sedia maklumkan, masyarakat kita ada yang tak boleh berpisah dari YM, Skype, dan sebagainya yang dapat menghubungkan manusia. Namun ada yang menggunakan kemudahan ini untuk melakukan seks..macam bongok je bunyinya kan? Aku tak tahulah, kenapa bengap sangat sampai nak buat benda alah tu.. masa aku mula-mula dengar pasal ni, aku tak percaya sangat orang nak buat benda-benda bangang tu.. tapi dari pemerhatian aku, seks jarak jauh ni dah semakin menular lebih-lebih lagi dikalangan belia yang muda remaja..ish~

Buka je YM, skype, si lelaki pon memujuk merayu agar si perempuan buka baju bagai.. si perempuan yang bodoh tu pon bukak la, kononnya nak tunjuk tetek pejalnya..sekali lelaki tu record aksi tu, pastu sebar kat internet, baru padan ngan muka.. baru nak nangis bila muka mak bapak penuh dengan arang.. tapi ada jugak kes yang berlaku tu, terbalik jantinanya..si perempuan yang nak tengok tetek lelaki pon ada..haish~ Paling tak tahan, yang wat phone sex..adoi la... kalu yang 3G tu, lebih kurang YM la jugak, tapi yang buat panggilan bernafsu tu yang tak boleh blah.. si perempuan buat suara merenggek..ah..uh..ah...uh.... si lelaki pulak melakukan peng'onani'an dengan bermodalkan suara perempuan tu..

Hmmm..apakah ayat menyumpah yang aku patut berikan lagi.. kalau korang turut jijik ngan perbuatan gitu, korang boleh menolong aku untuk menyumpah dengan ayat-ayat yang bersesuaian..sekian sahaja laporan entry aku untuk hari ni..akhir kata, selamat menyumpah....



Wednesday, May 11, 2011

Sakit Hati dan Mata

Rasa-rasanya dah agak lama jugak aku tak menjejakkan kaki ke Mid Valley. Agaknya lebih 2 bulan dah kot.. Tadi aku gi la ke Mid..sungguh teruja naik tangga bergerak kat sana sebab aku ni jakun.. aku suka gi Mid sebab boleh naik tangga bergerak tu..kat rumah aku takde.. rumah aku ada satu anak tangga je.. aku rasa orang panggil tangga tu eskalator.. Kalu aku salah eja, jangan marah aku sebab aku ni jakun..ekekeke..

Tengah aku syok dok naik tangga bergerak tu kat tinggat 2, ada la sepasang kekasih berketurunan cina la kot depan aku..  pakaian perempuan tu toksah cakap la..mini skirt..tapi nama pon dah cina, takpe la..hmmm..penegasan disini, aku cuma tengok sekali je ye.. dan cuma sekali imbas je.. yang aku tak tahan tu, boleh lagi diorang dok comolot atas tangga bergerak tu.. Uiishh..yang tu memang aku tak tahan..rasa nak lempang je depa tu.. ke atas tangga bergerak tu bukan di iktiraf sebagai kawasan awam? aku ke yang salah sebab dok belakang diorang?

Lepas je sampai ke tingkat paling atas, aku tengok pulak sepasang kekasih jugak la kot..tapi kali ni melayu.. perempuan memakai pakaian penuh menutup badan dan kaki tapi aku rasa baju tu macam adik dia yang sekolah rendah punya.. Pasal pakaian tu malas la nak kata sangat sebab orang lain disekeliling pon ramai yang pakai gitu..tapi boleh pulak pasangan tu dok berpeluk-peluk kat tangga bergerak.. Kali ni diorang tak la comolot macam pasangan cina tu..tapi tanpa mempunyai kemaluan, yang perempuan tu boleh pulak kiss pipi si lelaki.. ish~ fikiran aku memang dah anggap tangga bergerak tu bukan kawasan awam. 2 kes dalam 1 masa  berlaku depan mata aku..argghh!!! sungguh sakit hati dan mata aku memandang mereka..tak syok dah la nak main tangga bergerak lepas ni..






p/s : masa jalan-jalan kat Mid tu pon aku ada nampak peserta Maharaja lawak iaitu salah sorang ahli kumpulan balas yang lucah tu..dia jalan ngan awek. tapi aku kompiuss... awek dia tu melayu ke cina.. muka sebijik cina dan pakaian pon memang tak macam orang melayu..senang cakap pakai mini skirt..

Saturday, February 12, 2011

Seks adalah hak individu

Masyarakat kita sekarang ni amat bebas dalam pergaulan. Amat bebas dalam perhubungan.... Tengok dalam berita, ada je pasangan yang kena cekup dengan pencegah maksiat. selalu je ada kes buang bayi.. tu baru yang dilaporkan. yang tidak disiarkan dalam berita macam mana? berapa ribu kes lagi yang kita tak ketahui.. Dari cerita-cerita yang aku dengar, ramai jugak manusia sekarang ni yang tinggal sebumbung dengan pasangan yang belum berkahwin. Alasan mereka ialah tidak mahukan komitmen dalam rumahtangga. tapi mahukan seks untuk memuaskan nafsu.. Tengok pada rupa, nampak macam orang Melayu. tengok IC, agama Islam. tapi perangai.....

