Pages

Friday, July 22, 2011

Kebebasan

Termenung aku seketika bila membaca berita pasal anak lari dari rumah. Makin lama makin menjadi-jadi sehinggakan umur baru belasan tahun dah pandai memberontak dan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan ibubapa atau penjaga. Teringat akan diri aku juga masa muda-muda dulu.. ketika aku di zaman sekolah menengah. Kadang-kadang memang terasa ada niat untuk melarikan diri dari rumah. Antara puncanya tak tahan mendapat bebelan dan ceramah free dari orang tua. Tapi setelah difikir masak-masak, tiada gunanya menjauhkan diri dari ibu bapa.

Kerana terasa seolah-olah dikongkong, maka anak muda lebih memilih jalan mudah dengan lari dari orang tua. Apa yang diinginkan hanyalah kebebasan.. bila direnungkan, betapa bodohnya kerana terlalu memilih kehidupan bersuka ria di kala teman sebaya galak menuntut ilmu. Segala bebelan ibu bapa itu jika ditanam dalam hati, maka kita akan fikirkan kebenarannya. Anak-anak remaja sering merasakan bebelan itu satu penyeksaan dan menyakitkan telinga sehingga ada yang berani melawan kata tanpa sepatah pun kata-kata ibu bapa menusuk ke jiwa.

Nasihat aku kepada mereka yang masih dibangku sekolah tu, janganlah terlalu memilih kehidupan yang hanya inginkan kebebasan. Selagi dibawah umur, seseorang itu masih lagi menjadi tanggungjawab dan hak milik ibu bapa. Di waktu ada kesempatan untuk belajar, timbalah ilmu itu sebanyak mungkin. Bila dah besar nanti, pilihlah jalan sendiri. Waktu tu, korang dah boleh pilih kebebasan sendiri.. Apa yang paling mengecewakan, ada juga yang terlalu kemaruk untuk berkahwin dan rela meninggalkan ibubapa serta sekolah.hmm..tak terfikirkah masa depan yang tiada pelajaran? Kemana hala tuju jika tanpa ilmu? Cinta monyet budak sekolah sekarang memang membimbangkan.. teringat kata ustaz sekolah aku dulu, tak payah la nak bercinta dibangku sekolah. Takdenya kapel tu member perangsang kepada pelajaran melainkan hanya akan melalaikan.

1 Orang mengumpat:

ghost writer said...

biasanya anak-anak yang lari dari rumah,baliknya membawa lebih banyak masalah.