Pages

Showing posts with label PEREMPUAN GHAIRAH. Show all posts
Showing posts with label PEREMPUAN GHAIRAH. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Seksi dan seksa

Sekali lagi kita digemparkan dengan artis kontroversi yang bodoh tak habis-habis.. dulu pernah gempar apabila gambar bogelnya tersebar ke internet dimana tertayang sekor anak pontianak bersama boiprennya yang sedang menghisap tetek.. uiii..kalu dia tu adik aku, dah lama aku tangan-tangankan serta kaki-kakikan.. bila dah senyap tak berapa lama, kini kecoh pula bergambar kat majalah dengan seksi meksinya..kononnya mengancam la bergambar ngan muka teran berak sambil tayang lurah tetek.. Lebih menyedihkan bila baca komen dia sendiri.. "alah, seksi je pon..bukannya berbogel.." dan tambahnya lagi, "biarlah dosa tu saya yang tanggung sendiri..".. Baginya, gambar tu memang akan jadi kritikan hebat masyarakat, tapi dia selamba je jawab, "orang ni semuanya tak betul..buat itu salah, buat ini salah.."

Amboi..amboi..selamba badak air je dia punya jawapan..Apakah anak pontianak ni memang takde agama? cakap ikut sedap je.. Aku ni manusia dan memang aku tak layak nak menghukum sesama manusia.. tapi bab aurat ni memang dah ditegaskan dalam Al-Quran dan Hadis.. Cuma aku nak komen balik pasal komen si pontianak yang suka berbogel ni.. Apakah tetek itu bukan termasuk bahagian aurat bagi wanita? takde istilah seksi dibenarkan dalam Islam. Seksi tu sama tarafnya dengan berbogel..walaupon menutup badan dengan kain yang penuh, tapi jika kain itu ketat sehingga menampakkan warna atau bentuk tubuh, tetap dianggap tidak menutup aurat. Pasal komen nak menanggung dosa sendiri tu, patutnya ko kena tahu, ko bogel ke, ko seksi ke, ko memang dah membuat perkara yang dilarang dan otomatik dah dapat dosa. pastu orang lain yang tengok gambar tu pon tetap berdosa.. Ayah, adik beradik lelaki, wali atau suami akan turut menanggung dosa ko tu..

Hmm..biarlah saya tanggung dosa tu konon..tahukah ko betapa berat dan seksanya dosa? berani main-main nak tanggung dosa..mulut sedap je cakap. Kalaulah Tuhan mengizinkan manusia ni dapat lihat dosa dan pahala, nescaya takkan ada orang yang berani buat maksiat dan perbuatan mungkar walaupon mengambil duit orang lain sebanyak 1 sen berkarat. Pasti manusia yang terlentang sakit pon akan merangkak dan mengesot untuk ke masjid bagi solat berjemaah..Azab yang paling ringan dalam neraka adalah tahap terbakar kulit-kulit dan menggelegak otak.. nauzubillah...berani nak tanggung macam tu? Sebelum kena boleh la kata macam-macam..baru tercucuk bara puntung rokok pon dah meraung tak ingat dunia..Jangan sampai menyesal bila mata dah tertutup pasni..tiada lagi peluang hidup kali kedua.

Sedarlah wahai para perempuan yang lain juga, janganlah kalian menjadi betina..orang lelaki memang tak suka ambik betina yang seksi-seksi nak wat bini.. percayalah... kalu setakat nak buat gelpren, perempuan simpanan atau tempat melempiaskan nafsu tu memang ramai yang nak...tak percaya?? cubalah sendiri.. nanti bila dah terkena, barulah tengok kucing pon rasa malu... Jadi, sayang boipren korang pon biar berpada-pada..tak perlu di tayang dan diberi tubuh badan walauponn sebelah tetek sekalipon..perempuan yang tiada dara lagilah..ibarat tin milo yang sudah kehabisan milonya...tin kosong...kepada artis anak pontianak tu dan juga perempuan-perempuan lain, ingatlah...jagalah maruah dan harga diri..aku malas la nak komen panjang pulak kat sini..nanti korang kata blog aku dah bertukar jadi blog agama dan penceramah bebas la pulak..semoga yang dah terlanjur tu bertobat la cepat-cepat..kita tak tahu bila Izrail datang menjemput..



p/s : Bagi aku, artis-artis yang suka kontroversi, yang tak tahu malu, yang suka seksi-seksi tu patut di ban je..tak payah support setiap nyanyian atau lakonan mereka..

p/s 2 : dulu RTM tidak membenarkan artis-artis lelaki berambut panjang dan membuka baju walaupon badan diorang tu bukan aurat..



Saturday, May 7, 2011

Oh dara

Minta maaf..entry untuk kesekian kali ni pon masih bercakap pasal perempuan. Aku tak nak tulis dah sebenarnya pasal perempuan untuk jangka masa terdekat ni. tapi terpaksa jugak tulis lepas baca paper kosmo tadi dan blog Bro Framestone. Korang salahkan Bro Framestone la sebab dia yang mintak share entry ni.. ekekeke..aku janji minggu ni takde dah entry pasal perempuan.. minggu depan aku tak leh janji lagi..