Bila di soal kepada mereka, kenapa perlu nak buat benda yang tak dapat diterima oleh masyarakat? mereka hanya akan kata, itu hak mereka. mereka tak peduli pon kata-kata orang. mulut orang bukan boleh di tutup. Ahahaha.. singkat sungguh pemikiran mereka ni. menjelaskan kebodohan sendiri pada orang. Memang la di akui, seks tu hak individu. korang nak buat ke, tak nak buat ke, terserah pada korang. tapi korang ni takde agama ke? bukanlah masyarakat nak sangat jaga tepi kain ko tu.. tapi orang lain ni cuba nak cegah. sebab benda ko buat tu dosa. Kalu Tuhan bagi bala, bukan ko sorang yang dapat... orang sekeliling pon habis kena kalu semua orang buat tak tahu.

Tak nak komitmen dalam rumah tangga... habis, korang taknak ada zuriat? tak nak ada pewaris? jadi, apa sangat harta yang korang dok kejar tu kalu bukan untuk jaga makan dan pakaian anak-anak? kalau kata korang nak anak, buat seks bebas gitu, nanti dapat anak haram, korang boleh bangga ke bagitau anak korang tu nanti yang dia tu hasil kerja haram korang? Fikirlah baik-baik dengan masa depan korang. sampai bila korang nak hidup bertuhankan nafsu? bayangkan bila dah tua nanti, siapa yang nak jaga korang kalu bukan anak-anak? bukan suami atau isteri? Hmmm.. apabila nafsu jadi keutamaan, manusia itu lebih teruk dari haiwan yang tak berakal.Jika manusia itu mampu mengawal nafsunya, mereka itu lebih mulia dari malaikat. fikir-fikirkanlah..

Bila mana masyarakat tak dapat menerima perbuatan kita, maka kita secara jelasnya adalah salah di sisi masyarakat.. pasal kepuasan seks, carilah jalan yang diredhai oleh agama.. lihatlah di dunia ni, apa-apa agama sekalipun, pasti akan ada upacara perkahwinan. ini untuk menunjukkan mereka itu sah sebagai pasangan dan masyarakat dapat terima. Dalam Islam jelas, berzina itu berdosa.. korang tak takut ke dapat dosa.. cubalah letak api lilin ditangan. rasalah macam mana rasanya. Itu hanya terlalu sedikit rasanya berbanding api neraka.Ingatan sekali lagi, bila Tuhan bagi bala, semua orang akan kena... bila kita ternampak kemungkaran di depan mata, cegahlah ia dengan perbuatan kita. jika tak mampu, cegahlah ia dengan kata-kata. jika masih tak mampu, cegahlah dengan hati yakni mengeji perbuatan tu. sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman. jika kita langsung tak peduli, azab Allah itu amatlah pedih.

Tuesday, February 1, 2011

Gangguan seks

Biasanya gangguan seksual di fahami dengan situasi orang perempuan yang di ganggu oleh lelaki secara rangsangan seks seperti berkata-kata lucah, hantar gambar bogel, menunjukkan isyarat lucah, atau yang lebih ganas seperti meraba punggung, dada, dan sebagainya.. tak sanggup dah aku bagi contoh lagi. nanti korang kata aku pervert~ gangguan seksual biasanya dilakukan oleh mereka yang gila seks sebab kalu dia tak gila seks dia takkan menggangu kehidupan seks orang lain.. gila seks betol orang yang gila seks ni..>.<

Tapi jangan anggap gangguan seks hanya berlaku keatas wanita. gangguan seks juga boleh berlaku kepada lelaki sama ada gangguan seks dari perempuan kepada lelaki atau pon lelaki kepada lelaki.. ah, yang lelaki kepada lelaki tu, gay la.. tak pon pondan. lelaki gay dan pondan pon suka melakukan gangguan seks keatas lelaki seperti pegang bontot, pegang dada, pegang tuuttt... eeeiii, geli aku!!! don't dare do that to me. kalu pasal perempuan membuat gangguan seksual kepada lelaki pon lebih kurang tu je. tapi kebanyakan perempuan suka membuat gangguan seksual kepada lelaki dengan bertindak memakai pakaian yang jarang dan ketat.

Pemakaian yang jarang dan ketat iaitu pakaian kegemaran perempuan sekarang mampu membuat lelaki terangsang. oleh itu, tindakan demikian juga boleh dianggap gangguan seksual. bayangkan dalam suasana pejabat. depan meja korang tu (bagi lelaki), ada perempuan seksi. pakai skirt pendek lagi.. mesti otak tak leh nak tumpu kepada kerja. asyik-asyik pen jatuh bawah meja je~ oleh kerana tumpuan kerja dah terganggu dengan rangsangan seks yang diberikan, memang sah la kerja tak siap-siap.. jadi, pemakaian wanita juga boleh dikatakan membawa kepada gangguan seksual kepada lelaki.

Jangan hanya nak menghukum lelaki jika berlaku sesuatu. sebenarnya lelaki juga tak dapat mengelak dari terseksa.Hmmm, aku rasa, patut ada undang-undang pasal pakaian wanita ni. nanti kalu ada lelaki yang gagal menyiapkan kerja, boleh la mendakwa perempuan yang kerja sepejabat dengannya kerana memberikan gangguan seksual. adil kah dunia ni? perempuan dicabul boleh di laporkan kepada pihak berkuasa. tapi jika lelaki di cabul, masyarakat hanya ketawa..demm..... lelaki pon ada maruah jugak.





p/s: aku tulis pasal orang gila seks ni, adakah aku akan di cop sebagai gila seks?