Pages

Wednesday, March 6, 2013

Cara Untuk Murah Rezeki


Masyarakat kita sering menyalah ertikan makna rezeki. Bila disebutkan rezeki, otak sering memikirkan soal duit dan harta. Padahal rezeki itu lebih luas maknanya. Air itu rezeki, bukit-bukau itu rezeki, tumbuh-tumbuhan itu rezeki, kesihatan itu rezeki bahkan bernafas itu juga satu rezeki. Tanpa rezeki manusia akan mati. Begitulah Maha Pengasihnya Allah s.w.t terhadap makhluknya. Setiap hidupan ada rezeki masing-masing.

Bila kita dimurahkan dan dilapangkan rezeki oleh Allah s.w.t, hidup kita akan sentiasa senang. Tak kira taraf hidup sama ada kaya atau miskin. Kekayaan bukan pengukur limpahan rezeki dari Allah. Kadang-kadang orang yang kita lihat kaya dan bergaya itu sebenarnya hidup penuh dengan hutang. Apakah orang yang sentiasa sakit kepala kerana memikirkan hutang keliling pinggang tapi mampu makan di hotel mewah itu murah rezeki? Apakah tukang kebun yang bahagia bersama isteri dan anaknya yang berjaya menjadi Hafiz itu sempit rezekinya? Tidak..tidak..dan tidak sama sekali..

Kali ni aku nak kongsikan cara bagaimana untuk dimurahkan rezeki. Kalau korang masih nak anggap rezeki itu sebagai duit dan harta pon terpulanglah. Sebab duit itu juga salah satu rezeki. Apa yang aku nak kongsikan ini pon adalah hasil dari pengalaman aku sendiri. Sekarang ni aku masih tak bekerja. Namun aku masih mampu untuk hidup bahagia dan memenuhi segala keperluan aku. Macam mana aku dapat duit untuk memenuhi keperluan diri aku sedangkan aku tak bekerja? Macam ni cara-caranya…

Jaga Solat
Solat itu tiang agama. Jangan sesekali tinggalkan apatah lagi saja-saja nak tinggalkan. Solat itu suruhan Allah. Kalau kita ikut apa Allah suruh, pasti Dia akan bagi apa yang kita nak. Ye tak? Macam mak kita suruh kemaskan rumah la. Kalau kita ikut arahan mak kita, pastu kalau kita nak minta upah pon mak kita tak kisah nak bagi. Kalau kita malas nak kemaskan rumah macam yang mak kita suruh, kita nak minta duit pon dia berat nak bagi.. Allah pon sama la.. kita buat dulu apa yang Allah suruh, pastu kita minta la apa yang kita nak.. Kalau boleh, buat juga solat sunat macam solat hajat, solat dhuha..

Doa
“Mintalah Apa yang kau inginkan , nescaya akan aku tunaikan”. Itu adalah janji Allah s.w.t. Allah takkan mungkir janji seperti kita. Janji Allah itu pasti.. Dah Tuhan suruh kita mintak, mintak je la… Kenapa kita taknak minta sedangkan kita sentiasa diberi peluang? Kalau orang lain yang bagi peluang macam ni, cepat pulak kita mintak apa-apa sedangkan janji orang ni tak la boleh pakai sangat..

Sedekah
Kalau nak duit banyak, kita pon kenalah sedekahkan banyak sikit duit yang kita ada. Allah dah janji, setiap sedekah yang kita keluarkan, Allah akan balas 10kali ganda. Wow!!! 10 kali ganda tu.. Kalau kita sedekah seringgit, Allah pasti akan balas 10hengget.. kalau kita sedekah 10hengget, Allah akan balas 100 hengget. Kalau 1000 hengget, Kita akan dapat 10ribuhengget.. Jangan tak percaya..Ini janji Allah. Apa yang penting kita kena yakin. Yakin-seyakinnya Allah akan balas balik amal perbuatan kita. Para Sahabat yang tersohor kaya seperti Abu Bakar, Usman, Abdul Rahman bin Auf sering mendermakan harta mereka. Apakah mereka jatuh miskin? Tidak, bahkan semakin kaya.. Nak sedekah tapi tiada duit? Jangan bimbang, senyumnlah selalu.. senyum itu juga satu sedekah.

Bersyukur
Nak dimurahkan rezeki lagi, didiklah diri kita supaya menjadi orang yang bersyukur. Jika kita sentiasa bersyukur, Allah akan memudahkan dan melengkapkan hidup kita.. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Duit dalam poket ada 5hengget, kita dah susah hati sampai mengeluh. Sedangkan kita terlupa bahawa masih ramai orang yang tidak mempunyai  5sen pon. Firman Allah, “sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambah (rezeki) kepadamu, tetapi jika kamu kufur (mengingkari nikmat-Ku) maka azab-Ku amatlah keras”

Berzikir dan membaca Al-Quran
Berzikir boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Dari kita dok menyanyi melalak sambil bawa kereta, adalah  lebih baik kita berzikir. Puji-pujian terhadap Allah. Allah pon suka kalau orang selalu memuji-Nya. Dah kita selalu puji Dia, Tuhan pon pasti akan tolong kita. Pasti Dia akan melimpahkan rezeki-Nya kepada kita.Baca Al-Quran juga pahalanya sama seperti bersedekah.

Usaha dan Tawakal
Nak dapatkan apa-apa pon, kita kena berusaha. Segala keinginan kita takkan datang bergolek dengan sendiri. Tapi kadang-kala, rezeki itu juga boleh datang dengan sendiri. Itu Kehendak Allah. Takde yang mustahil. Aku sendiri tak bekerja tapi masih mampu dapat apa yang aku nak. Walaupon takde duit, tapi hati teringin nak makan KFC, tetiba Allah akan hantar KFC tu kepada aku. Adalah perantaraan tu.. Yang paling penting tawakal lah sepenuhnya kepada Allah. Allah lah pemilik rezeki yang sebenarnya dan Dia jua lah yang akan memberikan rezeki-Nya kepada kita.


Apa yang aku kongsikan ini adalah dari pengalaman hidup aku sendiri. Kalau nak diceritakan satu-satu, memang takkan habislah bab rezeki ni. Aku berikan sedikit je.. Apa yang penting, kita kena yakin, rezeki itu dari Allah. Berserahlah kepada-Nya..

1 Orang mengumpat:

Anak Pak Muin said...

moga dmurahkan rezeki..insyaAllah