Pages

Tuesday, December 7, 2010

Nik Aziz tenat

Semakin heboh aku tengok dikalangan blogger pasal Tuan Guru Nik Aziz, menteri besar Kelantan yang dah tenat dan dimasukkan ke hospital. Perkembangan isu ni belum diketahui lagi.mudah-mudahan beliau akan kembali sihat. Insyaallah..

Yang aku agak terkilan, ada juga dikalangan manusia yang aku tengok dok komen-komen agar Nik Aziz cepat mati, ada yang kata padan muka, ada yang kata taktik dia nak lari dari masalah..Astagfirullah... ada juga mulut-mulut lancang yang berkata, tak payah nak buat-buat alim, nak tunjuk baik dok mendoakan kesihatan Nik Aziz. Apakah jenis manusia korang ni? Hanya kerana pegangan politik, sanggup menyumpah orang yang sedang sakit. Padahal kalau di tengok kepada pemimpin-pemimpin, macam Mahathir, Pak Lah dan Najib sendiri pon pernah melawat Nik Aziz semasa beliau sakit. Kita yag hanya sebagai penyokong parti apa yang dapat hasil dok menyumpah seranah?

Mendoakan orang sakit agar cepat sembuh tidaklah dikatakan sebagai alim. tapi sebagai manusia yang mempunyai hati tambahan lagi bangsa Melayu yang terkenal kelembutan budi pekerti, adalah menjadi keharusan kita mendoakan kebaikan orang lain. Jangan dibutakan hati kerana politik. Ramai yang kata Nik Aziz suka mencarut, memberi fatwa karut.. mungkin dia ada sebab tersendiri dari perkataan beliau tu. Bagi aku, Nik Aziz gagal dalam menjadi seorang ahli politik. Tapi keperibadian beliau sangat aku kagumi. Kisah dia mencarut, mengarut tu biarkan dia dengan Tuhan. Di usia tua dan keterbatasan dia dalam pergerakan, dia tetap menunaikan amalan yang diperintah agama. Dikala terasa penat, beliau akan menunaikan solat sunat dan bukannya mengambil bantal dan membuta dengan dengkuran. Adakah kita yang masih gagah ni mampu nak buat macam tu? 

Tambah lagi, dia tu seorang ulama. Nabi dah berpesan, bergaullah dengan golongan ulama. dan janganlah mengata dan mencela golongan ini. sesungguhnya Allah akan mencelakakan mereka yang mengutuk para Ulama. Aku bukannya pro dalam mana-mana parti politik. Tapi dengan ikhlas aku katakan, aku adalah ahli pemuda UMNO tapi aku bukanlah pro mana-mana parti. yang mana baik kita ambil, yang mana buruk jadikan sempadan. soal kepartian tidak patut wujud dalam mendoakan kesihatan saudara  seagama. Kenapa harus bertengkar pasal politik? sedangkan PRU pon lambat lagi.. yang penting dalam politik dan demokrasi ialah pergi mengundi. bukannya menyumpah seranah di kedai kopi.Hanya mengundi yang menentukan segalanya. kalau tak pergi mengundi, tak payah cakap pasal politiklah. 

Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan Nik Aziz. bagi yang masih memandang beliau dengan pandangan keji dan jijik, cuba lah ubati hati anda dengan selawat dan istighfar.. jika tak mahu berdoa, cukuplah sekadar mendiamkan diri. kerana berdiam itu lebih baik dari berkata dan mengeji.

2 Orang mengumpat:

Pencacai Alim said...

yang baik dihina..yg jahat disanjung

fiza said...

semoga tok guru cepat sembuh..