Pages

Showing posts with label artis seksi. Show all posts
Showing posts with label artis seksi. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Seksi dan seksa

Sekali lagi kita digemparkan dengan artis kontroversi yang bodoh tak habis-habis.. dulu pernah gempar apabila gambar bogelnya tersebar ke internet dimana tertayang sekor anak pontianak bersama boiprennya yang sedang menghisap tetek.. uiii..kalu dia tu adik aku, dah lama aku tangan-tangankan serta kaki-kakikan.. bila dah senyap tak berapa lama, kini kecoh pula bergambar kat majalah dengan seksi meksinya..kononnya mengancam la bergambar ngan muka teran berak sambil tayang lurah tetek.. Lebih menyedihkan bila baca komen dia sendiri.. "alah, seksi je pon..bukannya berbogel.." dan tambahnya lagi, "biarlah dosa tu saya yang tanggung sendiri..".. Baginya, gambar tu memang akan jadi kritikan hebat masyarakat, tapi dia selamba je jawab, "orang ni semuanya tak betul..buat itu salah, buat ini salah.."

Amboi..amboi..selamba badak air je dia punya jawapan..Apakah anak pontianak ni memang takde agama? cakap ikut sedap je.. Aku ni manusia dan memang aku tak layak nak menghukum sesama manusia.. tapi bab aurat ni memang dah ditegaskan dalam Al-Quran dan Hadis.. Cuma aku nak komen balik pasal komen si pontianak yang suka berbogel ni.. Apakah tetek itu bukan termasuk bahagian aurat bagi wanita? takde istilah seksi dibenarkan dalam Islam. Seksi tu sama tarafnya dengan berbogel..walaupon menutup badan dengan kain yang penuh, tapi jika kain itu ketat sehingga menampakkan warna atau bentuk tubuh, tetap dianggap tidak menutup aurat. Pasal komen nak menanggung dosa sendiri tu, patutnya ko kena tahu, ko bogel ke, ko seksi ke, ko memang dah membuat perkara yang dilarang dan otomatik dah dapat dosa. pastu orang lain yang tengok gambar tu pon tetap berdosa.. Ayah, adik beradik lelaki, wali atau suami akan turut menanggung dosa ko tu..

Hmm..biarlah saya tanggung dosa tu konon..tahukah ko betapa berat dan seksanya dosa? berani main-main nak tanggung dosa..mulut sedap je cakap. Kalaulah Tuhan mengizinkan manusia ni dapat lihat dosa dan pahala, nescaya takkan ada orang yang berani buat maksiat dan perbuatan mungkar walaupon mengambil duit orang lain sebanyak 1 sen berkarat. Pasti manusia yang terlentang sakit pon akan merangkak dan mengesot untuk ke masjid bagi solat berjemaah..Azab yang paling ringan dalam neraka adalah tahap terbakar kulit-kulit dan menggelegak otak.. nauzubillah...berani nak tanggung macam tu? Sebelum kena boleh la kata macam-macam..baru tercucuk bara puntung rokok pon dah meraung tak ingat dunia..Jangan sampai menyesal bila mata dah tertutup pasni..tiada lagi peluang hidup kali kedua.

Sedarlah wahai para perempuan yang lain juga, janganlah kalian menjadi betina..orang lelaki memang tak suka ambik betina yang seksi-seksi nak wat bini.. percayalah... kalu setakat nak buat gelpren, perempuan simpanan atau tempat melempiaskan nafsu tu memang ramai yang nak...tak percaya?? cubalah sendiri.. nanti bila dah terkena, barulah tengok kucing pon rasa malu... Jadi, sayang boipren korang pon biar berpada-pada..tak perlu di tayang dan diberi tubuh badan walauponn sebelah tetek sekalipon..perempuan yang tiada dara lagilah..ibarat tin milo yang sudah kehabisan milonya...tin kosong...kepada artis anak pontianak tu dan juga perempuan-perempuan lain, ingatlah...jagalah maruah dan harga diri..aku malas la nak komen panjang pulak kat sini..nanti korang kata blog aku dah bertukar jadi blog agama dan penceramah bebas la pulak..semoga yang dah terlanjur tu bertobat la cepat-cepat..kita tak tahu bila Izrail datang menjemput..



p/s : Bagi aku, artis-artis yang suka kontroversi, yang tak tahu malu, yang suka seksi-seksi tu patut di ban je..tak payah support setiap nyanyian atau lakonan mereka..

p/s 2 : dulu RTM tidak membenarkan artis-artis lelaki berambut panjang dan membuka baju walaupon badan diorang tu bukan aurat..



Thursday, September 22, 2011

Artis Lucah

Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis berita sensasi pasal gambar mahupon video artis berbogel la, artis pakai bikini, artis comolot, artis minum kencing setan ataupon arak, artis main rogol-rogol, artis tangkap khalwat dan macam-macam lagi.. Cuma yang aku heran, kenapa tiada tindakan dari pihak berkuasa? seolah-olah pelaku dalam gambar dan video yang tersebar itu adalah orang putih, jepun, china, bangla atau sebagainya..

Walaupon dah banyak  video dan gambar artis yang berbogel dan berlakon belu, undang-undang masih senyap... sepi.. seolah-olah tiada apa-apa..yang kecoh pon hanya video belu pasal Anwar Ibrahim. Ini tak lain hanyalah kerana politik semata-mata.. Dulu Anwar dikatakan Al-Juburi.. Pastu main ngan amoi.. Pasal tu, no komen.. tapi kenapa kalu bab artis, semua senyap? paling hangat pon setakat mendengar carutan dan maki-hamun dari blogger je la.. Hanya kutukan dari dalam blog yang kedengaran.. tapi tindakan??

Cuba contohi macam Indonesia.. Ariel Peter Pan yang dikatakan berlakon belu telah di dakwa di mahkamah.. Semenjak itu namanya semakin femes sampai mendapat perhatian dari Maria Ozawa.. Perghh.. lebih memfemeskan beliau, namanya telah diganti dengan Ariel Peter Porn.. Beliau disabit kesalahan membuat dan menyimpan bahan pornografi.. walaupon dia pelakon, pengarah, penulis skrip, hukuman tetap dikenakan terhadap video peribadi tu biarpun tidak disabitkan dengan kesalahan menyebar video tersebut. 

Aku rasa, artis di Malaysia pon patut di ambil tindakan Mahkamah.. Jangan tindakan hanya kerana politik sahaja.. Jangan nak tunggu gi serbu artis kat bilik hotel je.. dah ada video, ada gambar, dakwa je terus... nanti siasat la video dan gambar tu ori ke tak.. Kalu nak dikirakan, memang berlambak video melayu 3GP.. tapi kalu orang biasa, sape la kenal..kalu artis, memang sah-sah semua orang kenal.. pelakon belu dari masyarakat biasa pon perlu diambil tindakan jika kenal pelaku tersebut..Kepada pihak yang berwajib, pandai-pandai la buat kerja yang sepatutnya.. Jangan hanya serbu dan dakwa orang yang boleh korang skodeng je...