Aku agak tak terkejut tapi sangat tertarik dengan berita hari ni.. Sorang gadis berusia 21 tahun dari Amsterdam yang lelong daranya kat Internet dengan harga 50,000 euro (RM218,062). Apa kebangangnya jual dara.. oh perempuan, kenapa mudah sangat korang buat benda bodoh gini hanya kerana duit.. Kerana duit jugak perempuan jadi pelacur.. Seperti kata Bro Framestone, dara anak gadis melayu lagi murah.. hanya berharga dengan top up telefon. benda gini memang terjadi dan aku sendiri pernah jumpa ngan budak perempuan gini. yang lagi teruk, dara mereka ni dapat dirampas hanya bermodalkan air liur oleh sesetengah lelaki.

Ada perempuan yang melenting kalu aku kutuk-kutuk perempuan gini bodoh.. kenapa harus melenting kalu korang tak buat macam tu? Aku hanya katakan kepada mereka yang bodoh tu je.. bukan semua perempuan. Ada yang kata lelaki pon sama je.. kalu takde permintaan takkan ada penawaran..memang betul pasal tu. tapi pikirkanlah balik, orang lelaki yang menjadi pelanggan, yang membuat permintaan tu takkan rugi pape pon.. habis duit pon, jantan hidung belang ni tetap puas hati dengan hasil yang dia dapat. duit boleh di cari lagi..tapi adakah dara perempuan tu dapat dicari balik? apakah dara tu dapat diganti balik? Jelaskan siapa yang bodoh?

Kerana alasan sayang, perempuan sanggup serahkan hati dan bodi kepada lelaki yang takde apa-apa ikatan dengannya melainkan gelaran boipren.. Kerana tak ingin ditinggalkan kekasih, perempuan tu serahkan daranya.. Kan jelas perempuan gini memang bodoh, bangang.. Kalu korang betul-betul sayang kat lelaki tu, maka jagalah dara korang tu untuknya sehingga korang di ijabkabulkan.. tu lah hadiah paling bermakna buat lelaki.. Kalu dah serahkan awal-awal lagi, nanti kemungkinan besar lelaki tu memang akan tinggalkan korang. Alasannya korang dah tak suci.. dah takde dara, buat apa nak buat bini.. Dara tu yang paling penting bagi lelaki semasa malam pertama..Tanyalah lelaki mana pon, mesti kalu boleh nak dapatkan yang dara dan yang sopan untuk buat isteri.. Kalu belum kawen lagi dah takde dara, maka korang mesti bersedia untuk menjadi ANTAKDARTU.. Anak takde dara tua..kemungkinan la..Jodoh tu urusan Allah.. Kalu ada lelaki yang sanggup terima, nasib koranglah. Kalu tak, memang lelaki akan pandang sebelah mata je la.. 


Gambar, kredit to Kosmo!

seyes aku cakap, para perempuan, jagalah dara korang.. anggaplah dara tu hadiah dari korang untuk suami. Jangan biar lelaki lain merampasnya kalu korang taknak kena cerai hari kedua perkahwinan... Kepada yang dah terlanjur tu, bertaubatlah segera..aku yakin, antara korang ni pernah terlanjur.. Mohonlah keampunan-Nya.. Kalu kita ingat kepada Tuhan, pasti Tuhan akan ingat pada kita..Semoga jodoh yang ditentukan oleh-Nya nanti terbaik buat kita..

Wednesday, February 23, 2011

Peluh ghairah

Tadi aku cari la bahan bacaan yang boleh merangsangkan otak sikit.. tengah syok dok baca artikel ke satu artikel, tetiba aku terangsang dengan satu artikel.. artikel tu pasal kaum perempuan boleh jadi ghairah apabila mencium bau peluh lelaki. sebenarnya, kajian ni dah lama dah di buat. Cuma aku je yang baru terjumpa dengan benda ni.. Perempuan mudah terangsang dengan peluh?? hmmm...

Aku amat suka bila badan berpeluh..masa bersukan, lagi banyak peluh yang keluar lagi aku suka.. tu maknanya badan aku dah melakukan sistem perkumuhan dan keluarkan toksin dalam badan.. tapi aku cukup rimas bila berpeluh dikawasan orang ramai.. memang tak selesa.. rasa macam badan aku busuk je nak masuk dekat ngan orang lain biarpun takde orang bagitau yang aku ni busuk.... tapi rasa-rasanya, takde la busuk sangat~ berbalik pada topik asal, betul ke perempuan jadi terangsang  bila mencium bau lelaki?

Kajian mendapati perempuan yang diberi bau ketiak lelaki akan turun tahap ketegangan mereka dan melancarkan perjalanan haid. Tak tahulah aku betul ke tak kajian ni.. kalu nak kepastian, bolehlah kalu nak cuba.. kepada para perempuan, betul ke korang akan terangsang bila cium bau badan lelaki? Kalu tak pasti, sila cium ketiak lelaki sekarang juga dan berikan jawapan anda..hahahaha..




p/s : kepada para isteri, kalu rasa stress sangat, cepat-cepat la cium ketiak suami anda ye~ mungkin berhasil..