Pages

Wednesday, December 8, 2010

Selamat Tinggal

Hari ni aku nak kemas barang-barang dah.. semalam, lepas hantar member aku balik, aku terus pergi bangsar.. beli tiket bas nak balik kampung!! yeah...malam ni aku akan bertolak pulang ke kampung halaman. Selamat Tinggal Kuala Lumpur....

Dah sunyi sepi aku dok dalam U ni.. orang lain semua dah balik. kesunyian yang menyelubungi hati di sertai dengan gerimis hujan dari langit membuatkan alam semakin sejuk dan mata aku selalu mengantuk. Pekena Tongkat ali 2 gelas pon masih lagi mengantuk. Pape pon, aku kena kuatkan diri untuk packing barang-barang secepat mungkin. tak sabar dah nak balik ni..

Kalu internet kat rumah aku ok, Insyaallah boleh la terus berbelog dengan senang hati. tapi kalu internet ok pon, mungkin aku jarang-jarang jugak online sebab aku ni suka merayau~ ;p bertambah tak sabar nak balik sebab nak tengok anak buah aku yang pertama. nak buat majlis akikah, tapi family terpaksa tangguh pasal nak tunggu aku sorang je lagi yang tak balik.. dah aku akan balik malam ni, maybe hari Sabtu ni boleh buat kot.. syok oh dah jadi pakcik ni~ ayah aku pon dah dapat gelaran Datuk. bukan yang sultan bagi, tapi dah dapat cucu!!!

doakan aku selamat sampai ke kampung halaman ye~ bimbang jugak sekarang ni. eksiden bas semakin menjadi-jadi..minta-minta dijauhkan..

9 Orang mengumpat:

Ayuni said...

salam, jgnlh senyap time cuti, xbestlh, sye ske bc post awk....

FaizalSulaiman said...

semoga selamat sampai, bro!

shatooman said...

ayuni : insyallah kalu ada masa.. tapi tak boleh jugak on9 lama2.. mama membebel nanti~ (>.<)

Faizal Sulaiman : TQ bro... ada novel baru nnt bagitau~

biskut said...

ajal maut di tangan Tuhan...dont be worry,everything is gonna be orait..

aku dah 3 tahun tak balik kampung..hmm,rindu yang tertahan.selamat balik kampung dan semoga selamat dalam perjalanan shatoo.

shatooman said...

terima kasih atas doa mu biskut.. :)

lady XOXO said...

nak balik kampong dah ker.. hati2 ok.. semoga selamat sampai dan pulang ... selamat bercuti. .salam

shatooman said...

trime kasih xoxo..

aizuemi said...

baca doa naek kenderaan.. pesan kat pacik bas skali~

shatooman said...

aizuemi :mesti baca.. hehehe