Pages

Tuesday, December 14, 2010

Anakku sazali meninggal dunia

Sebelum ni aku sering tertanya-tanya, siapakah pelakon yang memegang watak sazali semasa kecil dalam cerita anakku sazali, yang menjadi salah satu filem terhebat Allahyarham P. Ramlee. Rupa-rupanya pelakon tu bernama Tony Castello. Nama Islam Tony pula ialah Mohd Nor Abdullah dan berasal dari Filipina.. Sungguh tak disangka, identitinya hanya aku ketahui setelah dia meninggal dunia.

Tony yang menghembus nafas terakhir di Hospital Changi, Singapura, selepas waktu Zohor semalam, kerana menghidap barah paru-paru. jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, di Jurong pagi esok dan tidak boleh dikebumikan lebih awal kerana terpaksa menunggu kedatangan isteri dan ahli keluarga dari Filipina. Melalui lakonan watak Sazali ketika kecil, Allahyarham telah memenangi Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-4, 1957 di Tokyo. Manakala P Ramlee pula mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Filem Anakku Sazali memang filem terhebat kerana kali pertamanya P.Ramlee berjaya menunjukkan kepada dunia bahawa beliau mampu membawakan 2 watak dalam 1 filem. P.Ramlee menjadi inspirasi kepada  pengarah seluruh dunia akan teknik 1 orang membawa 2 watak dalam 1 filem. Papepon, sama-samalah kita menyedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham P. Ramlee dan Allahyarham Tony. Semoga Roh mereka dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang yang soleh.


*sumber dari Harian Metro 

3 Orang mengumpat:

Anonymous said...

Al-fatihah buat pelakon tersebot...


-ashley-

biskut said...

hmm...aku pun dah terlupa pasal budak yang melakonkan watak sazali tuh.tak sangka dia asal filipina rupanya.

Al-Fatihah.

shatooman said...

anon : dunia kehilangan seorang lagi pelakon veteran berbakat..

biskut : x sangka kan, dia orang filipina..aku pon baru tau