Pages

Friday, December 24, 2010

Upah

Teringat lagu tepok amai-amai masa kecik-kecik dulu~ dalam baris pertama lagu tu ada berbunyi 'bila malam mak upah susu'... Nampaknya kita sememangnya di ajar untuk melakukan sesuatu dengan adanya upah.kecik-kecik lagi dah nak sogok ngan upah. bayi kecik didendangkan lagu supaya suruh senyap. kalu senyap nanti dapat upah susu.. ahahahaha..bila aku pikir-pikir, mana la bayi nak paham kita nak cakap apa kat dia.. Upah tu menatang apa? sama ke ngan Opah? opss.. menyimpang dari tajuk~

Tapi cuba kita perhatikan, anak-anak biasanya hanya akan melakukan sesuatu apabila di janjikan upah. tanpa upah, mereka takkan buat kalu tak di paksa. hurm~ dari kecik hingga besar kita di didik dengan upah. sekali tengok, upah boleh jadi perkara negatif kerana menggalakkan orang lain memberi pertolongan dengan balasan  sogokkan.. tapi kadang-kala, upah juga boleh jadi positif.. macam pasukan bola contohnya. jika dijanjikan bonus, mereka akan lebih berusaha untuk mencapai bonus tersebut. dorongan dengan upah sangat perlu dalam situasi begitu.

Yang aku nak tekankan sebenarnya, upah kepada kanak-kanak. walaupon upah tu membuatkan mereka gembira, namun aku memandang perkara tersebut secara nagatif. jika ingin kanak-kanak membantu, berikan arahan dalam bentuk meminta pertolongan.. Jangan asuh kanak-kanak dengan upah. tapi berikan juga mereka wang kadang-kala.. sesiapa pon akan gembira kalu di beri wang termasuk kanak-kanak. tapi jangan diberikan wang itu dalam bentuk upah.. berikan wang biarlah hanya memadai untuk mereka membeli gula-gula dan aiskrim. jangan berlebihan~ Jangan membentuk diri anak-anak yang hanya akan memberi bantuan berdasarkan upah..

8 Orang mengumpat:

Ayuni said...

haah, nnti bdk2 xtau erti wat keje ngan keikhlasan

Encik MamaT said...

sebenarnya bagi aku.. setiap perbuatan itu perlu di balas... tetapi jangan berlebihan.. kanak2 memang nak kan perhatian.. jika mereka buat silap.. kita akan bagi 'habuan'... betol tak... jadi bila mereka buat baik perlu bg kata2 penghargaan supaya mereka rasa dihargai dan dapat perhatian... tapi kalau silap bagi.. semuanya nak bagi.. itu dah salah... :D

Puan Nurussalwa said...

bg sy la.. for a start it is okay, because bdk2 mmg la cmtu..

lame2, kite ajar la..

nk nolong tu kene ikhlas2.. gitu dong..

hehe~

pendapat sy je..

(^_^)

M I A J A M A L U D D I N said...

hahaha.. betul!!

Puan Nurussalwa said...

sy ade entri baru yg d link ke entri ni..

meh la bce encik..

(^_^)

ghost said...

memang payah nak suh budak2 sekarang nih...sikit2.."aii,takkan mintak tolong jer,upah takde ker..?"mau tak mau kena bagi.

dah dibiasakan...

Anis izyan Abd Rahman said...

anis sokong nieee

betul!!!
seeloknya ibu bapala main peranan kan~

My MiRa said...

betol jugak tu kan...hurm.....sejak kecik lagi kalau dah di ajar dengan upah susah la..api nasib baik mira and adik beradik tak pernah di ajar dengan upah....so means kalau kami buat something maksudnya kami memang nak buat...